Monday, July 20, 2015

Selamat Hari Raya Keempat

Alhamdulillah... Selamat Hari Raya semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga hari raya tahun ini lebih bermakna buat kawan kawan serta sahabat handai. Syukur....

Agak sedih bagi saya kerana agak terlambat untuk mengucapkan ucapan Hari Raya untuk semua. Ini gara-gara kesihatan yang tidak mengizinkan dari tiga hari sebelum raya. Melepek akan tetapi tetap jugak buat kerja rumah. Tetap juga menjalankan tanggungjawab yang sedia terpikul terutamanya malam raya.

Alhamdulillah rendang dan nasi impit ibunda mertua dan kakak ipar yang masak. 4 ekor lak tu huhu... Lodeh pun tahun ni tak buat. Saya cuma mampu masak kuah kacang je. Raya pertama je dah naik flight pukul 8 pagi. Jadi operasi mengemas berdikit-dikit hanyalah di malam sebelum raya. Alhamdulillah semuanya setel sebelum pukul 2.30 pagi esoknya...

Masuk hari ini saya dah recover 80% dari kelmarin. Takde rasa lemah badan. Tiada rasa memual nak muntah. Dan selera makan pun semakin pulih. Sayang raya pertama tak dapat menikmati sepenuhnya hidangan juadah hari raya air tangan ibunda... Kerja tidur je qada' rehat dari sampai rumah hingga ke malam. Adik2 ada tolong jaga Muhammad Hadif. Lega sikit

Alhamdulillah... Masih lagi diberi nikmat untuk bersama keluarga tersayang di hari raya. Syukur selalu :)

Wednesday, July 8, 2015

APAKAH COD === CONSIGNMENT === BILL TO BILL === OUTRIGHT

COD [ CASH ON DELIVERY ]
+ Terima bayaran terus daripada outlet apabila kita membuat penghantaran produk 
+ Paling syok sebab terus dapat tunai
====================================
CONSIGNMENT
+ Letak produk di outlet dahulu. Terima bayaran untuk produk terjual sahaja.
+ Risiko barang tidak terjual terletak ditangan pemilik produk.
+ Tertakluk pada tempoh tertentu.
+ Contoh consignment 30 hari :
Letak 4LC ice cream cake di Petron Tol Sg Besi pada minggu pertama setiap bulan. Minggu ke dua datang servis dan restock produk. Minggu ke tiga datang servis dan restock produk. Minggu ke empat datang servis dan restock produk. Masuk bulan berikutnya, minggu pertama datang servis dan restock produk dan baru terima bayaran bulan lepas. 
====================================
BILL TO BILL
+ Letak barang dahulu di outlet.
+ Bayaran dibuat apabila kita membuat penghantaran produk seterusnya.
+ Risiko barang tidak terjual terletak pada pemilik produk
+ Sekiranya produk kategori fast moving items, bayaran diterima baik untuk pusing duit cash flow bisnes.
+ Sekiranya produk kategori slow moving items, contohnya biskut atau barang plastik yang tahan lama, bayaran dibuat boleh mengambil masa berbulan bulan.
====================================
OUTRIGHT
+ Letak produk di outlet. Outlet setuju membuat bayaran penuh ke atas produk yang dihantar.
+ Risiko produk tidak terjual terletak ditangan pemilik outlet.
+ Bayaran mungkin COD atau dalam tempoh tertentu.
+ Kemungkinan harga Outright dengan harga Consignment sedikit berbeza. Outright lebih murah kerana risiko beralih daripada pemilik produk kepada pemilik outlet.
====================================
Nota ini diolah bagi memberi kefahaman yang mudah.
Semoga memudahkan usahawan untuk memahami terma dalan urusniaga tuan/puan.
Semoga bermanfaat
Nota dari Facebook: Rafiza Idayu

Jalan-jalan di Jalan TAR

Tempoh hari, Sabtu malam satu family anak beranak berjalan-jalan di Jalan TAR. Apa mimpi pun tak tahun. Bukan ada nak beli apa pun. Saja nak menempuh kesesakan lalulintas dan kesesakan manusia di sana. Kebetulan hari Sabtu tu Nuzul Quran pulak tu. Memang tak pernah dibuat oleh Encik Iqbal mengajak satu keluarga berjalan-jalan gitu.

