Monday, February 28, 2011

Karenah Driver Bus Metro di pagi hari

Hari ini merupakan hari kedua saya naik bas ke tempat kerja. So, seawal 5 pagi dah kena bangun bersiap-siap. Mula-mula hari tu saya keluar dalam pukul 5.40pagi, rasa terlalu awal pulak so hari ni saya keluar pukul 5.50pagi. Dalam 5 minit perjalanan sampailah di bus stop. Tapi time macam ni ramai pulak orang. Tapi syukurlah dapat jugak tempat duduk.

Saya tak kisah sangat pun kalau driver bas ni bawak terhegeh-hegeh. Ini kerana, saya masuk kerja pun pukul 8pagi. Sampai Petaling Jaya pukul 7pagi dan sempat sarapan lagi.

Okeylah, kita sambung cerita. Tadi loceng bas yang saya naik tak berfungsi, konduktor pun ala-ala bidan terjun je dengan baki duit tiket tak pulang, tiket pun tak dapat. Memanglah balance seposen je tapi duit jugak kan? Ada penumpang ni (kakak-kakak Indo) ni nak turun, bila tekan loceng tak ada bunyi. Susah kan? Sememangnya pak driver ni berhenti tapi tak sampai satu saat dah jalan dah. Apalagi mengamuklah kakak-kakak Indo ni. Siap ketuk-ketuk dan menjerit sakan. Ye lah, dah lah loceng tak berfungsi, driver pulak macam tu perangainya. Kalau saya pun akan naik angin jugak.

Adalah kira-kira 2 km baru driver ni berhentikan bas. Bising dorang ni. Tapi yang kelakarnya salah seorang daripada kakak-kakak ni siap cakap "GoBLOk" pastu entah apa lagi pun saya tak faham. Semua orang tergelak hehehe... Saya sengih je.

Tapi driver ni hari ni macam not in a good mood. Dah la bawak pun laju abis lampu merah dilanggarnya. Agaknya dia lupa kot, nemandu secara berhati-hati dan berhemah...

Wednesday, February 23, 2011

Ibu yang berisiko tinggi ketika melahirkan

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Lama juga saya tak update blog ni. Sibuk pergi bercuti sehinggakan tak sempat nak jenguk. Insyaallah ada masa nanti saya akan cuba share percutian-percutian saya ye hehe.

Berbalik semula pada topik asal yang mana ibu-ibu yang berisiko tinggi ketika melahirkan:

1. Ibu yang kurang daripada 18 tahun atau lebih daripada 35 tahun bagi kelahiran pertama.

2. Jarak kelahiran kurang daripada dua tahun selepas kelahiran yang lepas.

3. Ibu yang mempunyai lebih daripada lima orang anak.

4. Ibu yang pernah menghadapi masalah bersalin pada masa lepas seperti pembedahan, tumpah darah, sakit terlalu lama, gugur atau anak mati dalam kandungan.

5. Ibu yang rendah iaitu kurang daripada 145cm tinggi.

(a). Tanda-tanda Amaran semasa mengandung
1. Ibu pucat atau kekurangan darah
2. Bengkak di kaki, tangan atau muka.
3. Tumpah darah semasa mengandung.
4. Sakit kepala yang teruk tanda darah tinggi.
6. Muntah teruk toxemia serta demam yang teruk.
6. Sesak nafas.

Sunday, February 13, 2011

Perancangan untuk hari ini

Assalammualaikum & salam sejahtera @ selamat malam ;)

Saja nak share kat sini aktiviti saya untuk hari ini hehe... Sekarang ni dah pukul 12.10am. Saya dah siap packing dah baju saya dan Hanif. Tak banyak, satu beg sahaja. Kita share dua orang. Bukan nak pergi jalan jauh pun. Dekat je. Excited betul rasanya sebab dah lama sangat tak pergi bercuti. Untuk percutian kali ini pun kami sekeluarga hanya pergi untuk satu malam sahaja sebab dekat. Kalau jauh bolehlah stay 3-4 malam. 

