Monday, September 8, 2014

I love you mommy

Sapa tak sayang mak. Semua orang sayang mak. 

Ye lah masa kecik kita rasa tak sabar nak berdikari tapi percayalah bila korang ada peluang tu kalau boleh tak nak pegi. Nak duduk bawah ketiak mak je. 

Masa kecik kata tak sayang mak. Lawan cakap mak. Tapi bila dah besar, dah dewasa korang akan marah adik-adik korang bila depa lawan cakap mak. Masakan mak paling dirindui. Bergosip dengan mak paling best!

Walaupun kita dah kawen macam aku dah jadi isteri orang dan anak-anak sendiri, masak untuk suami untuk anak-anak, tapi kita tetap anak mak. Bila balik kampung berpeluang nak bermalas-malasan, bermanja-manja dengan mak. Semua makanan mak yang mesti masak. Kita tak nak masak. Makan berselera dengan air tangan mak.

Bila berada jauh dengan mak, masa tu lah kau menung panjang menitip setiap dosa yang telah kau lakukan pada ibumu. Berderai air mata sebab time tu lah kau rasa kau sangat berdosa dan serba salah dengan mak. 

Rindu kan...

Tinggal dengan mak, semuanya mak buat. Dari A ke Z. Walaupun membebel sampai telinga bernanah tapi mak tetap buat dan laksanakan tanggungjawabnya. 

Bila berjauhan bebelan itulah yang paling dirindui...

Itulah emak

Betapa sayangnya mak terhadap kita...

Kasih seorang ibu...

Tiada galang gantinya

I miss you Mommy. I love you mommy.



p/s: entri khas untuk adikku yang pertama kali berjauhan dengan mak semata-mata untuk mencari rezeki...baru kau tahu macam mana kakak n abang rindu dengan mommy...

Wednesday, September 3, 2014

Blogspot atau dot com

Iklan...rehat jap citer pasal nak kurus heheh...

Kembali ke alam nyata. Apasal tetiba dari aleyanazuriq.com ke sitizulaikha.com dan balik jadi aleyanazuriq.blogspot.com?

Sungguh nak cerita panjang berjela. Tapi aku rasa baik guna yang free ni je lah kau tak kecewa. Malas nak pening-pening. Dari beratus visitor sehari nak kawtim balik visitor yang sama sekarang sangat susah. Apetah lagi update blog pun 4 bulan sekali hahaha... Nanti Nuffnang pun tak nak siar iklan pulak. Ni pun dari semalam aku tengok iklan dia pun segan je nak kuar.

Yelah...yelah lepas ni aku aktif.

Sebelum ni bukan tak nak aktif. Aku tak reti lah nak cerita pengalaman hidup ni. Berangan nak upload gambar yang best dalam blog. Sekarang dah jadi pekasam. Tapi kan rasa boleh upload lagi. Tulis je hashtag "throwback" kan...kan...kan...

Aku tak reti nak buat video jadi ini je lah aku pandai ngeee...

Pesanan aku kalau korang nak ada domain sendiri tak yah lah beli dari 3rd party macam GoDaddy ni. Ehh betul ke tak ye? Lebih kurang tu la namanya. Banyak lagi kat Malaysia kompeni jual hosting dan domain. Beli dari depa je. Senang. Aku buat masa sekarang dah tak ready lagi nak guna domain sendiri. Merajuk dengan GoDaddy!

Tuesday, September 2, 2014

Semangat yang hilang

tup..tap...tup...tap

Sekarang dah September. Last update blog bulan April aritu ngeee... Empat bulan sekali baru update blog. Maju jaya sungguh. Tak kerja pun tak ada masa nak update blog tau. Bila ada free time, masa emas tu digunakan untuk merehatkan diri, membaringkan diri dan main game hahah... Hobi katanya.

Nak dapat semangat balik menaip bukan senang. Lagi-lagi di zaman yang segala-galanya SMART. Patutnya boleh je nak berentri dari "smartphone". Tapi guna lappy atau komputer lagi syok. Bebas menaip. Alasan je semua tu kan...

Sebenarnya, kembalinya aku di sini adalah kerana semangat yang hilang timbul kembali. Banyak nak share ni. Jumpa semangat tu di sebalik bantal yang empuk. Ingat senang ke akak memalam ni nak berjaga menaip. Dengan boss kecik Muhammad Hadif yang bila dah tido akan bangun setiap jam, setiap setengah jam hanya kerana nak mengempeng. Kau hangin dak? Hangin tak hangin kau layan je lah. Kau marah menjerit histeria pun kat dia bukannya dia paham. Lagi dia melalak adalah. Sudahnya kau yang surrender. Ni tercongok-congok menaip dengan kelajuan tahap maksima. I try to make it short! Kununlah...

