Friday, July 4, 2025

Temujanji untuk cabut gigi, tapi tak jadi

Selasa lepas bersamaan dengan 01 Julai 2025, aku pergi PPUM lagi dalam keadaan cuak jugak khennn sebab nak cabut gigi kononnya. Laki aku kata lepas cabut nanti gusi awak bengkak, tak boleh makan dua tiga hari. Aku macam eh seram gak la.


Student tahun ketiga yang dapat kes aku. Sekali, bila check balik dah tanya balik pakar apa semua dorang bagi pilihan samada nak cabut gigi tu atau nak selamatkan gigi. Kalau boleh dorang nak selamatkan gigi sebab gigi masih cantik, takde masalah, tak ada lubang, tak ada karies etc. Sayang kannn aku dengan gigi aku selama aku hidup ni. Jaga baik punya hihihi.

Lagipun dorang kata akak muda lagi.😆


Fracture tu ada tapi halus di bahagian gigi bawah. Memang susah nak nampak kalau tak tengok betul². Gigih dorang suluh nak cari fracture tu tadi hahaha.

Jadi, prof dorang kata kalau nak cabut boleh, nak try selamatkan gigi dulu pun boleh. Prof dorang kata kalau cabut nanti takde gigi dahhh. Amboiii prof depa punnn. 

Kes aku dah ditukar kepada postgraduates yang lain. Tunggulah next appointment dorang akan panggil.

Yang aku?

Okay je tak ada masalah. Memang macam complicated sebab gigi aku tu dah crack. Tapi, Try je lah. Mana tahu. Tak boleh akan datang pun boleh cabut. Lagipun sebelum ni pun aku pernah buat root canal kat sini. Student jugak yang buat. Alhamdulillah elok sampai sekarang. So aku yakin dengan kebolehan generasi anak² muda kita kat PPUM. Tiberrr. 💪😆

Dua jam aku kat PPUM tapi demi gigi takpe sis rela.