Monday, May 19, 2025

Ketindihan (Sleep Paralysis)

Country: Indonesia
Genre: Horror
Starrings: Haico Van Der Veken, Wulan Guritno, Agnes Naomi
Personal Rating: 6/10

Mengisahkan kisah seorang atlet pemain tennis yang bernama Tania menyeru jin (Bueno) supaya datang ke dalam mimpinya.

Bueno adalah makhkuk jin yang dikatakan mengganggu tidur manusia dikala mereka dalam keadaan yang paling lemah sekali iaitu pada pukul 3.15 pagi.

Selepas Tania menyeru Bueno, maka bermulalah kejadian - kejadian aneh yang berlaku. Sahabat-sahabat baik dan orang disekeliling Tania meninggal. 

Sebenarnya, Tania ini adalah dari keluarga yang kaya. Tetapi keluarganya tidak bahagia. Selalu terjadi pergaduhan. Kemudian, Tania terjebak dalam hubungan cinta yang toksik. Selepas kawan baiknya meninggal Tania jadi lebih tertekan. Sedikit sebanyak semua ini memberi impak kepada emosi Tania. Secra tidak langsung juga prestasi sebagai seorang pemain tennis profesional terganggu. Dan dari situ Bueno lebih mudah untuk datang menggangu dan mengikut kehendak mulut Tania. 

Filem ini pada aku agak slow. Jalan ceritanya macam lompat lompat. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Nak kata seram sangat pun tidak. Tapi, aku layan sampai habis sebab dulu pun aku ada pengalaman ngeri kena tindih masa tidur. Cumanya, macam dalam filem ni agak ekstrem sampai bunuh orang.

Kalau jenis suka layan cerita hantu boleh tonton filem ni cuma macam aku cakap storyline slow, tapi masih boleh layan lagi. Sebab tu aku bagi rating 6/10 hahaha. Ada orang bagi 4/10 je. Macam aku tak komen plot begini begitu, perluaskan karakter bagai. Bukan pandai sangat pun.

Kalau aku boleh tengok filem tu aku bagilah rating yang aku rasa bersesuaian dari mata aku. Nak komen tentang pencahayaan ke apa semua tu aku tak reti hehe. 😆


Sunday, May 18, 2025

Kenduri kahwin yang pertama selepas Raya

Pergi kenduri kahwin kawan suami aku punya anak. Punya lama tak jumpa dengan isteri kawan suami tup tup dah dapat menantu.
Tiba-tiba aku rasa semakin hari semakin tua. Ada anak kawan suami aku yang aku lama tak jumpa, bila tadi jumpa eh tengah pregnant. Bukan ke dulu last jumpa awak masih bersekolah?? 😅

Lajunya dunia ini berpusing kan. Aku nampak kawan-kawan suami aku pun rambut dah putih, janggut pun putih, perut pun maju ke depan. Tersengih² juga aku perhati sorang² tadi. Masing-masing dah tua. Yang kita wanita ni tak nampak sangat lagi ada uban ke tidak sebab pakai tudung. 
Syukurlah aku tak nampak gemuk, tak nampak kurus sangat. Masih maintain. Sebab orang tak tegur hahahaha. Kalau dorang jumpa aku beberapa bulan lepas mesti akan tegur aku kurus kihkihkih. Lepas raya aku naik 4kg. Ini last aku timbang dua minggu lepas. Kemudian dah turun 1kg. Masih ada baki 3kg nak kena buang.
Berbalik kepada isu anak-anak dah besar aku dah mula membayangkan yang anak aku Hanif ada kekasih hati dan kahwin huhu. 
Yelah, Hanif tahun ni Tingkatan 5 kot. Tapi, aku haraplah dia tak kahwin cepat. Aku nak dia enjoy life macam aku enjoy life aku dulu sepuas-puasnya, supaya bila dah kahwin esok dia takkan teringin pun nak enjoy sorang² melainkan dengan anak² dan isteri. ❤️

Berapa banyak entri blog yang perlu disiarkan setiap hari?

Hendak diikutkan tips berapa entri sehari nak kena siarkan diblog memang ada banyak diluar sana. Boleh search kat Uncle Google. Banyak tips terpampang.