Tadi masa packing baju, Hanif pun sibuk sangat nak masukkan lampin dia dan segala-gala baju yang lain. Wahh...excited betul anak mama. Walaupun papa kata tak confirm nak pergi, baju mama dan Hanif dah siap kemas tinggal nak masuk beg je. Kalau papa nak kata tak jadi pun tak boleh jugak sebab kita dua orang dah excited lebih :p.
bihun ni dari Liza's Kitchen bukan dari saya hehe...

Jap lagi nak get ready barang-barang untuk dimasak awal pagi nanti sebab kalau beli memang tak berbaloilah. Mahal dan nak kata sedap pun tak jugak. Akhirnya dibuang ke dalam tong sampah. Jadi, kalau boleh masak sendiri apa salahnya. Lagi jimat betul tak? Menunya ialah Bihun goreng, Nugget & Sardine Sandwich(memang menu kegemaran). 

Okeylah. Malam pun dah lewat. Saya mengundurkan diri dulu ye. Lambat siap nanti lambatlah acik tidur hehe...


Friday, February 11, 2011

Petua selamat bersalin

Kehamilan dan kelahiran adalah proses normal yang dialami oleh wanita. Sebahagian wanita selamat melalui proses ini. Hanya sebahagian kecil sahaja yang meninggal dunia.

Dengan kemajuan perubatan yang dinikmati wanita pada hari ini, kematian disebabkan kehamilan dan kelahiran semakin berkurangan. Di Malaysia seorang daripada 3000 meninggal dunia kerana kelahiran dan kehamilan. Untuk mendapatkan keibuan yang selamat, anda sebagai ibu yang mengandung perlu mengetahui perkara berikut.

a. Pemeriksaan semasa mengandung
Kunjungan pertama ke klinik mengandung hendaklah dibuat sebaik sahaja mengetahui anda sudah mengandung. Kenapa mengunjungi klinik semasa mengandung adalah amat penting? Ini kerana di klinik, jururawat bertugas akan menentukan kemajuan kehamilan dari masa ke semasa.

Jika ibu dalam keadaan sihat, jururawat menentukan ia boleh bersalin di rumah atau di hospital. Bagi ibu yang mengandung sebulan hingga tujuh bulan, kunjungan ke klinik hendaklah dibuat sebulan sekali. Tujuh bulan hingga minggu ke-36, setiap dua minggu sekali, manakala lebih daripada minggu perlu datang ke klinik setiap minggu.

Bidan atau jururawat juga akan mengenal pasti sekiranya pertumbuhan bayi tidak normal atau mengalami gangguan. Dengan itu perkara tersebut boleh dirujuk terus ke hospital.

Di klinik juga dilakukan pemeriksaan tekanan darah bagi ibu yang mempunyai tekanan darah yang melebihi 190/30, perkara ini perlu diawasi kerana tekanan darah boleh menjadi lebih tinggi, rawatan tertentu akan diberi supaya tekanan darah ibu menjadi normal.

Pemeriksaan lain yang digunakan ialah pemeriksaan kencing manis, toxemia,tahap hemoglobin dalam darah dan juga pemeriksaan VDRL bagi menentukan sama ada ibu menghidap ppenyakit kelamin yang boleh mendatangkan kecacatan pada bayi. Ibu sering mendapat penyakit daripada suami.

b. Pemberian pil dan zat besi
Ibu yang mengandung juga boleh mengalami kekeurangan darah yang dipanggil anemia. Keadaan ini menyebabkan si ibu kelihatan pucat dan lesu. Masalah ini banyak berlaku di kalangan wanita luar bandar kerana kekurangan zat makanan terutamanya zat besi.

Semasa mengandung, pengambilan zat-zat besi seperti vitamin dan zat besi perlu mencukupi kerana, bayi juga menggunakan darah ibu untuk pertumbuhan dalam rahim.

