Wednesday, May 29, 2013

Akhir Trimester Kedua

Baru sahaja check-up last 3rd May hari tu. Hari ini 29th May tora datang lagi. Nak buat-buat lupa tak boleh sebab bulan lepas dah terlupa. Nanti tak pasal pasal kena marah dengan misi. Tak logik la asyik lupa je kan. Sekali dua tu ada ampun lagi.


Seperti biasa, waima tak bekerja dan ditambah pula cuti sekolah aku tetap bangun awal untuk siap-siapkan anak bujang kesayangan ke sekolah. Jangan pelik, memang cuti sekolah tapi sebab aku amik pakej "full day", pagi sekolah, petang ada "daycare" so kalau time cuti pun dia boleh je pegi skool. Daripada duduk kat rumah tak ada buat apa-apa selain dari layan tv dah iPad, baik aku hantar je. Ada gak aktiviti dia buat dengan cikgu dan kawan-kawan yang satu geng, skool time cuti huhu... 

Baby dah masuk 23 minggu. Kuat menendang bukan main. Lagi aktif dari abang. Reading HB pula makin rendah bulan ni. Risau rasa hati. Patutlah lemah semacam. Buat kerja lebih sikit penat, jalan jauh sikit pun penat. Setiap kali keluar, balik rumah mesti kena baring santai dulu sebab rasa nak pengsan. Lepas tu baru boleh buat kerja lain. Nurse kata nak naikkan HB kena makan 3 ekor ikan setiap hari. Maakkk oiiihhh!!! Dia tanya sanggup tak sanggup. Mau termuntah. Cukup sebulan muka pun dah macam muka ikan. Kena fikir resepi apa nak masak hari-hari dengan ikan. 

Seperti biasa, kesudahannya, dengan HB yang rendah, kena datang balik untuk normal check-up dua minggu lagi. Penat tu haruslah ada, penat menunggu kan. 

Next plan, we go for detailed scan. Yang paling seronok hubby kata ok! 

Monday, May 20, 2013

Konsert dalam perut

Alhamdulillah, minggu ni dah masuk 22 minggu usia baby dalam perut. Kira dah lima bulan lebih macam tu. Kiraan ni ikut kiraan klinik kerajaan. Kalau ikut scan kira dah masuk 23 atau 24 minggu. Lupa pulak dah. Morning sickness dah ok. Sekarang sakit pinggang pulak. Selera makan? Makan untuk baby. Nak buat kerja pun kena rehat lebih. Selagi boleh buat tu hadap je la. Dah tak boleh tu baring dan rehat.

Abang Hanif selepas 3 jam lahir  =)
Mood pun berubah-ubah. Ada masa tu nak marah je dan ada masa tu rasa stress. Ditambah pula dengan karenah Hanif yang kadang-kadang sungguh menguji kesabaran. Kesian anak mama. Selalu kena marah. Bila dah marah tak sampai lima minit cepat-cepat peluk dan cium. Rasa bersalah, terharu dan sayang bercampur-baur. Itulah perasaan seorang ibu. Bila dah marah tiba-tiba teringat baby dalam perut. Terfikir juga asyik marah abang, nanti tak geng pulak adik-beradik. Betul?? Itulah yang aku selalu fikir. Jadi, setiap hari berjanji dengan diri sendiri tak nak marah anak bujang kesayangan. Cuba bersabar selagi boleh. Hilangkan rasa marah dengan mengurung diri sendiri di dalam bilik bila marah sehingga rasa dah "cool".

Yang paling menghairankan, selalu je konsert dalam perut ni. Bukan konsert disebabkan kelaparan. Kenyang pun konsert. Dulu masa preggy Encik Hanif, rasa ada juga pergerakan aktif tapi tak lah seaktif adik dia sekarang. Aku pun pelik. Baru lima bulan dah rasa macam pregnant lapan bulan. Ada masa tu sampai nak fokus tengok movie best kat TV pun susah. Terganggu konsentrasi huhu... Malam pun selalu tak boleh tido sebab dok melayan anak orang dalam perut yang berkonsert. Sekarang banyak tidur yang terlelap sendiri dengan membaca. Cara untuk tidur yang paling berkesan bagi aku buat masa sekarang. Kalau dulu baca buku. Tapi sekarang ni semuanya di hujung jari. Ipad jadi buku rujukan, buku bacaan, majalah, sumber ilmu dan banyak lagi. Main game itu harus ('',).

