Tuesday, February 4, 2020

Macaroni dan Chicken Bolognese

Menu TEMPAHAN pada 02 Februari 2020.

Memang menu favourite budak budak. Senang dan mudah untuk dimakan.





Meriah kan ayam ayam tu hihi. Puas budak budak makan.


Walaupun masih kurang sihat Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan seawal dua jam untuk 100 pax.

Boleh buat tempahan seminggu atau dua minggu sebelum tarikh yang dijanjkan dengan minimum tempahan 50 orang.

PAKEJ TEMPAHAN HARGA DARI RM7.00

Ini termasuk Mineral Water 250ml, Sudu, Garpu dengan Tisu. Tak perlu risau. Basic kami bagi. Nak order brownies pun bolehhhh. Terus je ke INSTAGRAM kami okeyyy. ;)

Monday, February 3, 2020

Nasi Putih, Ayam Kicap dan Sayur Kobis

Menu tempahan Sabtu lepas 01 Februari 2020.

Ini merupakan Pakej Tempahan untuk 100 pax.
- Nasi Putih
- Lauk Ayam Masak Kicap
- Sayur Kobis Goreng Kunyit.







Ikutkan kobis tu masak air. Tapi kalau masak air takde rasa lah pulak. Nak bagi budak budak makan kan. Takpelah buat sedap. Kita pun nak makan benda sedap. Buat apa masak benda yang kemudiannya tak sedap, lepas tu orang tak makan dan akhirnya dibuang? Kan membazir tu.

Kepada yang mahu membuat tempahan boleh tempah seminggu atau dua minggu awal dengan Minimum Order untuk 50 pax.

Harga dari RM7.00 ikut kuantiti, jenis lauk dan sayur.

Lepas tu kami akan bagi juga Mineral Water 250ml sekali dengan sudu, garpu serta tisu.

Kalau nak tambah lauk tambah harga, tambah sayur tambah harga, tambah menu pun tambah harga.

Okayyy...

Untuk tempahan boleh klik di SINI .

Instagram: Sugarmello Bakery
Facebook Page: Sugarmello Bakery

Thursday, January 30, 2020

Drama selepas habis cuti Raya Cina

Bila kau dah cuti lama lepas tu kena sekolah be like. 🙄

Muka kelat 😂

Tak tahu dah drama yang episod ke-berapa. Tapi masih lagi dalam bulan January 2020.

Sambil mandi sambil gosok gosok mata. Sambil pakai baju sambil gosok gosok mata. Malas nak tanya. Papa je layan drama dia. Aku sibuk nak siapkan bekal. Nak packing barang dia. Macam macam. Mana laa ada masa nak melayan karenah dia.

Peluk tak terkira berapa kali. Nak berjalan ke motor 20 langkah. Selang selangkah dok kata, "Byeee mama..." Dah macam boyfriend nak tinggal girlfriend pulak gayanya. Sayangnyaaa la hai dengan mak dia. 🤣

Ye laaa, dari semalam dah janji mama tak payah datang sekolah harini. Sah laa gundah gulana.

BALIK pukul 3.30pm




Keluar dari kelas terkedek kedek lari heret beg terus peluk mak dia. Haah. Rindulahhh khenn. 10 tahun tak jumpa. 😂

aDh habis peluk terus dia kata, "Mama, adik tak makan tadi." Mader tanya, "Kenapa tak makan?" Dia jawab, "Sebabbbb, mama tak datang tadi. Sekarang adik dah lapar nak makan..."

 "Tak payahhhhh! Balik rumah baru makan."

Sampai rumah apa yang ada dalam bekal semua dia habiskan. 🤣

Kebuluran.

Aku pun tak tahu macam mana laaa dia boleh sanggup tahan lapar dari pagi sampai petang. Nasi tak makan takpe lagi. Ini roti & biskut pun tak makan. Geram rasa nak cekik pun ada. 🤦‍♀️

Haihhh... Kena jadi NAZIR lagi laa minggu depan. 

Wednesday, January 29, 2020

Nasi Ayam Isa Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Hari ni hari terakhir anak anak bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina. Kebanyakkan sekolah dah mula beroperasi. Sekolah agama lagi awal dah start sekolah. Sekolah Cina masih lagi cuti. Esok barulah start sekolah. Dua minggu lepas dah sekolah ganti pada hari Sabtu. Seronok lah cuti lama sikit. Macam orang kata susah susah dahulu, bersenang senang kemudian ahaha.