Masalah kekurangan darah ini, jika tidak diatasi akan menyebabkan komplikasi jika berlaku kelahiran yang teruk seperti turun darah yang banyak selepas bersalin. Pil zat besi boleh didapati di klinik-klinik mengandung dan si ibu perlu makan pil ini di awal kehamilan.

c. Suntikan tetanus
Ibu perlu mendapatkan dua suntikan tetanus bagi melindungi bayi dan ibu. Suntikan ini akan mencegah si ibu daripada mendapat kancing dagu selepas bersalin. Si ibu ridak perlu bimbang kerana suntikan ini tidak membawa sebarang komplikasi atau kesan sampingan kepada ibu bayi.

d. Persediaan bersalin dan menyusukan anak
Di klinik juga ibu akan diberi nasihat secara individu atau kelompok mengenai persediaan bersalin dan juga amat penting kelahiran bayi disambut oleh bidan yang terlatih.

Walaupun si ibu berada di luar bandar mereka masih menggunakan perkhidmatan bidan kampung tetapi bidan terlatih perlu ada bersama kerana bidan terlatih tahu apa yang perlu dilakukan dalam masa kecemasan.

e. Khidmat bidan terlatih perlu kerana:
Bidan akan tahu sekiranya si ibu sakit terlalu lama melebihi 12 jam, iaitu tanda ibu sedang menghadapi masalah.

Bidan terlatih menyambut kelahiran dalam keadaan bersih untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kelahiran yang bersih dan selamat amat penting dan bidan tahu apa yang perlu dilakukan. Pakaian bidan, tempat bersalin dan peralatan untuk menyambut kelahiran mestilah bersih.

Bidan akan membersihkan bayi dan memotong tali pusatnya secara bersih dan selamat. Bidan akan mengambil tindakan segera apabila darah hilang berlebihan.

Oleh yang demikian, khidmat bidan terlatih amatlah penting kerana kelahiran selamat bermula dari peringkat awal kehamilan. Bidan juga akan memberikan penerangan berhubungan dengan penyusuan bayi.

Ven Valikos (urat timbul) di kaki

Hamil menggalakkan kemunculan vena varikos pada kaki wanita yang mudah mendapatnya. Vena itu boleh muncul pada bila-bila masa sahaja semasa hamil tetapi pada keseluruhannya, ia sering didapati membesar dan menjadi lebih ketara dalam bulan-bulan yang berikutnya.

Ia mungkin kelitana seperti cacing di bawah kulit atau seperti sarang labah-labah di sekeliling buku lali dan di belakang lutut. Kaki terasa berat dan mungkin hodoh dan juga mungkin akan terasa sakit atau bengkahk.

Kebanyakan vena ino hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan dan disebabkan itulah para doktor tidak mengesyorkan pembedahan semasa hamil. Bagaimanapun sebahagian dari vena itu terus tinggal dan membesar pada hamil-hamil berikutnya.

Rawatan ialah dengan sering meletakkan kaki di atas seboleh yang mungkin. Di samping itu, stoking tambahan yang padan harus dipakai setiap pagi sebelum ibu mengandung itu meninggalkan tempat tidurnya.

Thursday, February 10, 2011

Keluar faraj ketika hamil

Semasa hamil rembesan biasa yang mengekalkan kelembapan faraj akan bertambah dan rembesan tambahan yang keluar dari kalenjar serviks bercampur dengannya. Kira-kira 30% ibu mengandung sedar akan keluar faraj yang bertambah itu.

Jika kuantitinya memerlukan pemakaian "panty liner", bakal ibu itu harus mendapatkan nasihat doktornya supaya pemeriksaan dapat dilakukan untuk memastikan bahawa rembesan itu cuma keadaan yang berlebihan dan biasa. Sekiranya ia berpunca dari jangkitan oleh kulat "kandida albikans" yang menyebabkan seriawan atau jika ia berpunca dari jangkitan oleh sejenis parasit halus sebesar mata pin yang disebut "Trichomonas vaginalis".

Biasanya jangkitan oleh salah satu organisma tersebut menyebabkan keluar faraj yang tidak menyenangkan tetapi adakalanya tidak sedemikian. Doktor hanya boleh menentukan sebab sebenar keluaran faraj dengan memeriksa calit yang diambil dengan kapas. Calit tadi akan dilihat melalui mikroskop dan kemudian barulah doktor akan dapat mengesyorkan rawatan yang sepatutnya.