Tapi, kalau diikutkan berapa sepatutya entri baru kita perlu tulis ke dalam blog kita? Setiap jam? Setiap hari? Setiap bulan? Atau setahun sekali??
Sebenarnya, pada pendapat aku tak perlu pening kepala nak fikir berapa nak kena tulis, berapa kali nak kena update etc. Ikutlah kemampuan masing-masing. 

Kalau mampu tulis entri baru setiap hari, updatelah setiap hari. Kalau boleh tulis entri baru sehingga 10 entri, tulis je lah. Nak update tiga kali seminggu pun boleh. Tapi, mengikut pengalaman aku sendiri jangan update sebulan sekali. Nanti jadi macam blog aku. Lama-kelamaan blog tu akan bersawang dipenuhi labah-labah. Nasib tak naik nyamuk pun boleh membiak. Punya lama tak update kan. 😅

Aku pernah tulis sampai 10 entri sehari. Masa tu semangat. Ada masa aku tulis 7 entri. Aku juga pernah tak update entri baru dua tahun hahaha. 

Kalau nak bagi nampak blog kita aktif, update tiga kali seminggu pun okay, sehari sekali pun okay atau nak srlang sehari pun okay. Asalkan bila orang masuk blog kita, orang tahu kita aktif.

Aku pun ada rasa menyesal bila dah lama tak update. Rasa ralat pun ada. Sebab banyak memori aku dengan keluarga, suami dan anak² hanya kenangan begitu sahaja. Aku tak terjemahkan ke dalam tulisan. Kalau aku selalu update mesti banyak kenangan yang aku boleh refresh semula. 😔


Saturday, May 17, 2025

Shawarma yang sedap di Ali Food Corner, Cheras Indah

Balik dari office singgah sekejap di studio kita di Desa Melawati tengok live host Tik Tok kita sekejap. Kena monitor sekejap especially bila mula live tu. Selepas semua dah okay aku dengan Hadif balik.

Tapi, kami berdua singgah ke Pasar Malam Pandan Jaya. Aku nak cari tudung baru untuk live host kita. Alhamdulillah jumpa. Harga pun okay. Satu shawl tu RM10.00. Aku beli empat helai warna² yang ceria. 😆


Pusing pasar malam sekejap nak beli Ayam Penyet sedap kononnya tapi, akak yang jual nasi ayam penyet tu tak meniaga harini. Rasa macam dah lama aku tak nampak dia meniaga. Hampalah tadi. Lepas tu aku bawak Hadif pergi AFC Food Corner sebab dia kata nak Shawarma. Aku bila dah tak ada Nasi Ayam Penyet tu kira pasrah, bolehlah nak makan Shawarma.

Aku order lima Shawarma. Satu aku makan. Lagi empat tapau bawa balik. Shawarma kat sini adalah yang aku rasa paling sedap dan ngam setakat ini. Aku pernah makan yang Kampung Baru punya, Desa Pandan, yang tepi Highway Masjid sebelah Tasik Ampang tu kat Kedai Warung Merdeka pun ada. Eh, yang kat Melaka pun kami pernah beli. Sedap jugak. Tapi, yang kat AFC Corner ni lebih sedap.


Besar pun boleh tahan. Jenuh aku nak menghabiskannya. Terpaksa minta tolong Hadif hehe.


Tengok isi di dalam. Ayam dan sayur seimbang. Siap ada kentang goreng lagi. Tempat lain kalau macam ni harganya lebih mahal. Tapi kat sini cuma RM7.00 je. 

Macam aku tak suka makan Shawarma yang ada sayur. Biasanya, kalau suami aku beli pun takkan minta yang ada sayur dan red sauce. Tapi, kat sini walaupun ada sayur salad dan kobis letak red sauce aku makan weyh hahaha. Sebab tak rasa sayur sangat. Lepas tu dia punya garlic sauce tu sedap. Macam ada letak cheese pun ye. Yang penting tak ada rasa bawang.


Ini lagi sikit nak habis, tengok masih ada lagi isinya. Tidaklah kosong. Aku pernah makan Shawarma yang mana sayurnya lagi banyak dari daging. Itu je lah sekali aku beli. Tak beli dah. 😅

Mesti tak percaya bila aku cakap harga Shawarma ni RM7.00 kan. Nah, tengok bukti. Ada harga tertera dalam menu.