Apa nak story ni ehh.. Lupa lak.

Ooooohh pasal DIET.

Dah lama akak tak cerita pasal Diet Seimbang kan. Pasalnya aku ni pun dah tak seimbang hahaha...

Oklah oklah...serius serius ni.

Nak buat ikrar mulai dari hari ni akak akan merajinkan diri untuk update Diet Seimbang kembali naaa...


Thursday, April 3, 2014

Hobi yang bermanfaat

Bila cerita pasal hobi ni kan. Teringat zaman kecik masa sekolah rendah suka sangat membaca. Sekolah dulu kat kampung. Aku rasa library sekolah tu dah jadi hostel nombor dua. Kalau tak ada latihan olahraga di situlah aku melepak. Buku yang aku suka baca ialah semuanya berkenaan dengan detective story. Kisah 7 Penyiasat, 3 penyiasat dan yang seangkatan dengannya. Pendek kata asal ada penyiasat hujungnya semua habis aku baca.

Balik rumah pun bawak buku cerita. Masa tu tinggal dengan nenek. Pukul 8 malam lepas makan mesti kena belajar. Monitored by pak cikku yang garang. Stenby rotan ekk. Kecut kan. 

Disebabkan aku punya homework dah siap kat sekolah. Nak belajar apa kan? Takkan nak tulis buku teks. Zaman aku dulu sekolah rendah mana ada sains, geografi bagai. Duduk saja nanti kena rotan. Jadinya aku amik buku teks tegakkanlah macam membaca. Kat dalam tu aku selit buku cerita haha... Pandai tak? Khusyuk membaca. Fokus. 

Sedang layan baik punya atuk aku bagi kantoi pulak. Tapi pak cikku tak marah. Syaratnya pegang buku...

Semakin membesar hobi membaca aku ni makin lama makin menghilang. Sebab dah terlalu sibuk bersukan. Terutamanya di sekolah menengah. Sukan..sukan..sukan.. Tapi kalau ada kesempatan selit jugak waktu nak membaca. Samalah cerita penyiasat yang advance sikit. Kalau dah tak ada pinjam je sapa-sapa punya novel cinta. Aku lak jenis tak minat novel cinta. Baca tu memanglah baca tapi akan banyak skip. Agak-agak slow je sesuatu plot tu abaikan. 

Bila habis sekolah lagilah hobi membaca tu terkubur hahah... Dah study. Kerja. Keluar pagi balik malam. Sampai rumah layan TV lagi best dari dok ngadap buku cerita. Mana dan nak pi library. Nak beli lagilah malas. Hahhh semua tu alasan! Bila dah naik bangunan KLCC barulah hobi tu bertandang balik. Lepak kat Kinokuniya membaca. Itupun kalau ada masa lapang je. Jadi rumah nombor 3. 

Dah ada anak lagi ke laut. Syukur aku bukan pengkoleksi novel. Suka pinjam je hahah... Sekarang teknologi makin canggih. Boleh baca buku cerita online. Macam-macam ada. Macam iPad ada iBooks so baca kat situ je lah. Biasa sebelum tidur memang aku membaca sekarang. Bukaklah apa-apa website. Politik ke, isu semasa ke, gossip artis tak layan. Politik dan isu semasa dan sejarah. Suka aku baca penganalisis politik punya karya. Jangan baca yang tidak sihat. I mean analisa politik dengan maki maki. Memang reject jauh-jauh. Dapat dosa free ja. 

Tapikan nak bagitau, hobi yang paling best ialah main "HayDay" hahaha...


(^_<))

Tangani hari pantang dengan jaya

Baru nak citer pasal lepas bersalin. Kestressan masa pantang.

Menjadi kebiasaan bila berpantang kita perempuan ni jadi dara pingitan. Duduk kat rumah je tak keluar. Tak boleh jejak tanah orang tua-tua kata. Ikutlah. Jangan lawan. Curik-curik keluar pun jangan tau. Nanti rasa bersalah kepada diri sendiri. Lagilah kalau nak bawak baby tu. Simpan je hajat tu. Makan pun kena jaga. Tak boleh main bedal je. Tau dak cukup 30 hari aku tak lalu nak memandang roti jagung. Nak muntah. Kalau paksa masuk mulut gak rahang rasa  keras je nak kunyah. Nak kunyah je rasa ngilu. Sampai macam tu skali. 

Hari- hari terakhir pantang lagilah. Makan nasi kosong haha... Tak lalu nak telan lauk pantang.