Wednesday, February 9, 2011

Jangkitan salur kencing ketika hamil

Kira-kira 5% wanita menghidap salur kencing tersembunyi, yang tidak menimbulkan masalah sehinggamereka hamil. Ketika hamil disebabkan kesan progesteron yang mengendurkan otot, kawasan pengumpul dalam ginjal dan tiub yang menghubungkan ginjal dengan pundi kencing menjadi besar.

Air kencing bertakung di kawasan ini dan juga dalam pundi kencing. Wanita yang mempunyai jangkitan salur kencing yang tersembunyi jika tidak dirawat akan mendapat dua kali ganda anemia, peningkatan tekanan darah, dan melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Adalah perkara biasa bagi doktor memeriksa air kencing di peringkat awal hamil untuk menentukan sama ada jangkitan saluran kencing dihidapi oleh ibu yang mengandung dan doktor memberikan rawatan jika ia didapati dijangkiti. Rawatan ini akan menghalang permulaan jangkitan ginjal.

Gejala-gejala jangkitan salur kencing adalah rasa sakit pinggang, demam dan menggeletar, berpeluh dan rasa sakit ketika membuang air kecil. Andainya gejala-gejala ini berlaku ketika hamil ibu mengandung itu haruslah berjumpa dokror segera, kerana rawatan untuk gejala tersebut adalah menggunakan ubat sulfa atau antibiotik.

Bengkak buku lali dan kaki ketika hamil

Penyimpan bendalir dalam tisu badan adalah normal semasa hamil. Seorang ibu mengandung yang menyimpan di antara 3 - 6 liter bendalir, separuh darinya dalam 10 minggu terakhir hamil.

Dengan yang demikian, bengkak buku lali bahagian paling bawah badan adalah lazim. Jika ia berlaku pada waktu petang, ia tidaklah serius dan apa yang perlu dilakukan oleh ibu mengandung ialah meletakkan kakinya ke atas.

Wanita yang berlebihan berat badannya bagi ukuran tinggi menjelang minggu ke-20 hamil, dan wanita yang berlebihan berat badan yang memperolehi 0.5kg setiap minggu selepas minggu ke-30 mempunyai peluang hampir 50% mendapat edema petang.

Pada amnya perkara ini tidak penting tetapi, jika wanita ini dan semua wanita lain mendapat bengkak kaki pada sebelah pagi, ia merupakan satu tanda amaran bahawa "toksemia hamil" mungkin sedang berkembang dan harus segera berjumpa doktor.

p/s: acik dulu baru preggy 4 bulan kaki dah bengkak, bila dah dekat nak bersalin tu kasut acik saiz 10-11 huhu, (betapa montelnya kaki acik time tuh) dan surutnya bengkak tu selepas 3-4 minggu bersalin...

Tuesday, February 8, 2011

Punca lahir tidak cukup bulan

Sebenarnya tidak ada sebab tertentu bagi kelahiran yang tidak cukup bulan, tetapi dalam 15 hingga 20 peratus kelahiran adalah disebabkan oleh faktor yang dikenal pasti menjadi penyebabnya.

Di antara sebab-sebab yang telah diketahui adalah seperti berikut:

(a). Kehamilan kembar atau lebih daripada dua:
Ini merupakan faktor yang menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan. Biasanya ibu yang hamil kembar perlulah berhati-hati, terutamanya pada  peringkat lanjut kehamilan iaitu pada 28 mingggu ke atas.
Sekiranya ibu tersebut mempunyai sebarang komplikasi kehamilan, ibu mestilah segera berjumpa doktor. Doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya berehat dan jika perlu akan dimasukkan ke hospital.


(b). Pendarahan sewaktu hamil
Pendarahan sewaktu hamil, kadang-kadang boleh mengakibatkan kelahiran lebih awal, ada kalanya pula kelahiran terpaksa dilakukan untuk memberhentikan pendarahan dan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Pendarahan ini boleh disebabkan keadaan "plasenta praevi" atau pendarahan aksidental.

