Friday, November 11, 2011

Penyakit Kelamin dan Kesannya Pada Ibu Hamil

1. TREPANOMATOSIS
Kuman trepanoma biasanya disebut sifilis. Penyakit sifilis tidak akan menyebabkan seseorang wanita sukar untuk mengandung. Kebiasaannya wanita mengidap sifilis tidak mengalami apa-apa gejala namun Ia memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Sekiranya jangkitan serius ia sering menyebabkan keguguran bayi. Bayi yang lahir dari ibu yang mengidap sifilis akan turut mengidap sifilis dan menjangkitkan kepada orang sekitar mereka kemudian hari.

Oleh itu pemeriksaan darah ibu mengandung akan turut disertakan dengan ujian saringan VDRL bagi mengesan sifilis.

Rawatan:-
Ubat jenis penicilin secara suntikan akan diberikan. Selain itu, ahli keluarga akan diperiksa untuk mengesan jangkitan dan turut diberi rawatan. Sekiranya ibu hamil mendapat rawatan, jangkitan tidak akan berlaku pada bayi.

2. GONOHOREA
Biasanya menyerang pundi kencing dan rahim. Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh menyebabkan demam yang berpanjangan. Simptom biasa berupa sakit semasa kencing, sakit ari-ari dan 'vaginal discharge' (lelehan murkosa dari vagina)

Jika ia menyerang hati ia boleh menyebabkan sakit di kawasan perut sebelah kanan dan jika menyerang tulang, ia akan menyebabkan lenguh tulang. Rawatan dimulakan dengan ujian mengesan kuman dengan mengambil sampel kencing dan lelehan dari faraj. Selepas itu, suntikan penicilin diberikan.

3. HERPES GENITAL
Ia menyerang vulva dan memberi kesan bengkak dan kutil pada vulva. Cara kelahiran terbaik ialah caesarean (pembedahan) bagi mengelakkan jangkitan pada bayi. Herpa Genital biasanya menjangkiti lelaki dan dipindahkan semasa hubungan seks kepada suami.

4. HEPATITIS B
Amat digeruni kerana boleh menyebabkan kamel hati. Ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin Hepatitis.

5. CANDIDA
Jangkitan yang sangat sering berlaku semasa mengandung. Ia disebabkan oleh sejenis fungus Candida Albiceus. Semasa mengandung akan berlaku peningkatan paras glikogen pada vagina dan ini mengelakkan pertumbuhan Candida Albiceus.

Jangkitan yang teruk mengakibatkan rasa gatal, bengkak dan perit. Dapat dilihat lelehan beku dan keputihan pada faraj. Ujian pada lelehan menunjukkan fungus yang mengeluarkan spora.

Rawatan:-
Penggunaan ubat yang dimasukkan ke dalam vagina(faraj). Krim anti fungus seperti Nistatin Cream boleh digunakan tetapi jangan sekali-kali menggunakan krim yang bercampur dengan steroid kerana ia boleh menimbulkan iritasi.

6. TRICHOMONAS
Lelehan busuk berwarna kuning tang turut menyebabkan gatal-gatal. Rawatan untuk penyakit jenis ini adalah dengan antibiotik jenis metronidezole yang dimakan selepas usia kandungan lebih tiga bulan.

7. JANGKITAN BAKTERIA
Jangkitan bakteria biasanya jarang berlaku semasa hamil. Ia lebih kerap melanda selepas bersalin menyebabkan luka episciotomy lambat sembuh.

8. KUTIL GENITALIA
Ia disebabkan oleh seenis DNA virus. Rawatan adalah dengan penggunaan antiseptik dan 'chemical cautery'. Rawatan biasanya dalam dos yang boleh diterima oleh pesakit kerana rasa pedih akibat sentuhan 'cauntery'. Kutil Genitalia tidak boleh dibiarkan kerana ia akan melarat dan bertambah dengan cepat.

