Saturday, January 10, 2026

Aktiviti memasak Ayam Masak Merah bulan puasa


23 March 2025, 

Aktiviti memasak untuk Rumah Al-Hadid masa bulan Ramadhan 2025 tahun lepas.
Menu ialah Ayam Masak Merah.



Tak tahu mungkin salah cili kering ayam masak merah ni pedas nak mati hahaha. Staf supermarket kata cili yang dorang beli tak pedas. Macam-macam cara kita dah guna untuk kurangkan sambal masak merah cili ni. Itu pun tetap pedas menyengat sampai aku pun tak tahan.



Ye ke cili kering ini tak pedas?

Dah la kita nak hantar ke Rumah Anak-anak OKU, Al-Hadid kan. Aduhh. Rasa bersalah sangat waktu tu. Tapi dah petang. Nak tukar menu pun tak boleh. Nak beli pun takkan sempat, jadi kita cuma letak sambal cili itu sedikit sahaja.

Boleh nampak betapa merah cilinya huhu


Selepas kita hantar tu kita follow up juga tanya, boleh ke anak-anak Rumah Al-Hadid makan. Tuan rumah kata boleh. Tak ada pun mereka nak mengadu lebih-lebih. Sebab itu, bila isu berkaitan dengan Al-Hadid tular beberapa bulan lepas aku tak percaya. 

Sebab kita dah beberapa kali berurusan dengan mereka. Jadi, bila ada beberapa perkara yang tersebar kita rasa pelik. Satu perkara yang kita kena sematkan di dalam hati ini ialah jangan mudah kecil hati ke, sentap dan terasa bagai. Tak perlu rasa "entitled". Perlu dihargai. Nak dihargai, nama mahu dijulang baik tolong orang kaya je atau tak payah buat kerja kebajikan.

Masak rendang daging untuk Hari Raya Aidilfitri 2025


Entahlah, bila nak delete gambar, susun semula album barulah terhegeh-hegeh upload masuk dalam blog. 

Dah mana lagi aku nak simpan? ๐Ÿ˜…

Nak juga selitkan cerita aku masak rendang daging satu kawah besar yang aku pun tak ingat berapa kilogram. Sebenarnya, aku masak dengan Ili. Yang tukang potong bawang dan bahan² lain tu semua geng² ofis. 

Yang paling awesomenya ialah rendang daging aku menjadi sangat. Tak ada hangit tau. 

Biasa kalau masak banyak mesti akan ada kekurangan sana sini. Tapi Alhamdulillah, rendang daging masak dengan elok.

Antara kenangan manis untuk bulan puasa 2025. Berjaya memasak rendang sekawab besar dengan perfect hehehe. Lambat sangat tunggu orang puji. 

Ini semua adalah usaha gigih kami bulan puasa untuk Projek Komuniti Kita. ๐Ÿ˜˜

Friday, January 9, 2026

Imbas kembali kenapa aku suka berblog dulu

Throwback moreh gambar Ramadhan 2025 dengan suami somewhere in Bangsar hehe..

Aku ingat lagi aku mula menulis blog pada tahun 2009. Masa tu tengah fikir kat mana lah aku nak simpan memori dengan anak bila mereka dah besar. Apa kenangan aku dengan anak-anak nanti. Umur dah makin menua hehe.

Ramai blogger famous ketika itu. Kita ni biasa-biasa. Menulis untuk hobi suka-suka. Dari berblog aku kenal blog redmummy, cik epal, hanis zalikha, maria elena, ben ashaari, beautiful nara dan banyak lagi.

Semakin berkembang teknologi bila dah mula ada Facebook dan Instagram dah kurang orang menulis di blog. Aku dulu lebih banyak habiskan masa di Instagram. Sama juga seperti blogger yang popular ni macam cik epal etc mereka fokus di Instagram.

Bila dah mula berniaga dan belajar personal branding, barulah aku banyak bersosial media di Facebook. Sampailah bila Instagram peribadi aku kena delete, blog dot com aku tak boleh renew, aku terus fokus di Facebook. Merajuk.๐Ÿ˜’

Mau tak merajuk. Stress semua ada sebab trafik masuk ke blog masa tu tengah menaik. Sakit hati. So aku stop berblog. Cuma bila dah biasa menulis rasa akan janggal la kalau tak update blog. Jadi, aku tulis lah entri dengan niat untuk buang sawang.

