Sunday, October 24, 2010

Pemeriksaan Bakal ibu sebelum berkahwin : Pemeriksaan darah sebelum menikah

Pemeriksaan darah sebelum menikah adalah amat penting untuk kita serta pasangan yang akan kita nikahi. Dari segi perubatan, pelbagai penyakit akan dikesan melalui ujian darah termasuklah penyakit baka. Penyakit tersebut berkemungkinan memberi masalah kepada zuriat yang akan dilahirkan nanti seperti hemofilia, buta warna, sindrom down, darah tinggi, anemia, talasemia dan epilepsi.

Sekiranya wanita yang mempunyai penyakit AIDS mengandung, besar kemungkinan bayi yang dilahirkan akan mengalami kerencatan akal atau keguguran.

Penyakit HD pula disebabkan kerosakan pada gen dominan dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini akan menghadapi kesukaran bercakap atau terencat akal. Seterusnya, bagi seseorang yang menghidap penyakit hemofilia, darah akan lambat membeku sekiranya terluka.

Selain dari itu, kanak-kanak yang menghidap sindrom down disebabkan kelebihan bilangan kromosom dalam sel badannya iaitu 47 dan juga tidak normalnya pasangan kromosom 21. Akibatnya keadaan bentuk fizikalnya berbeza dengan kanak-kanak biasa iaitu seperti mata sepet, lidah tebal, leher pendek, tangan pendek dan terencat akal.

Melalui ujian yang dijalankan pakar perubatan boleh mengenal  masalah kepada janin seperti terencat akal dan lahir tidak cukup bulan. Bagi lelaki, ujian darah tidak terkecuali lebih-lebih lagi bagi mengesan penyakit yang berbahay seperti AIDS dan sifilis. Dalam sesuatu ujian, seandainya darah lelaki mempunyai keganjilan seperti talasemia, kemungkinan ia boleh diturunkan kepada anak yang bakal dilahirkan, seperti mengalami kecacatan anggota.

Begitu juga bagi lelaki yang mempunyai darah yang sama seperti positif atau negatif dengan wanita yang ingin dikahwininya, maka Insyaallah mereka tidak menghadapi masalah dalam menghasilkan zuriat.

Jika berbeza dari segi penjenisan darah, besar kemungkinan akan timbul masalah kepada tumbuhan janin di dalam kandungan ibu. Jadi melalui darah pelbagai penyakit akan dapat diketahui.

Pada pendapat saya, ujian darah itu sebenarnya banyak memberi kebaikan daripada keburukan. Sekurang-kurangnya dengan mengetahui sesuatu penyakit yang ada pada isteri, membolehkan suami berjaga-jaga dan berusaha membantu isteri yang bakal mengandung daripada dijangkiti kuman atau mengawal ia daripada merebak dengan lebih meluas.

p/s: jangan ambil mudah tentang ujian darah kerana ia memang penting demi untuk kebaikan kita suami isteri. 

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...