Thursday, March 3, 2016

Resepi Semasa Berpantang: Rebusan Manjakani

Seperti yang kita ketahui manjakani mempunyai keupayaan untuk merawat seribu satu masalah wanita. Ini merupakan salah satu sebab mengapa wanita perlu mengambil manjakani dalam bentuk pil atau cecair sebagai antara supplement harian. Setiap buah manjakani mempunyai khasiat dan faedah yang banyak.


Rupa manjakani

Sebagai wanita dalam pantang, manjakani berfungsi untuk mengeringkan dan mengetatkan pangkal rahim. Disebakan hari ini agak berkelapangan, jadi saya kongsi resepi air rebusan manjakani yang sangat mudah dibuat. Saya pun mengamalkannya semasa berpantang tapi rebus dan minum terus hehe... Pahit memang pahit. Tutup hidung!

Bahan-bahan:

500 ml air
30gm halia tua - dihiris
20gm kunyit tua - dihiris
5 biji buah manjakani
2 keping asam keping

Cara-cara menyediakannya:-

1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.

2. Jerang di atas api sederhana sehingga mendidih.

3. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit.

4. Tapis dan minum airnya seleah suam.

p/s: Tidak sesuai diminum oleh gadis atau anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.

Demam

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...

Alhamdulillah setelah beberapa minggu. Dua minggu je pun haha... Bersua lagi di entri untuk kali ini. Dah habis lawatan ke Wad KK3 Paediatrik HKL, sibuk pula dengan aktiviti lain. Biasalah orang berniaga. Kemudian Encik Hanif pula demam. 4 hari tak sekolah. Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa barulah sihat dan kelmarin Rabu mula bersekolah kembali. Lama tu cuti...

Risau bila anak-anak demam ni. Tapi Abang Hanif dah besar dan gebu jadi tak risau sangat hehe... Cuma mula-mula dia kena tu tak nak pergi sekolah sampai tahap menangis-nangis. Mak memang tak ada rasa kasihan langsung. Paksa juga dia ke sekolah. Sebab biasa demam pun dia akan okay je ke sekolah. Then balik happy happy... Berlainan dengan keadaan dirinya minggu lepas.

Nak makan roti telur pun tak larat
Mama memang kejam. Paksa sekolah tapi selit nombor telefon kalau apa-apa jadi minta cikgu call mama. Dia kata ok. Elok pergi sekolah agaknya papa dia tengok kesiannya patah balik hantar balik rumah. Papa kata jangan cari pasal *ngeee* Oklah... cakap dengan dia tak nak sekolah duduk dalam bilik. Jangan keluar sampai petang... Haah punya garang kan... Lepas tu terus masuk bilik diam-diam. Rupa-rupanya beliau tidur dengan baju sekolah! Tiba-tiba rasa serba salah. Memang betul tak larat agaknya sebab nak tukar baju pun tak larat, terus berdengkur dengan pakaian seragam.

Badan panas, check temperature 39 darjah celsius. Terus mandikan dia. Then baring balik. Maka bermulalah episod tak ada selera makan. Semua makanan favourite offer pun tak nak. Fuhh... memang tak makan langsung. Cukup 6 hari demam, 4kg turun huhu... Jadi sepanjang masa tu mak pun tak masak... Masak bubur je... Check darah Alhamdulillah tak ada apa-apa walaupun platelet menurun akan tetapi sel darah putih naik. Doktor kata tiada apa yang serius.

Hari terakhir check darah, adik pulak demam. Adehhh... Adik demam lagi bertambah risau. Suhu badan sekejap 38 darjah celsius sekejap 39 darjah celsius. Hari pertama demam jumpa doktor akan dapat ubat demam je la. Walaupun demam panas badan turun naik adik tetap happy. Lompat sana-sini. Layan Lep's World, layan Zoo Moo, ajak main dan macam-macam. Makan pun okey. Hingga malam tadi tiba-tiba badan dia menggigil-gigil. Dengar je suara dia mengerang-ngerang terus bingkas bangun buka lampu tengok dia mengerekot macam udang kena bakar. Pegang tangan un sejuk. Pegang kaki pun sejuk. Aku pun apalagi terus angkat dia bawak jalan ke sana ke mari. Panik. Gerak papa ajak pergi hospital. Sementara menunggu mama siap tu cakap kat papa pegang dan tengok dia jangan pandang kat tempat lain hahaha...

