Saturday, June 23, 2012

Bubur Brokoli Daging - Untuk bayi 8 bulan

Sedang melayan Masterchef Selebriti dan membelek majalah tetiba terjumpa resepi bubur untuk bayi 8 bulan. Daging? Hmmm... Kalau Hanif dulu lepas setahun baru saya bagi makan daging. Jangan risau daging tu boleh digantikan dengan ayam. Tapi boleh try gak resepi ni. Kot-kot boleh ke kan ;-)

Bahan-bahan:-

50 gm beras, cuci bersih
1200 ml air
100 gm daging lembu (@ayam) lembut, cincang hancur
50 gm brokoli, dipotong-potong
50 gm tauhu
25 gm keju parut

Cara membuatnya:-

Rebus beras, air dan daging lembu sehingga setengah pekat.

Masukkan brokoli dan tauhu. Masak sehingga pekat dan matang. Angkat. Masukkan keju dan kacau rata.

Kisar sehingga halus. Hidangkan panas.


Info Makanan

(1) Sawi pendek dan nanas merupakan sumber antioksida yang membantu melancarkan peredaran darah.

(2) Air rebusan kangkung yang dimasukkan air kapur sirih akan menghasilkan kangkung rebus yang rangup dan tidak laju.

(3) Supaya sotong tidak liat digigit, memasaknya jangan terlalu lama. Setelah masak, perlulah segera dimakan.

(4) Rahsia supaya manisan buah tahan lama (seperti kedondong, mangga, betik), terletak pada cara mencucinya. Sebelum diubahsuai, rendam buah-buahan dalam air mendidih seketika dan ditoskan untuk mengurangkan pembiakkan bakteria yang melekat pada buah.

(5) Untuk membuat adunan kuih dengab bahan asas kentang, seeloknya kentang dikukus supaya tidak mempengaruhi kadar kandungan air pada adunan.

Sumber: Sedap

Wednesday, May 16, 2012

JasaMu Sentiasa Dikenang


Entri ini khas ditujukan kepada cikgu-cikgu satu Malaysia. Rindu zaman sekolah dulu. Kena marah, kena denda dan macam-macam lagi. Tapi sekarang itulah kenangan paling manis sekali untuk dikenang. Tanpa cikgu siapalah saya. Saya takkan kenal huruf dan nombor-nombor. Cikgulah yang membentuk saya pada hari ini. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas budi dan pengorbanan cikgu selama ini.

"Selamat Hari Guru, Jasamu sentiasa dikenang"

Friday, May 4, 2012

Mengawal pemakanan untuk tiga penyakit utama

7.5 juta penduduk Malaysia berisiko menghidap penyakit jantung dan 2.1 juta pula disahkan mengalami penyakit kencing manis. Sekiranya kita tidak masuk dalam perangkaan ini bagaimanakah penerimaan kita? Adakah kita akan berasa biasa, simpati atau takut? Pada kebiasaannya kita tak akan rasa apa-apa tapi sekiranya orang terdekat atau yang paling rapat dengan kita yang kena seharusnya kita berasa risau untuk diri sendiri.

Makanan bagus untuk elak kencing manis
Makanan manis seperti kek, roti serta kuih-muih diambil pada kadar minima. Menjaga pemakanan dengan pengambilan nasi yang sedikit juga amat penting. Makanan yang mengandungi indeks glisemik tinggi memerlukan lebih banyak insulin, sedangkan penyakit kencing manis tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi bagi menggunakan glukos berkenaan. Akibatnya paras gula dalam darah meningkat (hiperglisemia) dan ini akan hanya mendatangkan komplikasi kepada pesakit.

Makanan bagus untuk pesakit jantung
Paling utama kenalpasti kaedah masakan kita. Daripada menggoreng bertukarlah kepada kaedah masakan alternatif seperti membakar atau mengukus sahaja. Cara ini boleh mengelakkan pengambilan makanan berminyak. Pilihlah makanan rendah kalori dan kolestrol yang akhirnya menjadi punca utama menghidap masalah jantung. Pilihlah bijirin yang menyihatkan serta sayur dan buah-buahan segar.