Sumber: Majalah Wanita 2004

Thursday, November 10, 2011

Posisi Tidur Yang Selesa ketika Hamil

Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu, banyak keluhan tentang sukar tidur didengar daripada wanita hamil. Sedikit panduan untuk mencari posisi tidur yang selesa yang saya baca dari salah satu majalah lama. Harap boleh membantu.

Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasa perut tidak terlalu besar, maka tidak menjadi masalah sekiranya kita tidur dalam posisi apa pun. Ketika kandungan di bawah 20 minggu kita bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh deah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Trimester 2 & 3
Ketika ini perut kita sudah membesar dan pada waktu inilah kita akan berada serba salah untuk memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan ketika ini kerana ia akan menekan pembuluh darah yang disebutkan tadi.

Tidur terlentang juga menyebabkan kita terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik ialah sama ada mengiring ke kiri atau ke kanan akan tetapi yang paling baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri. Semasa bersalin dulu pernah nurse bagi tahu yang mengiring ke kiri ni baik kerana ia akan memudahkan pernafasan bayi dalam kandungan. Tambahan pula bagi saya ia amat selesa.

Darah Dari Blood Bank Untuk Hanif

Bukannya Hanif tak biasa kena ambik darah pun. Tambahan pulak 2cc sahaja. Bukan banyak mana. Mungkin juga tadi tu agak kasar sampai berbalut dengan selimut bagai off course lah dia takut seperti tangannya akan dipotong hendaknya. Meraung-raung memanggil mama sambil tersedu-sedu. Alahai....

Tujuan depa ambik darah ialah nak bagi sampel kat Blood Bank untuk spare. Sekiranya berlaku risiko pendarahan bolehlah request extra darah dari sana. Dah tu, saya kena sign pulak satu form yang menyatakan anything happen to my son because of the blood from the bank I tak boleh ambik apa-apa action against them. Agak-agak apa ye? Worst scenario is AIDS /HIV Positif (ini contoh la). Kira kes darah tercemar le tu.

Memang selepas pendermaan darah depa akan buat screening tapi manalah kita tau kan. Terkadang tu terlepas juga. Hmmm...berdenyut sekejap saya dok dengar doktor tu explain tadi. Memang angguk-angguk tanda mengiyakan kata-kata doktor tu tapi dalam hati saya hanya Allah saja yang tahu. Cuma saya berharap semua itu takkan terjadi.

Keputusan darah Hanif yang pertama agak abnormal sebab darah dia terlampau pekat (they said High HB). Mungkin pasal dia meronta-ronta & semasa proses ambik darah tadi agaknya. Itupun dah membuatkan saa risau.

Then buat sekali lagi. I requested supaya Hanif dipangku on my lap dan saya je yang pegang dia. Doktor & nurse kata okey. Haah...rilek je. Menangis tetap ada tapi tak teruk sangat. For me it's normal.

Second time, result pass. Alhamdulillah. Kalau tak pass kena buat test lain pulak. So by tomorrow morning at 9.00am they scheduled the operation. Pukul 3 pagi last minum susu dan untuk air kosong boleh diminum sehingga 7 pagi esok.

Berpandukan doktor, kebiasaannya pembedahan untuk kanak-kanak akan dijalankan pada waktu pagi sebab senang. Nanti kalau buat lambat korang agak-agak kanak-kanak ni diam tak kalau depa kena puasa sampai ke tengahari atau petang?

Kisah Nasi Lemak & Telur

Seperti biasa, aktiviti hospital memang tak banyak seperti aktiviti di rumah. Tambahan pula wad Hanif di tingkat 4. Sungguh malas mau turun bawah.

Pagi-pagi Hanif lagi dah request nasi lemak aiyooo. Doktor pakar pulak tengah round check patient takkan nak pergi macam tu aje. Tunggulah sekejap.

Lepas je dokor tu blah kami dua beranak pun turun bawah berjimba makan di Kafeteria Hospital. Walaupun tak sesedap mana, at least Hanif makan nasi lemak dengan banyaknya. Kat sini, pagi petang siang malam nasi lemak huhuhu. Kesianku tengok putera kesayaganku itu. Seperti kebiasaannya mama cuma makan selepas Hanif so yang tinggal cuma sambal dengan ikan bilis je ye. Telur yiilekk...

