Thursday, February 7, 2019

Hiking manja di Bukit Sapu Tangan, Taman Botani Shah Alam

Pintu utama National Botanical Park Shah Alam

Happy Chinese New Year to all my Chinese Friend and to those who celebrate.

Saja bawak adik adik panjat Bukit Sapu Tangan pada 05 February 2019 tempoh hari. Hahahahah. Aku seronok tengok dorang pancit sampai terduduk.



Aku tanya sapa nak ikut naik Bukit Cerakah? Bila dorang tanya ada apa. Aku cakap saja lah jalan jalan kat dalam tu. Bukannya naik bukit pun. Jalan pun jalan tar. Dengan excited dorang kata okay jom jom hihi. Tak tau bakal kena scam dengan kakak sendirik.






Bila dah memanjat tu asyik tanya berapa lama lagi nak sampai kira dah mula penat lah tuu. 😂

Plan asal nak ikut trail lain masuk jalan hutan. Tapi disebabkan tersesat barat satu jam area Shah Alam dan Puncak Alam aku ambil keputusan masuk ikut Taman Botani Shah Alam. Rupanya, bila dah tanya tanya orang baru tau nak masuk Trail Hutan tu kena masuk dari Setia Alam. 😅









Tak tinggi pun Bukit Sapu Tangan. 204 meter. Trail Difficulty 3/10. Sampai kat area Menara tu boleh tengok cuci mate aje lah yeee. Dilarang naik. Tapi ada yang naik. Nak naik pun boleh. Apa apa jadi tanggung sendiri. Dah warning kat situ kan. Tangga nak naik ke menara tu pun dah takde. Reput. Sayangggg. Sepatutnya Menara ni lah kena dijaga. Dari menara ni boleh nampak view Bandar Shah Alam.

Kita orang tadi tengok pokok je lah. Lepas tu budak budak ni isi perut. Dah kebulur hihi. Nak menurun tu memang kena laju. Berlari pun ada. Kita lari ketam. 😂🦀

Dah turun aku rewardlah budak budak kecik ni dengan bawak dorang pergi Animal Garden. Wahhhh, tetiba cargas, kalau boleh nak pusing semua. Tak payahhhh. Balikkkk terus. Tengok map tu jalan bertar macam ni punya panjat pun rehat 9 kali tauuuu.







Nak buat macam mana. Kesian. Kakak dah siap siap cakap sapa tak nak ikut jalan yang kakak pilih sila patah balik sendiri. Dulu selalu masuk pusing area tempat yang meriah. Paling jauh jalan kaki pun ke Rumah 4 Musim. Lepas tu balik naik tram.

Next time nak pusing semua, tengok berapa KM boleh dapat. 😜⌚

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...