Friday, October 22, 2010

Hanif dan gula-gula

Setahun sepuluh bulan. Itulah umur Hanif sekarang. Dalam peringkat umur sebegini sebagai ibu kita sudah maklum akan perangai anak-anak yang memang tengah lasak dan degil. Kepada mereka yang baru menjadi ibu saya hanya mampu berkata kepada anda semua "Good Luck" hehe. Kepada bakal-bakal ibu, bersedialah dengan karenah anak kita yang bakal lahir nanti. Sebagai seorang kakak sulung saya dah tempuh semua tue cuma belum jadi seorang ibu je hehe. Bila dah ada anak, barulah acik tau tak semudah yang disangka. Dulu memanglah jaga adik-adik yang masih kecik  tapi bukan "full time". Bila jaga anak sendiri memang pening kepala. Tapi tidak dinafikan ia merupakan satu keseronokan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Ok, berbalik kepada cerita Encik Hanif nie. Sekarang dah pandai mintak nak makan gula-gula. Tak pernah ada sesiapa pun yang ajar dia makan gula-gula. Cuma kalau dulu saya suka bagi coklat. Mula-mula tue memang takut nak bagi makan coklat, so tanyalah doktor (kenelah tanye pada yang pakar kan ;)). Doktor kata tak ada masalah sebab budak bila dah membesar dan aktif memang memerlukan gula "lebih sikit", tapi jangan terlalu berlebihan nanti buruk padahnya. Hanif mula makan coklat bila berusia 7 bulan macam tu. Kira ok la tue hehe, dah ada gigi :p.

Sekarang ni, wahh..pantang nampak gula-gula memang nak aje. Adoi, tapi saya tak bagi sangat pun. Katalah kalau dia mintak dalam dua tiga hari barulah bagi 2 atau 3 biji. Itu pun yang lembut (kira yang boleh digigit). Kalau yang Lollipop atau yang seangkatan dengannya memang saya tak bagi langsung. Pertama; merbahaya sebab ada "stick", yang kedua besar dan keras serta merbahaya jugak, kang tercekik kang, naya... Biasa saya akan bagi gula-gula Fruit Plus.


Selalunya, kita dengar ramai ibubapa yang tak akan bagi anak-anak mereka coklat ataupun gula-gula. Alasannya takut gigi rosak. Memang betul pun apa yang mereka katakan tue. Sekiranya anak-anak kecil ni terlalu banyak sangat makan gula-gula akan membuatkan gigi mereka cepat rosak. Sebab tu kita tengok ramai jugak budak yang berumur 3 tahun gigi dah hitam dan rongak. Saya tidak salahkan anak-anak itu kerana bagi saya ibubapa yang perlu ada "responsibility" terhadap anak-anak mereka. Betul tak?

Sepertimana kanak-kanak lain, begitu jugak Hanif. Kalau dah mintak tu, memang seboleh-bolehnya dia nak jugak. Biasanya saya akan umpan benda lain untuk alihkan perhatian. Sekali-sekala tu kesian jugak dengan anak bujang ni so acik bagilah. Bila dah bagi satu nak lagi, nak lagi huh...letih nak melayan  ;). Asyik nak  je hehe.

Akan tetapi, sebagai seorang ibu saya tahu kebersihan gigi Hanif yang perlu dijaga tak kira apa yang dimakan olehnya. Masa belum ada gigi, saya pakai tuala kecil yang dah dibasahkan untuk bersihkan gusi serta lidah Hanif.  Sekarang, saya akan pastikan gigi Hanif digosok walaupun bukan senang nak gosok gigi dia (kena bertekak dulu). Tak pun kena bodek-bodek dulu baru ok.

p/s: kalau Hanif makan coklat @ gula-gula pada waktu malam pun saya akan pastikan yang gigi Encik Hanif digosok sebelum tidur supaya bakteria tak bermaharajalela :p

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...