Ibu yang mempunyai penyakit seperti kencing manis yang tidak terkawal juga merupakan sebab kelahiran tidak cukup bulan. Komplikasi disebabkan anak yang prematur disebabkan ibunya menghidap kencing manis adalah lebih besar jika dibandingkan dengan ibu yang tidak menghidap kencing manis. Penyakit buah pinggang yang kronik juga boleh menyebabkan anak yang dilahirkan kecil dan tidak cukup bulan.

(c). Demam keterlaluan
Suhu badan atau demam yang keterlaluan seperti yang disebabkan oleh penyakit malaria atau demam kepialu boleh menyebabkan demam keterlaluan dan berlakunya kelahiran yang tidak cukup bulan.

Renjatan:
Renjatan (shock) kadang-kadang boleh menghasilkan anak yang tidak cukup bulan. Renjatan ini ada dua jenis sama ada renjatan fizikal, atau psikologikal seperti kemalangan atau kematian dalam keluarga yang tidak disangka-sangka.

(d). Kelahiran paksa:
"Induction of labour" atau kelahiran yang dipaksa bagi ibu yang menghidap darah tinggi dan tidak pasti tarikh akhir haidnya, juga menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan. Perkara ini biasa berlaku di daerah yang tidak mempunyai bahan alat ultrasound untuk memastikan dengan tepat kematangan yang dikandung sebelum tindakan untuk memaksa kelahiran dibuat.

(e). Air ketuban keluar awal
Air ketuban yang keluar awal kadang-kadang boleh mengakibatkan 'premature labour', sebahagian kecil air ketuban keluar diperingkat kehamilan 28 minggu ke atas sebelum 32 minggu. Ramai ibu yang melahirkan anak lebih awal, walaupun mereka direhatkan dan ubat-ubatan untuk menahan proses bersalin diberikan.

(f). Air ketuban berlebihan
Hydramnios atau air ketuban yang berlebihan, boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu besar dan kelahiran berlaku sebelum waktunya. Air ketuban yang berlebihan kadang-kadang adalah disebabkan kelahiran itu si ibu menghidap kencing manis atau penyakit darah kotor yang menyebabkan anemia. kadang-kadang kecacatan anak yang dikandung boleh menyebabkan "hydramnios".

(g). Faktor-faktor lain
Ada beberapa faktor lain yang menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan. Akan tetapi ia tidak begitu kerap dialami seperti ibu yang mengalami pembedahan misalnya pembedahan apendik atau pembedahan lain sewaktu hamil.

Ibu yang mengalami keguguran sebelumnya atau mempunyai rahim yang tidak normal dari segi bentuk atau strukturnya, juga boleh menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan.

Jangkitan kuman seperti siflis dan virus juga adalah faktor penyebab kelahiran tidak cukup bulan. Tujuan rawatan ini adalah untuk menahan sakit bersalin kepada satu peringkat di mana jika anak itu dilahirkan akan mengalami komplikasi yang minimum. Ibu hamil hendaklah faham bahawa kelahiran tidak cukup bulan perlu dilakukan di hospital atau pusat-pusat perubatan yang boleh mengendalikan masalah kelahiran anak tidak cukup bulan.

Lain-lain kesakitan ketika hamil

1. Pedih hati ketika hamil
Pedih hati sesuatu yang tidak disenangi merupakan aduan yang lazim dan ia kerap berlaku pada peringkat akhir kehamilan. Ia berpunca dari laluan sejumlah kecil isi perut ke dalam bahagian bawah tiub makanan yang memanjang dari mulut hingga ke perut.
    Ketika hamil kejadian ini berlaku kerana injap yang mengawal pintu masuk perut megendur dan kerana uterus yang membesar itu menolak perut ke atas kerap kali menjadi lebih berat di waktu malam, apabila terasa pedih di bahagian atas abdomen.
    Ibu mengandung boleh melegakan pedih hati dengan memakan lebih kerap hidangan yang ringan, dan membawa segelas susu ke tempat tidur dan meminumnya jika berlaku pedih hati.
    Ia juga elok tidur lebih tinggi dengan menggunakan satu atau dua bantal tambahan. Andainya pedih hati terus berlaku, doktor menyarankan satu dari berbagai antsid atau megnesium, adalah lebih baik daripada jenis yang mengandungi natrium (garam).