Muka budak demam yang macam tak demam
Ya, tidak mahu sejarah berulang lagi. Cukup tahun lepas dia demam sampai tangan biru... Tahun lepas adik demam bulan Februari. Sampai kena admit 3 hari kat hospital paediatrik HKL. Dalam perjalanan ke hospital tu dah nangis-nangis. Ingat lagi pergi Klinik Selepas Waktu Pejabat HKL dah nak tutup masa tu. Kami berdua orang yang paling last masuk. Cakap dengan nurse anak saya demam sampai gigil-gigil dan biru. Terus jumpa doktor dan doktor issue surat untuk masuk wad... Satu malam tak tidur sebab demam panas sehingga 40 darjah celcius. Sampai merayu-rayu kat nurse mintak ubat demam cepat-cepat walaupun tak cukup 6 jam. Siang ok. Malam suhu badan akan naik sepanas-panasnya.

Jadi, awal pagi punya kisah pergi hospital Al-islam Kampung Baru sebab klinik after hour HKL tutup pukul 12 tengah malam. Nak pergi Emergency boleh tapi berkicap lah nak menunggu sebab kes akan bercampur dengan kes accident dan macam-macam sakit. Sampai di Hospital Al-islam tu kebetulan kami anak beranak je, jadi cepat lah. Doktor kata badan menggigil-gigil sebab demam terlalu tinggi. Lagi pun tekak merah dan kalenjar leher membengkak. Doktor masuk voren then lepas tu bagi ubat demam, antibiotik, flu dan batuk. Lepas satu jam ehh elok pulak sejuk badan hingga ke pagi. Nyenyak betuk dia tidur. Jadi aku terfikir-fikir kenapa aku bagi voren badan dia suhu tak turun hahahaha... Pelik betul. Nak kene pergi hospital jugak ke baru elok?

Alhamdulillah sehingga waktu ini pukul 4.42 petang suhu badan normal. Tak demam dah. Cuma bagi ubat demam dan flu sahaja. Ubat batuk dan antibiotik tak bagi pasal demam dah tak ada. Antibiotik tu kalau dah start kena habiskan... Tu yang malas...

Bila dah ok, mama lah orang yang paling happy! Tapi hari ni kepala mama ting tong tak boleh tidur sebab risaukan adik...

Tuesday, February 23, 2016

Siapa Projek Epalmerah?

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Satu Malaysia...

Alhamdulillah lawatan ke WadKK3 IPHKL sudah berakhir dengan jayanya. InsyaAllah saya akan buat entri tentang lawatan tersebut kemudian. Masih menanti gambar-gambar yang diedit oleh sahabat saya.

Entri kali ini saya ingin memperkenalkan ahli jawatankuasa #projekEpalmerah. Dengan ini andai anda berminat untuk menyumbang atau menjadi volunteer #projekEpalmerah anda boleh hubungi mereka ya...


Nama Organisasi: Projek Epalmerah

Presiden & Pengasas: Puan Asfahanah, Pengasas  (Facebook: Ask Oui)

Timbalan Presiden: Puan Sariza (Facebook: Sariza Said)

Setiausaha Agung: Puan Emmilda (Facebook: Emmil Mariko) dibantu oleh Puan Eliza (Facebook: Eliza Sukor)

Bendahari Agung: Puan Ira (Facebook: Ira Roza Asri)

AHLI JAWATANKUASA:

1. Puan Leanna (Facebook: Leanna Jas)
2. Puan Nora (Facebook: Nor Hasma)
3. Puan Najua (Facebook: Najua Nasir)
4. Puan Siti Zulaikha (Facebook: Siti Zulaikha Olivia)


Wednesday, February 17, 2016

Tabung Sudah Ditutup

Alhamdulillah hari ini #projekEpalmerah telah menutup Tabung Kutipan untuk Kanak-kanak Kanser WadKK3, Alhamdulillah jumlah kutipan yang terkumpul ialah sebanyak RM1770.00. Terima kasih kepada semua penderma yang sudi menyumbang.


Wang yang terkumpul digunakan untuk membeli serba sedikit hadiah untuk anak-anak Wad KK3. Baki dari wang tersebut akan digunakan untuk projek seterusnya.

#projekEpalmerah juga telah banyak menerima sumbangan dan pemberian dari pelbagai pihak untuk dihadiahkan kepada anak-anak kanser ini.

