10.10.2010 merupakan tarikh yang penting kepada sesetengah individu pada tahun ini. Ada yang lahir pada tarikh ini yakni hari ini, ada juga yang putus cinta pada hari ini, yang bertunang, yang baru berkenalan dan banyak lagi. Banyak kenangan hari ini yang akan menjadi kenangan sampai bila-bila.
Bersempena dengan tarikh ini juga Angkasawan Negara DATO' DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR, 38, melangsungkan perkahwinan beliau bersama dengan kekasih tercinta DR HALINA MOHD YUNUS, 29. Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua.. Boleh dikatakan Wedding of the Year untuk tahun 2010. Mesti ramai yang menantikan majlis perkahwinan ini. Bukan setakat ibu bapa serta saudara mara mereka tetapi peminat-peminat juga ternanti-nanti akan perkahwinan mereka ini yang ala-ala berkonsepkan KAYANGAN gitu. Wahhhh!!! Bestnye..."How Sweet"
Majlis persandingan merpati dua sejoli ini akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 9.00 malam ini selama 1 jam oleh Stesen televisyen TV3 Malaysia.
Untuk info yang lebih lanjut lagi, sama-samalah kita terjah yanmieonline.com
Tak sabar nak tengok dua pengantin ni bersanding :)
No comments:
Post a Comment