Thursday, December 8, 2011

Sinopsis Drama Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3

Tak lama lagi akan berakhirlah drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3. Dengan ini, Drama Gemersik Kalbu pula bakal ditayangkan pada 26 Disember 2011. Gemersik Kalbu ini diadaptasikan dari novel Anis Ayuni yang merupakan Novel terlaris jualannnya pada tahun 2005. Pelakon utamanya adalah Aqasha dan Ayu Raudhah yang sebenarnya menggantikan Rita Rudaini yang telah menolak tawaran tersebut.
Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..

Nantikan Gemersik Kalbu di tv3, jam 7 malam Isnin-Khamis 26 Desember 2011.


Sumber: Nurizspace

Monday, December 5, 2011

Adik Khairul Fahmi (Apek) Meninggal Dunia Pagi Tadi

Salam takziah dan Al-Fatihah saya sedekahkan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat di atas kematian adiknya pagi tadi di Kelantan.

Mohd Amirul Izzat Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pada jam 11.15 pagi. Arwah telah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru kerana demam denggi.

Arwah Mohd Amirul Izzat Che Mat telah selamat dikebumikan di kampung beliau, tempat penempatan asal keluarga Khairul Fahmi yang juga abang kepada Mohd Amirul Izzat. Adiknya berusia 17 tahun itu tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan.


Sumber juga memberi tahu , sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik.

Sebelum tiba di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, pagi tadi, Apex telahpun berada di Pulau Pinang semalam kerana terlibat dengan majlis anjuran Astro Arena.

Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital.

Bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan berkemungkinan terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari.

Namun begitu, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: illustrasiku.com
Gambar: kelate.net

5 Cara Mudah Kurangkan Kalori

1. Makan roti bersama jem atau madu tanpa mentega. Anda berjaya mengurangkan sebanyak 180 kalori semasa sarapan pagi.

2. Ambil coklat untuk kanak-kanak (20gm) berbanding coklat biasa (49gm). Anda berjaya kurangkan 130 kalori dan 7g lemak.

3. Taburkan hanya satu sudu teh keju Parmesan berbanding satu sudu teh besar ke atas pasta dan jimat 50 kalori.

4. Nikmati sayuran kukus bersama sajian lain di waktu malam berbanding kentang panggang bersama mentega. Anda telah mengelakkan 300 kalori.

5. Segelas kecil wain (125ml) lebih baik daripada segelas besar wain (250ml). Jimat 100 kalori. (untuk non-Muslim)

Saturday, December 3, 2011

Bagaimana Merangsang Bayi Dengan Baik

Mempercepatkan kemahiran mental bayi dan memahirkan kanak-kanak mencari cara mendorong diri sendiri. Kajian menunjukkan melalui rangsangan berterusan selama lebih dua tahun IQ kanak-kanak meningkat dari 15 ke 30 poin. Ini diukur pada umur hingga lima tahun.

Kita mungkin tidak tahu bahawa:-
1. Merangsang deria lihat membantu bayi memberi tumpuan lebih lama.
2. Merangsang deria bau membantu perkembangan saraf penggerak.
3. Menggoyang atau menggerakkan bayi secara berulang-ulang mengikut rentak membantunya membina ingatan.
4. Menarik perhatian dua deria bayi dalam satu masa akan memperbaiki sifat ingin tahu dan perhatiannya.

Hubungan kasih sayang antara kita dengan anak menjadi asas yang kukuh kepada pertumbuhan manusia. Ia akan menghubungkan ibu bapa dengan anak sepanjang hayat. Semasa melakukan rangsangan bayi, kita akan melalui detik-detik gembira bersamanya. Bayi membalas rangsangan kita dengan gelak ketawa den penuh perhatian. Jadi memberi rangsangan kepada bayi bukan membuang masa tetapi membolehkan anda menghabiskan masa gembira bersama-sama.

Banyak kajian menyimpulkan bahawa bayi perlukan rangsangan deria untuk mereka membesar dan belajar. Bayi yang tidak diendahkan didapati kurang cekap berbanding bayi yang sentiasa didukung, bibawa bercakap dan selalu dibelai. Kita selalu melihat ibu bapa di sekeliling menimang-nimang bayi, memanggilnya lembut berlagu, bermain aum-cak, menggeletek, mendodoi dengan pelbagai lagu dan nasyid. Ini semua merupakan sebahagian rangsangan yang dimaksudkan.