Saya punya pemikiran lain sikit. Nak cekalkan hati dalam hati selalu kata "takpe berpantang 44 hari je, lepas tu aku akan ada masa seumur hidup (kalau tak beranak lagilah) untuk berjalan menginjakan diri di Tesco, Hero, Jusco, KLCC, MidValley dan di mana-mana". Jadi guna masa dalam pantang tu untuk repair badan yang dah lari alignment hehe... 

Baju berlengan panjang, berstokin tebal, berbengkung fuhhh... Panas pun panas lah. Tahan... Bayangkan kita berada di puncak Gunung Everest yang sejukkkk. 

Kerjaku di rumah. Makan, nyusu baby, main cak cak dengan baby, nengok tv, baring, makan, minum, tidur.... Inilah rutin seharian. Syukurlah boleh masak. Kalau masak pun orang buat mau mati kutu menung je. 

Walaupun agak membosankan tapi aku berjaya menghabiskan hari-hari pantangku dengan jayanya. Caranya?? Jangan kira hari haha... Bila orang tanya dah berapa hari aku pandang muka hubby dan dia yang akan tolong kirakan. 

Ohhh ya...saya berpantang pakai baju panjang berstokin bagai 60 hari, makan jamu 60 hari, tak keluar rumah 59 hari (hari ke-46 pi Tesco hihi), pantang makan 100 hari, pantang tak makan seafood 6 bulan tapi ni dah 7 bulan setengah pun tak makan seafood lagi, pantang tak minum air sejuk sampai hari ini masih bertahan...

(^_<))

Welcome my new life...

Tadaaa....

Rindu...rindu...rindu...

Walaupun tak berkesempatan nak berentri dalam hati melonjak-lonjak nak update entri baru. Dalam kepala fikir bila lah nak update nih. Dah error sana sini.

Sekarang charger lappy pulak masalah. Dah dekat sebulan. Nangis hokeh! Hubby kata nanti dia repair. Hmmmm bila tu tak taulah. Minggu ni pulak sibuk dengan Angsana Burger. Dah tu tak ada air.  Bila hujan lebat banjir pulak. Tambah lagi bumbung kat luar pecah. Haah...bertambah-tambah kerja kan.

Okeylah

Disebabkan rasa membuak-buak so update dari ipad pun boleh.

Okeylah...masa untuk tidur. Esok nak bangun awal. Membaking.

Nanite korang (^_<))


Tuesday, January 28, 2014

Blog yang kembali

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab dapat balik berentri dengan blog kesayangan ni walaupun hanya blogspot pun jadilah. Sebenarnya blog ni dah kena blog oleh Mr. Google gara-gara expired domain. Dah empat tahun aku guna domain "sitizulaikha.com" dengan Autorenewal every year. Tapi apa jadi dengan tahun ini aku pun tak tahu. Jadi makin tak faham pulak. Rasa nak nangis pun ada. Dok terfikir-fikir je. Kadang-kadang bukanlah selalu update tapi cerita tiga empat tahun lepas tu macam mana nak tulis balik? Itulah kenangan jiwa raga.

Aku bukan jenis yang letak semua aktiviti family ke cuti-cuti ke kat sini. Rasa menyesal pun ye bila dah tukar ke dot com. Ni kali kedua kena. Habis trafik blog ni. Last year pulak tak boleh masuk untuk update payment. Padahal dah masukkan password yang sama. Ok fine if salah buat password baru kan. Itu pun tak boleh jugak. Aku pun pelik laa dengan blogger ni kekadang. Ye lah sebab domain pun 3rd party.

Jadi, buat masa sekarang ni aku sangat serik. Tak nak dah guna domain dorang nih. Biarlah dengan blogspot. Selamat. Cuma bila dah jadi blogspot balik habis effect semua. Mesti korang nampak error sana sini hehe... Buat masa sekarang mak tak sempat nak godek-godek lagi nakkk!

p/s: Verangan nak guna Wordpress (^_^))

Wednesday, January 1, 2014

Tadika Baru Hanif 2014,



Assalammualaikum, 

Alhamdulillah bertemu lagi kita diambang 2014. Salam tahun baru semua. Terasa cepat sangat masa berlalu. Umur pun makin bertambah, anak-anak pulak makin membesar. Tau tau je dah kulit kedut sana sini huhu...takutnya! Ajal makin dekat. Semoga dapatlah melihat anak-anak membesar, sambung belajar, kerja, kahwin dan dapat cucu...Amin....

Harini tarikh cantik 01.01.2014, kalau 01.01.11 lagi cantik. Tapi ok apa. Sape yang tarikh lahirnya hari ni, Selamat Hari Lahir saya ucapkan. Semoga dipanjangkan umur murah rezeki...