Segala sumbangan dan barangan yang diamanahkan kepada #projekEpalmerah akan disampaikan kepada mereka.

Syukur Alhamdulillah, jutaan terima kasih kerana sudi bersama team #projekEpalmerah untuk menjayakan projek ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Hanya Dia yang Maha Besar dan Maha Mengetahui segalanya. Hanya sedikit perkara kecil ini yang mampu #projekEpalmerah lakukan tidak setimpal kiranya dibandingkan dengan apa yang mereka perlu hadapi...

YOU ARE AWESOME!!

Friday, February 12, 2016

MEGA BAZAAR HIJRA 2016, 13-14 Feb



Esok ya esok akan ada Mega Bazaar di Midvalley yang berlangsung selama dua hari. Cheese Tarts Sugarmello akan berada di sana!!! Boleh cari booth @foodhousebysister yang bernombor B034. EhEh Bazaar memang gempak. Ada 27 vendor bersama dengan @foodhousebysister termasuk Sugarmello. Kepada yang tidak tahu tentang ehehbazaar boleh baca info di bawah... Yang penting kena datang MVEC ok!! =)


Dari Budiey

Jenama Mega Bazaar yang bermula pada tahun 2014 adalah satu usahasama di antara Eh Eh Bazaar, DPMM Putrajaya dan Kolej UNITI diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah berjaya mengumpulkan lebih 1,000 usahawan online termasuk 60 artis dan selebriti terkenal tanah air seperti Neelofa, Adi Putra, Mawi, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan ramai lagi. Acara itu Berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung dan jualan melebihi RM 6 juta. Bertitik-tolak dari situ, Mega Bazaar pada tahun lepas dilanjutkan dengan penganjuran bertemakan Hari Raya Aidilfitri pada 11 & 12 Julai 2015 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pula dan sekali lagi mencatat kejayaan besar.


Eh Eh Bazaar sebagai ‘Enabler’ Bazaar bagi Program ONLINE BEST (Online Business Entrepreneurships Success Transformation) DPMM PUTRAJAYA-TERAJU.


Sebagai pelopor dalam industri bazaar online ini, Eh Eh Bazaar selaku ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia WP Putrajaya (DPMM Putrajaya) telah membawa idea dan inspirasi untuk bekerjasama untuk mencari 300 usahawan online dan bakal usahawan yang berminat di dalam program yang ONLINE BEST. Antara bazar-bazar yang telah diatur bagi menyokong ekosistem di bawah program ONLINE BEST ini selain daripada latihan dan portal http://www.eebians.com adalah Mega Bazaar 2016 dan Mega Raya pada 2 & 3 Julai 2016 di Mid Valley Exhibition Centre, Mega Outstation di Johor Bharu dan banyak lagi!


Mengangkat tema Hijra, Mega Bazaar 2016 di Mid Valley kali ini adalah simbolik kepada peningkatan imej bazar ke paras yang lebih tinggi. Bazar online terutamanya bagi usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan telah berjaya menembusi lokasi yang sangat strategik iaitu di pusat konvensyen bertaraf antarabangsa.



Mega Bazaar Hijra Platform Usahawan Online Yang Baru 


Festival Mega Bazaar ini juga disokong oleh beberapa aktiviti yang menarik selain dari jualan produk usahawan online. Terdapat ‘showcase’ persembahan solo dan grup artis tempatan, pelancaran portal inisiatif dari Eh Eh Bazaar iaitu EEBIANs.com -“The 1st Virtual Bazaar in Malaysia” dan pelbagai aktiviti menarik lain yang akan dirangka. Pelancaran program Online BEST ini juga bakal diadakan pada program berprestij ini.


Golongan artis dan selebriti juga tidak ketinggalan memeriahkan program ini dengan gerai jualan selebriti dan aktiviti pentas tanpa henti yang akan memeriahkan lagi Mega Bazaar 2016. Antaranya adalah Encik Mimpi, Khai, Rosma, Aiman Rahman, Siti Nordiana, Eira Syazira, Azad Jazmin, Saida, Saerah, Nubhan dan ramai lagi. 


Maklumat lanjut tentang program Mega Bazaar 2016 dan aktiviti-aktiviti lain boleh didapati di laman rasmi Eh Eh Bazaar http://www.ehehbazaar.com atau hubungi 012-2920131 dan 03-89120716 pada waktu pejabat. Penempahan gerai jualan juga boleh dilakukan secara atas talian di laman rasmi itu.