2. Kekejangan ketika hamil
Sesetengah ibu mengandung mendapat kekejangan kaki di peringkat akhir hamil. Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan puncanya tidak diketahui.
    Rawatan tidak begitu memuaskan, dan terdapat bukti bahawa ia mungkin disebabkan oleh pengambilan susu secara berlebihan. Jika pesakit mendapat kekejangan kaki, meminum susu mengikut sukatan yang disyorkan itu mungkin dapat meredakan.
    Bagaimanapun bukti bahawa susu yang berlebihan merupakan punca kekejangan kaki tidak begitu tepat. Menurut doktor bahawa kekejangan kaki akan berkurangan jika hujung kaki katil dinaikkan setinggi 25cm (10 inci).

3. Pendarahan hidung ketika hamil
Sedikit pendarahan dari hidung adalah perkara biasa ketika hamil. Ia berpunca dari peningkatan darah yang berlaku, dan dalam kebanyakkan kes ia tidak memerlukan rawatan. Ini tidak bermakna bahawa ibu yang mengandung mempunyai tekanan darah tinggi.

4. Mengidam ketika hamil
Kerana sebab-sebab tertentu yang cuba dihuraikan oleh ahli-ahli psikiatri, keinginan-keinginan terhadap makanan bahan-bahan selain dari makanan ia dipanggil "paika".
    Kebanyakkan wanita mengidam selalu mahukan karbohidrat, sama ada gula-gula atau bermacam-macam jenis buah-buahan. Sejumlah kecil dari mereka mengidam makanan seperti acar, pekasam atau buah-buahan ganjil. Ada pula yang terlalu kuat mengidam seperti memakan arang, tanah liat atau pensil. Sekiranya ibu yang hamil mempunyai keinginan yang ganjil terhadap makanan semasa hamil, ia harus sedar bahawa ia bukan tidak siuman bahawa keinginan itu memang wujud dan harus dikawal.

5. Ketenangan ketika hamil
Semakin hamil meningkat, si ibu mendapati diri mereka semakin tenang dan semakin mengantuk. Akan tetapi, perkara ini mengganggu ibu mengandung yang semakin cerdas akal fikirannya kerana pemikirannya tidak lagi tepat dan jelas sebagaimana keadaan sebelum hamil. Malah perkara-perkara yang tidak banyak melibatkan daya pemikiran menjadi begitu sukar untuk melakukan sesuatu seolah-olah sesuatu yang berat dan mulai bimbang kalau-kalau dia menjadi dungu.
     Ini adalah disebabkan peningkatan peredaran hormon hamil progesteron, dan wanita hamil tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut akan hilang sebaik sahaja bayinya dilahirkan. Sementara itu si ibu haruslah memikirkan kejadian menakjubkan yang sedang berlaku di dalam rahimnya.

6. Hubungan seks ketika hamil
Jika ibu yang mengandung itu normal dan tidak menghadapi kemungkinan bersalin tidak cukup bulan atau keguguran yang berulang hubungan seks boleh diteruskan dengan kekerapan yang normal bagi pasangan berkenaan.
    Sesetengah wanita hamil mendapati mereka inginkan persetubuhan yang lebih kerap ketika hamil. Ada pula yang mendapati kurang merangsangkan. Persetubuhan boleh dilakukan dengan lemah lembut pada setiap masa.
    Berbagai teknik seks yang boleh menimbulkan kepuasan yang selamat tetapi lelaki jangan sesekali meniup ke dalam faraj wanita yang mengandung semasa melakukan kunilingus. Ini kerana udara mungkin akan memasuki salur darah yang boleh menyebabkan embolisme yang boleh membawa maut.
    Kegiatan seks, termasuk persetubuhan boleh diteruskan sepanjang tempoh hamil sehingga ke tempoh bersalin dan boleh disambung semula selepas bersalin, jika wanita inginkan dan mendapati ia menyeronokkan.
    Kepercayaan bahawa kegiatan seks termasuk puncak syahwat pada wanita hamil yang normal boleh menyebabkan jangkitan pada fetus, bersalin tidak cukup bulan dan keguguran adalah tidak benar. Kegiatan seks boleh dilakukan sehingga sampai masa wanita itu dijangka bersalin.

