Saturday, October 23, 2010

Sakit Selepas Bersalin

Sebagai seorang ibu, pengalaman bersalin merupakan pengalaman yang paling ditunggu-tunggu oleh bakal ibu-ibu. Setiap seorang mengalami pengalaman bersalin yang berlainan. Bagi saya, pengalaman bersalin merupakan pengalaman yang amat perit dan sakit yang tidak pernah saya alami sebelum ini semasa melahirkan Muhammad Hanif. Akan tetapi pada masa yang sama ia merupakan detik yang paling terindah dalam hidup saya. Perasaan yang susah untuk digambarkan. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Dengan sedikit pengetahuan hasil dari bacaan saya, saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda tentang kesakitan yang dialami selepas bersalin, khususnya untuk wanita yang pertama kali bergelar ibu.


Untuk pengetahuan anda semua, selepas uterus itu tidak berhenti mengecut. Pengecutan itu terus berlaku dan selalunya ia tidak menimbulkan kesakitan, tetapi pada sesetengah wanita khususnya mereka yang telah berkali-kali hamil pengecutan yang menyakitkan terus berlaku dalam beberapa hari pertama ketika dalam pantang. Besar kemungkinan kesakitan ini dirasai semasa menetek.

Keadaan Isi Perut
Pada masa-masa yang lepas, sembelit merupakan satu masalah, tetapi pada hari ini ia jarang berlaku, memandangkan ramai ibu yang berjalan semula selepas bersalin. Andainya seorang pesakit itu berasa tidak selesa, ia haruslah mendapatkan rawatan doktor.

Membuang air kecil
Dalam masa 24 jam pertama selepas bersalin, kadang-kadang si ibu mendapati sukar untuk membuang air kecil kerana keregangan tisu faraj dan tisu-tisu di sekeliling pundi kencing semasa bersalin. Amalan berjalan awal selepas bersalin boleh mengurangkan kesukaran tersebut. Malahan ramai wanita tidak mengalami masalah ini.


Sajian Makanan
Kebanyakan wanita mahu makan atau minum selepas melahirkan setidak-tidaknya secawan teh. Dalam pantang pulan makanan yang harus dimakan ialah makanan yang kaya dengan protein dan vitamin serta tidak terlalu banyak karbohidrat. Kebanyakan ahli pemakanan mengesyorkan bahawa wanita dalam pantang yang menetek harus mendapatkan sekurang-kurangnya 25,000 kalori sehari. Sajian makanan bagi ibu dalam pantang haruslah sama sebagaimana yang diperolehi semasa hamil. Ditambah dengan 500ml (1pain) susu sehari.


Barut Perut
Barut perut atau barut abdomen itu perlu untuk mencegah daripada berlakunya kejatuhan uterus atau menanggalkan involusi. Tambahan pula dari segi perubatan ia tidak diperlukan. Sesetengah wanita yang berkali-kali hamil terasa uterus itu bergerak ke sana ke mari dan mereka merasa lebih yakin dan selesa jika memakai bengkung. Pilihan terletak pada pesakit, tetapi ia harus mengetahui bahawa sebab pilihan itu bukan dari sebab perubatan tetapi bersifat psikologi. (Saya memang memakai barut perut supaya rasa lebih selesa)


Perubahan Emosi semasa dalam pantang
Padav hari ketiga selepas bersalin, keghairahan menyambut bayi yang baru mulai berkurangan. Si ibu mendapati bahawa ia mempunyai bayi yang memerlukan penjagaan. Pada masa itu susu memenuhi buah dada dan kepekaan emosi yang dirasai lebih awal mungkin menimbulkan tindak balas. Si ibu berasa murung, berubah perasaan tanpa sebab. Segala-galanya berjalan dengan baik tetapi si ibu menangis teresak-esak dan selepas berbuat demikian si ibu akan berasa lega. Si ibu seharusnya ingat bahawa perubahan emosi semasa dalam pantang mungkin berlaku pada hari ke-4 atau hari ke-5 bukanlah sesuatu yang luar biasa. Pada ketika ini si ibu memerlukan timbang rasa dari jururawat dan yang terutamanya ialah suami. Pada masa itu  kita memang memerlukan suami tersayang disisi.

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...