Jalanraya pun masih lengang lagi. Tambahan pula hujan dari pagi tadi tak berhenti. Sekejap renyai renyai. Sekejap lebat. Masa pergi hantar stok Kek Lapis Elzha ke booth di Jalan Universiti tadi pun hujan lebat. Alhamdulillah kami dah mula beroperasi semula selepas tiga hari bercuti. Yang nak beli dan teringin makan Kek Lapis boleh ke booth kami di LRT Jalan Universiti - KL Gateway. InsyaAllah harga berbaloi - baloi dengan rasanya.

Dah hantar kek lapis kami anak beranak ke Petaling Jaya. Nak makan kat Kedai Chinese Muslim di Seksyen 19. Sekali kedainya tutup daaaaa. Patahlah balik ke Kampung Pandan terus singgah di Kedai Nasi Ayam Isa.

Kedai Nasi Ayam Isa Kampung Pandan antara kedai yang ramai pengunjungnya. Terutamanya bagi mereka yang bekerja di area Kampung Pandan. Memang sentiasa penuh. Dekat pula dengan kawasan office. Setiap hari menjadi tumpuan ramai. Yang tak bekerja macam aku pun suka juga especially bila semangat memasak kau malas tahap Gunung Everest kikiki. Senang dan mudah. Anak anak pun suka.
Menu paling senang.

Nasi Ayam & ABC

Boleh nampak dalam gambar nasi dia selambak. Hadif pun tak boleh habis. Aku order dua set Nasi Ayam dengan Nasi Ayam kosong. Bila orang tanya sedap tak. Aku pun tak tahu macam mana nak jawab. Definisi sedap bagi setiap orang kan lain. Kalau aku kata sedap bila korang makan kata tak sedap haah macam mana? Bagi aku biasa je. Nasi Ayam dan aku boleh makan dan telan hahaha. What do you expect? Air seperti biasa kami minum air kosong dan air suam. Tadi tambah ABC sebab dah lama sangat tak makan ABC kat sini. Order satu share dengan Hanif. Cukuplah. Nanti makan sorang semangkuk mau seminggu penyesalan. Bukan senang nak bakar kalori setiap hari.

ABC dia sedap. Memang recommended. Pekat. Manis pun cukup. Tak lah tahap sampai potong kaki. Takde rasa klorin hahah. Kacang pun masak. Ada sesetengah tu keras tak cukup masak. Ada pulak yang berlendir macam nak basi. Ada juga yang masam. So far, Alhamdulillah kualiti terjaga.



Okay, Nasi Ayam Isa ni bertempat di Pusat Penjaja, Jalan Thaver, Kampung Pandan. Boleh search je kat google "Isa Nasi Ayam". Keluarlah berderet deret kat google. Yang tak pernah datang dan tak tau Kampung Pandan kat mana guna je Waze atau Google. Search. Confirm sampai. 

Nak makan di sini kena datang seawal pukul 11.00 atau 11.30 pagi. Lambat nanti takde tempat duduk. Nak parking pun susah. Kebiasaannya orang ramai park kat tepi jalan during lunch hour. Kalau boleh naik satu kereta ramai ramai lagi bagus. Tak ada lah menyumbang kepada kesesakan melampau. Park jauh lepas tu jalan kaki.

Oh, kat situ pun ada satay sedap dan mur mur. Satay Pak Ayob namanya. Lainkali kita cerita pasal satay pulak okay. Bye. See you soon.




Tuesday, January 28, 2020

Hadif dan Drama Darjah Satu

Bulan Januari dah nak habis. Cerita anak sekolah tak habis lagi. Masa yang ada tu sangat terhad. Walaupun ada 24 jam kan hahaha. Kalau bagi 30 jam pun takkan cukup. Masih lagi bergelumang dengan tugas dan jadual harian yang tak menentu. Kelam kelibut tak tentu pasal. Kalau ada masa cuti pun akan digunakan sebaiknya untuk marathon movie. Bukan selalu dapat tau. Bila ada masa terluang tu tak bangun dari katil.


Entri pertama untuk tahun 2020. Kisah budak yang baru masuk Darjah Satu tahun ni memang banyak episodnya.

