Sunday, March 20, 2011

Sakit selepas bersalin

Selepas bersalin, uterus tidak akan berhenti mengecut. Pengecutan akan terus berlaku dan selalunya ia tidak mendatangkan kesakitan, akan tetapi, pada sesetengah wanita khususnya yang telah berkali-kali hamil p[engecutan yang menyakitkan akan terus berlaku dalam beberapa hari pertama katika dalam pantang. Besar kemungkinan kesakitan ini dirasai semasa menyusukan bayi.

a. Keadaan is perut
Pada masa-masa yang lepas, sembelit merupakan satu masalah, tetapi pada hari ini ia jarang berlaku, memandangkan ramai ibu yang berjalan semula selepas bersalin.

b. Membuang air kecil
Dalam masa 24 jam pertama selepas bersalin, kadang-kadang si ibu mendapati sukar untuk membuang air kecil kerana keranggangan tisu faraj dan tisu-tisu di sekeliling pundi kencing semasa bersalin. Amalan berjalan awal selepas bersalin boleh mengurangkan kesukaran tersebut, dan malah kebanyakan wanita tidak mengalami masalah ini.

c. Sajian makanan
Kebanyakan wanita mahu makan atau minum selepas melahirkan setidak-tidaknya secawan teh. Dan semasa dalam pantang makanan yang kaya dengan protein dan vitamin serta tidak terlalu banyak karbohidrat adalah diperlukan.

Kebanyakan ahli pemakanan mengesyorkan bahawa wanita dalam pantang yang menetek harus mendapatkan sekurang-kurangnya 25,000 kalori sehari.

Sajian makanan bagi ibu dalam pantang haruslah sebagaimana yang diperolehi semasa hamil. Ditambah dengan 500ml (1pain) susu sehari.

d. Barut perut
Kini telah diketahui bahawa barut abdomen itu perlu untuk mencegah daripada berlakunya kejatuhan uterus atau menanggalkan involusi. Tambahan pula dari perubatan ia tidak diperlukan meskipun bengkung mungkin diperlukan. Sesetengah wanita yang berkali-kali hamil terasa uterus itu seolah-olah bergerak ke sana ke mari dan mereka hanya akan berasa lebih yakin dan selesa jika memakai bengkung. Pilihan terletak pada pesakit akan tetapi mereka harus mengetahui pilihan tersebut bukan sebab dari perubatan tetapi bersifat psikologi.

e. Perubahan emosi semasa dalam pantang.
Pada hari ketiga ketika dalam pantang keghairahan menyambut bayi yang baru mulai berkurangan. Si ibu mendapati bahawa dia mempunyai bayi yang memerlukan penjagaan.

Susu mungkin memenuhi buah dadanya dan kepekaan emosi yang dirasai lebih awal mungkin menimbulkan tindak balas. Si ibu merasa murung dan berubah perasaan tanpa sebab. Segala-galanya berjalan dengan baik tetapi si ibu menangis teresak-esak dan itu akan membuatkan mereka berasa lega.

Si ibu harus ingat bahawa perubahan emosi semasa dalam pantang mungkin berlaku pada hari ke-4 atau ke-5 bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia memerlukan rasa timbang rasa daripada suaminya dan para pekerja hospital.

Tuesday, March 8, 2011

Masalah ketika dalam hamil

Penjagaan ibu dalam hamil yang sempurna adalah cara untuk mmenjauhkan pelbagai sakit atau gangguan penyakit yang dapat membahayakan ibu dan anak. Tanda-tanda terperinci yang harus dititik beratkan tidak hanya untuk perempuan yang baru pertama kali hamil, tetapi juga perempuan yang telah lebih dari satu kali atau berkali-kali hamil.

Tanda-tanda ini merupakan tanda-tanda bahaya dan bukan tanda-tanda yang dianggap remeh begitu sahaja. Dengan mengetahui tanda-tanda ini kita akan dapat mendapat pertolongan yang sepatut atau sewajarnya dengan segera.