Teringat Kafeteria Pediatrik HKL. Boleh dikatakan makanannya sedap ikut tekak saya dan Hanif. Harga affordable. Kira nasi goreng cina RM3.50 tu bagi saya murah sangat lah tu. Ingat senang ke nak cari nasi goreng harga RM3.50 sekarang ni. Mungkin ada tapi tersorok tempatnya.

Tinggal di wad Orthorhonolaryngology atau lebih dikenali sebagai ENT tak seperti di Wad Pediatrik. Pediatrik lagi okey bagi saya walaupun agak crowded dengan kanak-kanak. Hanif pun boleh dapat ramai kawan.

Tapi kat sini pun ok juga pasal tak ramai patient. Dalam 20 orang macam tu. okeylah kan sebab Hanif boleh lari sana sini dan kita berdua boleh turun naik beli makanan macam-macam oleh kerana kedai Hospi Mart pun dekat. Perabih duit kat situ je la :D

Syukurlah anak mama ni bab makan tak cerewet sangat. As long as anywhere got menu telur means can get along la :P

Wednesday, November 9, 2011

Tips Andai Bercerai

Untuk menghadapi penceraian memang merupakan sesuatu yang tidak akan mungkin diimpikan oleh setiap wanita bersuami. Tak kira macam mana jahat pun suaminya, itu tetap laki dia. Kecualilah dah sampai satu tahap yang boleh membuatkannya meletup seperti gunung berapi, maknanya depa tak peduli dah. Wanita ni terkenal dengan sikap penyayang dan sabar mereka. Akan tetapi ada juga tahap di mana mereka boleh hilang kesabaran. Tetapi untuk bercerai? Kalau boleh tidaklah. Tak sanggup woo. Tapi kalau dah itu ketentuanNya, tiada apa yang boleh kita lakukan. Apa yang boleh kita buat ialah:-

Kita perlu redha di atas apa yang terjadi kerana setiap kejadian ada hikmahnya.

Bertahajud malam, mohon pada Allah agar diberikan kekuatan jiwa untuk menghadapi segala cabaran. Anggap penceraian itu hikmah dari Allah.

Jangan sesekali menunjukkan kesedihan kepada anak kerana kekuatan kita akan membina kehidupan yang cemerlang untuk masa depan anak.

Bagi yang ada anak kecil, fikirkanlah langkah pertama apa yang hendak dilakukan. Ini termasuklah boleh menjaga anak jiran, atau berjinak-jinak mempraktikkan kemahiran siri seperti jahitan, sulaman, gubahan dan sebagainya.

Dekatkan diri dengan persatuan ibu tunggal. Sekurang-kurangnya kita tak terasa diri disisih kerana ramai lagi wanita tang senasib.

Sebenarnya untuk memulihkan semangat diri memakan masa lebih kurang enam bulan. Jangan lagi bersedih selepas tempoh tamat kerana suami pastinya sedang berseronok dengan kekasih hatinya sedangkan kita masih merana jiwa dan raga.

Jangan sesekali membebel. Kalau keluarga tak beri sokongan, berdoalah kepada Allah agar diberikan jalan untuk kita meneruskan kehidupan dengan anak-anak.

Senyum-senyumlah selalu kerana jika kita gembira, hati akan tenteram dan bileh berfikir dengan waras. Berfikiran terbuka kerana ia akan mencerminkan keperibadian kita yang kuat.

Dapatkan sokongan keluarga kerana kita akan rasa disayangi.

Paling penting, kita kena doakan bekas pasangan kita hidup berbahagia kerana Allah gembira jika kita sentiasa mendoakan kesejahteraan Umat-Nya...
Amin...