Setiap kali menyediakan makanan, kurangkanlah penggunaan santan atau minyak kelapa yang banyak. Ketika proses penyediaan, elakkan daging dengan kulitnya. Kulit ayam merupakan takungan minyak yang padu. Selain itu hadkanlah pengambilan marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis.

Makanan bagus untuk peskit darah tinggi
Natrium memainkan peranan penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna. Namun natrium hanya diperlukan untuk jumlah yang sedikit sahaja. Pengambilan natrium yang berlebihan hanya akan membuatkan risiko terkena tekanan darah tinggi. Natrium terdapat banyak dalam makanan asli bagaimanapun jumlahnya lebih besar di dalam makanan segera. Kerana itulah makanan di restoran segera tidak baik untuk diamalkan. Bagi mencegah atau merawat tekanan darah tinggi ini sebaik-baiknya pilihlah buah-buahan, sayur-sayuran dan daging segar sahaja. Cubalah menggantikan lebihan garam ini dengan rempah ratus dan juga herba yang lebih menyihatkan. Belajarlah menikmati makanan itu tanpa garam. Hadkanlah pemgambilan makanan yang terlalu masin ataupun penggunaan kicap dan soso tiram yang membantu menaikkan rasa. Perencah makanan ini sudahpun mengandungi garam yang tinggi.


Thursday, May 3, 2012

Pentingnya Vitamin kepada tubuh

Vitamin bertindak membekalkan keperluan kepada setiap pertumbuhan dan perkembangan fungsi anggota tubuh disamping mengekalkan tubuh badan yang sihat. Vitamin-vitamin seperti tiamin, niasin dan riboflavin dan sebagainya saling bertindak untuk memberi fungsi kepada setiap anggota tubuh. Pengkelasan di bawah ini memberi lebih kefahaman kepada anda setiap fungsi vitamin dan sumber makanan yang sepatutnya diambil.

Vitamin A
Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Paling utama ia baik untuk penglihatan mata yang baik serta mengekalkan struktur gigi yang sihat selain memelihara kulit yang sihat. Malah vitamin A juga mampu mencegah sistem penghadaman, hidung, tekak, paru-paru dan salur kencing dari dijangkiti kuman. Bukan itu sahaja, vitamin A juga mengatur sistem kekebalan (immune system) untuk mencegah dan melawan sebarang jangkitan kuman. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih serta terjadinya selaput pada mata putih. Malah kekurangan ini juga akan mengakibatkan tubuh lemah serta daya ketahanan terhadap jangkitan kuman makin besar risikonya,

SUMBER: telur, susu, hati dan sayur-sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan keledek. Makanan bijirin sarapan pagi seperti oat dan emping jagung juga kaya dengan vitamin A.

Vitamin B1
Vitamin B1 atau Thiamine amat penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protein. Thiamine membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan memerlukan vitamin B1 bagi membentuk fungsi tubuh. Vitamin B1 juga perlu di seiringkan dengan pelbagai Vitamin B lain seperti B2, B3untuk melengkapkan kerja-kerja penyelenggaraan di dalam tubuh. Oleh itu, Vitamin B Komplek atau multivitamin disarankan untuk semua.

SUMBER: Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis, ikan, kacang tanah dan juga daging.

Vitamin D
Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus. Ia juga perlu untuk tumbesaran malah untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat. Vitamin D juga penting untuk mengatur kadar degupan jantung yang sihat serta mencegah otot menjadi lemah. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon. , osteoarthritis, osteoporosis dan hypocalcemia serta meningkatkan imuniti. Kekurangan vitamin ini akan membuatkan tubuh lebih terdedah kepada kecacatan tulang terutamanya tulang belakang serta ketidakupayaan tulang untuk berfungsi dengan lebih baik.

SUMBER: Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu dan juga telur. Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna dan minyak sayuran.


Vitamin E
Merupakan antioksidan yang baik untuk mengekalkan kesihatan kulit serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Malah sifatnya yang antioksidan juga membolehkan pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular lain. Vitamin E juga mengawal tekanan dan peredaran darah dengan baik disamping memelihara pembekuan darah yang normal serta mengurangkan berlakunya tekanan pada darah. Bagi lelaki, Vitamin E juga dapat membantu meningkatkan pngeluaran air mani yang sihat serta mengurangkan risiko kanser prostat. Kekurangan Vitamin E akan membuatkan risiko anaemia menjadi semakin tinggi.