Kali terakhir ke sana di bulan Ramadhan masa tu Hanif berumur Setahun lebih kot. Itupun malam Raya. Lupa dah. Lepas tu tak ada dah. Sekarang Hanif umur 7 tahun baru lah menjengah lagi. Sebelum ni shopping pun siang je. Takde terjah masuk ke dalam bazaar jalan TAR.

Layan... Ada group busker best jugak layan. Tak berubah aktiviti malam mereka. Lelaki lelaki memakai baju kurung lepas tu panjat pegang pembesar suara dok promo harga murah harga murah! He he...

Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan. Bagi saya biasa biasa saja. Untuk yang first time pergi tu best! Especially nak carik baju raya. Haihh...tak mampu memilih dalam kesesakan yang sebegitu rupa. Itupun kami jalan sehingga Semua House je lepas tu papa ajak patah balik ahahaha...

Pegi pukul 11 malam, balik 1 pagi. Encik Hadif mengamuk nak jalan sendiri. Tak nak dipegang. Mata dah ngantuk. Tak sempat nak lepak minum dah balik....

Kalau anda pelancong datang dari jauh saya sarankan anda mesti pergi!

Saturday, July 4, 2015

Projek Ramadhan 2015

Assalammualaikum Salam Nuzul Quran dan Salam Satu Malaya... Tidak dinafikan saya amat sibuk bulan Ramadhan tahun ini. Antara yang paling sibuk. Sibuk baking, sibuk melayan anak-anak, sibuk menjadi isteri, sibuk menjadi driver tetap tak bergaji dan sibuk menjadi surirumah. Cuba untuk menjadi yang terbaik untuk semua. Walaupun hanya bekerja dari rumah. Masa itu terhad. Kebetulan tempoh hari salah seorang dari agen kami mendapat mesej dari seorang Fan Fezrul Khan di mana mereka mencari sponsorship gift untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama anak-anak yatim pada tarikh hari ini. Hati begitu berat dek kerana order yang melambak. Ditambah pula stok cookies Syawal pun harus disediakan. Boleh ke? Lama juga ambil masa untuk berfikir. Tetapi bila meletakkan situasi anak-anak yatim itu kepada situasi anak sendiri rasa serba salah juga. Ibu bapa tiada, hanya harapkan insan yang prihatin. Rasa macam ohh sedihnya... Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan saya. Dan Alhamdulillah 100 packs mini gift dapat disiapkan walaupun tanpa pekerja. Allah telah mudahkan segala urusan saya.



Jadi siap sudah malam tadi. Hanya menanti tuan punya majlis untuk datang collect. Semoga dengan pemberian yang tak seberapa ini dapat menggembirakan hati anak-anak yatim itu...


Thursday, June 18, 2015

Blog lama tapi baru

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah berkesempatan untuk update blog. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.... Sekejap je masa dah berlalu kan.

Anyway...saya nak inform yang blog ini masih di dalam proses maintenance he he... Asyik maintenance je kan. Frust dengan Google lama sangat!

Sebenarnya saya cuma nak bagi yang terbaik untuk kawan-kawan semua! InsyaAllah akan Cuba untuk lebih produktif.

Okay sehingga berjumpa lagi...

