Wednesday, February 1, 2012

Gugurkan Kandungan

Haram hukumnya bagi seorang ibu yang hamil menggugurkan janinnya tanpa sebab yang darurat. Maksud darurat itu ialah sesuatu yang melibatkan keselamatan jiwa dan anggota, hidup dan mati. Adapun masalah kewangan, ia bukanlah suasana darurat yang membolehkan pengguran janin.

Allah SWT berfirman mafhumnya:
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar" [al-isra 17:13].

Perbuatan membunuh anak boleh jadi selepas atau sebelum kelahirannya. Sebahagian tokoh membezakan tempoh 120 hari kerana janin hanya diberi nyawa selepas 120 hari tetap merupakan kurniaan Allah SWT yang bakal menjadi kehidupan. Menggugurkan janin sekalipun sebelum 120 hari tanpa sebab darurat beerti menceroboh dalam proses kejadian yang diatur oleh Allah SWT: "Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan)" [al-Insan 76:02]

Berbeza dengan perbuatan perancangan keluarga, ia tidak masuk dalam kategori menggugurkan janin sebab air mani lelaki belum bercampur hingga membentuk janin dalam rahim wanita.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Tuesday, January 24, 2012

Jenis Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan

Terbahagi kepada dua iaitu, Pelan premium tunggal dan pelan premium berkala.

1. Pelan Premium Tunggal
>> Bayaran premium tunggal secara sekaligus

>> Perlindungan kematian atau hilang upaya kekalenyeluruh adalah di dalam lingkungan 125% daripad premium yang dibayar.

>> Bayaran manfaat adalah jumlah diinsuranskan atau nilai unit pelaburan semasa membuat tuntutan, mengikut mana yang lebih tinggi.

>> Bahagian premium yang lebih besar boleh segera dilaburkan untuk menghasilkan pulangan.

2. Pelan Premium Berkala
>> Bayaran premium dibuat secara bulanan, suku-tahunan, setengah tahunan atau tahunan.

>> Perlindungan insurans asas bagi kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh biasanya berlipat ganda daripada bayaran premium.

>> Bayaran manfaat adalah jumlah diinsuranskan dicampur nilai unit pelaburan.

>> Bahagian premium yang lebih kecil disediakan untuk pelaburan pada awal tahun polisi kerana caj permulaan adalah lebih tinggi.

Saturday, January 14, 2012

Teknik Memperkenalkan Makanan Pejal


Bayi yang makin membesar memerlukan lebih banyak khasiat tetapi, kita perlu memilih masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal kepada anak. Ini kerana masa terbaik untuk memberi makanan pejal adalah bergantung kepada anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapati daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara bepejal rperingkat.

Mula-mula, perkenalkan satu jenis makanan sahaja dalam satu-satu masa sebelum bertukar ke makanan lain. Ambil masa sekurang-kurangnya empat hingga tujuh hari sebelum beralih kepada menu baru. Ini adlah untuk memudahkan anak menerima makanan baru dan membolehkan kita mengenal pasti adakah mereka alah terhadap makanan tersebut atau tidak.

Makanan yang disediakan sendiri di rumah adalah makanan yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Antara makanan yang sesuai untuk dijadikan makanan pertama anak ialah:
- Bubur nasi
- Pisang
- Ubi keledek
- Labu
- Keledek
- Brokoli
- Epal
- Pir

Kesemua makanan seperti di atas perlulah dijadikan puri terlebih dahulu dengan cara merebus sehingga lembut dan kemudian kisar halus atau lenyek makanan tersebut. Jika puri yang dibuat pekat, gunakan susu ibu atau formula untuk mencairkannya. Jangan memaksa anak untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Mulakan dengan satu hingga dua sudu puri sekali. Sekiranya anak masih ingin makan, tambahkan kuantitiya. Tetapi, jangan terlalu banyak kerana sumber khasiat utama bayi sepatutnya datang dari susu yang mereka minum.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Friday, January 13, 2012

Blogwalking Salah Satu Cara Tingkat Trafik Blog

Kalau nak translate ke Bahasa Melayu, bunyinya macam kelakar sikit sebab maksudnya "blog berjalan" heheh. Tapi kepada sesiapa yang terlibat dalam dunia blogging ini, haruslah tahu apa yang dimaksudkan dengan "Blogwalking".


Blogwalking is one of a good way untuk meningkatkan trafik blog terutamanya bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ni. Ini penting kerana sambil melawat blog orang lain kita juga boleh mempromosikan blog kita dengan meninggalkan komen di chatbox yang terdapat di dalam blog tersebut. Kalau tak ada chatbox tak apa. Boleh tinggalkan komen di bawah post entry. Dengan itu, tuan punya blog akan melawat blog kita begitu juga pembaca blog lain.