Jenama Mega Bazaar yang diposisikan untuk berlangsung hanya setahun sekali akan menjadi satu penanda aras baru bagi pengurusan bazar di Malaysia dan menjadi platform utama kepada usahawan-usahawan online yang baru. Ikuti juga laman sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram) Eh Eh Bazaar di @ehehbazaar untuk maklumat terkini mengenai MEGA BAZAAR 2016.


Thursday, February 11, 2016

Sambutan Hari Kanser Sedunia WadKK3, Hospital Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur 04.02.2016

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Minggu lepas 04 Februari 2016 merupakan Hari Kanser sedunia. Jadi pihak HKL-KIDS telah menganjurkan suatu sambutan yang sederhana bagi meraikan anak-anak kanser di WadKK3.

Sebagai badan sokongan bukan kerajaan #projekEpalmerah menyokong penuh usaha murni ini dengan mewakilkan saya untuk datang menyertai majlis ini. Selain dari #projekEpalmerah ada lagi kumpulan lain seperti pelajar-pelajar USIM serta sukarelawan sukarelawati orang perseorangan.

Kek Special dari #projekEpalmerah

Majlis dimulakan dengan ucapan Puan Lin selaku Founder HKL-KIDS dan ucapan ringkas dari Puan Pengerusi HKL-KIDS, Puan Hamidah. Sempat juga saya berjumpa dengan seorang lagi founder HKL-KIDS iaitu Puan Zai yang banyak berurusan dengan kertas kerja untuk HKL-KIDS.  Selepas itu Doktor Pakar pun memberi sepatah dua kata tanda berterima kasih di atas segala usaha yang dilakukan demi untuk menggembirakan anak-anak kanser di situ. Agak menyentuh hati bagi saya bila berada di situ. Hampir mengalirkan air mata apabila mendengar ucapan Puan Lin kepada para doktor dan jururawat yang banyak membantu dan bersabar dengan karenah mereka.

Selepas habis ucapan doktor pakar majlis potong kek dimulakan. Kek dipotong oleh anak-anak yang berada di dalam wad itu juga. Kemudian, barulah kami melawat dari katil ke katil untuk menyerahkan sumbangan makanan seperti KFC, air serta zakat. Semua sumbangan ini merupakan hasil dari usaha HKL-KIDS. Kemudian pelajar-pelajar USIM menghiburkan anak-anak dari bilik ke bilik dengan menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan juga lagu "Alhamdulillah".

Bersama Puan Hamidah (kanan saya) dan Puan Lin (kiri saya)

Ada sesi mengalirkan airmata di mana ibu seorang anak kecil ini menangis apabila pelajar-pelajar USIM ini menyanyikan lagu "Alhamdulillah". Tersedu-sedu si ibu menangis sehingga saya pun mengalirkan air mata. Sebagai seorang ibu saya amat memahami apa perasaan yang dihadapi sekiranya anak-anak kita sakit. Apalagi bagi ibu ini yang terpaksa menerima kenyataan bahawasanya anak-anak beliau menghidap kanser... Ya Allah, hampir 3 jam saya berada di sana tidak sesaat pun saya tidak berasa sebak.

Mereka merupakan anak kecil yang diuji dengan ujian yang maha hebat. Hanya mereka yang tahu bagaimana menanggung segala sakit perit dan ubat-ubatan yang banyak. Ada senyum yang terukir di bibir mereka membuatkan lidah saya kelu untuk bertanya dan bermesra dengan anak-anak di situ. Puan Zai berkata "setiap yang hidup memang akan mati, akan tetapi bagi kami yang ada anak-anak kanser kami tiada pilihan selain dari meghadapinya, kami dah biasa, anak sakit kami jagalah dengan sepenuh hati... Bila sakit dah sampai nak sentuh pun tak boleh sehinggakan sampai suatu masa anak saya menolak untuk makan ubat.. Bila dia tak makan ubat nanti sakit dia datang balik..."

Saya tatap wajah ibu bapa anak-anak kanser di WadKK3 satu persatu. Saya cuba menyelami apa perasaan mereka. Apa harapan mereka? Ternyata mereka sudah redha... mereka lagi kuat dan tabah dari saya. Allahu... Mahu menulis lebih panjang pun tidak mampu...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

p/s Seandainya anda berminat menjadi volunteer HKL-KIDS boleh lawat laman Facebook mereka Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser KK3 HKL - HKL Kids. Setiap aktiviti mengenai HKL-KIDS dimuat naik ke dalam Page KIBDSAAK KK3 HKL ini...