Hari ni jugak 1st Orientation Hanif di Tadika baru. Mesti korang tertanya-tanya dia nak ke tak nak kan hehe... Ye lah dah biasa kat Krista Taman Nirwana dua tahun. Kawan pun dah ramai. Cikgu pun dah kenal memang susah gak nak pujuk dia masuk tadika baru ni. Asyik-asyik cakap Nak pergi Krista, takmo Tadika cina... Cara kita dua mak pak jawab dengan explain kat dia yang dia dah besar dan bertukar kat sekolah lain. So dia diam, tak banyak tanya. 

Mula-mula tadi segan, malu semua ada. Maklumlah cikgu cikgi tak kenal lagi. Lama jugak pak dia teman tadi sebab tak nak jauh. Papa dia berdiri tepi pintu dia pun ikut. Dah lama sikit barulah ok. Tapi still gak panggil kita kat luar tu. Takut hilang kot. 

Pagi-pagi masa tengah siapkan dia soalan maut tanya girlfren dia kat Krista macam mana. Maknya ni diam je. Pastu dia sendiri jawab "nanti Hanif ada girlfren baru ehh mama?"... Aku kata "hmmmm..." Dalam hati amboi nakkkk...6 tahun pun tak sampai dah pandai rindu girlfren. Ko janganlah nak bagi mak ni kepala pusing. 
Budak shy shy cat
Okey, berbalik kepada topik di atas. Kenapa saya hantar Hanif ke Tadika Taman Nirwana? Which is tak jauh sangat pun dari Tadika Krista dia. Yang utamanya sebab Tadika Taman Nirwana ni tadika Cina. Saya memang nak hantar hanif sekolah Cina so kena build Chinese foundation yang kuat untuk dia supaya dia ready untuk ke sekolah nanti. Kalau ikutkan memang dah terlambat sebab this year dia dah kira 6 tahun. Kelas Mandarin dia pun dah masuk level 2. Tapi aku discuss personally dengan principal dia then she agreed untuk masukkan dia ke kelas basic mandarin untuk budak 5 tahun. Hanif ni apa pun tak pandai lagi. Memanglah selalu dengar dia shoo sheey shoo sheyy macam cakap cina tapi sebenarnya tak pun. Dia guna bahasa "Ultraman" haaah....ada paham?? Bezalah kan bahasa otomen dengan mandarin. 

My plan for him actually macam ni. Mula-mula saya hantar dia ke Krista untuk kuatkan foundation berdikari, pergaulan dan English dia. Kat rumah pun kita cakap mix English and Malay. Bukanlah aku nak suruh dia cakap English macam bertih jagung. At least apa yang orang cakap dia paham. Manalah tau tetiba dapat kawan omputeh ke mana mana orang arab ke cina ke. Senanglah nak cakap walaupun grammar kelam kabut. Sebab bila dia masuk Tadika dan sekolah rendah at least dia punya English quite strong. So, Alhamdulillah di Krista banyak dia belajar. Lagipun seharian kat sana. Teachers dorang pun semua speak English je dengan depa. Jadinya lama-lama depa pandailah cakap. Sesama sendiri pun cakap English. Jumpa kawan-kawan yang sebaya dia pun campur cakap Melayu-Inggeris. Balik umah pun dia cakap English. Tengok kartun pun paham. Haaahh...itulah maksud aku. Ini esok dah umur 6 tahun pun tak tau "fan" tu apa, letih arrr... So....simple, pendedahan tu penting. 

Dalam computer class
Dan untuk sekolah Cina pulak, memang dah plan lama sejak aku belum kahwin lagi. Merasa susah carik kerja sebab nak kena pandai Mandarin. Lepas tu kalau dapat gaji pun tak sama. Orang yang pandai Mandarin gaji boleh cecah RM500 extra ekk dari orang yang tak pandai cakap Mandarin. Ini bukan diskriminasi. Ini betul. Bunyik macam tak adil kan, tapi fair what. Bukan senang nak belajar bahasa orang. Kalau dari tadika ke sekolah rendah ke sekolah menengah kira 13-14 tahun apa belajar Mandarin. Aku yang tua ni belajar bahasa Mandarin pun tak lepas lagi. Otak dah karat. Biarlah anak den yang belajor. 