Hari pertama sekolah okay, hari kedua okay, hari ketiga pun okay. Masuk hari keempat dan kelima sekolah dia dah mula berdrama. Drama nangis pagi tu ada. Tapi ada satu drama tambahan. Yang mana bila dua hari tu dia balik makan bekal dalam kereta kebulur lain macam. Bila ditanya tak makan bekal ke? Dia kata, "Adik tak lapar..."


Musykil kan.

Takkanlah sekolah dari pagi sampai pukul 3.30pm tu tak rasa lapar. Mustahil. Abang Hanif dia licin je bekal. Dia pulak tak bersentuh.

Masuk hari ke-enam aku pun intai dia kat sekolah masa waktu rehat.





Kawan kawan dia berjalan dalam barisan menghala ke kantin. Tiba tiba, aku nampak dia keluar barisan menyorok di sebalik tiang. Hahahaha. Aduhai perasaan aku masa tu rasa sayu sangat. Rasa sedih, kesian, geram semua ada. Rasa nak menangis tu lebih lagi. Dia menyorok disebalik tiang tengok kawan kawan dia. Ada kawan lain ajak pun dia tak nak ikut. Beg bekal pun aku tak nampak. Cuma nampak dia pegang air botol je.

Kebetulan Uncle Guard kesayangan murid murid kat situ, Uncle Raja pun ada. Jadi, dia pun tanya, "Kakak taknak pergi dekat dia ke..."

"Nanti sekejap..."kataku. Sebab aku nak tengok berapa lama dia nak berdiri disebalik tiang besar tu.

Kemudian, Uncle Raja kata, "Tak apalah saya pergi tengok..." Maka, dia pun panggil Hadif suruh duduk kat bangku dengan dia.


Pada masa yang sama ada seorang juga anak murid Darjah Satu yang menangis beria. Pun sedih. Kelakar adalah jugak. Sebab bila dah nangis beria dia senyap lap air mata dengan saputangan lepas tu sambung makan. Menangis melalak sekejap lepas tu sambung makan hahaha.

Ni anak yang melalak tu. Tengok kat tangan dia ad saputangan lagi.

Berbalik kepada cerita Muhammad Hadif, leps Uncle Raja minta dia duduk sekali Uncle tanyalah, "Kenapa tak pergi kantin, mana bekal?" Tetiba aku tengok air mata meleleh macam air hujan. Nak nangis melalak macam kawan dia segan, jadi mampu meleleh air mata je lah.

Senyap senyap aku datang kat dia. Bila dia nampak je muka aku terus terkejut, "Mama???".


Mungkin tak percaya kenapa so sudden aku datang sekolah.

Aku tanya, "Kenapa tak bawa bekal. Tak makan. Nanti dah la lapar. Takkan satu hari tak makan..."


Tak jawab apa pun. Yang aku nampak airmata je meleleh. Akulah yang rasa sedih nya. Bawa dia ke kelas ambik bekal dan bagi dia makan kat situ. Makan laa sambil air mata tu tak berhenti terjun.

Dah habis makan aku hantar dia kat dewan barulah aku balik. Masuk je kereta mak pulak yang menangis sedih. Sedih sebab anak tu dah besar. Dah masuk sekolah. Dari kecik bukannya pernah kena tinggal. Sekolah Tadika tak sama dengan sekolah biasa. Di Tadika boleh berseronok. Cikgu Tadika pun bukannya seperti cikgu sekolah biasa. Murid pun tak ramai. Jadi untuk rapat dan anggap Cikgu Tadika mak nombor dua kat sekolah takde masalah.


Makan pun sedih 
Minum air pun sedih haha

Di sekolah biasa pula lain. Pendekatan pun tak sama.

Walaupun abang dia bersekolah ditempat yang sama bukannya boleh jumpa. Waktu rehat pun tak sama. Jadi apa pun kenalah berdikari sendiri. Perwatakan pun tak sama. Abang Hanif agak nakal dan berani. Adik pulak jenis memang jenis sussah berkawan dengan orang. Dia nak Abang dia je. Orang lain tak nak.

Monday, November 11, 2019

Jaya Jusco Maluri berwajah baru (GRAND OPENING 21 November 2019)


Jaya Jusco @ AEON Taman Maluri

Pada tahun 2012, semua Stor Jaya Jusco dan shopping centre telah di "re-branding" dan ditukar nama ke AEON. Tapi, ai kan olskool. Tetap nak jugak panggil Jusco Maluri, Jusco Alpha Angle, Jusco Bukit Raja hihihi...