#projekEpalmerah




Hari ini genap 15 hari usia #projekEpalmerah. Baru setengah bulan jagung.

Untuk pengetahuan ramai, #projekEpalmerah merupakan satu kumpulan amal yang bukan di bawah mana-mana badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Ia merupakan usahasama di kalangan kaum ibu yang prihatin dan suka melibatkan diri dalam kerja amal.

Secara amnya, pada ketika ini #projekEpalmerah selain dari mengumpul dan mewujudkan tabung sendiri kami juga menerima bantuan berupa barangan tidak terhad kepada pakaian sahaja untuk setiap projek yang akan dijalankan seperti buku cerita, buku warna, teaddy bear, tuala serta barang-barang lain yang bersesuaian. Dan juga tidak ketinggalan sebiji Epalmerah untuk setiap seorang. 

Sukacita kami nyatakan, kami amat menghargai sokongan anda menyertai #projekEpalmerah sebagai pemberi sumbangan, sukarelawan sukarelawati dan "FOLLOW" instagram #projekEpalmerah. InsyaAllah akan datang #projekEpalmerah akan mempunyai blog rasmi di mana kami boleh berkongsi info dan maklumat mengenai aktiviti dan projek amal yang bakal dan telah dijalankan. 

Untuk projek pertama #projekEpalmerah akan membuat lawatan ke Wad Kanser Kanak-Kanak, WadKK3, Hospital Paediatrik, HKL pada penghujung Februari ini. 

Kenapa "Epalmerah"?

"Epalmerah" merupakan "trademark" projek amal kami dimana ia melambangkan 'Semangat Sihat'. Ia juga untuk memberi senyuman, harapan dan keyakinan kepada insan yang kurang bernasib baik ini bahawa masih ada sinar yang indah dalam hidup mereka. InsyaAllah kami akan cuba untuk menggembirakan mereka dengan sedaya upaya kami. Lagipun inilah visi #projekEpalmerah. 

"Small acts, when multiple by millions, can transformed the world"

Thursday, January 28, 2016

Jadikan hidup lebih baik...

Entahlah... tiba-tiba rasa nak mengetuk-ngetuk keypad laptop pula malam ini. Hmmmphhh...

Mengeluh? Mengeluh?

Sebelum ni idea datang mecurah-curah sampai tak sabar nak siapkan aktiviti mencuci pinggan yang berlambak tu. Dah tu bila di depan lappy ni tiba-tiba blank! Tak tahu nak taip apa... Taip je la apa yang keluar. Sekadar luahan perasaan malam sementara menanti pai yang dibakar masak di dalam oven.

Saya terfikir sesuatu perkara yang terlintas di fikiran.

Setiap dalam diri kita mempunyai perancangan yang maha hebat. Kita dah susun dah bila mahu berkahwin, umur berapa mahu ada anak, umur berapa mahu berhenti beranak. umur berapa mahu bertaubat, umur berapa mahu jadi jutawan....

Akan tetapi pernah ke kita terfikir yang segala-galanya akan berlaku dengan ketentuan Allah. Andai Allah kata jadi maka jadilah ia. Ayat "Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan penentu segala" merupakan ayat cliche bagi kita.... Cuba kita amati ayat itu, selami maksudnya mungkin kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dengan KurniaanNya.

Kita sering menyalahkan Allah dalam bab-bab rezeki. Kita selalu bertanya bilalah Allah mahu beri aku rezeki duit yang banyak? Bila lah Allah mahu beri aku rezeki kekayaan? Pernahkah terfikir apa yang kita dapat, sekecil-kecil rezeki pernahkah kita bersyukur kepada Allah Yang Maha Esa. Pernahkah kita cuba "MEMBODEK" Allah?

Boss kalau kita bodek mereka happy tak? Mesti boss akan lebih sayang kepada kita jika kita buat apa yang boss suka, dengar cakap boss dan ikut je apa yang disuruh. Begitu juga Allah. Nak dapat perhatian Allah kena bodek cukup-cukup. Bagi dia nampak "inilah hambaku yang selalu mendengar kata dan mengerjakan apa yang disuruh..."