Tanda-tanda di bawah menjelaskan bahaya yang penting dan seharusnya mendapat pertolongan seorang doktor. Tanda-tanda tersebut ialah:

1. Keluar darah dari lubang kemaluan.
2. Muntah yang berterusan.
3. Sakit kepala yang berterusan.
4. Bengka-bengkak pada muka, tangan, kaki dan betis.
5. Mata mulai kabur atau melihat titik-titik hitam.
6. Kencing mulai kurang.
7. Sakit atau merasa pedih ketika kencing.
8. Merasa panas dingin dan demam menggigil.
9. Sakit mendenyut dengan berterusan di bahgian perut.
10. Air tiba-tiba keluar dari kemaluan sebelum bayi dianggap lahir.

Semua tanda-tanda di atas perlu mendapat perhatian sewajarnya dengan secepat yang mungkin supaya kita boleh mendapat rawatan dan penjagaan yang lebih teliti.

Wednesday, March 2, 2011

Lima peringkat bersalin



Pertama:
Lubang peranakan terbuka luas, kepala bayi ditekan ke bawah oleh gerakan otot-otot peranakan (uterus).

Kedua:
Kepala bayi keluar melalui jalan salin kemaluan (vagina) memudahkan bayi meluncur keluar.

Ketiga:
Doktor akan menolong dengan memutar kepala bayi melalui jalan kemaluan (vagina), memudahkan bayi meluncur keluar.

Keempat:
Peranaka (Uterus) bekerja dengan otot-ototnya dan melepaskan saudara (plasenta) dari peranakan (uterus) supaya dapat keluar.

Kelima:
Uterus telah mengeluarkan plasenta keluar lubang kemaluan dengan melepaskan kulit ketuban dan tali pusat. Uterus mulai kecil kembali kerana otot-otot terus bekerja dan darah yang mengalir juga berkurangan.

Monday, February 28, 2011

Karenah Driver Bus Metro di pagi hari

Hari ini merupakan hari kedua saya naik bas ke tempat kerja. So, seawal 5 pagi dah kena bangun bersiap-siap. Mula-mula hari tu saya keluar dalam pukul 5.40pagi, rasa terlalu awal pulak so hari ni saya keluar pukul 5.50pagi. Dalam 5 minit perjalanan sampailah di bus stop. Tapi time macam ni ramai pulak orang. Tapi syukurlah dapat jugak tempat duduk.

Saya tak kisah sangat pun kalau driver bas ni bawak terhegeh-hegeh. Ini kerana, saya masuk kerja pun pukul 8pagi. Sampai Petaling Jaya pukul 7pagi dan sempat sarapan lagi.

Okeylah, kita sambung cerita. Tadi loceng bas yang saya naik tak berfungsi, konduktor pun ala-ala bidan terjun je dengan baki duit tiket tak pulang, tiket pun tak dapat. Memanglah balance seposen je tapi duit jugak kan? Ada penumpang ni (kakak-kakak Indo) ni nak turun, bila tekan loceng tak ada bunyi. Susah kan? Sememangnya pak driver ni berhenti tapi tak sampai satu saat dah jalan dah. Apalagi mengamuklah kakak-kakak Indo ni. Siap ketuk-ketuk dan menjerit sakan. Ye lah, dah lah loceng tak berfungsi, driver pulak macam tu perangainya. Kalau saya pun akan naik angin jugak.

Adalah kira-kira 2 km baru driver ni berhentikan bas. Bising dorang ni. Tapi yang kelakarnya salah seorang daripada kakak-kakak ni siap cakap "GoBLOk" pastu entah apa lagi pun saya tak faham. Semua orang tergelak hehehe... Saya sengih je.

Tapi driver ni hari ni macam not in a good mood. Dah la bawak pun laju abis lampu merah dilanggarnya. Agaknya dia lupa kot, nemandu secara berhati-hati dan berhemah...