Selamat bersahur ya

Wednesday, February 11, 2015

Tabung yang berlubang



Pernah tak fikir yang jumlah perlindungan insurans takaful asas kita ada sekarang cukup atau tidak? Ini tidak termasuk perlindungan tambahan seperti kemalangan atau penghospitalan. Kadang-kadang oleh kerana kita fikirkan kos kita lupa berapa jumlah atau nilai seenar jumlah insurans atau takaful minimum yang perlu disediakan kepada keluarga. Adakah kita menabung? Ya, boleh dikatakan semua pembaca blog saya ini pandai menabung kan? :)


OK...

Bayangkan tabung kita itu ada corong contoh seperti di atas yang simpan semua aset yang dah dikumpul selama kita bekerja suatu ketika dahulu kini dan pada masa akan datang. Kita kumpul harta kita sedikit demi sedikit seperti rumah, kereta, simpanan, pelaburan dan lain lain dan simpan dalam corong tersebut.

Akan tetapi satu yang kita tak sedar yang tabung kita tu ada lubang. Bukan satu tapi "DUA LUBANG" yang berfungsi sebagai tempat di mana kebocoran akan berlaku sama ada kita sedar atau tidak dan dua kebocoran ini ialah yang pertama, Keperluan tunai semasa meninggal dan yang kedua merupakan Halangan semasa hidup.

Keperluan Tunai Semasa Meninggal ialah:

1. Tabung perbelanjaan pengebumian
2. Tabung pelupusan hutang
3. Tabung keperluan kecemasan untuk waris
4. Tabung pinjaman perumahan
5. Tabung pembiayaan sewa rumah (sekiranya anda menyewa)
6. Tabung pembiayaan perbelanjaan/penjagaan anak
7. Tabung pendidikan anak

Halangan semasa hidup:

1. Pelaburan yang tidak menguntungkan
2. Inflasi
3. Cukai
4. Hilang Upaya Bekerja (ini sahaja yang dapat diinsuranskan)
5. Tabiat membelanjakan wang simpanan
6. Kekurangan disiplin

Dua kebocoran di atas merupakan antara sebab musabab yang menyebabkan tabungan kita semakin susut. Tapi sekiranya anda lihat dalam senarai halangan semasa hidup hanya Hilang Upaya Bekerja yang boleh diinsurans atau ditakafulkan.

Jadi bagaimana untuk mengekalkan wang tabungan-tabungan kita supaya kita dapat menahan kebocoran itu tadi?

Semak balik berapa Perlindungan Asas ANDA atau selalu kita dengar Basic Protection/Sum Assured yang selalu kita ada.

Berapa sepatutnya kita dilindungi.

Adakah kita under-insured atau over-insured?

Tahniah kalau anda OVER-INSURED.

Kepada yang UNDER-INSURED jangan rasa susah hati. Anda masih ada peluang. Boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut.


CARA KIRA BASIC PROTECTION YANG DIPERLUKAN

Thursday, February 5, 2015

Insuranskan hutang anda...


Hutang adalah memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang. Barang atau manfaat perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang membayar dengan jumlah yang sama. Jadi tak kira sama ada kita hidup atau meninggal dunia hutang tetap kena bayar. Bukan semua hutang terlunas begitu sahaja sekiranya kita sudah meninggal dunia. Yang menanggung beban hutang kita nanti ialah waris kita seperti suami, isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Sanggup kita membiarkan hutang kita ditanggung oleh orang yang tersayang? Mungkin ya kalau kita dari keluarga yang kaya raya. Kalau kita datangnya dari keluarga yang sederhana? Bagaimana waris kita nak langsaikan hutang kita dengan pendapatan yang tak seberapa. Anak-anak pula kecik lagi. Adakah mereka juga dikelilingi hutang piutang kita? Tahukah anda seandainya suatu hari kita meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab waris untuk membayar hutang si mati.