Untuk anda yang teringin nak makan boleh datang terus ke Ali Food Corner, Cheras Indah. Ataupun kalau nak take away boleh whatsapp nombor telefon dibawah.


Sebelum kata apa-apa aku nak bagitau awal², sedap di tekak aku tak semestinya sedap di tekak korang. Macam aku ni tekak memilih, cerewet dan tak suka sayur. 

Kalau tanya aku, aku memang rekemen. Setiap kali kalau teringin Shawarma kita mesti akan datang kat sini makan. 😄

Resepi Nasi Goreng Bawang



Hari ini aku tak masak beria sangat, sebab kebiasaanya kalau Sabtu Hanif dengan papa dia keluar. Yang akan mengekor aku cuma Hadif orang.

Bila aku tanya semalam, harini nak makan apa dorang kata Nasi Goreng Bawang aku pun okay je. Kalau lapar petang nanti pandai-pandai dorang cari makan sendiri.

Nasi Goreng Bawang ni adalah resepi nenek aku. Masa kecik dulu nenek aku selalu masak nasi goreng macam ni. Sangat simple tapi sedap. Nasi goreng ni merupakan nasi goreng kegemaran aku. Kena makan panas-panas baru sedap sebab nanti akan ada rasa rangup. Kalau dah sejuk nanti agak liat juga.

Resepi Nasi Goreng Bawang ni bahan-bahannya sangat mudah. Cuma bawang merah je. Lepas tu cuma letak garam dan ajinomoto sahaja.

Bahan-bahan untuk 5 cawan nasi

- Bawang Merah 7 - 8 biji
- Setengah cawan minyak masak
- Garam
- Penambah perisa (Ajinomoto) - Tak nak letak pun tak apa.

Cara-cara memasak

1. Cuci bawang merah yang telah dikopek kulitnya dan kemudian baru dihiris.
2. Letak minyak ke dalam kuali.
3. Setelah panas, masukkan bawang merah yang telah dihiris dan goreng sehingga kekuningan (bagi masak)
4. Setelah masak, barulah masukkan nasi putih yang telah disejukkan dan gaul rata.
5. Letak garam dan penambah perisa kemudian gaul rata.
6. Kemudian masak sampai kuning dan garing. Gaul setiap 3 - 5 minit sehingga rasa ada nasi yang digoreng tu cukup garing atau rangup. Macam aku suka rangup banyak. Tapi macam emak aku dia tak suka terlalu rangup sangat. Jadi, ikutlah tekak masing-masing.

Kalau nampak gambar tu macam kuning kan. Haah kena goreng sampai garing. Kalau nasi tu putih tak sedap sangat.

Dah masak boleh dimakan panas-panas. Paling sedap bila dihidang bersama dengan kopi o atau teh o panas. Kalau aku dulu, satu pinggan penuh pun aku boleh habiskan. 

Tapi, sekarang tak boleh. Kena kawal sebab dah makin berumur. Nasi goreng ni kalorinya sangat tinggi. Dan bila nak makan tu memang tak boleh sikit. Rasa tak cukup. Suami aku pun dulu mana reti makan nasi goreng bawang ni. Dia tanya sedap ke? Tapi, bila dah makan inilah antara nasi goreng kegemaran dia.😅

Resepi ni aku tak pernah kongsikan dimana-mana. Sekarang aku kongsi banyak resepi kat blog aku lepas ni. Selagi sifat kerajinan aku ada InsyaAllah aku kongsikan. Kalau aku tak update maksudnya aku tengah dalam mood tak berapa nak rajin. 😆

Makan di Restoran Hamza Nasi Kandar, Taman Nirwana

Lepas anak-anak dan suami makan, aku pun bersiap-siap nak ke office. Baju pun tak basuh hari ini sebab semua aku dah habis cuci semalam. Hmmm...efficient jugak aku minggu ni. Biasanya, Sabtu Ahad baju kami anak-beranak banyak kena cuci.