Lama - kelamaan, seperti biasa teruskan hidup sampai dua tahun aku tak update blog langsung atas sebab masa tu sibuk. Memang tengah sibuk. Sibuk meniaga, Sibuk anak-anak sekolah. Sibuk dengan hal keluarga. Mak mertua aku meninggal, ayah kandung aku meninggal. Semuanya aku tak update di sini,

Tapi sekarang bila naik satu persatu memori di Facebook, rasa menyesal pula aku tak tulis semuanya. Kalau aku tulis semua kisah penting dalam kehidupan aku, mesti aku sendiri pun seronok membacanya hahaha. 

Dan segala aktiviti yang aku buat, isu-isu politik dan sosial serta isu Kepentingan Awam semuanya aku akan tulis di blog aku lagi satu: szoofficial.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2026

Waktu makan di Rembayung 1 jam 45 minit tidak cukup?



Banyak betul perdebatan tentang Rembayung ini ye. Aku pun macam pelik juga. Betul Khairul Aming cakap. Susah nak jadi seorang yang bernama Khairul Aming. 

Terbaru isu tentang waktu makan pula. Waktu makan kat Rembayung 1 jam 45 minit tu kira okaylah. Takkan nak lepak makan sampai 4 jam di situ. 

Sama macam kalau kita pergi BBQ Town, Sukiya, Shabuyaki waktu makan ditetapkan 1 jam 50 minit. Lebih dari itu kena bayar. Dan pekerja restoran tersebut akan ingatkan kita lagi 10 minit sebelum waktu makan tamat. Tidak ada siapa pun nak jadikan waktu makan ini sebagai suatu isu besar.

Dah kenyang blah je la. Apa masalahnya.

Nak lepak, chill dan bergosip pergi sambung mengopi atau mengeteh tempat lain. Aku selalu buat begini lebih-lebih lagi jika makan lepak dengan kawan-kawan. Memang 1 jam 45 minit tu tak cukup. Pergi cafe sambung lagi 4 jam hehehe. Aku bercakap melalui pengalaman.

Dan aku pun akan letak syarat deposit sebagai komitmen sebab masyarakat kita ni ada sikap yang suka² cancel. Deposit RM10 itu sangat memadai. Andai kata Khairul Aming nak untung baik dia letak deposit RM50 satu kepala. Betul tak?

KA buat sistem tempahan macam ni untuk memudahkan semua pihak. Kau dah sibuk "battle", dapat tempat lepas tu tak datang. Tak payah menyusahkan diri sendiri buang masa buat tempahan.

Tempat yang kau tempah tu adalah lebih baik bagi peluang kepada orang lain.

Sibuk awal Tahun 2026

Geng Tumbler beraksi

Selepas studio "dirombak" minggu lepas (tahun 2025) terpaksalah setup studio di tempat lain.

Bila dah setup studio "pindah pindah" atau studio "lari lari" kita pun terpaksalah jadi macam "nomad". Bukanlah berpindah randah. Cuma kena keluar dari ofis beberapa jam ke studio baru pindah² untuk buat live.

Baru dua hari dah rasa serabut. Sebab apa? Bangun pagi dah lambat. Masuk ofis selepas tengahari. Pukul 3.30pm dah kena keluar dari ofis. Pukul 7.00pm baru balik ofis. Then baru balik rumah. ๐Ÿ˜…

Busynya!!! Kannn....

Dah 5 hari aku skip kelas. Haritu alasan tahun baru. Punya malas padahal kelas online je. Anytime boleh masuk buat nota sendiri dan buat assessments.

Jadi, harini aku cuba untuk buat komitmen masuk ofis sebelum pukul 12 tengahari. Terlajak la juga. Sebab dah terbiasa masuk lambat jadi nak adjust time supaya lebih berdisiplin raya payah. 

Masuk ofis pun masih sibuk dengan isu-isu viral dua tiga hari ni. Boleh baca di blog aku lagi satu di SINI๐Ÿ˜†

Monday, January 5, 2026

Makan Steamboat di Sirip Steamboat & Grill Ukay Boulevard



03 Januari 2026, Sabtu

Menunaikan hajat kakak ipar aku yang nak belanja Hanif sempena hari lahir dia yang ke-17 bulan Disember tahun lepas. Asyik tertangguh je kan. 