Oleh itu, takaful ini bukan sahaja setakat untuk anda mengambil perlindungan perubatan seperti medical card. Kita juga boleh mengambil pelan takaful untuk melindungi liabiliti kita seperti hutang rumah, hutang bank, hutang kereta dan bermacam-macam jenis hutang. Kirakan berapa jumlah nilai hutang kita. Contoh seandainya kita mempunyai liabiliti sebanyak RM1juta jadi kita haruslah mengambil perlindungan takaful dengan nilai RM1juta untuk melindungi liabiliti kita pada masa akan datang. Sekiranya terjadi apa-apa seperti cacat kekal atau kematian terhadap kita, waris kita tak perlu menadah tangan untuk melangsaikan hutang piutang kita. Ini kerana dengan adanya perlindungan takaful waris kita akan mendapat sejumlah wang pampasan dan wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan hutang kita yang tidak dapat kita langsaikan itu tadi.

HUTANG WAJIB BAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT...


Wednesday, February 4, 2015

Langkah pertama untuk jadi usahawan Takaful


Ramai anda di luar sana ingin menjadi agen-agen Takaful atau menjadi konsultan Takaful. Tapi bila nak jadi agen Takaful je terus blurr sebab anda tak tahu apa yang perlu anda buat untuk melayakkan diri anda menjadi seorang agen Takaful yang bertauliah. Jadi di sini saya akan menerangkan serba sedikit tentang apa yang perlu anda lakukan sebelum menjadi agen Takaful yang bertauliah.

Yang pertama...apa yang harus anda buat ialah berjumpa dengan saya hehehe... Ye lah macam mana nak jadi agen kalau tak jumpa dengan agen betul tak? Saya akan memberi tunjuk ajar dan berkongsi dengan anda apa yang perlu dilakukan.

Yang kedua...

Anda perlu menduduki peperiksaan Takaful yang dikenali sebagai Takaful Basic Examination (TBE). Ini merupakan langkah yang paling penting untuk sesiapa pun yang ingin berkecimpung dalam dalam industri insurans Takaful di Malaysia ini. Jadi, untuk lulus TBE anda hendaklah menjawab 55 soalan dengan betul daripada 100 soalan yang diajukan. Susah? Tak susahkan... Dapat C pun boleh jadi Agen Takaful dah.

TBE ini merupakan peperiksaan secara online dan kita akan mendapat terus keputusan peperiksaan sejurus selepas habis peperiksaan. Dulu la kan saya mengambil peperiksaan TBE ini dengan menggunakan pensel. Buat jawapan ala-ala kerta peperiksaan SPM. Dapat keputusan selepas dua minggu dari tarikh peperiksaan tu. Memang tak senang duduk menanti keputusan dua minggu tu. Ye lah kalau gagal nak kena daftar lagi. Lpas tu tunggu lagi dua minggu untuk peperiksaan lagi. Tambah lagi dua minggu untuk tunggu keputusan. Sebulan setengah masa terbuang di situ. Kalau online ni kita dah tahu gagal terus boleh daftar lagi untuk peperiksaan semula. Jimat sebulan...

Thursday, January 29, 2015

Bagaimana nak selesaikan hutang dan tambah simpanan?

Masalah biasa zaman sekarang. Susah sangat kan nak simpan duit walaupun kerja gaji puluh-puluh ribu. Bila tengok dalam bank simpanan alahai sedih baru seratus dua ratus kan. Aku ni kira dalam kategori ni jugak dulu haha... Habis bulan habis gaji. Kena pulak gaji dua kali sebulan. Memang heaven la kan sebab tak putus duit. Tu yang berbelanja sakan. Bukan untuk shopping. Untuk makan kat tempat-tempat yang sedap.

Bila dah tak "kerja" fuhhh...nak melalui fasa tak bekerja dengan duit makin hari makin berkurangan membuatkan kita akan menjadi stress. Bukan stress dengan orang. Stress dengan diri sendiri. Masa tu la kau akan rasa duit "seposen" tu sebesar tayar lori tau.

