Wednesday, October 20, 2010

Anak mama is back

Bila dah larut malam macam ni barulah mama dapat online, blogging, berFB  and surfing, itupun sebab Encik Hanif dah tidur hehe. Kalau tak memang dialah yang akan menempel kat sebelah mama ni sebab dia pun sebok nak tengok favourite video dialah. Macam-macam. Mickey Mouse la, ABC songs lah, Balloon lah dan banyak lagi. Kalau dah bosan tue mulalah mengacau sana-sini sampaikan papa pun tension. Kadang-kadang tu bila mama baru je on lappy ke PC ke dah nak "nenen" lah, susu lah, nasi la adess...boleh dikatakan semua benda dia nak. Sampai pening kepala mama nie. Tapi kalau mama dok lepak depan TV tak ada pulak dia nak kacau. Boleh pulak main sendiri tuh...Geram kan :p

Beberapa hari yang lepas Hanif demam "all in one", flu, coughing & fever. Memang merisaukan. Hati mama pun tak senang kalau anak mama tak sihat. Sebab bila dia tak sihat asyik merengek jer. Kejap-kejap mama, kejap-kejap mama. Dengan orang lain tak nak kecuali papa dia. Kita yang tengok pun dah rasa seksa apatah lagi dia yang menanggung kesakitan tu. Hati mama ni macam diguris dengan pisau bila tengok Hanif demam. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Biasanya Hanif kalau dah kena flu, fuhhh...nak sembuh tu memang lama. Paling lama sebulan. Bayangkan betapa seksanya. Pergi HKL sampai 3 kali baru lah sembuh. Baru-baru ni bila Hanif demam memang pergi HKL jugak. Ubat pun sama cuma dos jer yang berlainan. Kalau kita pergi Klinik atau Hospital Kerajaan memang mereka takkan bagi ubat dengan kuantiti yang banyak atau "high dose". Sebab takut nanti ada "side effect" kat baby. Tapi memang kena berulang-alik lah sebab ubat yang diberi tu dah habis tapi Hanif pun tak sembuh jugak. Lepas tu, kata lah kalau kali kedua pergi barulah akan diberi ubat yang tinggi sikit dosnya. Kalau tak sembuh jugak, pergi lagi baru bagi ubat yang lebih tinggi lagi dosnya.
Inilah ubat yang diberi masa pergi HKL ari tu.
Yang ni ubat dos biasa je, kalau yang high dose tu lain sikit.
Dos yang perlu diambil:
Flu: 1.5ml X 2kali sehari
Demam: 5ml X 3kali sehari
Antibiotik: 2.5ml X 2kali sehari


Bila hari tu mak kata kat area Taman Cahaya, Pandan Indah ada satu klinik tu namanya Klinik Putera. Kebetulan pada masa yang sama adik pun demam jugak so bila dah pergi klinik tu si cilik tu sembuh dalam masa satu hari je. Wahhh!! teruja la acik ni kan hehe. Suhu badan Hanif pada masa tu pun sekejap ok, sekejap tak ok. So ajaklah hubby pergi Klinik Putera tu. Bila jumpa doktor je terus doktor bagi Vitamin C kat encik Hanif. Apalagi suka la dia. Rasa masam-masam manis. Siap mintak lagi tu (buat malu mama je) hehe. Banyak betul ubat yang doktor bagi suruh Hanif makan.
Inilah Vitamin C yang Hanif suka tue. 
Memang papa beli jugak akhirnya.Rasanya kat Farmasi pun ada.
Sebiji 100mg, so Hanif makan 2 biji sehari.


Ubat ni yang diberi oleh doktor kat Klinik Putera.
Dos yang perlu diambil: 3.5ml X 3kali sehari untuk setiap botol.
Ubat Antibiotik, Batuk & Kahak, Flu, Demam


Balik rumah jer mama tunggu after 4 hours sebab before that dah makan ubat dah so have to wait for another 4 hours baru boleh makan ubat lagi. Hampir pukul 12tgh malam mama bagi Hanif makan ubat. Bila tidur malam tue, Alhamdulillah anak mama tak ada merengek-rengek. Esok pagi bangun tengok dia sihat walaupun belum sepenuhnya. Boleh dikatakan dalam sehari flu dah kering sikit dah. Tak ada lah meleleh-leleh. Bila dah dua tiga empat hari dan antibiotik pun dah habis barulah mama confident yang anak mama ni dah sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah. Lega sikit hati mama.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...