SUMBER: Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau, bijirin, kacang, biji-bijian, beras perang, susu, oat, kacang soya, ubi kentang serta makanan berasaskan jagung.

Vitamin K
Diperlukan untuk pengeluaran prothrombin bertujuan untuk pembekuan darah serta mencegah terjadinya pereputan tulang dan osteoporosis. Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos dan glikogen untuk disimpan dalam hati. Terdapa tiga bentuk Vitamin K iaitu vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), vitamin K2 (dibuat oleh bakteria usus) dan juga vitamin K3 (menadione) yang merupakan bahan sintetik. Kekurangan Vitamin K boleh menyebabkan daya pembekuan darah yang boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus dan salur kencing.

SUMBER: sayur-sayuran antaranya ialah asparagus, kobis, putih telur, tauge, kacang soya, gandum dan yogurt.

Friday, April 13, 2012

Perkembangan Bahasa Anak

Penglibatan dalam pemupukan bahasa kepada anak-anak adalah penting dari 6 hingga 8 bulan seterusnya. Beberapa pendekatan perlu diberi perhatian supaya dapat memupuk perkembangan bahasa anak.

1. Persekitaran kasih sayang
Bercakap, membaca, menyanyi dan bermain dengan bayi. Berinteraksi dan mewujudkan satu persekitaran kasih sayang akan membantu si kecil mempunyai perasaan ingin tahu, membina keyakinan dan menggalakkan satu kemesraan dengan bahasa. Sifat-sifat ini menyediakan satu asas yang kukuh untuk ucapan dan perkembangan bahasa. Sediakan tempat untuk membaca dalam ruang rumah agar ia adalah satu pengalaman selesa dan tidak berselerak. Jika menonton tv atau video bersama, berinteraksi dengan anak tentang apa yang dilihat dan apa yang terjadi pada karakter tersebut.

2. Melibatkan anak dalam perbualan
Cuba bercakap tentang nama mainan kegemaran dan lain benda-benda yang biasa sekitar rumah. Bercakap dengan perlahan dan jelas, dan memuji percubaan anak menyebut. Hadkan waktu menonton tv sebaliknya banyakkan bacaan untuk anak setiap hari dan melebihkan melawat zoo, akuarium, muzium dan taman-taman permainan agar merangsang lagi pembesaran kognitif dan bahasa mereka.

Luangkan masa bersama anak-anak dengan bergurau dan bermesra dengan mereka ketika memandu atau mandi atau atau sebelum tidur dan sebagainya. Contohnya ketika anak menyebut /ba, ba/ dan ketika itu beliau ingin mencapai abahnya, tiru bebelan anak dan bila ia memberi respons /ba/ lengkapkan /ba/ dengan perkataan 'baba' yang bermaksud 'bapa'. Bermain sembunyi-sembunyi dengan anak dan bila bermain mainan dengan anak sertakan dengan bunyi-bunyian untuk menarik minat si kecil tersebut.

3. Ajaklah anak untuk bercakap tentang orang yang disukainya
Dengan penuh kasih sayang galakkan anak untuk bercakap dengan orang lain, termasuk kanak-kanak sepermainannya dan sebaya dengannya. Membetulkan bahasa anak dalam cara-cara yang positif dengan membuat ayat lain, berulang kali. Libatkan dirinya ketika membeli bahan bacaan. 

Jika si anak menunjukkan objek kegemaran tanpa bahasa, sampingkan istilah yang betul dan jelas untuk dijadikan contoh. Jadikan satu kebiasaan mengadakan perbualan yang interaktif dan bukan satu hala dengan anak-anak. Contohnya bercerita tentang apa yang anak buat hari itu atau memberi permasalahan kecil dalam perbualan bagi anak menyelesaikan seperti "hari ini kalau hujan, kita tak jadi pergi taman. Macam mana ya adik?". Teknik berikut agak sesuai bagi anak yang berumur 2 hingga 3 tahun.