Wednesday, February 23, 2011

Ibu yang berisiko tinggi ketika melahirkan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Lama juga saya tak update blog ni. Sibuk pergi bercuti sehinggakan tak sempat nak jenguk. Insyaallah ada masa nanti saya akan cuba share percutian-percutian saya ye hehe.

Berbalik semula pada topik asal yang mana ibu-ibu yang berisiko tinggi ketika melahirkan:

1. Ibu yang kurang daripada 18 tahun atau lebih daripada 35 tahun bagi kelahiran pertama.

2. Jarak kelahiran kurang daripada dua tahun selepas kelahiran yang lepas.

3. Ibu yang mempunyai lebih daripada lima orang anak.

4. Ibu yang pernah menghadapi masalah bersalin pada masa lepas seperti pembedahan, tumpah darah, sakit terlalu lama, gugur atau anak mati dalam kandungan.

5. Ibu yang rendah iaitu kurang daripada 145cm tinggi.

(a). Tanda-tanda Amaran semasa mengandung
1. Ibu pucat atau kekurangan darah
2. Bengkak di kaki, tangan atau muka.
3. Tumpah darah semasa mengandung.
4. Sakit kepala yang teruk tanda darah tinggi.
6. Muntah teruk toxemia serta demam yang teruk.
6. Sesak nafas.

Sunday, February 13, 2011

Perancangan untuk hari ini

Assalammualaikum & salam sejahtera @ selamat malam ;)

Saja nak share kat sini aktiviti saya untuk hari ini hehe... Sekarang ni dah pukul 12.10am. Saya dah siap packing dah baju saya dan Hanif. Tak banyak, satu beg sahaja. Kita share dua orang. Bukan nak pergi jalan jauh pun. Dekat je. Excited betul rasanya sebab dah lama sangat tak pergi bercuti. Untuk percutian kali ini pun kami sekeluarga hanya pergi untuk satu malam sahaja sebab dekat. Kalau jauh bolehlah stay 3-4 malam. 

Tadi masa packing baju, Hanif pun sibuk sangat nak masukkan lampin dia dan segala-gala baju yang lain. Wahh...excited betul anak mama. Walaupun papa kata tak confirm nak pergi, baju mama dan Hanif dah siap kemas tinggal nak masuk beg je. Kalau papa nak kata tak jadi pun tak boleh jugak sebab kita dua orang dah excited lebih :p.
bihun ni dari Liza's Kitchen bukan dari saya hehe...

Jap lagi nak get ready barang-barang untuk dimasak awal pagi nanti sebab kalau beli memang tak berbaloilah. Mahal dan nak kata sedap pun tak jugak. Akhirnya dibuang ke dalam tong sampah. Jadi, kalau boleh masak sendiri apa salahnya. Lagi jimat betul tak? Menunya ialah Bihun goreng, Nugget & Sardine Sandwich(memang menu kegemaran). 

Okeylah. Malam pun dah lewat. Saya mengundurkan diri dulu ye. Lambat siap nanti lambatlah acik tidur hehe...


Friday, February 11, 2011

Petua selamat bersalin

Kehamilan dan kelahiran adalah proses normal yang dialami oleh wanita. Sebahagian wanita selamat melalui proses ini. Hanya sebahagian kecil sahaja yang meninggal dunia.

Dengan kemajuan perubatan yang dinikmati wanita pada hari ini, kematian disebabkan kehamilan dan kelahiran semakin berkurangan. Di Malaysia seorang daripada 3000 meninggal dunia kerana kelahiran dan kehamilan. Untuk mendapatkan keibuan yang selamat, anda sebagai ibu yang mengandung perlu mengetahui perkara berikut.

a. Pemeriksaan semasa mengandung
Kunjungan pertama ke klinik mengandung hendaklah dibuat sebaik sahaja mengetahui anda sudah mengandung. Kenapa mengunjungi klinik semasa mengandung adalah amat penting? Ini kerana di klinik, jururawat bertugas akan menentukan kemajuan kehamilan dari masa ke semasa.