Tertanya-tanya lagi nak hantar anak ke Tadika Krista atau Tadika Taman Nirwana?? For me dua-dua pun tak ada beza. Krista memang fun, tak dinafikan. Sape yang pernah anta anak ke Krista taulah macam mana. Apa yang aku boleh cakap Hanif banyak improve and he can speak English well but not like bertih jagung hehe... Untuk Tadika Nirwana ni aku belum boleh bagi review lagi sebab Hanif pun baru je lagi. Krista more to English tapi ada gak belajar Malay Language dan basic agama seperti baca doa etc tu. Untuk Tadika Taman Nirwana pulak ko orang boleh buat pilihan. Sebab kat sini macam elektif. Matapelajaran utama semua sama. Elektifnya tang nak anak ko belajar Mandarin ka Jawi. Haah...pilih antara dua. Macam kita sekolah dulu gak ada pendidikan Moral dengan Agama Islam kan. Saya ambik Mandarin untuk Hanif. 

Untuk fees pulak tak banyak beza. Sama je RM200 sampai 12 tengahari. Cuma yang berbeza fees untuk daycare. Masa kat Krista aku hantar hanif fullday sebulan dalam RM420, kat Taman Nirwana ni RM580 sebulan if sekali dengan Daycare. Mahal kan. Tapi registration fees untuk TTN dalam RM960 dan Krista RM1000 and above but below RM1500. 

Masalah lagi satu, bila kita mak pak melayu anta anak Tadika Cina, main problem ialah homework! Aku tak reti haihhhh... Memang sekolah rendah dulu masuk sekolah cina tapi sekejap je. Aku tau kira nombor jaaa. Itu pun satu sampai sepuluh. Nak masuk sebelas je aku dah pindah sekolah lain :lol: Dah pun discuss dengan principal dia apa solution yang patut dibuat. Dia kata boleh anta Hanif untuk extra class. Just untuk settle homework dia. Dengan cara tu dia akan lebih cepat catch-up. Lagipun beginner kan. Kena push lebih sikit sebab tahun depan Darjah Satu. No more playing. Even ex-pupils kat situ mana yang masuk sekolah cina pun datang kat situ untuk buat homework depa time petang. Pukul 4pm-5.30pm will do dia kata. Fuhh lega sikit dengar. Tak adalah pening nak pikir macam mana nak buat homework. 

So... Dah dapat idea mana nak hantar anak ke pre-school nanti? Rasanya yang ni je aku mampu share buat masa sekarang. Kalau ada info lebih boleh share lagi. Saya ada tulis entri tentang why i chose Krista dan bolehlah baca entri tu untuk more info. Apa-apa pun terpulang kepada kita. What we want them to be. Harap dapat membantu orang yang buntu... Untuk permulaan jangan push sangat terutamanya umur 2-4 tahun. Tak pun bagi bonus add another one year iaitu 5 years umur utk anak-anak kita enjoy their kid's time. Macam Hanif pun saya tak push sangat. Bagi saya just go with the flow InsyaAllah semuanya ok. Zaman sekarang education makin maju. Tadika dah belajar sains dan maths. Ahkak dulu darjah satu pun baru belajar nak tulis ABC heheh... Tergagap gagap nak membaca.

Yang siksa, membayor fees...menggigil nak kuar duit. Pergi sekolah kebangsaan takyah kuar duit banyak pun. Dapat RM100 lagi ada. Rasanya kerajaan kena bagi subsidi untuk tadika nih. Tapi kan Tadika Kemas kan ada mana nak dapat subsidi cik T oiii... Oh...mak lupa huhu. Oklah see you soon.


Happy surveying parents!!!

Saturday, December 21, 2013

Pengalaman Semasa Bersalin : Muhammad Hadif

Jarak hampir lima tahun membuatkan saya lupa rasa sakit bersalin tu bagaimana. Selalu terfikir sama ke sakitnya nanti? Berkurang atau bertambah sakit? Ye lah masa Hanif dulu lama jugak menahan sakit. Tapi yang sama ialah saya admit hospital dua kali =)

Seperti hari-hari biasa, selepas discaj minnggu lepas dari hospital memang sakit tu ada, tapi still under control. Beza cuma ada bleeding sikit. Tapi doctor kata ok selagi tak rasa nak beranak or pecah air ketuban. Tak sanggup sanggup rasanya kena seluk dan VE banyak kali.

Masa ni bau wangi sangat, bau baby

18th August 2013 (10 Syawal) : Malam tu tengah relax dalam bilik dengan Hanif main game tetiba rasa macam nak terkucil. Baru nak bangun, ye lah nak bangun pun susah payah. Bila nak bangun tu terasa macam ada air keluar. Ingatkan bleeding dengan segera pergi toilet. Tak ada pulak bleeding tapi buang air dengan banyaknya. Macam tak boleh tahan pulak. Pastu baru terfikir air ketuban dah pecah ke? Blurr sekejap. Mak tak ada experience air ketuban pecah uuu... Sebab tu la confius semacam. Perut pun tak sakit. Tapi hati rasa tak sedap. Dah tu, rasa nak terkucil lagi tak tertahan. Lagilah rasa pelik. Suami ajak pergi hospital tapi saya kata tunggu je la sebab tak rasa sakit pun. Kali ketiga rasa nak terkucil memang tak boleh tahan dah terus keluar je. Tengok meleleh je keluar air macam warna coklat cair. Memang sah air ketuban pecah. Terus dia kata tak yah tunggu sakit, pergi hospital. 