Jaya Jusco Malaysia yang pertama dibuka pada tahun 1985 di Dayabumi dan yang kedua dibuka di Taman Tun Dr Ismail.

Pada tahun 1989 Jaya Jusco Superstore yang pertama dibuka di Taman Maluri dan pada tahun 1991 Jaya Jusco Melaka dibuka dan dioperasikan sepenuhnya pleh staf Malaysia.

Dan GRAND OPENING untuk yang AEON MALURI "baru" adalah pada 21 November 2019 ni tau.

Supermarket

Supermarket

Supermarket

Dulu, situlah tempat aku shopping. Jaya Jusco Maluri. Nak beli baju? Nak beli kasut? Nak makan? Nak beli barang dapur? Semua kat situ. Dating pun kat situ hahaha... walaupun tak ada panggung wayang. Jusco Taman Maluri tempat tetap aku shopping sehinggalah Tesco Ampang dibuka pada tahun 2008.






Terkejut juga masa masuk ke AEON Maluri tadi sebab macam pelik apesal banyak sangat tempat tutup. Bila dah masuk eh eh kenapa dah lain je dorang punya design. Ala ala HIPSTER dah. Boleh nampak KIDS REPUBLIC tu pun dah setengah floor. Luasss!

Turun pula Ground Floor nak cari La Boheme tengok tengok tempat La Boheme lama tu tutup. Food Court pun dah takde. Dah terbayang bayang Nasi Goreng dengan Hot Plate. Lepas tu plan nak beli Kuih Angkoo brand Lulu. Rupa rupanya La Boheme dah pindah ke lokasi kedai Starbuck dengan tempat Cashier tempat bayar parking haha. Food Court pun dah takde. Kuih pun sama langsung takde. Berpusing pusing la jugak. Dah macam masuk My TOWN pula kat Ground Floor tu.














La Boheme Jusco Maluri ni betul betul kelassss. Macam macam jenis roti ada. Display pun kemas. Tempat lebih luas. Nampak meriah dan bersih.  Tak seperti sebelum ni. Sempit. Roti pun main susun betimpa timpa je. Ada Mini Cafeteria tempat lepak dan duduk. Aku lepak situ sekejap dengan Hadif sebab nak makan roti. Dah kitaorang pusing satu ground floor tu tak jumpa food court duduk je la situ.

Mini cafe

Lepak makan roti kat sini sambil minum Iced Chocolate



Lepas makan sila bersihkan ye! Nampak siap ada USB Cable lagi
untuk caj gadgets. Yang tak bestnya line coverage untuk Celcom
kat sini tak kuat.

Pada pendapat aku, memang patut pun AEON buat full renovation untuk AEON Taman Maluri ni sebab zaman sekarang nak kena tarik crowd kena creative. Kali terakhir aku pergi beberapa bulan lepas memang dah tak ramai orang datang sini. Even kalau buat Jusco Member Card Sales pun tak ramai. Aku datang sini pun pasal nak shopping baju sendiri, kasut, baju anak anak dan makan. Kalau sebelum tu ada MPH aku rajin beli buku untuk anak aku kat situ.

Bayangkan kat belakang AEON ni ada Sunway Velocity yang selalu penuh. Dalam jarak tak sampai 10km ada pula MY TOWN. Memang kalau lalu pun nampak sepi je. Yang datang sini pun cuma customer tetap AEON tu sendiri.

Jadi, sebelum ketinggalan jauh kena lah buat perubahan walaupun kena keluar duit banyak. Bawa masuk vendor vendor yang dah famous. Dan melihat kepada improvement ni aku boleh agak lepas ni akan ramai crowd anak anak muda yang lepak sini.

Yang tempat area farmasi, parfum, ladies garment semua dah dijadikan tempat fast food restaurant. Ada yang disewakan kepada vendor. Boleh buka booth kat situ. Bab rental kena tanya kat management.

Ni vendor area. Boleh sewa tapi RENTAL tak tau berapa.

Famous Amos, Tealive, Texas Chicken, Burger King semua ada

B & R pun ada

The Alley yang mahal nak arwah pun ada kat sini haha

KFC memang dah lama ada

MBG pun ada




Jangan lupa datang ke GRAND OPENING AEON TAMAN MALURI pada 21 November 2019. Kita terjah ramai-ramai. Tanda kalendar siap siap.