Dulu kan masa kecik-kecik selalu je ayah cakap "mak kau ni duit seposen macam sebesar tayar lori..." Aku masa tu gelak-gelak je dengar statement macam tu. Mak aku relax je. Dia buat muka "kekura" bak kata UAI. Ingat kelakar kan. Dan sekarang selepas berbelasan tahun baru aku faham maksud duit seposen sebesar tayar lori pada mummy. Punya berharga nilai duit seposen tu kan untuk mak aku disebabkan dia hanya seorang surirumah sepenuh masa. Bagi dia nak dapatkan duit seposen tu susah gilerrrr.  Haihhh sedih pulak tiba-tiba.

Okeylah...jawapan untuk soalan di atas ialah:

1. Cuba cubalah untuk mencari dan menambahkan sumber pendapatan yang sedia ada. Jangan hanya bergantung ke atas gaji yang kurang mencukupi itu. Tengok sekeliling macam mana orang kaya menguruskan kehidupan mereka. Perhatikan apa yang mereka buat...

2. Dah jangan buat hutang lagi dah. Bayar hutang yang sedia ada tu dulu dengan pendapatan tambahan yang anda dapati.

3. Tips untuk menyimpan dan jadi kaya ialah membuat simpanan terlebih dahulu sebelum berbelanja apabila dapat duit. Ingat untuk simpanan dan jadi kaya anda kena menyimpan dahulu sebelum berbelanja.

4. Orang kaya menjadi kaya bukan kerana mereka dapat duit atau gaji yang banyak. Ini kerana mereka berjaya menyimpannya menjadi aset yang boleh memberikan pendapatan yang berterusan kepada mereka...

Ada banyak lagi tip-tip cara nak selesaikan hutang dan menambahkan simpanan. Tapi 4 perkara di atas merupakan antara langkah-langkah pertama untuk mengubah anda menjadi seorang yang kaya dengan menyimpan dan mempunyai aset dari hasil simpanan itu tadi...

Wednesday, January 28, 2015

"Jangan rasa kedekut untuk membeli insurans medical..."

Gambar dari beautifulnara.com

Chef Wan kata...

"My presidential suite room at the Gleneagle hospital is like a hotel pulak. It has its own office, two kitchen area siap dua peti sejuk and 3 TV, Bedroom, Living and asst or Maid TV area jugak. I was told all for RM3,800 a night. When I was told mula-mula almost nak jatuh pitam terus. Tapi my wonderful AIA Insurance will take care of all that lah. Jika tidak saya sewa maid room tu sahajalah..."

"This is the beauty of having a good medical coverage. U will never know your rainy days. Sediakan payung sebelum hujan kan. Thank you to my wonderful friend Puan Laila Johari from AIA Insurance that always take care of my insurance need. When you are sick u also want a bit of style and glamour which u are accustomed with. Takkan holiday sahaja nak tidur di hotel best best 5 star sahaja. Jika sakit un mesti selesa."


"Especially if u worked superhard for your money. So jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau. Its for your own good and family. Nasihat orang tua yang dah lama makan garam..."


Bukan paksa-paksa nak beli takaful. Ikut kemampuan masing-masing sebab keperluan setiap individu berbeza. Kapal kecik kita masuk muatan kecik. Kapal besar kita boleh masuk muatan besar. Tapi di AIA Public Takaful walaupun bajet anda terhad InsyaAllah anda akan tetap mendapat yang terbaik. Tak semestinya yang mahal itu bagus yang murah itu sebaliknya. Saya rasa sangat terharu andaikata anda kata "saya sangat berpuas hati dengan pelan ini sebab boleh cover satu family dengan bajet yang saya ada..." saya cuma mampu berkata "Alhamdulillah..."

Semoga Chef Wan semakin bertambah sihat dan boleh masak-masak lagi. Sebenarnya masa kecik-kecik dulu Chef Wan ni lah satu-satunya Chef yang aku kenal huhu... Suka sangat tengok dia masak main campak-campak je kan...