On the way ke hospital terasa air keluar tanpa henti. Perut masih tak ada rasa contraction. Saya pun relax je macam tak ada apa. Sampai kat kaunter reception Hospital Bersalin HKL bila nurse tanya kenapa saya pun cakap "saya rasakan air ketuban saya pecah la tadi"...hehe. Bila ingat balik rasa kelakar. Nurse pun suruh masuk check air kencing apa semua. Sementara menunggu M.O datang sempat lagi tanya nurse kat situ "saya kena beranak malam ni ke?" Nurse yang monitor contraction tu senyum je. Dia kata "tengok la nanti doctor kata apa, sebab kat bawah pun tak buka lagi". Kerisauan melanda sebab baru 34 minggu. Mengomel dalam hati kalau beranak baby ni kira prematured. Tapi bila teringat apa yang doctor cakap masa admit minggu lepas masuk 34 minggu kalau nak beranak dia bagi je beranak sebab weight baby ok. Rasa lega sikit. Buat penyedap hati. Kalau tak beranak hari ni pun lagi dua hari memang nak kena beranak jugak sebab air ketuban dah pecah. Itulah hakikatnya.

Bila M.O turun dan scan perut dia kata air ketubanlah yang pecah sebab dia tengok air ketuban kat dalam dah kurang. So, depa punya plan ialah, bagi antibiotik selepas 12jam air ketuban pecah. Means, saya pecah air ketuban 9.30mlm so esoknya 9.30pagi kena start antibiotik takut baby kena infection. Lepas tu monitor dalam 12jam lagi kalau still tak ada bukaan kat bawah doctor kata nak induce. Then lepas 12jam tak bukak lagi doctor akan induce lagi sekali. Wahhhh...bila dengar macam tu rasa ngeri ngilu semua ada, sebab bagi sesiapa yang ada experience kena induced ni tahulah sakitnya macam mana. Inikan pulak nak induce dua kali. Meraung wyeh!...tak nak...tak nak....

Bermalamlah lagi di hospital dengan harapan tak perlu nak tempuh seksa meksa kena induce ni. Kalau beranak malam tu jugak redha dengan ketentuanNya. Doa saya tak putus-putus agar segalanya berjalan dengan lancar. Sedari petang lepas balik beraya makan mee kolok air tangan CikRina langsung tak makan lagi ye. Minum air banyak sangat. Kenyang extra. Macam-macam yang bermain di fikiran. Esok Hanif ada photoshoot untuk skool, mak dia pulak admit. Kena kalau beranak pukul 7-8 pagi mesti bapak dia tak dapat tengok sebab time tu kena hantar Hanif pergi skool. Dekat pukul dua pagi baru dapat lelapkan mata. 

Pukul 2.50 pagi terbangun sebab rasa perut memulas lain macam. Rasa contraction kuat. Still buat dek lagi sebab masih boleh tahan. Layan mata mengantuk. Makin lama rasa makin sakit je. Haah sudah, ini tak boleh jadi sebabnya dah tak boleh tido.. Nak panggil nurse rasa macam eh nantilah. So, kira sendiri contraction. Tengok jam. Rasa macam lama je each contraction. Bila dah rasa tak tahan tu panggil nurse cakap yang perut makin kerap mengeras. Apalagi nurse tu pun check. Lepas tu dia kata memang contraction lama. 35 seconds. Dah kena buat VE. Bila check rupa-rupanya dah buka 4cm! Padahal pukul 12 mlm before baru 1cm. Itupun dari minggu lepas. 

Sementara menunggu nak masuk labour room, Ya Allah...sakitnya memang tak tertahan. Contraction setiap dua-tiga minit. Rasa nak nangis pun ada. Kalau kerusi plastik tu jenis kerusi yang lembut memang akan patah kena genggam masa menahan sakit. Berpeluh-peluh. Nak call papa time tu pulak hp tak boleh call. Yang tukang janji nak beli topup langsung terlupa. Macam manalah nak bagitau yang saya dah nak masuk labour room. Syukurlah nurse kat situ baik hati. Sebelum masuk LR sempat lagi mintak tolong dorang untuk call papa. Masa tu pukul 4.30pagi. Nurse tu kata dia cuba call tengok suami angkat ke tak sebab awal pagi. Saya kata kalau tak dapat takpe. Yang sebenarnya, dah redha beranak sorang tanpa suami di sisi..sob...sob.