Sebelum ke office, aku singgah makan kat Hamza. Hamza ni kira dapur nombor dua aku. Kalau aku malas nak masak je aku akan bawak anak-anak makan kat sini atau aku tapau je hehe. 


Aku suka makan kat sini sebab yang utamanya, Hamza ni ada tempat makan yang berhawa dingin hehe. Aku memang sukaaaaa tempat-tempat sejuk begini. Dan memang aku suka lepak kat sini lama-lama. Dulu pun aku suka buat kerja kat sini sambil buka laptop. Buat konten pun kat sini.

Yang keduanya, sebab makanan dan air dia pun tidaklah terlalu mahal. Kira okaylah untuk rate dikawasan taman - taman perumahan yang berdekatan. Nak mahal mana pun kan. Lainlah kedai mamak tu kat sebelah KLCC hahaha.


Yang ketiga, sebab Restoran Hamza ni bersih. Meja bersih, lantai bersih. Semua bersih. Dan sangat sesuai untuk kita bawa keluarga ramai-ramai datang makan di sini. Aku punya kekerapan datang kat sini sampai pekerja kaunter dia dan yang ambil order pun tahu apa aku nak makan setiap hari.

Dah kenyang kena ikut juga meneman aku

Untuk aku apa yang sedap kat sini ialah air dia. Aku suka Teh Tarik dia. Kaw dan tak terlalu manis. Milo ais pun sedap. Nescafe tarik dan kopi tarik pun sedap. Macam Hanif dan Hadif kedua-duanya suka Limau Ais dan Lemon Ais. Untuk Teh Ais aku dah pernah try tak sesedap Ali Food Corner Cheras Indah punya. Tapi kalau nak try boleh je. Hamza ni kekadang satu je, ada kekadang Teh Tarik dia tak berapa sedap sangat. Yelah mungkin orang lain yang buat. Setakat ni, adalah dua kali aku terkena Teh Tarik dia yang agak kurenggg sikit rasanya. Tidaklah kerap sangat.

Paper Tosai Tiada Gula

Menu makanan yang aku suka ialah Paper Tosai dia cicah dengan Kuah Kambing. Aku dah pergi banyak kedai mamak lain aku rasa Paper Tosai Hamza paling cun ditekak aku. Even kuah kari kambing dia pun lebih sedap dari kedai - kedai mamak lain yang aku pernah pergi. Aku selalu je terkena kuah kari yang tak berapa nak masak. Terasa rempah kari mentah huhu. 

Selain dari Paper Tosai dia, aku suka makan nasi kat sini. Biasa kalau aku makan nasi aku punya lauk ialah ikan tenggiri goreng dengan kuah kari kambing. Anak-anak aku kalau makan nasi kat sini, Hadif punya lauk ialah ayam, bawang dengan kuah kari kambing. Yang Hanif punya kuah biasanya kuah campur. Serious sedap. Kalau anak-anak aku ambik nasi putih, ayam dengan kuah semuanya RM7.00. Kira okaylah kan. Aku punya sebab ikan tenggiri akan jadi mahal sikit dalam RM9.00 - RM10.00 ikut saiz ikan. 

Dan bila makan kat sini kau tak payah nak makan malam dah. Boleh kenyang satu hari. Lagi satu, pada waktu malam mereka ada serve Western Food. Harga pun dalam kategori okay. Goreng-goreng, tom yam, sayur goreng etc semua pun ada.

Telur Tiga Suka Masak

Untuk telur, mana-mana kedai mamak aku pergi, aku akan minta telur tiga setengah masak walaupun aku nak makan telur setengah masak. Sebabnya, kalau kita minta telur setengah masak, telur tu akan jadi suku masak je. Selalu je terkena. Bila minta tiga suku masak barulah kau akan dapat telur yang setengah masak hehe...faham tak apa aku cuba terangkan ni? 😅

Kalau korang nak datang sini boleh guna Waze. Search "Restoran Hamza Taman Nirwana" pun okay dah. Untuk pengetahuan korang Restoran Hamza ni adalah sama dengan Restoran Ameer Ehsan. Kira satu company. Aku tak pernah makan lagi kat Ameer Ehsan even Ameer Ehsan ada satu cawangan di Desa Pandan. Aku tak suka sangat vibe Ameer Ehsan Desa Pandan. Tepi jalan besar, terlalu sibuk dan sempit.