Jika ibu dalam keadaan sihat, jururawat menentukan ia boleh bersalin di rumah atau di hospital. Bagi ibu yang mengandung sebulan hingga tujuh bulan, kunjungan ke klinik hendaklah dibuat sebulan sekali. Tujuh bulan hingga minggu ke-36, setiap dua minggu sekali, manakala lebih daripada minggu perlu datang ke klinik setiap minggu.

Bidan atau jururawat juga akan mengenal pasti sekiranya pertumbuhan bayi tidak normal atau mengalami gangguan. Dengan itu perkara tersebut boleh dirujuk terus ke hospital.

Di klinik juga dilakukan pemeriksaan tekanan darah bagi ibu yang mempunyai tekanan darah yang melebihi 190/30, perkara ini perlu diawasi kerana tekanan darah boleh menjadi lebih tinggi, rawatan tertentu akan diberi supaya tekanan darah ibu menjadi normal.

Pemeriksaan lain yang digunakan ialah pemeriksaan kencing manis, toxemia,tahap hemoglobin dalam darah dan juga pemeriksaan VDRL bagi menentukan sama ada ibu menghidap ppenyakit kelamin yang boleh mendatangkan kecacatan pada bayi. Ibu sering mendapat penyakit daripada suami.

b. Pemberian pil dan zat besi
Ibu yang mengandung juga boleh mengalami kekeurangan darah yang dipanggil anemia. Keadaan ini menyebabkan si ibu kelihatan pucat dan lesu. Masalah ini banyak berlaku di kalangan wanita luar bandar kerana kekurangan zat makanan terutamanya zat besi.

Semasa mengandung, pengambilan zat-zat besi seperti vitamin dan zat besi perlu mencukupi kerana, bayi juga menggunakan darah ibu untuk pertumbuhan dalam rahim.

Masalah kekurangan darah ini, jika tidak diatasi akan menyebabkan komplikasi jika berlaku kelahiran yang teruk seperti turun darah yang banyak selepas bersalin. Pil zat besi boleh didapati di klinik-klinik mengandung dan si ibu perlu makan pil ini di awal kehamilan.

c. Suntikan tetanus
Ibu perlu mendapatkan dua suntikan tetanus bagi melindungi bayi dan ibu. Suntikan ini akan mencegah si ibu daripada mendapat kancing dagu selepas bersalin. Si ibu ridak perlu bimbang kerana suntikan ini tidak membawa sebarang komplikasi atau kesan sampingan kepada ibu bayi.

d. Persediaan bersalin dan menyusukan anak
Di klinik juga ibu akan diberi nasihat secara individu atau kelompok mengenai persediaan bersalin dan juga amat penting kelahiran bayi disambut oleh bidan yang terlatih.

Walaupun si ibu berada di luar bandar mereka masih menggunakan perkhidmatan bidan kampung tetapi bidan terlatih perlu ada bersama kerana bidan terlatih tahu apa yang perlu dilakukan dalam masa kecemasan.

e. Khidmat bidan terlatih perlu kerana:
Bidan akan tahu sekiranya si ibu sakit terlalu lama melebihi 12 jam, iaitu tanda ibu sedang menghadapi masalah.

Bidan terlatih menyambut kelahiran dalam keadaan bersih untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kelahiran yang bersih dan selamat amat penting dan bidan tahu apa yang perlu dilakukan. Pakaian bidan, tempat bersalin dan peralatan untuk menyambut kelahiran mestilah bersih.

Bidan akan membersihkan bayi dan memotong tali pusatnya secara bersih dan selamat. Bidan akan mengambil tindakan segera apabila darah hilang berlebihan.