Sekiranya Allah suka dengan kita, apa yang kita mahu Allah akan tunaikan dengan sekejapan sahaja. Asal mintak je dapat, asal mintak je dapat sehingga kita rasa segan dengan Allah SWT...

Wednesday, January 13, 2016

SRJK (C) Tsun Jin 2016

Setahun sudah berlalu maknanya setahun juga Hanif bersekolah di SRJKC TSUN JIN. Tahun ini kita Tahun Kedua. Darjah 2T. Terasa juga pressure di situ. Ini disebabkan oleh faktor di mana saya sudah set di kepala this year no play play...


Akhirnya saya akur, hidup itu memang satu pilihan. Jadi pilihan saya sama ada menjadi surirumah & homebaker atau agen insurans... Setelah berfikir dan berteleku begitu lama akhirnya saya buat pilihan. Lepaskan kerjaya sebagai agen insurans. Kerana hati lebih ke arah homebaker... Alhamdulillah lepas satu beban berat dibahu.

Hidup sebagai seorang surirumah, homebaker dan jadi driver anak bukan senang. Baru seorang anak yang bersekolah. Kalau tiga empat orang tak tau akan jadi apa. Tambah satu kerja pergi ke pejabat pos. Tapi nikmat melihat anak membesar di depan mata membuatkan saya terfikir. Nikmat dan rahmat apakah yang Tuhan telah beri? Syukur Alhamdulillah...


Tahun ini Alhamdulillah anak mama Darjah Dua. Kelas 2T. Dah berpisah dengan kawan tahun lepas. Satu perubahan yang saya lihat kenakalan Hanif berkurangan sedikit... Maknanya anak mama dah besar.
Daripada apa yang diperhatikan mama lihat Hanif dah kurang kenakalannya berbanding dulu. Baju sekolah pun dah kurang kotor... Senang sikit mama mahu sental... Sebelum ini baju macam belacan orang tua-tua kata hinggakan pak jaga pun nak mintak baju special dari Hanif. Pak jaga ni kata Hanif seorang sahaja baju lain dari yang lain. Macam-macam haha...



Tuesday, January 12, 2016

Tahun Baru yang sudah tidak baru

Gila!

Selamat Tahun Baru 2016... Belated!!!

Last update entri terbaru Oktober 2015. Memang kerja gila! Setahun tak update blog. Masa tu memang busy tahap maksima. Ada masa terluang untuk berehat cukup-cukup. Sibuk dengan buat roti untuk booth, bazaar dan lain-lain. Sibuk juga buat brownies.

Pelik... Sugarmello Bakery tapi cuma buat Brownies sahaja kan. Huhuhu... Itulah fokus kami sebenarnya. Nak buat kek lawa-lawa design belum pandai. Tools semua ada. Kau nak tempat letak kek yang boleh pusing-pusing tu? Pun ada! Buat tidak. Dah pergi kelas menghias kek dengan buat bunga guna buttercream. Tapi masih lagi belum pandai. Balik-balik brownies. Balik balik congo bars. Raya je buat biskut... ehe...

Salute dengan orang yang boleh buat macam-macam. Terer...

Bermula Januari macam-macam projek yang ada. Saya berhentikan dulu untuk join booth atau mana-mana bazaar atas sebab-sebab lain. Tahun ini mungkin hanya mahu fokus ke arah lain pula. Mungkin hanya akan join event yang besar sahaja. Mungkin... Akan tetapi tidak termasuk dalam perancangan 2016. 

Kini sudah pertengahan Januari 2016. Projek terbaru masih ongoing dan hampir siap. InsyaAllah minggu depan akan beroperasi... Berdebar juga sebab tidak pernah lagi terlibat dengan projek penting lebih-lebih lagi apabila bersama dengan usahawan-usahawan Muslim yang hebat. Hebat bagi saya bermaksud sudah supply produk ke Tesco, Giant, Carrefour, Mydin dan sebagainya, sudah punya packaging sendiri yang sangat wowww! Masa buat presentation produk tempoh hari pun dah malu-malu segan.

Esok InsyaAllah bermulanya hari baru projek baru. Produk pertama akan dihantar esok. Saya juga akan mengambil beberapa vendor di bawah nama Sugarmello Bakery dan produk tersebut akan diedarkan oleh saya. Untuk batch pertama sudah penuh. InsyaAllah batch kedua akan menyusul.

Tunggu ya ;)