|
Kerja keras harini... ๐
|
Sibuk dengan hiking dan jogging sampai nak update aktiviti hiking kat blog pun dah tak sempat. Nanti aku update aktiviti Hiking untuk Bukit yang lepas. Carca marba pun biarlah.
Hari ni merupakan hari tenaga, fizikal dan mental kita diuji.
|
Waterfall Station ke 6 |
Perancangan awal nak sampai ke Bukit Saga Waterfall & Saga Hill Top. Tapi lepas tambah tolak bahagi kita sampai kat Air Terjun aje la.
|
Geng hiking sejati |
Perjalanan ke waterfall tu ambil masa dalam 3 jam, dalam 4km lebih. Ikutkan 2 jam je. Pendek kan. Tapi ambik masa lama. Trail yang boleh tahan mencabar dan amat tak sesuai untuk beginner. Aku pun jalan terkedek kedek. Si Hadif, 6 tahun selamba je berlari lari. Tak larat aihhh nak kejar. ๐
Kena scam aku bila baca kat blog kata level of difficulty cuma 6/10. Penipu hihi.
|
Trek menaik |
|
Asyik menaik je |
Bertolak dalam 7.45am. Masuk je hutan terus mendaki sepanjang 1.5km sampai jumpa tenpat Rest Area pertama. Lepas tu berehat dalam 15 minit teruskan perjalanan landai hingga ke Rest Area Kedua. Rehat lagi sampai Rest Area ketiga. Ada orang jual air, homemade juice, maggi cup, kopi paket. Yang paling best bila sampai kat Rest Area ni boleh refill air free untuk yang hanya bawak air 500ml je dan tak cukup. Aku jangan ditanya bawak air 2.5liter. Tambah lagi refill tadi 500ml. ๐๐
|
Jalan Escavator, sedih juga dah kureng semula jadi
|
|
Rest Area pertama kami singgah, tak tau station nombor berapa. |
|
Selepas rehat sambung balik jalan menaik |
|
Rest Area kedua kami singgah |
|
Rest Area ketiga. Boleh beli air dan maggi kat sini. Nak kopi instant pun boleh. |
Lepas Rest Area ketiga tu jalan jadi landai dan kemudian menurun. Menurun tu curam amat. Ada tempat tu sampai kena sengetkan badan. Kalau tak melekat. Betul betul mencabar. ๐
|
Kecuraman yang dipandang ringan. Terkangkang jugak nak sampai waterfall. |
|
Waterfall from my views |
Dah sampai waterfall rehat jap makan makan, selfie selfie, borak borak, rendam kaki dalam air terjun tepi tu sambil layan udara segar. Sambil mengenangkan nasib memanjat nak patah balik ke jalan yang sama tadi. Ada hikers yang siap membasahkan diri
|
Waterfall |
|
From my view |
Lepas 45 minit, kita pun pack barang terus memulakan perjalanan untuk kembali ke pangkal jalan. Jalan yang menurun tadi sekarang kena panjat. Mendapatttt. Semputtttt. Syukur redup dalam hutan. Ala ala setengah nyawa pun still boleh jalan lagi.
|
Rehat dan selfie duluuu |
|
Budak lapar |
|
Mama & Hadif |
|
Budak tak suka air teejun. Sejukkk katanya hihi... |
|
Yeah... Bila lagi nak pose |
Sampai Rest Area ketiga tadi si Hadif nak maggi cup pulak. Bagi je. Asal dia ada tenaga nak jalan. Tak yah dukung. Mak dia ajar sambil makan sambil jalan hahahaha. Tak senonoh.
|
Request Maggi Cup |
|
Mak tak senonoh ajar anak makan sambil jalan hahaha |
Yang kelakar lagi 600 meter nak sampai boleh pulak salah jalan. Mengada nak ikut jalan tanah merah "civilisation" kennnn hihi. Ambik tersesat sekejap. Hadif pulak lepas 7.8km buat perangai taknak jalan. Kaki sakit lah, adik penat lah, kenapa panas sangat lah. Takpelah adik. Meh mama dukung. Bukan main lebar sengih dia bila dengar perkataan "dukung" tu ahahaha.
Muka penat giler membawak budak kecik 16kg ni.
Buka google map patah balik kat trek yang sama datang tadi. Tapi mak datukkkk, tengok kecuraman nak naik tu rasa nak nangis. Rasa dalam 85 darjah ada agaknya. Kena pulak bawak budak Hadif ni. Time nak panjat pulak dia boleh tido kepenatan. Lagi lah berat. Elok je dengar dia nyanyi tetiba senyap. Nak tak nak kena juga naik. Kalau tak berpanas kat bawah. Baca Bismillahirrahmanirrahim duluu. Tarik nafas panjang panjang terus mula panjat sampai atas. Jangan lah tanya penat ke tidak. ๐คฃ
Tu lah jalan memanjat terakhir yang kita orang naik. Sambung terus jalan keluar ke Cheras Awana.
|
Siap sediakan tempat letak kayu lagi tau. Jadi takde lah bersepah kayu yang dibuang para hiker. Bagus penduduk kat sini. Lagipun, orang lain yang naik pun dapat manfaatnya. Jadi, tadi aku pun letak kayu aku kat situ. |
Apa yang best tempat ni bersih. Takde sampah. Bagus betul hikers yang datang sini. Penduduk sini memang jaga kawasan ni. Tempat rehat disediakan. Aku pun simpan sampah dalam beg. Balik rumah baru buang. Barulah masyarakat bertamadun.
Bagi aku nak belajar panjat Gunung kena belajar panjat Bukit Apek dulu. Aku pun kalah dengan uncle uncle & aunty aunty yang naik Bukit ni. Laju weyh derang. Aku tak cukup nafas kot. Betul naya punya kes. ๐
Yang nak pergi boleh search Apek Hill nanti keluarlah kat Waze or Google Map. Bila dah sampai korang ikut je geng yang bawak "tongkat hiking" tu. Nak panjat Bukit Apek lee tuu.
p/s: Aku bukan scammer kalau susah aku cakap susah ahahaha.
No comments:
Post a Comment