Masuk labour room rasa macam lengang je. Ye lah, orang masih cuti berhari raya. Bidan pun tak ramai. Yang saya ingat masa dah masuk dalam salah satu bilik tu dorang kecoh gak tanya kes apa. Ye lah kes prematured. Saya tak kisah midwife mana yang handle sebab dah menahan sakit yang amat sangat.  Yang handle masa tu Indian midwife dengan seorang trainee doctor lelaki Muslim. Depa dua je yang ada dari mula sampai beranak. 

Bermulalah episod proses nak beranak. Dah dipasang CTG makin berganda-ganda sakitnya. Bukaan baru 4cm tapi nurse tu geleng kepala cakap "contraction u ni kuat giler". Haaah memang. Aku yang menahan ni pun nak pengsan. 4cm tapi contraction 4 in 10, more than 40seconds each. Bayangkan macam mana. Tak sempat nak tarik nafas. Dah sakit balik. Sakit pinggang jangan cakap la. Nak beralih dari kedudukan terlentang mengiring ke kiri pun punya susah. Doctor buat VE lepas 5 minit dah 5cm pulak. Tapi rasa sakit tu hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa nak membuang memang ada. Nurse tanya "rasa nak buang air besar ke?" Saya kata "a ah", dia kata "jangan teran dulu tau, awak baru buka 5cm, nanti bengkak". Aku kata "ok saya tak teran". Puaslah menahan sakit perut dengan sakit nak meneran. Memang tak tahan sungguh! Mental tortured betul. masa tu la terfikir kenapalah dorang tak offer epidural. Masa bersalin Hanif aritu baik punya depa offer. Tapi boleh lak pikir mana boleh epidural sebab dah bukak 5cm. Mulalah mendambakan oksigen macam bersalin Hanif dulu nak hilangkan rasa sakit. Memang tak adalah. Labour room yang dapat kali ni ala-ala tradisional. Bila bidan tu tengok contraction dah makin kerap dia pun start masuk tiub kuarkan kencing pastu nak bagi aku ni dehydrate katanya. Nak kuarkan habis air ketuban. Dah kena VE lagi pastu cucuk-cucuk mana ada air ketuban sebab dah kuar habis. Haishhh....

Us =)

Dah takde air ketuban, doctor tu seluk lagi nak tau dah buka berapa cm. Baru je seluk lepas tu dengar dia kata kat bidan tu "kak, macam dah expand je ni". Bidan tu pun check. Memang dah expand tanda nak beranak dah. Terus dia cakap "kalau u rasa nak teran, u teran je. Dah boleh dah". Bila contraction start je terus nurse suruh PUSH. Saya pun meneran dengan sekuat hati, tapi rasa sakit tu aduhai. Rasa tercabut urat luar dalam. Tak keluar jugak baby. Sakit yang amat. Tiga kali ganda sakit dari  bersalin Hanif dulu Sempat lagi masa tu tengok jam dalam pukul 5.15pagi. Memang dah redha suami tak datang. Takpelah nak buat macam mana dah nak beranak mana boleh tunggu. Bidan tu tanya suami datang ke tak. Saya pun cakap yang saya tak sure dia datang ke tak sebab tadi dah mintak nurse kat wad tolong call dia. Siap cakap kat bidan tu kalau tak datang pun takpe. 