Tapi, ramai tau kat Ameer Ehsan Desa Pandan, malam paling ramai. Kalau korang jenis suka vibe malam lepak tepi jalan besar dengan kereta lalu lalang okay je. Macam aku suka tempat yang ada aircond dan sejuk. 😆

Minggu perperiksaan, minggu letih untuk Hanif

Macam aku cakap hari itu, minggu ini adalah minggu perperiksaan untuk Hanif. Boleh dikatakan setiap malam dia tidur lambat. 

Malam kelmarin dia tidur pukul 2 pagi. Aku pun tak larat tunggu dia. Sudahnya, semalam aku pun ting tong. Lepas hantar Hanif & Hanif ke sekolah aku pun melelapkan mata sekejap dia tepi sekolah Hanif. 😅

Dalam pukul 7.40am aku tersedar, mata pun dah tak mengantuk, barulah balik ke rumah. Sampai rumah cuci baju, bersenam sekejap, masak etc. Kemudian, tengahari aku bawa one of live host kami beli barang² make up. Selepas itu, barulah aku masuk office.

Bila dah balik rumah aku tanya Hadif mana abang dia. Hadif kata, abang dah tidur. Rupa²nya Hanif kata kat papa dia, dia letih dan penat hari ni. So, tidur awal.

Ye lah, exam kan. Bertanggungjawab juga dia belajar bersungguh buat ulangkaji. Macam aku, senang je. Ayat yang aku selalu cakap ialah, "Mama, percaya bila Hanif kata Hanif study. Mama akan tunggu exam result sahaja. Because numbers don't lie. Kalau Hanif kata study tapi keputusan tunjuk sebaliknya mesti ada yang tak kena kan..."

Hanif pun tahu, sebab aku dengan papa dia, tak pernah nak halang dia buat apa². Kita bagi je kebenaran kalau dia nak pergi mana². Lepak makan dengan kawan, tidur di rumah kawan dan lain-lain. Kalau zaman kita dulu tak dapek nyeeeee. Mau kena cubit perut. Itu akulah. Kena cubit dengan nenek. 😅

Jadinya, beruntung kan anak² kita zaman sekarang sebab dapat parents macam kita ni. Yang memahami. Ececehhh...

Cuma satu pesanan aku dengan suami kepada Hadif dan Hanif. 

"Jangan sesekali tipu papa dan mama...." 

Teh Tarik Sedap Ali Food Corner (AFC), Cheras Indah

Pukul 1.05am, kiranya aku tak tidur lagi ni. Melepak di kedai mamak layan Teh Ais tadi. 

Balik rumah pukul 10.45pm (16-05-2025). Aku sibuk mengajar staf baru jadi "Live Host". Alhamdulillah hari ini dah rasa lega sikit dah banyak improvement dari sebelum² ni. Kalau tidak pening juga kepala. Bukan senang nak kekal jadi " Live Host" untuk menjual. Kena banyak try and error, dari presentation sehingga ke skrip jualan.

Bila dah sampai rumah. Terus suami tanya tak nak pergi minum je? Kalau dia dah tanya begitu maksudnya dia bosanlah tu. Aku pun okay je walaupun perut dah kenyang. Terbayang-bayang juga Teh Ais AFC yang berbuih-buih. Pada masa yang sama aku membayangkan juga esok kena bersenam lama sikit bakar kalori hahahaha. 😅

Sebelum ni aku akan minum Teh Tarik je. Tapi Teh Tarik dia tak sedap sangat. Cumanya, suami aku suka makan Shawarma di sini jadi layan saja la.
Lokasinya ialah, Ali Food Corner (AFC) Cheras Indah. Tidaklah jauh mana dari rumah aku.

Sejak aku nampak dan minum Teh Ais buih dia hari itu, bila datang sini je aku akan order Teh Ais je hahaha.

Teh Aisnya memang padu. Rasa kelat tu ada tapi kurang manis. Kat Hamza kedai favourite aku tuuu, Teh Tariknya sedap tapi, Teh Ais tak berapa sangat. Jadi, tak semua Teh Tarik dan Teh Ais di kedai mamak sedap yeee. 😆

Untuk Shawarma dan Bihun aku tak snap gambar hari ini. Sebab aku tak order. Order Teh Ais sahaja.