Sumber: Majalah Pa&Ma 

Thursday, March 29, 2012

Tadika Krista Untuk Hanif


Why Krista?

Dua hari Hanif tak saya hantar ke nursery. Sebabnya seperti biasa. Musim demam, batuk & flu. Demam dah ok tapi apa yang merisaukan saya ialah batuk tanpa henti. Bila dia batuk tanpa henti risiko takut tekak dia akan sakit dan tonsilnya akan membengkak semula dan selama dua hari ini juga saya mencari Pre-School untuk Hanif. Actually my first list is Brainy Bunch Islamic Montessori(BBIM) tapi tak ada pulak kat area yang dekat dengan rumah. So, saya kena cari alternatif lain. Kebanyakannya semua agak jauh dari rumah. Little Caliphs pun not bad. Yurannya agak affordable. Nanti anak-anak kita pandai zikir dan solat =)

Last 2 days saya approach 2 pre-school which are Tadika Nirwana dan Tadika Krista (Tadika Pucuk Gading) di Taman Nirwana. Dua-dua ni memang dekat dengan rumah. Tadika Krista ni menggunakan CAPABLE Approach yang merupakan kurikulum pra-sekolah yang merangkumi asas-asas kepada pendidikan baru seperti, Child Centred Learning, Academic Foundation, Practical Experiences, Assessment Provisions, Benevolence Inculcation, Learn To Play and Exploratory Endeavours. Kanak-kanak yang terlibat di dalam program ini akan dibimbing di dalam 4 segmen utama asas persediaan untuk proses pembelajaran yang berjaya. Bahasa yang digunakan ialah American English.


Tadika Nirwana pun okay. If you want your kid to learn Basic Chinese Language, this is the place. They have facilities which other tadika had. Bab makanan jangan risau. All cooked by Muslim. The fees is RM200 for half day and RM580 for full day. Registration fees is not so expensive. Less than a thousand. Bahasa yang digunakan ialah English and Chinese.

Kenapa saya pilih Krista?

There's a lot of factors yang kami kena bincang. Pertama sekali sebab dekat sangat dengan rumah. It is only five minutes drive. Kalau jalan kaki tu jauh la jugak. Lebih kurang 20-30 minit perjalanan. Kedua, disebabkan CAPABLE approach yang digunakan. Saya rasa sesuai untuk Hanif. Yang ketiganya disebabkan oleh suasana tadika yang happening dan kawasan yang bersih. Ini penting sebab Hanif is fragile. Means senang kena demam. So cleanliness is number one. Tentang yuran pulak if compare to others such as BBIM, CIC and etc quite ok. Kalau half day fees is RM200 per month tapi for Hanif is RM420 per month sebab full day. Pagi masuk pukul 7.30 sehingga 5.45pm.

Sebenarnya it depends kepada kita apa yang kita nak terapkan dalam diri anak-anak kita. Saya sebenarnya lebih suka akan pre-school yang berkonsepkan Islamic. Bagus untuk dia jugak. Even dekat nurseri yang sekarang ni pun dia dah pandai baca doa siap translate dan berzikir sikit-sikit. Seronok bila kita dengar anak kecik pandai baca doa macam-macam. Tapi kebanyakan Islamic Montessori jauh dari rumah. So after reviewing all factors me and hubby pilih Krista.

Pre-School ada banyak dan di mana-mana. Pilih je nak yang mana. Cadangan saya kalau nak survey pergi je kat tempat dorang dan dengar apa yang diterangkan. Kalau boleh survey dua tiga tempat dan dekat dengan rumah. Tak payahlah sampai nak redah jam bagai. Sebab kita letih dan anak pun letih. Kalau tak kisah tak apa. Dah tu balik berbincang. Bila dah capai kata sepakat suami isteri then baru boleh pergi daftar.

Thursday, March 8, 2012

10 cara bina keyakinan diri anak

Memupuk harga diri anak kecil adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan secara konsisten. Ia begitu penting untuk membina rasa keyakinan diri kanak-kanak yang menjadi asas untuk masa depan mereka. Menurut terapi keluarga dari California yang juga pengarang buku Positive Discipline series, keyakinan diri apabila mempunyai kepercayaan bahawa kita mampu dan mengetahui nilai dan tindakan yang boleh dilakukan.

1. Memberi kasih sayang tanpa had
Perkembangan harga diri kanak-kanak sentiasa wujud apabila ucapan kasih sayang sentiasa yang diucapkan kepadanya. Ucaplah "Mama (atau papa) sayang adik". Sentiasa pelukan, ciuman dan pelukan pada bahu. Dan jangan lupa untuk memberitahu dia betapa dirinya disayangi.

2. Memberikan perhatian
Kanak-kanak suka apabila dirinya diberikan perhatian. Mereka merasakan dirinya begitu berharga kepada ibu bapanya. Sehubungan itu, anak kecil ini suka menunjukkan hasil kerjanya kepada anda. Contohnya menunjukkan hasil lukisannya. Berikan pujian walaupun hasil kerjanya tidak begitu menarik, tetapi pada masa yang katakan, jika dia berusaha lagi hasil kerjanya akan menjadi bertambah baik.

3. Mengajar had-had
Mewujudkan beberapa peraturan munasabah kepada anak kecil ini. Misalnya, memberitahu jangan makan di dalam bilik sebaliknya hanya dibenarkan di dapur untuk menjaga kebersihan bilik. Begitu juga pakaian kotor, sediakan, sediakan bekas khas untuk si kecil mudah memasukkan pakaian kotor. Katakan sikap suka sepahkan pakaian adalah sikap yang tidak elok. Lakukan secara konsisten supaya dia memahami had-had yang diajar kepadanya.

4. Galakkan penerokaan
Menggalakkan anak kecil melakukan penerokaan baru dalam dirinya. Misalnya mencuba permainan baru atau pergi ke taman untuk dia bermain. Apabila anak kecil ini cuba melakukan penerokaan baru, jangan mudah menawarkan diri untuk membantunya. Cara ini mengurangkan rasa keyakinan dalam dirinya. Biarkan dia melakukannya sendiri. Dia tidak akan jemu mengulangi penerokaannya sehingga dia berjaya. Sikap ingin tahu dalam diri kanak-kanak begitu tinggi maka sudah pasti dia ingin melakukannya dengan sendiri.

5. Membiarkan kesilapan-kesilapan terjadi
Kadang kala membiarkan anak kecil melakukan kesilapan adalah satu keperluan. Ini adalah pengajaran bernilai untuk keyakinannya supaya dia akan berfikir setiap manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan menerima hakikat akan kelemahan dirinya. Tindakan akan membantu mengelak dirinya berasa kurang yakin apabila dia melakukan kesilapan.

6. Tindakan positif
Semua orang sukakan galakkan termasuk kanak-kanak. Sediakan aktiviti yang membolehkan pujian diberikan kepadanya. Contohnya, meminta anak membantu mencuci buah-buahan. Setelah itu, berikan kata pujian kepadanya. "Rajinnya sayang mama hari ini. Macam inilah anak yang baik". Cara ini akan meningkatkan pencapaian dan harga diri sekaligus memberikan panduan kepadanya untuk melakukan tindakan positif seterusnya.

7. Pendengar yang baik
Jika anak kecil ingin memperkatakan sesuatu, dengarlah apa yang ingin diberitahu kepada anda. Ini kerana dia juga perlu tahu mengenai perkara seperti idea, perasaan, keinginan dan pendapat. Dengan cara ini, ia akan membantu kanak-kanak merasa selesa dengan emosinya sendiri. Dia akan berasa gembira apabila percakapannya diberi perhatian.

8. Perbandingan
Jika kanak-kanak sudah boleh membandingkan dirinya dengan adik-beradik atau teman sebaya (Mengapa saya tidak pandai menangkap bola seperti Aqil?) ini akan menunjukkan rasa harga dirinya. Katakan kepadanya "Betul cakap adik. Aqil pandai tangkap bola dan adik pula pandai melukis gambar". Cara ini akan membantunya belajar bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan dan dia tidak perlu menjadi orang lain untuk berjaya, sebaliknya menjadi dirinya sendiri.