Monday, November 7, 2011

Kecewa Bertukar Senyum

Teringat balik dari hospital tempoh hari, di mana keputusannya adalah amat mengecewakan. Tapi apakan daya, itu semua kuasa Allah S.W.T. Terima sahaja walaupun dengan hati yang sungguh berat. Akan tetapi, pada keesokkan harinya kira-kira Encik Iqbal call to inform yang doctor called him to ask him whether Hanif boleh operate on the 10th Nov ni. Rasa bersyukur sangat. Tidak tahu bagaimana harus saya gambarkan perasaan saya pada masa itu. But the doctor claimed he will call again on the next day. Ok takpe boleh tunggu.

So, like he was promised the doctor called again on the next day. He informed that we need to go to Hospital by 8 o'clock in the morning on the 8th. Jumpa doktor pakar dulu then baru boleh admitted. Sungguh hatiku rasa lega yang amat. Lega sebab tak payah nak tunggu lagi. Memang betul orang kata penantian suatu penyiksaan.


Dalam keseronokan menyambut Hari Raya Adiladha, tiba-tiba hidung Hanif meleleh-leleh & pada masa yang sama asyik terbersin je. Kerisauan mula melanda. Dalam hati terdetik "memang kena postponed lah operationnya nanti", sungguh sedih. Badan dia mula panas dan mata pun mula merah. Ini memang tak boleh jadi. Waima, operation tonsilectomy dia harus diteruskan. Bayangkan, sedari 2 minggu lepas dah demam teruk. Lepas tu ok tapi tak sampai beberapa hari dah nak kena demam, flu dengan batuk semula. Nak tunggu  3 minggu pun susah susah, inikan pula dua bulan. Kelam kabut jugak nak cari ubat demam dia. Ubat flu dengan Nasal Spray sememangnya sudah diberikan 2 bulan lepas untuk melegakan hidung dia yang meleleh.

Alhamdulillah, selepas dua jam badan pun tak panas, bersin pun tidak, mata pun tak merah, dan hidung pun dah tak meleleh. Bangun pagi tadi, terusku bagi lagi ubat demam, cair kahak dan Vitamin C. Hidung pun macam dah kering sikit. Tenang sekejap rasa di hati. 

So, hari ini saya packing baju dan semua barang yang diperlukan semasa di hospital nanti. Mau seminggu jugak stay kat sana. Boleh dikatakan pergi bercuti dua beranak. Semoga segala apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. InsyaAllah...

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 2011

Assalamualaikum!
Selamat Hari Raya Aidiladha!!!
Maaf Zahir dah Batin...

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tujuh ekor lembu dikorbankan. Rasanya tahun ni saya banyak melepak di surau untuk melihat gotong royong melapah-lapah lembu yang dah disembelih. Tak berani nak tengok masa nak sembelih lembu sebab takut peristiwa Lembu Lari Takut Kena Sembelih berulang lagi =). So tahun ni tunggu setel aktiviti penyembelihan barulah boleh bawak Hanif tengok lembu yang dah tumbang. Bukan main seronok lagi dia.

pelik sebab tak pernah tengok lembu kena sembelih


inilah yang diperhatikan oleh hanif sebenarnya =)


Encik Iqbal menimbus darah lembu


anak & bapak :)


siap pakai kereta tolak lagi nak angkut daging, pancit pun pancit lah :P


masa untuk melapah, rasa macam leceh je...


proses bahagi dan menimbang daging


haaaa....
inilah di antara hero-hero yang kasi tumbang lembu

biarlah depa, kasi seronok sikit lepas bekerja keras kan


sebenarnya nak mintak tolong snap dua tiga gambar tapi den segan hehe. Orang sibuk takkan nak ganggu. Tapi kalau ada geng pose lah jugak =)). 

Terlintas jugak di fikiran, yang mana satu susah? Kasi tumbang lembu nak sembelih ka melapah-lapah daging lembu. Tapi, yang pastinya Encik Iqbal(geng kasi tumbang lembu) balik, lepas Maghrib terus tumbang tak sedarkan diri!



