Sunday, October 10, 2010

Hanif

Pagi tadi, Hanif gelisah, tidur pun tak senang. Asyik merengek jer. Tapi perasan semalam masa ambik dia kat rumah mak dia dah tidur. Hmmm, pelik la jugak. Biasanya time pukul 8.00pm kalau kat rumah mak tak tidur lagi. Dah balik rumah tengok dia tak nak susu. Makan nasi tu makan jugak tapi macam semput-semput jer.

Bila dah merengek-rengek tu geramla jugak. Mesti la geram sebab mama dia masih nak membuta lagi tapi anak dah bangun hehe. At last, bangun la jugak. Cubalah peluk tiba-tiba terasa badan Hanif panas la jugak. Huh, demam la nie. Memang betul tapi tak check body temperature. Terus mama mandikan dia dan bagi makan panadol syrup. But, it is not only fever but dengan flu sekali. Aduhai...itulah yang paling kesian. Hidung tersumbat memang tak boleh nak buat apa-apa. Cuma bagi makan ubat & spray "Iliadin" untuk hidung sebelum tidur.
Inilah muka anak mama yang tak sihat ni

Boleh lagi "pose" untuk mama dia :p

Walaupun demam, Alhamdulillah selera makan tak kurang. Makan still macam biasa lagi cuma menyusu je kurang. Mintak susu bukan main tapi tak habis pun. Separuh je dapat diminum. Pagi-pagi tu lembik la jugak tapi bila dah makan ubat tu kurang sikit. Bila dah sihat sikit tue tengoklah sendiri apa yang Encik Hanif nie buat. Adesss!! Gigit tayar kereta mainan dia la...

hmm...rasa apa agaknya tayar tu yee :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...