Untuk situasi semasa, aku masih cuba untuk membiasakan diri. Takut jugak bila teringat pengalaman masa bersalin Hanif. Check-up seterusnya pada 29 Mei ni. Harap-harap tiada lagi isu darah cair. Lepas tu bila dah 28 minggu, sekali lagi kena minum air gula. Tak suka tetap kena minum. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga tibanya tempoh waktu bersalin... Berdebar-debar rasa hati walaupun EDD in September.

Friday, April 19, 2013

19th week pregnancy

Hari ni follow up check up di KK, resulted dari berat yang naik mendadak dua minggu lepas. Pelik sebab biasanya hari Jumaat tak ada check up tapi dah nurse kata datang hari ni, so datang je la and suprisingly tak ramai sangat orang. Agak selesa sikit, tak perlu nak bersesak-sesak.

Alhamdulillah hasil ujian darah menunjukkan tiada kencing manis walaupun telan air gula segelas besar tu kan. Syukur. Cuma HB pulak turun mendadak dari bacaan 13.2 ke 10. Adoi, lagi satu masalah. Darah cair. Minggu depan terpaksa datang untuk pemgambilan darah dan minggu lagi satu kena follow-up check up lagi. Ingat semua dah ok so boleh datang sebulan sekali. Tapi nak buat macam mana keadaan tak mengizinkan. Tunggu je la keputusan ujian darah minggu depan.


p/s: tak larat nak tulis entri panjang hari ni sebab terlalu penat :))

Friday, April 12, 2013

Bersara Muda Bersara Kaya??

Belajar rajin-rajin supaya dapat kerja yang baik, dan persaraan yang baik bukanlah nasihat yang baik untuk masa kini. Nasihat macam ni tak cukup bagi seseorang untuk menempuhi zaman dewasa. Kalau nak diikutkan statistik, ramai orang banyak menghabiskan masa di sekolah, tapi tidak belajar langsung tentang duit. Akhirnya kita kerja untuk duit bukan duit kerja untuk kita. Ini menyebabkan kita bersara ketika tua.

Apabila seseorang belajar memerintah dirinya sendiri, tidak susah untuk memerintah orang lain. Tapi bagaimana kita nak memerintah orang lain sekiranya tak mampu memerintah diri sendiri. Biarlah gagal, tapi jangan sekali-kali menyerah kalah kerana, orang yang gagal akan berjaya, orang yang menyerah kalah pula tidak akan berjaya. Tidak ada manusia dilahirkan menjadi hebat, melainkan kita belajar memperbaiki diri untuk menjadi lebih hebat.

Rahsia kejayaan adalah keputusan yang betul. Keputusan yang betul datangnya dari pengalaman yang diperolehi dari keputusan yang salah. Akan tetapi tidak
ada keputusan salah atau betul dalam kehidupan kita. Yang membezakannya ialah pengajaran yang kita perolehi dari keputusan tersebut. Keputusan yang salah tetap betul sekiranya kita belajar sesuatu darinya.

Zaman kini, ramai anak-anak muda yang menjadi jutawan. Amat malang sekiranya kita tidak merebut peluang yang ada. Kalau ada impian bertindaklah sekarang. "The always beginning is now". Janganlah terlalu ikutkan kata-kata orang lain. Tanya diri sendiri pilihan apa yang kita ada? Sanggupkah kita menjalankan perniagaan konvensional? Cukup tak duit untuk melabur? Agak-agak ada bakat tak nak jadi seorang penulis atau penghibur?

Jika jawapannya "tidak" work hard dan work smart satu-satunya pilihan yang ada. Nak kerja yang bagaimana. Berniaga sendiri? Keluarkan produk kecantikan? Agen Unit Trust? Agen Hartanah? Agen insurans macam saya? Atau Agen jual kereta??

Tak mungkin kita akan dapat sesuatu yang berbeza, jika kita teruskan buat sesuatu yang sama. "Your life is your routine, your life is boring". Sekiranya kita ingin perubahan jadilah perubahan yang kita inginkan... Yang pasti tetapkan hati dan jiwa. Bila kita berjaya InsyaAllah kita boleh bantu orang lain untuk berjaya. Jangan kedekut ilmu. Allah tak suka. Memberi lebih baik dari menerima. Jadilah insan yang kaya di dunia serta kaya di akhirat...