Bertolak dari rumah selepas Maghrib sebab kita dah buat tempahan untuk pukul 8.00 malam. Tersalah jalan sekejap sebab mula-mula ingat di Taman Kosas, Ampang. Laki aku lah. Dia kata kat Waterfront, aku pun a ah kan saja. Dia bukan bagitahu aku details, nama restoran masa di buat booking minggu lepas. Lepas tu eh eh dia nak salahkan aku pulak. Lepas tu dok tanya aku betul ke, betul ke. Aku kata ikut sajalah Google Maps tu. Suami aku anti-Waze. Dia kata Waze selalu bagi jalan yang salah. ๐Ÿ˜

Harga setakat aku pergi, 3 Jan 2026

Sampai di Sirip Steamboat tu seperti biasa, Steamboat ala ala Melayu. Tak boleh nak expect lebih. Sesuai dengan harga. Aku cuma makan udang. Kakak ipar, suami dengan anak-anak aku makan banyak. Daging lembu, daging kambing, ayam etc.

Aku dapat rasa spaghetti Olio Aglio. Okay cuma banyak bawang putih. Kuah untuk steamboat tu kita pilih kuah tom yam. Tapi rasa tom yam tu tak rasa sangat. Johny's Steamboat kuah tom yam lebih sedap. Kakak ipar aku makan laksa, kuah laksanya agak cair sedikit. Yang untuk cicah semua tu ada mayonese, chili flakes oil, cili api, garlics etc.

Gambar Google, aku terlupa snap gambar ๐Ÿ˜…

Gambar Google

Gambar Google, lebih kurang beginilah pemandangan makanannya

Disebabkan kami datang lima orang, mereka bagi kita guna dua dapur. Papa, Hadif dan kakak ipar aku satu dapur. Aku dengan Hanif guna satu satu dapur. Nak masak tidaklah terlalu lama. Tempat bahagian grill dilapik dengan kertas minyak yang mana pada aku jimat masa untuk mencuci walaupun kertas baking paper tu kita nampak macam ada extra cost tapi sebenarnya banyak jimat juga. Jimat masa, jimat sabun, jimat air. 


Banyak budak ni makan

Hadif suka. Dan dia makan banyak juga walaupun dia kata biasa. Dialah orang yang paling last habis. Suami aku, Hanif dan kakak ipar aku juga makan banyak. Aku dapat makan ketam setengah ekor je. Lain tu aku makan udang. 

Birthday boy

Dah sama besar dengan kakak ipar aku

Air yang dihidangkan air balang. Ada ais krim. Ada juga kek sedikit. Ada kentang goreng dan nuggets. Yang mana ada anak-anak kecik senang datang bawa makan di sini. Ada juga makanan lain.

Pada aku Teh Tarik sangat sedap. Tiga cawan aku minum. Tak pandang dah air lain huhu. Suami dan kakak ipar aku pun kata Teh Tarik sedap. Air yang lain biasa.

Teh Tarik sedap yang buat aku tidur pukul 7 pagi esoknya ๐Ÿ˜…

Rating overall aku bagi untuk makanan rasa dia biasa, servis agak slow mungkin sebab staf pun tak ramai. Walaupun staf tak ramai tapi mereka masih mesra walaupun pelanggan panggil sana sini. Space agak limited terutamanya bahagian tempat letak makanan. Kedai memang nampak meriah dari jauh sebab banyak lampu. Kalau boleh makan diluar kedai sebab agak sejuk walaupun sana sini berasap. Tak ada panas sangat macam duduk di dalam.

Kalau korang jenis yang biasa pergi BBQ Town, Sukiya dan Shabuyaki, korang mungkin akan ada rasa sedikit kecewa tapi redha makan di sini. Disebabkan Teh Tariknya yang sedap kekecewaan tu akan terubat hehe.

Jika hendak dibandingkan dengan Sampan Steamboat & Buffet Setapak, Sirip Steamboat ni lebih okay dari segi harga. Sampan Steamboat harga mahal tapi makanan biasa. Lepas bayar mesti ada rasa ralat. ๐Ÿ˜…


Yang mana tak pernah try korang boleh datang try. Sirip Steamboat ni buka dari 5 petang hingga 12 malam (Isnin - Jumaat). Sabtu dan Ahad buka dari 3 petang hingga 12 malam. Hari Selasa mereka tutup. 

Ada review kata sedap dan okay. Ada review kata yang sebaliknya. Pada aku average. Kakak ipar aku pun kata perkara yang sama. 

Sunday, January 4, 2026

Pergi ke Chinese Muslim Food Festival di 1 Utama

02 Januari 2025, Jumaat

Aku terlupa yang office tutup empat hari sempena Tahun Baru. Dengan penuh semangat aku masuk office walaupun selepas Solat Jumaat. ๐Ÿ˜†

Dah Hadif nak ikut, terpaksalah aku tunggu dia. Bila sampai office aku kata dalam hati bagus betul dorang ni tak masuk office lagi. Malam tadi ada pergi "reach out'' mana-mana ke? Kebiasaaannya, geng geng office aku kalau dah pergi buat "reach out'' keesokkan harinya dorang akan lambat masuk office. 