Rangsangan ini penting didedahkan dalam masa enam bulan pertama selepas dilahirkan. Ibu bapa perlu kreatif menawarkan benda-benda dan peristiwa-peristiwa yang mendorong minda bayi supaya aktif. Bayi di bawah umur enam bulan tidak mampu mencipta fikiran sendiri tentang apa pun. Mereka perlu orang lain untuk menyediakan maklumat dan bahan untuk difikir. Inilah peranan keibubapaan kita. Kita hanya perlu berinteraksi dengan enam deria yang telah dibekalkan oleh Allah kepada bayi iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, hidu, pendengaran dan pergerakan.

Friday, December 2, 2011

Hanif's First Day After A Month & a Half

Hari pertama Hanif pergi nursery selepas sebulan setengah cuti. Demam, surgery dan full recovery. Alhamdulillah  sehingga sekarang dia dah ok.

Sebenarnya Hanif is not discharge from the hospital yet. Sebulan lagi kena jumpa doktor untuk follow-up check up. In the mean time, if anything happen to him such as high fever kena bawak balik ke hospital and admit. Kalau dalam masa sebulan tak jadi apa-apa by the end of December boleh discharged.
Okey, back to the topic. Sungguh happy bila dapat jumpa geng-geng dia pagi tadi. Semua dok tanya mana dia pegi & kenapa lama tak datang. Macam-macam soalan sampai tak larat nak jawab. Keluar dari kereta dengan gaya macho yang bagi saya agak kelakar juga. Malu-malu kucing :)

Kalau siang hantar ke nursery memang dia asyik main je. Orang lain tidur pun dia boleh main sorang-sorang. Ingat bila balik bolehlah main-main dengan dia tapi dah tertidur awal. Padahal baru 9.30mlm. Biasa kalau tak jenguk 12.00mlm memang tak lelap. Pukul 11 dah bangun dan boleh layan Nada Cinta kira ok lah tu kan. Then lepas tu boleh tidur balik.

Thursday, December 1, 2011

Freeing My Mind

Okey cukup sudah saya bekerja hari ini. Memang headache nak menyetelkan semua kerja sebab dah lama sangat cuti dari memerah otak dan idea. Only fokus on Hanif after his surgery. Bila kat luar akan terfikir kerja yang tak setel di rumah dan bila buat kerja di rumah terfikir akan kerja yang tak setel di luar lagi. So, mana satu saya nak buat ni. Duduklah bertafakur sekejap bukan bertakaful eh. Dalam dua hari ini memang padat dengan aktiviti. Memang stress tapi takkan nak tunjuk kat orang yang kita stress kan. Smile...

Hubby kata jadi ejen insurans ni kena terurus dari A to Z barulah boleh buat kerja. Setuju dengan BOSS! 

‎"Where no dream is too big" - Tony Fernandes


Ok, dah...

Ciri-ciri Insurans Yang Baik

1. Melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah
Kematian atau kemalangan berlaku tanpa diduga. Oleh itu, persediaan awal perlu dilakukan bagi melindungi pendapatan sedia ada sekiranya berlaku musibah. Ia menjadi lebih penting sekiranya anda adalah ketua keluarga. Kerana isteri dan anak- anak bergantung sepenuhnya dengan anda.

Ia juga penting bagi para lepasan ijazah kerana anda adalah harapan ibubapa. Setelah mereka membayai pembelajaran anda semenjak kecil kini mereka sudah tua dan pastinya teringin merasa hasil titik peluh anda pula. Sekiranya anda ditimpa musibah, apakah persediaan anda untuk mereka?

2. Menabung untuk masa depan
Ramai orang membuat tabungan di dalam bank. Namun kini adalah pilihan yang lebih baik iaitu menabung di takaful. Takaful merupakan satu bentuk tabungan untuk masa hadapan di samping menyediakan perlindungan untuk pesertanya.
Contohnya, jika seseorang yang menabung di bank RM2,000 setahun, berapa lamakah yang dia perlukan untuk mempunyai sejumlah RM100,000? Betul – 50 tahun yang mana ia merupakan satu jangkamasa yang agak panjang.