=D

Influenza

Influenza atau flu adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza.

Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A, B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus influenza A yang paling berbahaya kerana boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Virus Influenza A menjalani mutasi (perubahan genetik) menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya dan boleh mencetuskan wabak epidemik dan pandemik influenza.

Virus Influenza tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin dan batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluran pernafasan.

Influenza tidak sama dengan selesema. Kedua-duanya mempunyai simptom yang hampir sama akan tetapi influenza menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa.

Demam Selesema (Common Cold):-
Pada kebiasaannya demam adalah rendah dan kurang dari 38°C mengalami keletihan yang sangat sederhana, sakit sendi @ otot yang sederhana, tiada batuk yang teruk, hidung berair yang agak teruk tidak terlalu kerap bersin. Selain dari itu, sakit tekak dan sakit kepala agak sederhana. Demam selesema (common cold) ini disebabkan oleh Adenovirus, Rhinovirus, Parainfluenza virus dan lain-lain.

Influenza (Flu):-
Demam yang tinggi melebihi 38°C. Badan pula akan mengalami letih lesu yang teruk dan boleh berkekalan hingga 2 ke 3 minggu, sakit otot yang teruk, batuk yang teruk dan tidak berkahak pada peringkat awal. Hidung pula tidak berair atau sederhana berair tetapi bersin dengan kerap. Mengalami sakit tekak dan sakit kepala yang teruk. Infuenza ini disebabkan oleh Virus Influenza A, B dan C.


Rawatan yang diberikan untuk influenza adalah rawatan simptomatik:-
- Minum minuman dan sup suam bagi melegakan batuk dan sakit tekak.
- Amalkan pemakanan yang seimbang dan tidur atau rehat yang mencukupi.
- Hindarkan diri dari tekanan kerana tekanan akan melemahkan sistem pertahanan badan.
- Dapatkan rawatan di klinik atau hospital jika perlu.

Jangkitan influenza boleh dielakkan dari merebak dengan:-
- Menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk
- Cuci tangan dengan sabun selepas batuk, bersin atau, menyentuh permukaan yang tercemar.
- Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
- Pakai penutup mulut dan hidung (mask) ketika dijangkiti influenza.
- Elakkan dari berada di tempat-tempat awam jika dijangkiti demam selesema atau influenza.

Perbezaan antara antiviral dan vaksin influenza
Antiviral adalah ubat bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus. Pemberian ubat antiviral pada masa yang betul akan dapat mengurangkan impak gejala dan keterukan tanda penyakit serta mengurangkan kemungkinana komplikasi penyakit.

Vaksin diberi sebagai langkah pencegahan. Vaksinasi menggunakan vaksin influenza yang ada di pasaran hanya untuk memberi perlindungan kepada individu dari mendapat jangkitan virus influenza manusia (human influenza).

Kementerian Kesihatan menyarankan agar mereka yang akan melawat negara beriklim sederhana yang sedang mengalami musim sejuk dan mereka yang akan mengerjakan Haji di Mekah agar mendapatkan suntikan vaksin influenza. Walaubagaimanapun suntikan hanya boleh diperolehi dari klinik atau hodpital swasta tertentu yang mengenakan bayaran,

Situasi semasa Influenza di Malaysia
Menurut kajian, jangkitan influenza berlaku di Malaysia sepanjang tahun. Namun bilangan kes meningkat semasa musim hujan iaitu dari bulan April hingga Jun dan November hingga Januari. Di negara-negara beriklim sederhana, jangkitan influenza meningkat semasa musim sejuk.

Avian Influenza (Selesema burung)
Sejenis penyakit berjangkit yang biasanya berlaku di kalangan ayam, itik dan burung (unggas). Ia juga boleh menjangkiti manusia.

Epidemik Influenza
Ialah kejadian wabak influenza yang menyerang sekumpulan penduduk di sesuatu lokasi atau negara.

Pandemik Influenza
Kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar dari penduduk dunia. ia berlaku akibat dari kemunculan virus influenza yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut.