Kemudian baru aku baca whatsapp, kawan aku ajak pergi 1 Utama, ada Chinese Muslim Food Festival katanya. Barulah aku teringat yang office tutup empat hari hahahaha. Disebabkan aku pun takde buat apa aku dengan Hadif ikut saja la plan pergi Food Festival. Saja nak tengok.


Jalan dah agak sesak. Hujan lagi. Nak dapat parking pun susah. Selepas Mid Valley dan Sunway Velocity, 1 Utama adalah mall yang aku tak suka pergi kecuali untuk main bowling. Itu pun last aku ke OU dua tahun lepas dengan mak dan adik-adik aku. Mall yang besar tapi membazir tenaga. Baik pergi My Town. 



Masuk ke Tapak Pesta Makanan tengok ramai juga yang datang. Ada beberapa booth aku nampak orang beratur panjang. Tak tahu apa yang depa suka. Aku tak minat Food Festival sebab pada aku nak dapat makanan sedap tu susah. Makanan pula harga lebih kurang restoran dalam mall. Baik lepak restoran dalam mall je. Kenyang pun kenyang.


Tempat BBQ ni unik buat orang ramai tertarik

Ini duit habis tapi tak kenyang. Sudahnya, kawan-kawan office aku semua menggelupur kelaparan termasuklah Hadif. Aku cuma beli pau je. Itu pun sebab jenama pau tu Pau Sedap. Brand yang aku suka. Lain-lain tu aku tak beli.

Kawan aku beli udang goreng tepung, kambing grill, kentang apa entah aku tak tahu nama, itik dengan ayam aku lupa masak apa.

Satay, tapi tak pasti satay yang bagaimana, tak beli


Semua makanan yang dibeli rasanya biasa je nyah huhu. Dan aku pun tak tahu kenapa ramai orang beratur. Air harga RM5 segelas yang mana aku rasa tak berbaloi. Baik minum kedai mamak Milo Ais mangkuk kaw baru RM3.50 - RM4.00. Puas hati sebab sedap.

Masa balik tu nak bayar parking pun leceh. Kena install app OU. Jenuh laa, nak install app. Lepas tu bayar online hihi. Bagus kawan-kawan aku semua dalam kategori penyabar.

Muka tak puas hati sebab makan tak kenyang

Ini kentang tapi tak tahu namanya apa, rasa tak sedap sangat

Tapi, itulah kan. Nak komplen lebih pun tak boleh. Sapa suruh gatal pergi Food Festival. Makan pun tak kenyang. Pergi jalan sesak. Balik pun jalan sesak. 

Kesudahannya, kita semua lepas tu makan Nasi Ayam Hainan di Ampang. ๐Ÿ˜‚

Tiada azam baru untuk Tahun 2026

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 2026. 

Macam dah terlambat nak wish Tahu Baru. Tapi tak juga kan. Baru 3 Januari. Kira okay lagilah.

Tahun ni aku tak ada azam tahun baru. Aku cuma nak. 

Pertama, aku nak padamkan gambar dan video aku yang dah berpuluh ribu dalam telefon dan google drive. Google drive aku 200gb pun dah penuh. Takkan nak subscribe sampai 1 TB. Mampuih nak bayar huhu. Suka tak suka kenalah padam, pindahkan gambar dan susun balik semua. Tapi, tak tahulah bila akan habis. 

Kedua, aku nak sambung konsisten menulis di sini dan blog SZO Official. Cuba letak komitmen seminggu tiga kali. Mampu ke tidak itu tolak tepi dulu. Yang penting ada cita-cita murni hahaha.

Ketiga, aku nak study lebih sikit. Aku sambung belajar online. Cari kursus yang aku boleh belajar online dengan buat assessment online. Tahun lepas (2025) aku cuma dapat complete 10 kursus pendek. Itu pun aku bermula bulan Semptember 2025. Agak lewat. Ikut perancangan awal tahun 2025. Tapi disebabkan busy dengan kuih, kerja kebajikan etc dah terpaksa tangguhkan niat suci aku. Tahun ni aku nak fokus lebih sikit untuk belajar. Tak kira apa jenis kursus pun aku akan ambik.

Keempat, buat kucing comel gebu gebas orang lain macam kucing sendiri. Okay ini gurau je.๐Ÿคฃ

Kelima, aku nak block semua drama pendek especially drama pendek Cina. Semua ni buat aku ketagih tahu tak? Tapi dua hari ini aku dok layan juga drama Cina pendek ni huwaaa. Semua ini adalah racun. Janganlah terjebak. Kalau terjebak memang habis. Tapi aku nak juga share drama pendek apa yang paling best. Biar korang teracun sama-sama. Takkan aku seorang je terjebak.