7. Sesak nafas ketika hamil
Di peringkat akhir hamil sebilangan  ibu-ibu mengandung mendapati bahawa penggunaan tenaga yang lebih daripada biasa boleh menyebabkan sesak nafas. Meskipun kurang menyenangkan, tidaklah merbahaya jika doktor telah memeriksa jantung dan paru-paru pesakit dan didapati normal.

8. Berpeluh ketika hamil
Ketika hamil si ibu mendapati bahawa mereka labih mudah berpeluh dalam cuaca lembab dan apabila panas, mereka akan berasa panas tidak terhingga. Kadang-kadang si ibu juga akan berpeluh pada waktu malam.
    Peluh yang berlebihan ini berpunca daripada salur darah yang terbuka kerana hamil. Tidak ada rawatan yang khusus untuknya dan apa yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung ialah mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan, selalu berehat dan kerap mandi dengan air sejuk. Ibu yang mengandung perlu lebih banyak mengambil bendalir kerana berpeluh lebih banyak mengeluarkan bendalir.

9. Merokok ketika hamil
Pengaruh rokok terhadap hamil telah dikaji, dalam tempoh beberapa tahun yang lalu. Buktinya setakat ini, menunjukkan, bahawa menghisap rokok lebih daripada 10 batang sehari akan mendatangkan buruk ke atas hamil.
    Nampaknya risiko berlakunya keguguran telah bertambah dan besar kemungkinan berat bayi yang dilahirkan kurang dari berat bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak merokok.
    Ibu-ibu yang mengandung harus menjauhi daripada merokok berlebihan ketika hamil. Bagaimanapun merokok mungkin merupakan punca bagi barah paru-paru, dalam tempoh hamil mungkin masa yang baik untuk terus berhenti.

10. Nasihat kepada ibu-ibu
- Ibu hendaklah memakan makanan yang berzat seperti sayur-sayuran, susu, telur, ikan dan kekacang.
- Jangan amalkan pantang semasa mengandung
- Berat badan hendaklah meningkat 10 hingga 12kg sebelum bayi dilahirkan.
- Elakkan menghisap rokok, mengambil dadah, dan meminum arak.
- Jika ibu gemuk kurangkan makanan berlemak dan berkanji.
- Menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun dan elakkan kelahiran yang pertama sebelum  
   berusia 18 tahun atau selepas berusia 35 tahun.
- Ibu yang mempunyai risiko yang tinggi seperti darah tinggi dan sebagainya tidak mahu bersalin di hospital
   tetapi bersalin di rumah.
- Kelahiran tidak bersih apabila bersalin di rumah.
- Ibu tidak memakan ubat yang telah diberikan oleh doktor semasa mengandung seperti zat besi untuk ibu
   yang kekurangan darah.

11. Punca kelahiran tidak cukup bulan
Kebanyakkan kematian "perinatal" di negara ini masih disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan atau disebut juga (premature).
      Kadar kematian perinatal (anak yang mati setelah kehamilan) meningkat lapan minggu ke atas hingga seminggu selepas dilahirkan ialah di antara 35 hingga 50 bagi tiap-tiap seribu kelahiran. Sebilangan besar daripada kematian tersebut adalah disebabkan oleh kelahiran yang tidak cukup bulan.
      Ramai ibu bapa yang kurang selesa menanggung perubahan-perubahan disebabkan oleh kehamilan. Malahan mereka perlu bersabar untuk menanggung tibanya peringkat sembilan bulan. Pada ketika ini kandungan kita telah matang dan selamat dilahirkan.
      Masalah yang dihadapi oleh anak yang tidak cukup bulan akan bertambah, jika peringkat kehamilan terlalu singkat dan berat badan sewaktu bayi dilahirkan terlalu kecil. Ini bermakna, lagi ringan atau lagi awal bayi tersebut dilahirkan, semakin banyak komplikasi dan lagi rumit perawatannya.