3. Sebagai persediaan untuk pendidikan anak-anak
Kos pendidikan kian meningkat saban tahun. Jesteru melalui Pelan PruBSN Smartlink contohnya ia merupakan salah satu langkah persediaan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Ia juga dapat mendisiplinkan ibu/bapa untuk membuat tabungan selain memberi perlindungan untuk anak-anak. Tabungan pendidikan tersebut juga adalah terjamin walaupun ibu/bapa tidak dapat meneruskan sumbangan samaada diakibatkan oleh kematian atau keilatan kekal.

4. Untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan
Jumlah pampasan ini dapat membantu peserta sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal bagi menambah kos untuk mendapatkan kemudahan hospital dan perubatan. Manakala manfaat harian hospital sekurang-kurangnya dapat menggantikan pendapatan harian sekiranya dimasukkan ke wad.

5. Mendapat bantuan sekiranya berlaku kecacatan kekal (disability)
Apabila seseorang itu mendapat kecacatan kekal, maka dia sudah tidak mampu untuk mencari pendapatan untuk menampung kehidupannya. Dengan adanya pampasan, ia dapat meringankan beban dan dapat menampung kos rawatan akibat kecacatan tersebut.

6. Menunjukkan sikap kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga
Dengan membeli insurans, ia dapat menunjukkan sikap kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga. Ini bermaksud, sekiranya di timpa musibah, kita telah menyediakan satu dana untuk keluarganya, Jesteru, mereka tidak perlu meminta-minta atau menunggu belas ehsan dari orang lain.

7. Mendapat pengecualian cukai
Di dalam Budget 2005, Perdana Menteri telah mengumumkan pelepasan cukai bagi KWSP, takaful dan insurans hayat sebanyak RM6,000. Manakala pelepasan untuk pendidikan anak-anak tetap pada kadar RM3,000. Ini menunjukkan kerajaan turut memberi penekanan tentang pentingnya setiap individu untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan takaful sebagai salah satu cara menabung untuk masa hadapan.

8. Membina tabung untuk persaraan
Sekiranya tidak berlaku musibah, peserta akan menerima manfaat tempoh matang yang merupakan simpanan mereka yang disertakan Mudharabah (perkongsian keuntungan). Ini secara tidak langsung telah membina satu tabung untuk persaraan peserta.

10. “Peace of Mind”
Sekiranya musibah menimpa tiada apa yang perlu dirisaukan kerana telah membuat persediaan awal. Seperti kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Dengan wang pampasan yang diterima sekurang-kuranya dapat meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan.

11. Perbelanjaan untuk pengkebumian
Pada kebiasaannya, di kampung-kampung satu tabung khairat akan diwujudkan apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia. Dengan penyertaan peserta bersama takaful, dana tersebut memang telah diwujudkan sejak dari awal sebagai persediaan perbelanjaan pengkebumian.

12. Membantu peserta yang ditimpa musibah
Musibah datang tanpa mengira siapa dan tidak kira bila dan dimana. Jadi, wang pampasan dapat membantu peserta yang ditimpa musibah.

13. Kerana masih boleh menyertai (belum terlambat)
Oleh kerana anda mempunyai kesedaran awal, jadi masih belum terlambat untuk anda mengambil salah satu pelan takaful. Jangan sampai sudah jatuh ditimpa tangga, barulah anda merasa menyesal kerana tidak menyertai pelan ini semasa anda masih sihat dan mempunyai kemampuan. Sesungguhnya malang tidak berbau!

KM Terkejut Bil Perubatan RM109,000


Terus terang saya katakan sekiranya saya berada pada situasi ini sudah tentu saya tiada kemampuan untuk membayar bil perubatan yang sebegitu mahal. Kepada sesiapa yang sudah mempunyai Kad Perubatan/Medical Card Alhamdulillah. Anda boleh pindahkan beban anda ke atas insurans yang ada. Kepada sesiapa yang belum mempunyai satu pun insurans, meh la kita fikir sama-sama. Hari tidak selalunya cerah, ada masa mendung ada masa hujan. Sebelum tu baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Rasa Bersalah Dalam Mendidik Anak-Anak

Aku rasa bersalah sungguh. Hari ni je dah beberapa kali mama marah Hanif. Memang tahap sabar semakin menipis. Bukan rasa bersalah sikit, banyak.

Baru ni tadi tak bersebab mama marah dia. Aduhai, hancur luluh rasa hati bila mengenangkannya. Menitik air mataku. Anakku umur hampir mencecah 3 tahun. Memang lasak dan tak mendengar kata.

