Sebelum penghabisan semester terakhir tahun 2016 sudah terdengar ura-ura makcik yang selalu berniaga di sebelah Kantin Sekolah Cina anak saya SRJK (C) Tsun Jin bakal dimansuhkan mendatangkan pelbagai anggapan terhadap pihak pengurusan sekolah.
Dah lah isu rasis memang sedang hangat diperkatakan. Jadi mula la isu isu cerita yang tidak sedap didengar kan. Ada yang kata Tokey Kantin (Chinese Owner) buat aduan kata makanan yang mereka jual tak laku disebabkan mak cik ni meniaga kerana kebanyakan pelajar dan guru pun suka membeli kat mak cik ni.
Nak tau, anak saya Muhammad Hanif memang suka sangat membeli kat mak cik ni. Menu dia Nasi Ayam sebab makanan seperti mee goreng, bihun goreng semuanya pedas. Yang tak pedas nasi ayam je hahaha... Jadi dia akan beli lah nasi ayam. Kadang-kadang dia beli harga RM2 ada masa RM3. Pernah saya bertanya kenapa Nasi Ayam yang makcik tu jual ada harga RM2 dan ada yang berharga RM3. Jawapan yang saya dapat ialah sebab yang RM2 nasi ayam dengan sup sahaja. Tapi RM3 (nasi ayam + sup + ayam) hihi... Oklah kan, budak-budak nak makan.
Jadi, tahun ini memang setiap hari Hanif bawak bekal. Dulu pun bawa bekal tiap hari akan tetapi hari Jumaat hari special untuk dia di mana dia dibenarkan untuk berbelanja di sekolah. Tahun ini no more special day. Har-hari sama je. Menu nasi dengan telur, nasi dengan ayam, nugget, maggi goreng dan macam-macam lagi. Most of the time dia lebih suka roti sebab senang dan cepat nak makan. Habis makan boleh terus main-main tanpa risau nak basuh tangan bagai... Mak dia pun dah tak larat nak masak. Sampai kehabisan idea. Mak pun bukannya kreatif.
Balik dari sekolah tadi terus dapat surat yang menyatakan makanan bermasak untuk Murid Islam disediakan dengan bantuan dari SK Puteri Pandan 1. Alhamdulillah lega rasanya. SK Puteri Pandan 1 ini merupakan sekolah yang berdekatan je di kawasan tu. Seberang ialah St. Gabriel dan sebelahnnya ialah Kompleks Sukan Paralimpik Pandan. Terima Kasih kepada pihak pengurusan SRJK(C) Tsun Jin atas keprihatinan anda :)
Tak perlulah nak risau andai kata anak kelaparan untuk membeli makanan. Sebagai seorang mak yang berjimat cermat tetap juga saya tak galakkan Hanif membeli di kantin tersebut. Simpan duit. Nak makan balik rumah hahahahaha...
No comments:
Post a Comment