Bagi saya, orang yang blogwalking ini adalah orang yang amat bagus dan rajin. Selain dari mempromosikan blog sendiri, kita juga boleh mendapat pengetahuan dari bloggers lain. Kebanyakan bloggers ni memang up to date. Secara jujurnya, sungguh saya prefer baca blog dari suratkhabar.

Walaupun saya blogger, saya bukanlah di kalangan orang yang rajin blogwalking. Ini kerana masa yang ada memang tidak mencukupi. Update blog pun kadang-kadang terkucil hehehe. Saya bukannya bekerja di pejabat yang duduk depan komputer ataupun pegang iPhone je 24hrs. Masa saya memang emas. Mungkin bagi korang Isnin-Jumaat itu terlalu lama akan tetapi, bagi saya ia sungguh cepat. Walau bagaimanapun, saya sayang blog saya...

Kepada bloggers yang baru, saya memang galakkan untuk membuat aktiviti blogwalking. InsyaAllah kalau rajin selalu, korang boleh jadi blog otai dengan sekelip mata sahaja

=))

Wednesday, January 11, 2012

Puri Labu, Epal dan Oat | Bayi 8-10 bulan


Bahan-bahan
(untuk 4 hidangan)

1 biji epal bersaiz sederhana (dibuang kulit dan dipotong dadu)
100gm labu (dibuang duit dan dipotong dadu)
50gm oat (dicampurkan dengan sedikit susu panas)

Cara membuatnya:-

1. Mula-mula, rebus epal dan labu sehingga empuk atau lembut.

2. Kemudian, kisar atau lecek epal dan labu. Jangan terlalu hancur kerana pada usia 8-10 bulan bayi sudah boleh mengunyah.

3. Akhir sekali, campurkan dengan oat dan kacau rata.

4. Siap!!

Selamat mencuba! =)

Tuesday, January 10, 2012

Resepi Puri Kentang dan Sawi | Bayi 8-10 bulan

Untuk bayi berumur 8-10 bulan


Bahan-bahan
(Saiz untuk 4 hidangan)

1 biji ubi kentang bersaiz sederhana (dibuang kulit dan dipotong dadu)
20 gm sawi
Susu suam secukupnya

Cara membuatnya:-

1. Mula-mula rebus ubi hingga empuk.

2. Sementara itu, kukus sayur sehingga lembut.

3. Setelah ubi kentang empuk, kisar atau lecek kedua-dua bahan sehingga hancur bersama susu suam.

4. Siap

Selamat Mencuba! =)

Resepi Bubur Nasi Bersama Ayam dan Brokoli | Bayi 8-10 bulan

Untuk bayi berumur 8-10 bulan

Bahan-bahan

100gm isi ayam (dipotong kecil)
50 gm beras
50 gm brokoli

Cara membuatnya:-
1. Bersihkan beras dan tanak seperti menanak bubur

2. Apabila bubur separuh masak, masukkan isi ayam dan kacau sehingga rata

3. Bila ayam dah masak,. masukkan brokoli dan biarkan brokoli sehingga lembut.

4. Lastly, lecek bubur supaya anak dapat makan dengan senang

Selamat Mencuba! =)

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru | Happy New Year!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kata orang, tahun baru adalah untuk azam baru. Ye ke. Biar pun terlambat aku tetap nak ucapkan Happy New Year @ Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua rakan-rakan bloggers dan pengunjung yang datang berkunjung ke blog ini.


Semoga apa yang kita hajati pada tahun ini akan dapat di capai. Mungkin ada cita-cita atau angan-angan yang tak dapat dipenuhi pada tahun lepas, tapi tak apa boleh postpone untuk tahun ni hehe...

Tapi janganlah asyik nak tangguh je. Takkanlah setiap tahun nak berazam yang sama je kan =)

"Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup Anda dan cahaya jalan Anda melalui Tahun Baru. Berharap anda dan keluarga anda selalu selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2012"

Friday, December 30, 2011

Keracunan Makanan Lagi!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Masuk hari keempat aku mngelepet, melingkar macam ular. Sehingga semalam aku boleh gagahkan jugak buat kerja, drive, jumpa client, hantar anak pegi hospital walaupun badan memang tak larat rasanya.

Tapi malam tadi aku memang kena teruk punya. Tak sanggup nak tahan dah. Sampai lembik aku rasa. Hantar Hanif pagi tadi pun dah tak larat nak drive. Mengigil-gigil badan aku. Syukurlah nursery dia dekat. Balik je aku terus baring jadi ular lagi sampai sekarang huhu...

