Sunday, October 24, 2010

Jangan ambil ringan tentang pemakanan

Siang tadi iaitu pada tarikh 23 Oktober 2010(sekarang ni dah masuk 24hb :p) saya berjalan-jalan bersama ahli keluarga di Tesco Ampang untuk menemankan ibu saya shopping. Saya pun dah plan dah nak beli apa sebab barang-barang kat rumah hampir kehabisan stok. So, kira shopping jugak lah hehe...


Bila dah habis shopping ibu pulak ajak makan sebab dia kata dah lapar. Saya malas jugak nak makan sebab pagi pun dah breakfast lambat pastu makan nasi goreng dengan pisang goreng. Urmmm...kira heavy breakfast la tu. Tapi disebabkan ibu dah ajak, saya anggukkan aja kepala tanda setuju. Jadi, kami pun pergi ke My Mom's Chicken Rice a.k.a Restoran Linda Onn. 


Sementara menunggu makanan yang sudah dipesan, kami pun riuh sebab dok melayan karenah Hanif. Adoi pening kepala. Yang Hanif lak buat hal sebab mata dah mengantuk memang murung je. Adik-adik saya pula suka menyakat, huh memang terjerit-jerit la Encik hanif. Orang ramai pulak kalau dah dengar macam tu memang la pandang-pandang serta tak kurang jugak rasa tak puas hati. Lantak lah.


Sedang saya melayan angin kurang baik Hanif saya ternampak ada seorang perempuan bersama dengan orang gajinya dudukdi sebelah meja kami sambil menikmati hidangan mereka. Saya lihat perempuan itu seperti sedang mendukung seorang budak kecil. Tapi tak nampak sebab diselubungi dengan kain yang khas untuk ibu yang menyusukan anak. Owhhh, bagusnya saya berkata dalam hati. Dia tengah menyusukan anaknya. 


Selepas itu, mata saya beralih ke arah meja makan yang berada di hadapannya. Ermmm, sama macam kami jugak menunya "Nasi Ayam" (rasanya memang tak ada menu lain) hehe... Tetapi saya amat terkejut apabila saya terlihat dia sedang meminum air ais limau. Wahh, hebat betul perempuan ni dan yang paling saya kurang percaya saya lihat dia menikmati ice-cream. Makk aiii...baby tak sampai pun umur 4 bulan tapi dia dah "bedal" semua benda tu. Saya yang tengok pun rasa macam sakit hati pulak. Kalau baby dia tak Breastfeed saya tak kisah sangat. Kalau diikutkan hati memang saya nak bangun dan datang kat dia serta beritahu yang dia tak boleh makan semua benda-benda sejuk tu. Saya bukan kesiankan dia, tapi saya kesiankan baby tu. Selepas beberapa ketika dia pun bangun nak keluar dari restoran dan seperti yang acik jangka ada "spare tyre".


Bukannya saya sengaja nak cerita benda-benda sebegini di dalam blog saya. Tetapi, bagi saya ini merupakan perkara yang amat penting yang perlu diambil kira oleh kita sebagai seorang ibu. Setiap pemakanan yang kita ambil adalah nutrien kepada bayi kita. Sekiranya diet pemakanan yang kita ambil tidak betul, ia akan memudaratkan kesihatan bayi kita, terutamanya untuk ibu yang menyusukan anak secara eksklusif. Tak kesian ke dengar bayi kita menangis di malam-malam buta akibat kembung perut atau sakit perut atau apa-apa penyakit yang lain. Siapa yang susah?? Kita jugak yang susah kan?? Tidur tak lena, hati pun tak senang. Semuanya dari kesilapan kita sendiri.


Semasa 6 bulan pertama saya memang tak minum air sejuk, tak makan benda-benda sejuk, pedas serta tak makan makanan laut kecuali ikan. Bila dah masuk bulan ke-7 barulah saya makan makanan yang saya rindui serta minum air sejuk hehe, tapi tak banyak sangat pun. Kira saja nak lepaskan rindu je ahakss. Bila umur Hanif dah masuk setahun, berani sikitlah nak makan banyak-banyak ;). Sekarang ni, saya boleh belasah cukup-cukup sebab Hanif pun dah kurang menyusu tapi sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tak makan secara berlebihan. Kang lain pulak jadinya :p.


p/s: rindu nak makan kat Chicken rice Shop...

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...