Oleh yang demikian, khidmat bidan terlatih amatlah penting kerana kelahiran selamat bermula dari peringkat awal kehamilan. Bidan juga akan memberikan penerangan berhubungan dengan penyusuan bayi.

Ven Valikos (urat timbul) di kaki

Hamil menggalakkan kemunculan vena varikos pada kaki wanita yang mudah mendapatnya. Vena itu boleh muncul pada bila-bila masa sahaja semasa hamil tetapi pada keseluruhannya, ia sering didapati membesar dan menjadi lebih ketara dalam bulan-bulan yang berikutnya.

Ia mungkin kelitana seperti cacing di bawah kulit atau seperti sarang labah-labah di sekeliling buku lali dan di belakang lutut. Kaki terasa berat dan mungkin hodoh dan juga mungkin akan terasa sakit atau bengkahk.

Kebanyakan vena ino hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan dan disebabkan itulah para doktor tidak mengesyorkan pembedahan semasa hamil. Bagaimanapun sebahagian dari vena itu terus tinggal dan membesar pada hamil-hamil berikutnya.

Rawatan ialah dengan sering meletakkan kaki di atas seboleh yang mungkin. Di samping itu, stoking tambahan yang padan harus dipakai setiap pagi sebelum ibu mengandung itu meninggalkan tempat tidurnya.

Thursday, February 10, 2011

Keluar faraj ketika hamil

Semasa hamil rembesan biasa yang mengekalkan kelembapan faraj akan bertambah dan rembesan tambahan yang keluar dari kalenjar serviks bercampur dengannya. Kira-kira 30% ibu mengandung sedar akan keluar faraj yang bertambah itu.

Jika kuantitinya memerlukan pemakaian "panty liner", bakal ibu itu harus mendapatkan nasihat doktornya supaya pemeriksaan dapat dilakukan untuk memastikan bahawa rembesan itu cuma keadaan yang berlebihan dan biasa. Sekiranya ia berpunca dari jangkitan oleh kulat "kandida albikans" yang menyebabkan seriawan atau jika ia berpunca dari jangkitan oleh sejenis parasit halus sebesar mata pin yang disebut "Trichomonas vaginalis".

Biasanya jangkitan oleh salah satu organisma tersebut menyebabkan keluar faraj yang tidak menyenangkan tetapi adakalanya tidak sedemikian. Doktor hanya boleh menentukan sebab sebenar keluaran faraj dengan memeriksa calit yang diambil dengan kapas. Calit tadi akan dilihat melalui mikroskop dan kemudian barulah doktor akan dapat mengesyorkan rawatan yang sepatutnya.

Wednesday, February 9, 2011

Jangkitan salur kencing ketika hamil

Kira-kira 5% wanita menghidap salur kencing tersembunyi, yang tidak menimbulkan masalah sehinggamereka hamil. Ketika hamil disebabkan kesan progesteron yang mengendurkan otot, kawasan pengumpul dalam ginjal dan tiub yang menghubungkan ginjal dengan pundi kencing menjadi besar.

Air kencing bertakung di kawasan ini dan juga dalam pundi kencing. Wanita yang mempunyai jangkitan salur kencing yang tersembunyi jika tidak dirawat akan mendapat dua kali ganda anemia, peningkatan tekanan darah, dan melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Adalah perkara biasa bagi doktor memeriksa air kencing di peringkat awal hamil untuk menentukan sama ada jangkitan saluran kencing dihidapi oleh ibu yang mengandung dan doktor memberikan rawatan jika ia didapati dijangkiti. Rawatan ini akan menghalang permulaan jangkitan ginjal.

Gejala-gejala jangkitan salur kencing adalah rasa sakit pinggang, demam dan menggeletar, berpeluh dan rasa sakit ketika membuang air kecil. Andainya gejala-gejala ini berlaku ketika hamil ibu mengandung itu haruslah berjumpa dokror segera, kerana rawatan untuk gejala tersebut adalah menggunakan ubat sulfa atau antibiotik.