Tuesday, October 5, 2010

Keseronokan di KLCC Kid's Pool & Park

Rasa macam cepat je masa berlalu. Last Sunday saja-saja bawak Hanif pergi ke KLCC Kid's Pool & Park. Lama dah tak pergi rasanya. Jadi bila pergi tu ajak lah adik-adik skali baru rasa seronok sikit. Lagipun adalah geng dengan Encik Hanif tue hehe.

haa...inilah wajah-wajah yang pergi KLCC Kid's Pool & Park hari tu. Acik je takde sebab acik yang jadi "camerawoman". Nampak tak beg yang banyak-banyak tue? Sebenarnya kami ni siap bawak bekal lagi nak pergi mandi-manda gitu. Ermm...ala-ala pergi picnic macam tue tapi, nak tau yang kelakarnya kami tak makan pun. Pasal takut nanti kena tiup wisel dengan "Pak Guard" dengan "Mak Guard" yang ada kat situ. First time bawak makanan. Tapikan tengok ramai jugak yang selamba jer membedal dan mencekik kat situ. Tak apa lain kali boleh try :p.


Tengok muka Hanif ni. Macam bangun tidur je padahal masa tu dah pukul 10.45 pagi. Semangat membara tu. Masa ni tengah pakai CD (Cloth Diaper) lagi. Bila nak buka tu waahh!!! marah anak bujang acik sorang nie. Ye la, tak sabar-sabar nak masuk pool.

Tengok muka dah marah dah :D

hmmm, yang ni pulak my siblings. Yang lelaki tu namanya Muhammad Zulafif which we called Afif and yang minah oren ni namanya Siti NurZualtiqah which is we can called Atiqah. Cik Atiqah ni biasalah. Kalut sebab tak tau nak tukar baju kat mana. Malu la konon ;)

Chewaahh...seiring dan sejalan tue pergi masuk pool huhu. Encik Hanif masa tue excited tak ingat punya. Maklumlah sebelum ni pergi tak ada kawan. Sorang-sorang jer. Tapi masa pergi hari tu ada teman. Kira nak "action" seketla. Kira dah ada geng.

Yang ni kira-kira boleh dikatakan sebagai intro. Guling-guling dalam air. Air ni sampai paras buku lali jerk :P

haahaa...yang ni nak jalan masuk di tengah-tengah pool. Tak adalah dalam sangat pun. Kira memang sesuai untuk anak-anak. Kalau orang dewasa yang masuk nanti kang kene WISEL lak!! Ha ha ha malu...malu...

FYI yang dua orang ni kira tetamu VIP heheh... yang sebelah kiri tue my mum inlaw and a man with a blue shirt is my hubby. Rasa-rasa dorang tengah buat apa tue??

Nak mintak dukung la nie. Takut punya pasal. Tapi lepas tue tengoklah...
Mana dorang? Hmmm...Tak jumpakan? Dia pun tak heran dengan mama dia. Oleh kerana kami pergi di waktu pagi maka tak adalah ramai sangat orang. Kalau petang memang penuh hinggakan budak-budak nak mandi macam tak selesa jer. Sesak sangat.
Lepas aktiviti mandi-manda nie bawak lak budak-budak nie main kat park sebelah pool nie. Ye la, alang-alang dah pergi baik main kat park. Lagipun park kat sini pun banyak. Kira kalau budak-budak ramai pun tak adalah berebut sangat. Nt gaduh pulak. Ini pun Encik Hanif dah kena tolak dengan sorang budak pasal nak main kat tempat dia main. Kenalah tolak ansur sikit kan. Budak-budak bukan faham pun.

Betapa sukanya Hanif bila dapat main kat park ni. Yang dah tua ni pun masih layan jugak permainan menggelongsor nie.

Cik Atiqah ni pun sama, huh...

Orang bila dah menggelongsor naik tangga. Hanif tak payah naik tangga pun. Lagi senang :p

See, so excited, lari sana lari sini

Favourite :)


Seronok menggelongsor. Yang geramnya, masa nie lah seluar Hanif dibasahi air hujan yang bertakung kat gelongsor ni. Kesian, dah la mama tak bawak seluar extra. Adeshhh...nak keringkan seluar tak boleh. Bukan panas sangat pun. Terpaksa pakai pampers je main kat park nie. Tapi bukan lama sangat. Tak sampai satu jam papa dah ajak balik dah. Bukannya apa, dah lapar. Takut nak makan kat area sini kononnya nak pergi Taman Tasik Titiwangsa nak picnic. Tapi bila Encik Hanif masuk dalam kereta je disertai dengan udara AIRCOND yang nyaman teruss zzzzzzz...apalagi balik la. 
Hehe...Makan lah bekal yang kami bawak tadi tu kat rumah ;).

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...