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Friday, November 4, 2011

Keputusan yang mengecewakan

Perasaan yang sungguh bercampur baur. Sedih, bercelaru dan nak menangis pun ada. Kami sekeluarga dah prepare dan menunggu dengan sabar supaya Hanif boleh dibedah dengan segera. Bila tiba waktunya, doktor kata Hanif punye pembedahan ditangguhkan atas sebab dia tidak sihat sepenuhnya. Meruntun jiwa betul.


Sepatutnya, pembedahannya pada 10th November 2011 dan pada 8th Nov kena masuk wad. Mama dan papa  memang dah ready dah untuk itu tup tup postponed. Hati siapa yang tidak sedih. Sedih kerana terpaksa melihat Hanif menahan derita dek oleh demam yang selalu menyerang. Tak tahulah nak cakap apa. Doktor kata kalau pembedahan itu diteruskan ia boleh mmengakibatkan keadaan Hanif lebih teruk. Jadi, untuk kebaikan dia memang terpaksa rela meng'ok'kan suggestion doktor.

Doaku, semoga Hanif sihat sepenuhnya supaya boleh dibedah or I need a miracle happens, hope a doctor will call and tell us they can proceed the tonsillectomy...

Wednesday, November 2, 2011

Congenital Hypothyoidism ~ Penyakit Semulajadi Tiroid

Penyakit semulajadi tiroid adalah penyakit yang jarang berlaku. Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini dilahirkan dengan kekurangan hormon tiroid. Kajian yang dijalankan di MHKL pada 1995, menunjukkan insiden bayi yang dilahirkan dengan "Congenital Hypothyroidism" dianggarkan 1:3666 jumlah kelahiran hidup.

Kalenjar tiroid terletak di bahagian leher dan ia menghasilkan hormon tiroxin(thyroxine). Hormon tiroxin diperlukan untuk perkembangan otak dan pembesaran kanak-kanak.

3 kemungkinan yang boleh mengakibatkan penyakit "Congenital Hypothyroidism"
- Kalenjar Tiroid yang tidak wujud
- Kalenjar Tiroid yang wujud sebahagian sahaja
- Kalenjar Tiroid yang tidak berfungsi

Keadaan ini menyebabkan kekurangan penghasilan hormon tiroxin. Akibatnya otak kanak-kanak tidak boleh berkembang dengan sepenuhnya dan boleh menyebabkan kanak-kanan terencat akal.

Masalah ini tidak boleh dikenalpasti dengan cara pemeriksaan fizikal pada masa kelahiran. Biasanya tanda-tanda "hypothyroidism" hanya boleh dikenalpasti pada masa umur bayi 2-6 bulan. Jika rawatan tidak diberi pada usia ini, kerosakan otak mungkin telah terjadi.

Apakah rawatan yang perlu diberi?
Sekiranya kanak-kanak dikenalpasti ada penyakit tiroid, adalah mustahak ubat diberi dengan secepat mungkin. Kanak-kanak tersebut perlu mengambil hormon tiroxin. Hormon gantian ini perlu diambil seumur hidup.

Jika bayi menerima hormon gantian lebih awal, kelembapan pembesaran dan masalah terencat akal bagi kanak-kanak yang mengalami masalah "congenital hypothyroidism" boleh dielakkan. Semua kanak-kanak yang mengalami masalah "congenital hypothyroidism" perlu diperiksa dan diikuti perkembangan oleh doktor.

Tanda-tanda Hypothyroidism
1. Raut muka yang kasar (coarse facies)
2. Suara tangisan yang kasar (hoarse cry)
3. Sembelit
4. Perut yang buncit
5. Neonatal jaundice yang berpanjangan
6. Umbilical hernia
7. Lambat bertindak balas (slow responses)
8. Kulit kering dan kasar
9. Pembesaran terbantut
10. Terencat akal

Tanda-tanda di atas mungkin tidak terdapat semasa bayi baru dilahirkan.

Sumber: Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur