Friday, October 22, 2010

Pemeriksaan Bakal ibu sebelum berkahwin

Pada zaman sekarang, pandangan kesihatan ,menghendaki setiap pasangan menjalani pemeriksaa sebelum berkahwi9n. Ini sekurang-kurangnya untuk membantu pasangan tersebut untuk menghadapi kemungkinan yang tidak diingini yang bakal memporak-perandakan rumahtangga yang dibina.


Banyak kemungkinan yang akan diambilkira oleh doktor yang memberi rawatan dan pemeriksaan ke atas pasangan nanti. Selain mengesahkan mereka sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya berkahwin kelak. Doktor juga berperanan memberi nasihat kepada pasangan terlibat sekiranya ada kemungkinan pasangan akan mendapat bayi yang sihat atau sebaliknya, ini kerana baka kedua-dua pasangan boleh menentukan sana ada bayi yang bakal lahir, menjadi seorang anak yang sihat cerdas atau sebaliknya.


Pemeriksaan juga harus dilakukan jika pasangan menghidap talasemia, leukimia yang melibatkan darah yang boleh dikesan oleh doktor. Doktor akan memberi nasihat sama ada pasangan ingin terus berkahwin atau sebaliknya. Jika masih ingin bersama apakah tindakan yang perlu dibuat dan sebagainya. Kebiasaan penyakit talasemia terjadi disebabkan faktor genetik yang diwarisi oleh seseorang itu, misalnya perkahwinan yang melibatkan pasangan yang menjadi pembawa talasemia. Anak mereka nanti kemungkinan besar menghidap talasemia. Selain daripada itu, wanita yang lebih mementingkan kerjaya dari berkahwin ini boleh mengurangkan peluang untuk mendapat anak yang sihat.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...