My 16th week pregnancy


Rabu lepas genap 16 minggu usia kehamilanku. Alhamdulillah segalanya menjadi lebih baik. Tiada lagi "morning sickness". Sejak dua minggu yang lepas muntah-muntah dan demam semua tu dah makin berkurangan. Kelesuan badan pun makin berkurang. Now it's time to work hard. Dah lama mak tak kerja. Tak kerja, gaji pun tak naik la kan. Lainlah kalau kerja dengan orang. Cuti, gaji jalan. Bila nak start balik tu rasa Ya Allah, lemaunya. So, nak tak nak kena paksa diri sendiri.

Lepas ni boleh sangat cerita pengalaman kehamilan yang kedua ni. Sangat mencabar pada bulan pertama dan kedua. Alhamdulillah akhir bulan ketiga beransur sihat. Sangat bersyukur. Bagaimana agaknya dengan ibu-ibu yang mengalami mabuk hamil sehingga lima enam bulan kan? Ada juga sehingga bersalin. 

Akibat dari "morning sickness" dan dengan hilangnya selera makan berat turun sehingga 7kg! Selimmm mak sekejap. Kena "check-up" dua minggu sekali dan minum air gula. Fuhhh...itu yang paling tak tahan tu. Kalau gelas kecik ada ampun lagi. Ini mak aihhh gelas besar yang ala-ala kedai mamak punya tu. Mana tahan. Minum sampai berair-air mata menahan muntah. Hubby gelak kat sebelah. Tensi kan. Habis je terus masuk toilet muntah. Tapi taklah muntah banyak sangat sebab perut kosong. Lepas tu nak tunggu dua jam puasa lagi memang loya je tekak. Taubat tak nak minum dah!

Lebih kurang satu gelas ni air gula kena minum
Sumber gambar: Pak Cik Google
(lupa pulak website mana)

Masa "check-up" pulak time timbang tu tengok macam lebih 2kg je. Ok lah kan sebab naik. Tapi "nurse" kata berat naik mendadak dalam masa dua minggu. Rasa kelakar. Hari tu, turun mendadak, ini naik mendadak. Pelik. Bukan makan sangat pun. Tapi minum susu tiga kali sehari. Adakah sebab susu?? Pen merah lagi kat buku... Keputusannya, kena datang lagi dua minggu untuk next "check-up". 

Usia kehamilan 16 minggu dah boleh rasa baby mengeras, kadang-kadang boleh rasa perut senget je. Hanif hari-hari cium perut kata "hanif sayang adik la mama" ;)

Wednesday, April 3, 2013

Sinopsis Drama Sedetik Cinta Slot Akasia TV3


Dah habis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, hari ni layan pulak drama baru Sedetik Cinta. So far, so good, tp hubby tak minat sangat. Ye la, mula-mula memang la ala-ala boring sikit, tapi nanti lama-lama best pulak layan.

Drama ini ibintangi oleh Hanez Suraya, Awal Ashari, Zarynn Min, Tunku Hanis, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama ini diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif serta skrip ditulis Mazelan Manan.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta

Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga.

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya.

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi.

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Sumber: adamya.blogspot.com

Parlimen Dah Bubar!! Tiba Sudah PRU-13

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Awal pagi tadi, Datuk Seri Najib telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di istana negara sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya. Datuk Seri Najib sampai di istana negara tepat pada pukul 8.25 pagi tadi.

Selepas itu Datuk Seri Najib membuat pengumuman secara langsung pada jam 11.35 pagi. Berikutan itu beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan rajadan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya umum dapat diadakan secara serentak.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetap ia mesti dibuat dalam tempoh 30 hari.

PEMBUBARAN PARLIMEN: 03.04.2013
PENAMAAN CALON: Selepas 14 hari, tarikh yang diramalkan (14.04.2013)
PILIHAN RAYA UMUM KE-13: Tarikh yang diramalkan (27.04.2013)

Jom kita sama-sama turun mengundi pada PRU Ke-13 nanti. 

Friday, March 22, 2013

Epidural Anesthesia

Siapa pernah menggunakan bagi mengurangkan sakit bersalin? Saya Alhamdulillah, sebab anak baru seorang tak pernah guna Epidural. Masa bersalin Hanif dulu pun saya dah pesan kat suami awal-awal tak kira macam mana dia tengok saya sakit bersalin pun katakan tidak kepada Epidural hehe...