Selalu memang mama bersabar sebab bagi saya kanak-kanak memang perlu diberi kebebasan sedikit. Mereka perlu berdikari dan tak perlu kita sebagai ibu bapa asyik memberitahu "itu salah, itu tak boleh" tanpa bersebab. Itu akan membantu mereka pabila meningkat dewasa nanti.

Anak-anak zaman sekarang perlukan perhatian dan jawapan. Seandainya kita memberitahu mereka sesuatu perbuatan itu salah, bersedialah kerana mereka akan menagih jawapan dari kita "kenapa apa yang mereka buat itu salah?"

Tetapi bila ada berdesing kat telinga kata, "Kalau ini anak aku dah lama aku bantai" huwaaa, apa perasaan anda sebagai seorang ibu? Padahal Hanif hanya nakal dan mula tunjuk protes.

Hati mama mengatakan tidak untuk marah, apalagi memukul, mencubit dan merotan tapi, bila dah ada insan yang berkata sebegitu sudah tentu mama rasa sakit hati. Ingat aku tak reti nak didik anak.

Dalam mendidik anak saya tidak perlu cara kekerasan zaman datuk nenek motabg dahulu. Bagi saya zaman itu telah lama berlalu. Mungkin memarahi dan merotan anak pada masa dulu akan membuatkan mereka lebih berdisiplin atau mendengar kata. Tetapi tidak pada masa sekarang.

Untuk mendidik anak zaman sekarang kita perlu ilmu. Ilmu keibubapaan serta ilmu agama. Kedua-dua ini mesti selari. Andai kata pincang salah satunya maka pincanglah mereka. Gunakanlah psikologi dalam memujuk anak.

Bukan kita tidak boleh memukul dan memarahi anak. Cuma kita perlu melakukannya dengan kena pada cara dan masa yang sesuai. Selagi hidup didiklah anak-anak kita sebaiknya. Sebagai ibu bapa sudah tentu kita akan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Mama minta maaf sayang. Mama berdoa agar Hanif menjadi seorang anak yang baik, beriman dan soleh serta sentiasa sayang, hormat dan taat pada ibu bapa. Amin.

Apa Yang Perlu Kita Ingat Tentang Insurans

Pertama dan yang paling penting bila kita membeli polisi untuk diri kita sendiri, kita harus ingat bahawa INSURANS bukanlah suatu pelaburan. Ia merupakan satu instrumen untuk memindahkan sesuatu risiko kepada syarikat insuran. Jadi sebelum kita membeli mana-mana insuran, haruslah kita kaji keperluan kita sekeluarga dahulu.

1. Siapakah yang bekerja atau mencari pendapatan bagi menyara keluarga kita? Individu inilah yang patut diutamakan dalam pembelian insuran nyawa untuk menjamin cara hidup kita sekeluarga sekiranya individu ini hilang keupayaan bekerja.

2. Bagi insuran kesihatan, carilah skim insuran yang terbaik yang boleh memenuhi keperluan kita sekeluarga.

3. Lihat budget dan tentukan berapa peratus daripada pendapatan bulanan sekeluarga yang boleh kita peruntukkan untuk membayar premium insuran. Premium ini akan menjadi satu perbelanjaan tetap setiap bulan. Pastikan jumlah premium tidak membebankan. Seandainya kita tahu betapa pentingnya insurans masa kini kita tidak akan rasa terbeban tetapi ikut kemampuan. Jangan bayar sebulan dua lepas tu tak bayar dah. Penting.

3. Contoh budget bulanan adalah seperti berikut :

a. 10% daripada pendapatan bersih sebulan adalah untuk tujuan simpanan/pelaburan masa depan.

b. 10% drpd pendapatan bersih sebulan untuk tujuan pembayaran insuran nyawa dan kesihatan.

c. 80% drpd pendapatan adalah untuk perbelanjaan kehidupan harian yang lain-lain.

Seperti kita membeli barang-barang lain, 'shopping' dulu skim-skim yang terdapat di pasaran sebelum membuat keputusan. Sekiranya terjadi apa-apa kepada keluarga atau individu yang menanggung keluarga 10% itulah yang akan menjadi jaminan untuk kita menerukan kehidupan bila kita di timpa kesusahan selain dari berdoa kepada Allah S.W.T