9. Menyediakan galakkan
Setiap kanak-kanak memerlukan sokongan penuh kasih sayang. Misalnya "mama yakin adik boleh lakukannya. Teruskan!" Berikan galakkan bukan hanya memberikan ganjaran kepadanya tetapi melalui ucapan galakkan. Dia akan mengetahui kejayaan yang diperoleh hasil daripada usahanya sendiri.

10. Penonjolan diri
Memberi peluang kepada dirinya untuk menunjukkan kebolehan. Jika di tadika, dia belajar membaca doa, cuba berikan tugasan baru kepadanya untuk mengetuai bacaan doa makan apabila makan bersama keluarga. Cara latihan ini memberi rasa dirinya dihargai dan dipercayai. Penonjolan diri seperti ini membuatkan anak kecil ini merasakan pencapaian positifnya diterima oleh ahli keluarga lain.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Tuesday, February 21, 2012

Kelebihan Extended Breastfeeding

Kita sudah sedia maklum dengan polisi penyusuaan ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukannbayi seara eksklusif pada 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usia 2 tahun. Makanan pelengkap boleh dimulakan apabila bayi berumur 6 bulan.

Namun begitu, Pertubuhan Kesihaan Dunia(WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations(UNICEF) menyarankan penyusuan ibu boleh diteruskan selepas 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.

Oleh itu, meneruskan penyusuan selepas 2 tahun amat digalakkan sehingga kata sepakat antara kita dan anak dicapai tentang masa yang paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya negara-negara Asia. Hakikatnya amalam extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama, amalan ini sangat baik untuk kita dan juga anak.

Kelebihan extended breasfeeding untuk ibu:-
Banya manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal kita perolehi. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu kita menenangkan perasaan sementara oksitoksin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental kita.

Dengan menyusukan bayi ia juga akan membantu kita untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Selain itu, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:
- Kanser payu dara
- Kanser ovari
- Kanser rahim
- Endometrium
- Osteoporosis
- Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetis

Kelebihan extended breastfeeding untuk anak:-
Ia akan memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Oleh itu, kita boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai "ubat penenang" sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Mungkin ada yang risau anak tidak boleh berdikari sebab asyik "berkepit" je. Kita anggap penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang antara ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian cemerlang. Kadang-kadang disebabkan kesibukan harian, kita sebagai ibu bapa terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Akan tetapi mereka sebenarnya lebih memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Kajian psikologi mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Khasiat yang tetap sama:-
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah dari segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.

Mengikut kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol.116 no.3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat. WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:-
>> Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu
>> Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi
>> Susu ibu susuan
>> Pengganti susu ibu yang sesuai

Memang terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekalipun. Secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu. Kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun kita menyusukan anak melebihi 2 tahun sekalipun.

Sunday, February 12, 2012

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta Slot Akasia TV3

Drama Atas Nama Cinta merupakan pengganti kepada drama Gemersik Kalbu yang telah berakhir pada 10 Februari yang lepas. Bagi saya Gemersik Kalbu merupakan drama yang simple je. Taklah heavy sangat walaupun saya tak pernah pun baca novelnya. Tapi saya suka dengan watak Aqasha dalam drama tu =).

Okey, sekarang ni kita cerita tentang Drama Atas Nama Cinta pulak. Antara pelakon-pelakonnya ialah Shah Iskandar Mahfuz sebagai (Saiful/Ghaz), Fiza Halim memegang watak (Cinta), Shahz Jaszle (Tengku Farish), Wan Shade (Sulaiman), dan Roy Azman (Ahmad),dan Tasha sebagai (Balqis).

Drama bergenre romantik Atas Nama Cinta mengisahkan Ahmad bersama anaknya, Saiful pulang ke kampung halaman selepas melarikan diri daripada pengutip hutang yang mengejarnya. Dikampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta. Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, bapa Saiful buat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara.

Apakah kesudahan drama ini? Bagaimana pula tentang perhubungan Saiful dan Cinta apabila mereka telah dewasa? Ikuti kesudahan drama ini.

Drama ini akan ditayangkan di TV3 bermula pada 13 Februari 2012, 7-8 mlm, minggu hadapan. Jom kita tengok citer ni best ke tak?