Penggunaan Epidural merupakan salah satu cara bersalin yang agak popular pada ketika ini kerana ia adalah proses pembiusan mengurangkan rasa sakit semasanbersalin paling berkesan dan selamat untuk ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Teknik ini terbukti selamat dan telah digunakan di Barat sejak 30 tahun yang lalu. Pakar bius (Anesthesiologist) yang akan melakukannya kerana mereka merupakan doktor terlatih dalam penggunaan ubat-ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Kesan Epidural akan bermula dalam 10 minit dan kesan maksimum dalam 30 minit. Kesan pengurangan sakit berterusan sehingga kelahiran bayi tanpa perlu mencucuk jarumbepidural di belakang badan. Ubat boleh ditambah selagi diperlukan di sepanjang proses bersalin.

Setiap ibu bertindak secara berbeza-beza kepada ubat Epidural. Kebanyakan ibu akan berasa gembira kerana ubat Epidural membuatkan mereka lebih tenang dan selesa. Ini boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.

Komplikasi jarang berlaku akibat dari pembiusan Epidural semasa bersalin. Kalaupun terjadi, biasanya tidak membimbangkan dan dapat diatasi. Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuklah penurunan tekanan darah, badan menggigil, sakit kepala dan sakit belakang.

Epidural analgesia memberi peluang kepada ibu berehat semasa proses bersalin yang agak lama iaitu ketika pembukaan pintu rahim berlaku. Epidural analgesia akan mengurangkan kesakitan dan membenarkan ibu meneran bila perlu sahaja. Jadi ibu mempunyai lebih banyak tenaga. Sekiranya ibu tiada rasa untuk meneran, kakitangan bilik bersalin akan memastikan ibu meneran apabila berlaku "contraction". Jadi tiada masalah sekiranya rasa meneran itu tidak ada.

Terdapat juga kaedah lain untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin iaitu suntikan pethedine yang perlu diberi 4-6 jam sekali. Kesan penahanan sakit biasanya kurang berbanding epidural, lagipun ia boleh memasuki darah bayi dan menyebabkan kesan sedatif kepada bayi. Bayi mungkin perlu mendapat bantuan pernafasan selepas lahir. Menyedut gas Entonox (campuran oksigen dan nitrous oxide). Kaedah ini memerlukan ibu menyedut gas ini sebelum sakit datang. Selain pengurangan sakit yang tidak begitu kuat, ramai ibu tidak dapat menggunakan cara ini dengan betul menjadikannya kurang berkesan. Cara-cara lain seperti akupuntur dan latihan pernafasan dan meneran semasa bersalin.


Sumber: Majalah Nur

Wednesday, March 20, 2013

Secret Club For Mommies On The Media

Ok, first thing first. Pernah dengar tentang Secret Club For Mommies? Mungkin ya sekiranya anda merupakan ahli dalam group ini atau tidak sebab bukan ahli. Sebenarnya kumpulan ini khas untuk ibu-ibu, wanita yang dah berkahwin dan yang bakal menjadi ibu sahaja. Anak dara tiada ye. Bapak-bapak pun tak ada dalam ni. Kalau berangan nak masuk pun takkan dapat punya.

Sebelum ni kalau nak cari dalam blog saya ni pun memang saya tak pernah menceritakan tentang SCFM ini. Bukan sebab tak suka sebab ia merupakan Secret Group. Nama pun dah secret so takkan cheq nak dedahkan ye dak. Tapi, since dah keluar Metro 20/03/2013 saya rasa ok la sekiranya saya bercerita sikit tentang SCFM ni sebab satu Malaysia dah tau. 

Bercerita tentang SCFM, sebenarnya best join group ni haha saya promote lebih dari Metro pulak. Ok back to the topic, SCFM is all about sharing is caring. Anda boleh share pengalaman anda sebagai seorang ibu atau boleh bertanyakan soalan tentang kehamilan, bayi, penyusuan susu ibu, bersalin dan berpantang, keagamaan, perihal keibuan dan perihal kewanitaan. Skopnya agak meluas sekiranya nak dibandingkan dengan kumpulan yang lain. Boleh dikatakan semua boleh dikongsikan di sini asalkan memenuhi matlamat dan objektif SCFM. Tiada istilah aku lebih pandai sebab aku ramai anak, nope... Setiap ibu mempunyai pengalaman lain-lain. Tak semua cara kita membesarkan anak adalah sama. Kalau anda sedar bahawa cara kita membesarkan anak zaman dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Jadi, untuk kita sebagai ibu zaman moden perkongsian ilmu sangat penting. Mungkin saya lebih sesuai ikut cara A, atau saya boleh cuba ikut cara C. Kita tak pernah kata "eh, awak tak boleh buat macam tu sebab nanti..bla..bla..bla.." so far sepanjang saya di dalam group ini tak pernah lagi jumpa ayat yang sedemikian rupa. Semua komen yang diberikan untuk setiap soalan merupakan komen positif.