Aku harap aku berjayalah nak tepis segala godaan kehidupan tahun ni untuk mencapai niat yang "tiada azam". 

Azam untuk kurus pun tak ada. Sebab aku dah tak kisah pasal berat. Aku tahu macam mana nak turunkan dan naikkan berat dan nak maintain berat. Cuma aku tak nak montel je.๐Ÿ˜…

๐Ÿ…—๐Ÿ…๐Ÿ…Ÿ๐Ÿ…Ÿ๐Ÿ…จ ๐Ÿ…๐Ÿ…”๐Ÿ…ฆ ๐Ÿ…จ๐Ÿ…”๐Ÿ…๐Ÿ…ก 2026 ๐Ÿ…ข๐Ÿ…”๐Ÿ…œ๐Ÿ…ค๐Ÿ…

Aku doakan semoga korang yang baca blog aku ni semakin dilimpahruahkan rezeki, diberi kelapangan dada serta berjaya dunia dan akhirat. Amin. 

Kalau sudi singgahlah blog sosial politik aku szoofficial.blogspot.com okay. Sayang korang semua. ๐Ÿ˜˜

Thursday, November 27, 2025

Kertas SPM Sejarah 2025 yang melegakan hati

Hari ni anak aku SPM Kertas Sejarah. 

Dia bagitahu masa mula² masuk Dewan Perperiksaan dah "give up" dah. Rasa takut, cemas, berdebar², semua ada. Dia takut apa yang dia study tak keluar. Sebabnya, dia memang target gred tinggi untuk Sejarah. Cikgu dia pun letak target gred tinggi untuk dia. 

Then, bila Pengawas yang jaga perperiksaan suruh check kertas soalan dia buka tengok muka surat pertama terus senyum, selak muka surat kedua lagi lebar senyum dia.

Dia cerita, kemudian dia tengok kawan sekelas dia perempuan yang terer Sejarah pun sama. Tersenyum² bila belek kertas soalan. 

Dah habis exam, keluar dewan perepriksaan, masing² melompat happy hahaha. Aku dengar Hanif cerita pun aku tumpang happy dengan dorang. Sebab faham sangat struggle nak jawab exam tu kan. ๐Ÿ˜

Ramai kawan² dia kata Soalan SPM Sejarah tahun ni senang. Anak aku dari bulan Julai aku dah tak bagi dia hafal. Aku paksa dia buat soalan exam SPM Sejarah semua negeri dari tahun 2021 sampai Trial 2025. Dah habis dia buat dia ulang balik soalan Trial 2025. 

Yang dia tanya aku pasal ASEAN haritu pun keluar. Syukurlah aku ni adalah tahu sikit² pasal ASEAN. Dapatlaa terangkan kat dia. ๐Ÿ˜†

Alhamdulillah. TAHNIAH ANAK² CALON SPM untuk minggu ini. Kita fight untuk minggu depan pula okay. ✊๐Ÿ’ช

Tuesday, November 25, 2025

Selamat menduduki Perperiksaan Bertulis kepada Calon SPM Tahun 2025


Hari ini  25 November 2025,

Selamat menduduki Perperiksaan Bertulis kepada semua anak² calon SPM Tahun 2025 termasuk anak aku. 

Semoga segala usaha selama ini diberkati, dipermudahkan, diberi ketenangan dan dapat keputusan yang cemerlang. Ameen. 

Ada calon yang habis awal 4 Disember. Anak aku kertas terakhir dia adalah pada 22 Disember 2025.

Dia memang tak tenang. ๐Ÿ˜†

Hari² tanya macam mana kalau apa yang dia "study" selama ni tak keluar? Aku cakap just belajar je. InsyaAllah usaha tak akan mengkhianati kita. Paling penting jangan over confident. 

Usaha aku untuk support dia, ialah membawa anak aku study di Perpustakaan Negara setiap minggu kecuali kalau ada hal pada hujung minggu tu. Tapi bulan ni dia request kat aku nak study kat office sebab dia kata kat library ramai orang. Aku ikut je la.

Aku nampak bagaimana dia buat revision jadi, apa sahaja keputusan yang dia akan dapat nanti aku redha. Masa belajar dan membebel pun dah habis. Kita tunggu sahajalah keputusannya nanti.

๐Ÿ“ธ Perpustakaan Negara, 2025