Yang penting emak aku buat air paling sedap dan mantap. 

Kali pertama makan Ikan Kerisi

Mula pandai makan ikan kerisi sejak kahwin sebab emak mertua aku dulu rajin masak ikan ni. Gaul dengan kunyit dan goreng garing. Ikan kerisi pada aku lebih sedap dari ikan selar. Rasa dia manis. Sedap makan dengan nasi panas. Kalau masak selain dari digoreng aku tak makan. 😅

Itu pun mula² aku tak makan. Selepas beberapa kali emak mertua aku masak, barulah aku makan.

Tapi, walaupun aku suka makan ikan ni aku tak suka siang ikan ni. Kalau mak mertua aku ada dulu di rajin la siang. 

Sebab, setiap kali aku siang selalu tercucuk dengan sirip dia yang tajam tu. Adeh. Bisa oooo... Berhari² juga menahan sakit. Kadang² sampai bengkak.

Harini bila siang pun kena lagi.

Jadi, kepada wanita² yang bakal jadi menantu orang, jangan risau. Setakat tercucuk sirip ikan tu biasa je, tak sakit macam kita bersalin. Tetiba.

Friday, May 16, 2025

Tukar tayar kereta selepas enam tahun

Kali terakhir kereta aku ditukar tayarnya adalah pada tahun 2019. Aku rasa macam tahun 2018 tapi suami kata 2019. Lebih kuranglah kan. Cincai kira huhu...

Dua bulan lepas tiba-tiba aku perasan tayar depan kiri kereta aku botak teruk. Kemudian aku check yang lain pun dah botak rupanya. Cuma tak seteruk tayar kiri bahagian depan. Dah la aku ni kekadang melesit jugak memandu kereta.



Kemudian, aku pun snap gambar hantar kepada suami. Suami kata okay je lagi boleh pakai. Aku kata teruk ni. Dia kata boleh je. Jadi, aku pun diamlah. 

Dua minggu lepas, aku hantar kereta untuk tukar minyak gear box. Suami yang hantar. Lepas dah tukar tu dia balik kata, "Tayar kereta awak botak teruk tu..."

Aku keliru sekejap. 

Aku kata, kan dah cakap haritu. Siap tunjuk gambar lagi. Dia boleh tanya aku balik, "Iye ke?"

Aku cakap, "Iye, kan saya dah bagitahu tayar kereta depan tu botak teruk. Nak kena tukar. Lepas tu kata boleh guna lagi..." Dia pulak yang tercengang.

Dia kata, "Kena tukar tu sebab dah teruk sangat. Jangka hayat lagi sebulan tu..." 

Eh, seram pulak aku dengar. Terus time tu juga dia survey cari kedai tayar mana yang boleh dapat murah.

Alhamdulillah, minggu lepas owner kedai tayar tu order. Minggu ni dah boleh tukar. Hari Selasa lepas.

Kereta aku guna tayar Yokohama sebab kereta aku jalan setiap hari, ada masa kena jalan jauh. Ye lah kalau nak uruskan kes, bawa orang pergi hospital ke mana mana, sekurang-kurangnya lama juga pakai. Lagipun tayar jenama Yokohama ni antara yang bagus tapi harga tak cekik sangat huhu. Tapi rezekilah, dapat tukar keempat-empat tayar dengan Harga: RM800 termasuk dengan balancing, valve dan lagi satu aku tak ingat. Itupun suami aku yang bodek² Supervisor kedai tu. Kalau aku tak pandai tawar menawar ni.

Pada pendapat aku, kalau usia tayar tu berumur 6 tahun tapi masih elok, tayar masih ada bunga lagi dan tak botak boleh je guna lagi setahun melainkan kes macam tayar aku.

Zaman sekarang kan semuanya mahal, jadi fahamlah kan kalau orang berat nak keluarkan duit untuk tukar tayar. 

Tapi, kena ingat KESELAMATAN itu sangat penting juga. Kena lebih berhati-hati memandu jika tayar dah hampir botak teruk.