Seperti yang kita ketahui, gejala-gejala pertama bagi wanita hamil biasanya ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seorang wanita itumengalami kedatangan haid yang tetapdan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil.
Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tetap harus menunggu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berjumpa dengan doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita tersebut hamil. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil..
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid dikalangan wanita yang berumur 16-40 tahun. Akan tetapi, kadang-kadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatn yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi merupakan sebab yang paling lazim bagi ketiadaan haid dikalangan wanita yang sebelum itu, kedatangan haidnya normal. Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal pelepasan hormon. Kebimbangan kerana hamil yang tidak diigini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan yang jauh dan sebagainya yang mana boleh menyebabkan ketiadaan haid.
a. Loya-loya dan muntah
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk dan muntahnya boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan ini biasanya bermula kira-kira dua minggu selepas ketiadaan tempoh haid yang pertama dan berlanjutan selama enam atau lapan minggu.
Sebab berlakunya loya ini, tetapi kemungkinan ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 hamil apabila badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi.
b. Perubahan buah dada
Ramai wanita terasa buah dada menjadi besar dan tidk selesa sejurus sebelum kedatangan haid. Jikaberlaku hamil, gejala ini berterusan dan meningkat lagi.
Buah dada menjadi lebih berisi dan pejal. Sesekali ia terasa berdenyut-denyut dan putingnya yang menggelenyar. Keadaan ini agak berbeza-beza tetapi apabila hamil semakin lama, buah dada pun menjadi lebih besar dan gelap. Kawasan di sekitar putingyang disebut areola juga menjadi lebih besar, lebih gelap dan bengkak. Dalam kawasan ini terdapat liang-liang halus salur susu dan kelenjar-kelenjar halus. Semasa hamil, kelenjar susu dan salur susu akan membesar lalu membantu "folikel montgomely," sempena nama doktor perbidanan berbangsa Irish yang mula-mula menghuraikannya. Folikel ini jarang kelihatan sehingga telah melewati lapan minggu.
Perubahan pada buah dada disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progesteron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon-hormon ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak-lemak terlonggok di sekitar kilang susu untuk menggalasnya.
Rasa berdenyut-denyut dan semut-semutan yang berlaku sesekali adalah disebabkan oleh penambahan darah melalui salur darah yang membekalkan darah be buat dada.
c. Kerap buang air kecil
Dalam peringakat awal hamil ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kecil yang merupakan gejala awal bagi hamil.
Pada peringkat ini, ibu-ibu mengandung juga perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar-benar selamat.
Pesakit yang menemui doktor ketika peringkat awal hamil akan ditanya mengenai gejala-gejala yang baru disebutkan tadi dan kemudian akan diperiksa. Pemeriksaan ini termasuklah penilaian kesihatan umum pesakit berkenaan. Denyutan jantung didengari, buah dada diperiksa, abdomennya ditekan dan pemeriksaan pelvis dilakukan. Para pesakit tidak perlu bimbang akan pemeriksaan ini kerana, tidak begiru menimbulkan kesakitan.

No comments:
Post a Comment