Tuesday, October 26, 2010

Cara melegakan sakit kaki

Memang penat sangat hari ini. Tahap gaban heheh...Mungkin diebabkan saya tidak cukup tidur beberapa hari ini. Alhamdulillah Assignment dapat siap dan dah submit pun. Barulah rasa lega sikit hati. Kalau tak tu mesti rasa tak tenteram. Hari ini pun saya ada training jugak. Ermm..kira hari kedua ni bosan sikit. Dahlah saya ni memang mengantuk, pastu sakit belakang, sakit pinggang, boleh dikatakan semuanya sakit dan yang paling sakit sekali ialah "kakiku". Rasa macam dicucuk-cucuk je. Tak boleh tahan rasanya. Bukannya saya jalan pakai kasut tumit tinggi pun.

Bila balik rumah lagi sakit rasanya. Tak boleh jadi ni, so saya pun masak air. Bila dah menggelegak je terus tuang dalam baldi, letak garam dan apalagi, masuk la kaki dalam baldi. Wahhhhh, lega rasanya. Rasa macam ringan sikit kaki. Sakit serta bisa yang mencucuk-cucuk pun hilang sekejap. Bila rendam je kaki ke dalam air panas kita takkan terasa yang air tu panas kalau dalam 3 minit pertama sekirannya kaki kita ni tengah sakit. Rendam dalam 20-30 min. Macam saya, acik rendam 1 jam  barulah terasa.

Mata acik ni dah mengantuk dah. Nak tunggu lagi 10min barulah habis "personal foot" massage hehe...

p/s: Nak mandi di kolam Air Panas

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...