Jangankan nak update blog, nak bangun duduk depan lappy pun aku tak larat. Jadilah blog bersawang sekejap.

Oklah, ini je yang aku mampu tulis sekarang ni. Check it out!

From My iPhone

Tuesday, December 27, 2011

Pengenalan Tentang Seks Untuk Anak

Seks merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di dalam keluarga lebih-lebih lagi dalam budaya Timur. Ini disebabkan seks merupakan sesuatu yang bersifat terlalu peribadi, sensitif, dilarang oleh agama dan adat resam untuk dibincangkan secara terbuka. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan siapa isu ini boleh dibincangkan.

Sesungguhnya adalah sukar untuk ibu bapa membuka mulut dan seterusnya mengajak anak untuk berbincang mengenai seks. Reaksi yang diterima sudah pasti dalam bentuk kejutan emosi, terpinga-pinga, hairan, tertanya-tanya yang membawa kepada malu segan, menyampah malah meluat.

Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, apa yang perlu ibu bapa perlu lakukan untuk mendidik anak mengenainya dengan:

(1) Menyatakan tujuan utama perkara berkaitan seks dibincangkan. Jelaskan maklumat sebenar dengan menyatakan tujuan kita adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran dalam bentuk pengetahuan am yang perlu diketahui seperti dengan perkara lain.

(2) Huraikan maksud dan pengertian seks serta nayatakan yang seks ini meliputi ruang yang terlalu luas.

(3) Jangan lupa menyentuh bahawa seks merupakan suatu bentuk tingkah laku manusia. Nyatakan juga yang seks ini mempengaruhi kesejahteraan, kebahagiaan, kesihatan fizikal, mental dan spiritual individu.

(4) Nyatakan secara jujur dan ikhlas bahawa seks bukanlah sesuatu yang kotor, jijik dan tidak boleh dibincangkan secara terbuka di antara anggota keluarga.

(5) Apabila membincangkan isu seks di hadapan anak, gunakan bahasa yang paling mudah untuk digahami. Elak daripada menggunakan bahasa dalam bentuk frasa, rangkai kata atau ayat yang boleh menjadikan anak malu, segan malah boleh merangsang keghairahan. Lakukan secara hati-hati dan penuh berhemah.

(6) Pilih masa yang sesuai. Masa yang sesuai pasti berbeza-beza antara satu ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain. Masa yang sesuai bukan dilihat dari konteks kesesuaian jam, waktu atau hari. Perkara ini boleh dibincangkan apabila kita sebagai ibu bapa mulai menyedari anak telah mencapai usia yang dapat dikira matang dari segi pemikiran dan emosi. Kita sebagai ibu bapa sahaja yang mengetahui tahap kematangan anak. Gunakan budi bicara dan hemah kita sebagai ibu bapa dalam usaha mencapai matlamat ini.

(7) Sebagai ibu bapa, kita juga harus melengkapkan diri dengan maklumatmengenai isu seks dan seksual yang ingin kita sampaikan kepada anak. Elakkan daripada menggunakan andaian daripada pemikiran sendiri jika sesuatu isu dapat disokong dengan fakta ilmiah lagi saintifik. Ingat, tugas kita bukan untuk mengadakan kuliah atau ceramah tetapi nyatakan dengan bantuan bahan  yang dapat diterima akal secara logik lagi waras dalam suasana relaks dan boleh untuk menerima maklumat yang bakal kita beri dengan fikiran terbuka.

(8) Topik apakah yang harus dibincangkan dengan anak? Perkara ini memang sukar dijawab. Ini kerana isu seks turut melibatkan perkara yang berkaitan dengan (seksualiti, gender), yang meluas rangkumannya. Buatlah poenyerlidikan ringkas terlebih dahulu.

(9) Senaraikan topik yang penting dengan merujuk kepada personaliti, sikap, tabiat serta tahap kematangan anak.

(10) Galakkan anak bertanya apa juga soalan. Jika ada yang malu untuk bertanya secara lisan, cuba pula dengan menulis dalam bentuk nota ringkas. Boleh juga amalkan alternatif lain dengan bersemuka dengan anak secara bersendirian bagi menjawab persoalan yang terpendam dalam fikirannya.

Dalam usaha untuk mendidik anak dalam isu yang bersabit dengan seks dan seksualiti, kita perlu merasakan ia sesuai dengan tahap kematangan dan faktor situasi dalam keluarga. Mungkin ia merupakan isu yang terlalu berat dan serius tetapi ia boleh membuka minda kita dengan menerimanya sebagai pengetahuan am dan mungkin berguna untuk diri sendiri pada masa akan datang.