Mungkin anda banyak menyertai kumpulan wanita atau ibu di Facebook, tapi bagi saya SCFM merupakan kumpulan yang terbaik yang pernah saya sertai. Kumpulan ini tidak terhad kepada surirumah sahaja, malahan sekiranya anda seorang wanita sekalipun anda juga tetap seorang ibu, isteri dan wanita. Kadang-kadang dalam tempoh kita membesar dan mendidik anak sedari mereka lahir akan ada cabaran yang perlu kita tempuhi sehingga boleh menyebabkan stress bagi sesetengah ibu. Percayalah, pada ketika ini kita amat memerlukan sokongan dari seseorang yang juga sebagai seorang ibu. Di sinilah, berfungsinya ahli SCFM kerana ramai ibu yang akan memberi kata-kata semangat dan yang memberangsangkan. Sangat professional. Hah...dalam komen pun boleh professional apa.

SCFM 8th Gathering, 09th March 2013

Saya menyertai SCFM pada Februari 201. Pada masa itu ahli-ahlinya cuma dalam seratus lebih sahaja. Memang seronok sebab banyak topik yang dibincangkan. Boleh bergelak ketawa di dalam tu. Walaupun tak kenal tapi boleh story banyak benda terutamanya yang berkaitan dengan pengalaman sebagai seorang ibu. Semakin lama semakin ramai ahlinya dan sehingga kini SCFM mempunyai hampir 4000 ahli. Selain dari itu, SCFM juga banyak mengadakan perjumpaan di antara ahli-ahli dengan konsep "port-luck". Tujuannya, adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan sesama ahli. Sehingga 9 March 2013 sebanyak lapan kali perjumpaan telah diadakan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. InsyaAllah selepas ini, saya akan cuba update aktiviti SCFM dari semasa ke semasa dan akan buat ruangan khas untuk SCFM di dalam blog ini. 

Koleksi gambar-gambar perjumpaan ahli
Rasanya tak perlu lagi nak cerita panjang sebab anda boleh ketahui semuanya dalam Suratkhabar Metro hari ini. Tapi sebagai salah seorang dari ahli SCFM saya amat berbangga kerana saya berFacebook dengan tujuan, Bukan setakat update status yang kadang-kadang tak relevan. Lebih baik dimanfaatkan untuk membantu dan educate ibu dan bakal ibu di luar sana. Yang belum berkahwin, mintak maaf banyak-banyak anda belum boleh lagi menyertai SCFM ni. Sebelum anda layak menjadi ahli, admin akan scan anda from A to Z, tak boleh sesuka hati nak approve. Amat digalakkan sekiranya anda direkemenkan oleh ahli SCFM sendiri InsyaAllah admin SCFM akan terus approve anda. Tercari-cari link Secret Club For Mommies? Boleh klik kat SINI.

"That is what friendship means. Sharing the prejudice of experience - Bukowski"


Tuesday, March 19, 2013

Bukan sebab tahun baru ye, hi semua...


Assalammualaikum semua, Alhamdulillah akhirnya dapat jugak corat coret kat blog yang dah bersawang ni. Tak lama sangat kot kan. Tahun yang sungguh sibuk pada awalnya dan menjadi tahun yang amat memenatkan untuk dua bulan berikutnya. Bukan bermaksud nak tahun baru. Nope...

Dengan domain baru memang banyak usaha yang perlu dilakukan untuk upkan trafik seperti sebelum ni. Rasa tension jugak sebab mana nak bahagikan masa untuk godek blog, untuk blogwalking, buat kerja lain lagi. Mak bukan dok ofis je. Mak travel ke sana ke mari. Bila balik petang layan anak bujang kesayangan sorang tu sampai ke malam. Tengok trafik sejak akhir-akhir ni pun sedih. Tapi apakan daya. So, I just let it go with the flow. Respect dengan blogger yang sangat rajin blogwalking. Gua memang surrender.

Entah, rasa macam tak ada idea sangat nak berceloteh ni di tengahari panas terik menantikan hujan turun. Banyak nak story tapi nak rehat dulu. Mak kepala takleh beban sangat sekarang. Nanti kang ada yang tak bangun pulak sebab terbaring menahan rasa. See ya!! ;)