Tengah meneran nih, kali yang ketiga kot tiba-tiba ada orang bukak pintu. Terkejut tapi mana ada pikir apa dah. Sakit weyy... Rupa-rupanya depa kata suamiku dah mai nak masuk. Bidan tu sempat tutup guna kain yang saya pakai. Ye la, tengah terkangkang pun kan. Dia marah kata saya tengah meneran. Terus nurse kat luar tu tolak papa masuk ke dalam. Airmata meleleh, memang nangis bukan sebab sakit tapi nangis akibat meneran nak kuarkan baby. Rasa dah habis energy. Bidan tu cakap kepala baby dah keluar. Teran sikit je lagi kata dia dengan doctor trainee tu. Dorang kata jangan nangis. Sempat lagi aku jawab "tak nangis" padahal airmata meleleh. Depa cakap kat suami yang kepala baby dah nak keluar, panggil papa suruh tengok then bagi semangat. Dia pun tengok pastu dengar suara "sikit lagi teran, baby dah nak keluar dah tu". Pastu dengar bidan cakap "push lagi sekali, jantung baby makin lemah tu". Doctor  pun cakap perkara yang sama. Terus kepala otakku ligat berfikir. Dah la baby "prem", jantung lak lemah. Tak nak la komplikasi lain jadi kat baby. Kesian anakku tanggung sakit sebab mak dia nanti. Pada masa yang sama boleh dengar bunyi CTG, heartbeat baby makin lama makin slow. Nekad dalam hati, tarik nafas dalam-dalam terus teran for the last time. Terasa ada benda yang besar dan panas terkeluar. Selowwww je. Ya Allah, tepat 5.29 pagi, hari Isnin bersamaan dengan 19 Ogos 2013, lahirnya Muhammad Hadif bin Mohd Iqbal ke dunia pada usia 34 minggu 6 hari dengan berat 2.78kg. Terdengar dia kata "baby dah keluar". Aku pun terus menangis kesyukuran tanda kelegaan, rasa tak percaya sebab dah beranak dan rasa tak percaya sebab baby yang dilahirkan itu anak kedua. Alhamdulillah. Berakhir sudah sakit komplikasi masa mengandung. Berakhir sudah sakit perit semasa mengandung dan berakhir sudah episod tak tidur malam sebab menahan sakit. Masih lagi sakit sehinggalah uri dikeluarkan, baru rasa kosong perut dan sakit pun menghilang. Pegang perut yang kempis sambil dalam hati kata "anak aku dah keluar". Terbayang-bayang bagaimana rupa baby. Selepas bersalin seperti biasa bidan akan tunjukkan baby dan tanya kita dapat baby apa. Then barulah baby dibawa keluar untuk diperiksa oleh paediatrician especially bila Hadif dalam kategori baby prematured. Papa dia pun keluar sekali untuk azan dan qamatkan baby dan sejurus selepas itu balik untuk uruskan Hanif pergi sekolah. 

Selang beberapa minit barulah M.O sampai. Aku dah terberanak pun. Tak sempat dia nak check. Datang jenguk and check report. Bidan tu cakap tak sangka cepat dah buka 10cm. Dalam masa 9 minit sempat jugak papa menjadi peneman dalam labour room. Alhamdulillah, dapat juga dia melihat kelahiran anak kedua kami. Proses jahit pun agak sakit. Bidan ni pulak jenis gamble je aku tengok. Macam express dia jahit. Mungkin sebab shift dia dah nak habis so buat kerja cepat. Bila cerita dengan papa dia kata rasa sakit jahit tu sebab tak sedut oksigen heheh...

Dah habis jahit lama juga nak tunggu baby sebab semua sibuk dengan proses pertukaran shift malam dengan shift pagi. Bila nurse letak Hadif di pangkuan untuk menyusu, Ya Allah, kecik comelnye. Perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Perlahan-lahan cium dahi, cium pipi. Wangi sangat sangat...Aku kata bau dalam perut. Nyenyak sungguh dia tidur alahai. Buat sekali lagi hilang semua rasa sakit yang dirasai semasa bersalin, hilang sakit dijahit, hilang sakit semasa mengandung dan hilang segala kepenatan serta keperitan. Hanya tinggal perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Lupa segala kesakitan.

Alhamdulillah. Sungguh aku bersyukur ke atas rezeki dan nikmat yang diberikan olehNya. Semoga kehidupan kami akan lebih bahagia dengan anak-anak yang comel sebagai penyeri hidup kami.

*Sekarang mama punya tiga cinta hati...









Selamat Hari Lahir Yang Ke-5 Sayangku

tak sempat edit gambar masuk blog =)
Namamu Yang Lurus
Hatimu yang polos
Jiwamu yang jujur
Permikiranmu yang satu
Telatahmu yang manja, terkadang mencuit hati, terkadang boleh bikin naik darah...

Bila tak dihiraukan dia akan cakap "maamaaa, pandang muka hanif"

Bila dimarah tak sampai 5 min jadi ultraman balik dah...

Sebelum tidur dia akan kata "mama, kiss Hanif" Andai sibuk waktu itu dia akan kata "mama, nanti jgn lupa kiss Hanif"

Tak kira dalam sedar atau lena dia pasti tahu...

Tempoh hari dia bertanya "mamaaa, malam tadi lupa kiss Hanif?" Alahai sayang mama terlupa kataku Dia bertanya "kenapa mammaaa boleh lupa..?"

 Mama terdiam, dalam hati rasa bersalah, padahal itu perkara kecik, terus kupeluk & kata "tak kira mama kiss atau tidak mama tetap sayang Hanif.."

Buktinya, anak mama makin debab dari hari ke hari. Risau pun ada nengok... (^_^)

Itulah dia mama punya Yang Lurus.

Selamat hari lahir anakandaku Muhammad Hanif.

Semoga anak mama menjadi insan yang baik dan sentiasa mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat...