| Geng Tumbler beraksi |
Wednesday, January 7, 2026
Sibuk awal Tahun 2026
Monday, January 5, 2026
Makan Steamboat di Sirip Steamboat & Grill Ukay Boulevard
Menunaikan hajat kakak ipar aku yang nak belanja Hanif sempena hari lahir dia yang ke-17 bulan Disember tahun lepas. Asyik tertangguh je kan.
Bertolak dari rumah selepas Maghrib sebab kita dah buat tempahan untuk pukul 8.00 malam. Tersalah jalan sekejap sebab mula-mula ingat di Taman Kosas, Ampang. Laki aku lah. Dia kata kat Waterfront, aku pun a ah kan saja. Dia bukan bagitahu aku details, nama restoran masa di buat booking minggu lepas. Lepas tu eh eh dia nak salahkan aku pulak. Lepas tu dok tanya aku betul ke, betul ke. Aku kata ikut sajalah Google Maps tu. Suami aku anti-Waze. Dia kata Waze selalu bagi jalan yang salah. π
| Harga setakat aku pergi, 3 Jan 2026 |
Aku dapat rasa spaghetti Olio Aglio. Okay cuma banyak bawang putih. Kuah untuk steamboat tu kita pilih kuah tom yam. Tapi rasa tom yam tu tak rasa sangat. Johny's Steamboat kuah tom yam lebih sedap. Kakak ipar aku makan laksa, kuah laksanya agak cair sedikit. Yang untuk cicah semua tu ada mayonese, chili flakes oil, cili api, garlics etc.
| Gambar Google, aku terlupa snap gambar π |
| Gambar Google |
| Gambar Google, lebih kurang beginilah pemandangan makanannya |
Disebabkan kami datang lima orang, mereka bagi kita guna dua dapur. Papa, Hadif dan kakak ipar aku satu dapur. Aku dengan Hanif guna satu satu dapur. Nak masak tidaklah terlalu lama. Tempat bahagian grill dilapik dengan kertas minyak yang mana pada aku jimat masa untuk mencuci walaupun kertas baking paper tu kita nampak macam ada extra cost tapi sebenarnya banyak jimat juga. Jimat masa, jimat sabun, jimat air.
| Banyak budak ni makan |
| Birthday boy |
| Dah sama besar dengan kakak ipar aku |
Pada aku Teh Tarik sangat sedap. Tiga cawan aku minum. Tak pandang dah air lain huhu. Suami dan kakak ipar aku pun kata Teh Tarik sedap. Air yang lain biasa.
| Teh Tarik sedap yang buat aku tidur pukul 7 pagi esoknya π |
Kalau korang jenis yang biasa pergi BBQ Town, Sukiya dan Shabuyaki, korang mungkin akan ada rasa sedikit kecewa tapi redha makan di sini. Disebabkan Teh Tariknya yang sedap kekecewaan tu akan terubat hehe.
Jika hendak dibandingkan dengan Sampan Steamboat & Buffet Setapak, Sirip Steamboat ni lebih okay dari segi harga. Sampan Steamboat harga mahal tapi makanan biasa. Lepas bayar mesti ada rasa ralat. π
Yang mana tak pernah try korang boleh datang try. Sirip Steamboat ni buka dari 5 petang hingga 12 malam (Isnin - Jumaat). Sabtu dan Ahad buka dari 3 petang hingga 12 malam. Hari Selasa mereka tutup.
Ada review kata sedap dan okay. Ada review kata yang sebaliknya. Pada aku average. Kakak ipar aku pun kata perkara yang sama.
Sunday, January 4, 2026
Pergi ke Chinese Muslim Food Festival di 1 Utama
Aku terlupa yang office tutup empat hari sempena Tahun Baru. Dengan penuh semangat aku masuk office walaupun selepas Solat Jumaat. π
Dah Hadif nak ikut, terpaksalah aku tunggu dia. Bila sampai office aku kata dalam hati bagus betul dorang ni tak masuk office lagi. Malam tadi ada pergi "reach out'' mana-mana ke? Kebiasaaannya, geng geng office aku kalau dah pergi buat "reach out'' keesokkan harinya dorang akan lambat masuk office.
Kemudian baru aku baca whatsapp, kawan aku ajak pergi 1 Utama, ada Chinese Muslim Food Festival katanya. Barulah aku teringat yang office tutup empat hari hahahaha. Disebabkan aku pun takde buat apa aku dengan Hadif ikut saja la plan pergi Food Festival. Saja nak tengok.
Jalan dah agak sesak. Hujan lagi. Nak dapat parking pun susah. Selepas Mid Valley dan Sunway Velocity, 1 Utama adalah mall yang aku tak suka pergi kecuali untuk main bowling. Itu pun last aku ke OU dua tahun lepas dengan mak dan adik-adik aku. Mall yang besar tapi membazir tenaga. Baik pergi My Town.
Masuk ke Tapak Pesta Makanan tengok ramai juga yang datang. Ada beberapa booth aku nampak orang beratur panjang. Tak tahu apa yang depa suka. Aku tak minat Food Festival sebab pada aku nak dapat makanan sedap tu susah. Makanan pula harga lebih kurang restoran dalam mall. Baik lepak restoran dalam mall je. Kenyang pun kenyang.
| Tempat BBQ ni unik buat orang ramai tertarik |
Ini duit habis tapi tak kenyang. Sudahnya, kawan-kawan office aku semua menggelupur kelaparan termasuklah Hadif. Aku cuma beli pau je. Itu pun sebab jenama pau tu Pau Sedap. Brand yang aku suka. Lain-lain tu aku tak beli.
Kawan aku beli udang goreng tepung, kambing grill, kentang apa entah aku tak tahu nama, itik dengan ayam aku lupa masak apa.
| Satay, tapi tak pasti satay yang bagaimana, tak beli |
Semua makanan yang dibeli rasanya biasa je nyah huhu. Dan aku pun tak tahu kenapa ramai orang beratur. Air harga RM5 segelas yang mana aku rasa tak berbaloi. Baik minum kedai mamak Milo Ais mangkuk kaw baru RM3.50 - RM4.00. Puas hati sebab sedap.
Masa balik tu nak bayar parking pun leceh. Kena install app OU. Jenuh laa, nak install app. Lepas tu bayar online hihi. Bagus kawan-kawan aku semua dalam kategori penyabar.
| Muka tak puas hati sebab makan tak kenyang |
| Ini kentang tapi tak tahu namanya apa, rasa tak sedap sangat |
Tapi, itulah kan. Nak komplen lebih pun tak boleh. Sapa suruh gatal pergi Food Festival. Makan pun tak kenyang. Pergi jalan sesak. Balik pun jalan sesak.
Kesudahannya, kita semua lepas tu makan Nasi Ayam Hainan di Ampang. π
Tiada azam baru untuk Tahun 2026
Thursday, November 27, 2025
Kertas SPM Sejarah 2025 yang melegakan hati
Tuesday, November 25, 2025
Selamat menduduki Perperiksaan Bertulis kepada Calon SPM Tahun 2025
Hari ini 25 November 2025,
Selamat menduduki Perperiksaan Bertulis kepada semua anak² calon SPM Tahun 2025 termasuk anak aku.
Semoga segala usaha selama ini diberkati, dipermudahkan, diberi ketenangan dan dapat keputusan yang cemerlang. Ameen.
Ada calon yang habis awal 4 Disember. Anak aku kertas terakhir dia adalah pada 22 Disember 2025.
Dia memang tak tenang. π
Hari² tanya macam mana kalau apa yang dia "study" selama ni tak keluar? Aku cakap just belajar je. InsyaAllah usaha tak akan mengkhianati kita. Paling penting jangan over confident.
Usaha aku untuk support dia, ialah membawa anak aku study di Perpustakaan Negara setiap minggu kecuali kalau ada hal pada hujung minggu tu. Tapi bulan ni dia request kat aku nak study kat office sebab dia kata kat library ramai orang. Aku ikut je la.
Aku nampak bagaimana dia buat revision jadi, apa sahaja keputusan yang dia akan dapat nanti aku redha. Masa belajar dan membebel pun dah habis. Kita tunggu sahajalah keputusannya nanti.
πΈ Perpustakaan Negara, 2025
Monday, September 22, 2025
Hadif dengan drama dia, terlambat bangun, tak pergi ke sekolah
As usual aku set jam pukul 5.45 pagi, kali kedua aku set alarm 6.00 pagi.
Pukul 6 pagi aku bangun, pergi ke bilik anak-anak bujang aku bangunkan Hadif. Dia kata okay. Aku pun keluar baring di sofa sebab dah mengantuk sangat. Malam tadi aku tidur tak berapa nak lena. Tambah dah makan piriton dua biji sebelum tidur so aku lalok haha.
Rupanya, dia tak bangun. Aku tersedar 6.30 pagi dia masih lagi berada diatas katil. Aku jerit panggil baru dia bangun menggelupur.
Pukul 6.55am dia kata dah siap. Aku memang tak boleh nak hantar dia sebab time itulah waktu jalan sesak. Aku minta dia tolong papa dia hantar. Tapi papa dia pun tak nak hantar.
Papa dia kata, "Malam tadi papa dah suruh tidur awal kan. Tapi tak nak dengar, kan pagi ni dah lambat bangun."
Sudahnya, tak bersekolah ler dia hari ni.
Memang pisang la kan duduk kat rumah tanpa apa-apa aktiviti. Tak senang duduk. Kawan-kawan dia di sekolah bergembira, dia terpaksa tinggal dirumah. Mahunya tak stress? Pengajaran buat diri dia sendiri papa dia kata.
Jadinya, malam ni dia dah tidur awal. Takut tak boleh nak bangun esok hahaha.
Tuesday, September 9, 2025
Kedai Mamak dapur nombor dua
Setiap orang mesti ada satu kedai makan ‘favourite’ yang rasa macam rumah kedua. Untuk aku, kedai mamak kat hujung taman tu bukan sekadar tempat isi perut, itu dah jadi dapur nombor dua kami sekeluarga.
Aku dah tak payah fikir panjang bila nak beli nasi bungkus untuk anak-anak. Setiap kali sampai, aku cuma cakap:
“Boss, saya mau bungkus nasi dua kasi anak.”
Itu je. Tak perlu detail lauk. Tak perlu tunjuk-tunjuk. Tak ada sesi soal siasat. Mereka dah faham sangat. Dan yang paling penting tak pernah ambil kesempatan.
Setiap bungkus nasi anak aku akan dibungkus berasingan. Takkan sekali pun mereka campur dalam satu plastik.
Sambil hulur nasi, boss kedai akan senyum dan kata:
“Okayy kakaaaa, ini plastik itu kecik (Hadif) punya, ini plastik satu busar (Hanif) punya…”
Dalam hati aku tersentuh mereka hafal order anak aku!
Hadif punya nasi: ayam goreng, nasi putih, serdak tepung goreng, dan kuah kari kambing.
Hanif pula: ayam goreng, nasi putih, bawang goreng dan kuah campur.
Setiap kali, ayam mesti yang paling besar. Kuah tak pernah kedekut siap lebih dari cukup. Nasi pun memang banyak. Sebab tu anak-anak aku suka sangat makan kat sini. Kadang sampai licin pinggan!
Dan satu lagi harga tak mahal macam kedai lain. Anak-anak aku siap pernah cakap:
“Nasi campur mahal lah...”
Tak payah tunggu mereka merungut, aku pun dah setia dengan kedai mamak ni. Sedap, murah, ikhlas, dan penuh kenangan kecil yang buat hati rasa syukur.
Penutup: Layanan terhadap pelanggan penting
Kadang-kadang, kasih sayang tak perlu datang dari orang yang rapat saja. Ia boleh datang dari mamak kat kedai, yang setiap hari berikan layanan jujur dan ikhlas.
Terima kasih, boss mamak. Anak-anak pun sayang tempat ni macam rumah sendiri. Cuma kena bayar je la hihihi
Kakak ipar masuk hospital check-in diri sendiri
Malam tadi, aku tidur awal—belum pun pukul 10 malam mata dah terlelap. Rasa macam tak biasa pula, sebab biasanya mata ni susah nak lelap awal. Tapi itulah, mungkin badan penat sangat.
Sebelum tidur, aku sempat dengar suami aku cakap yang kakak ipar nak ke hospital. Tapi aku tak tanya lebih, sebab mata pun dah berat sangat. Dalam kepala fikir, “Oklah, nanti pagi-pagi boleh tengok update.” Tak sangka, rupanya dia terus admit masuk wad malam tu.
Lepas Subuh, aku keluar berlari macam biasa. Dah selesai, terus balik rumah, mandi, bersiap, dan on the spot panggil Grab ke hospital. Kakak ipar aku masuk wad malam tadi dalam keadaan tak berapa stabil, jadi nurse tak benarkan dia turun ambil barang. Takut dia terpengsan katanya.
Barang-barang dia—beg baju, bantal, charger semua—masih elok tersimpan dalam kereta. Jadi, aku datang tolong hantarkan. Takkan nak biar dia tanpa barang keperluan. Dalam hati kata, "Kesian pula, masuk wad sorang-sorang macam tu."
Sampai-sampai dekat hospital, aku pun tarik beg kakak ipar—jenis beg tarik yang gaya ala-ala pelajar Akademi Fantasia tu, siap dengan bantal peluk dan semuanya. Tiba-tiba pak guard tanya,
“Masuk hospital ke?”
Aku pandang dia sambil senyum—mekap on point, baju elok, muka ceria—dalam hati, “Eh, saya nampak tak sihat ke?” π Tapi takpelah, mungkin dia cuma nak bantu.
Sebab tu pagi ni aku cepat-cepat datang. Tak nak bagi kakak ipar rasa sunyi macam aku pernah rasa dulu. Bukan seronok pun tidur hospital. Huhu.
Monday, September 8, 2025
Kenapa aku suka bawa Hanif pergi perpustakaan?
| *Lokasi Tingkat 3, Perpustakaan Negara Malaysia. Jenuh naik tangga. Sebab tu bila dah naik kami tak turun dah.π€£ |
Pagi, bangun awal. Makan dulu (kalau aku dah masak) atau makan kat kedai. Tak pun bila sampai library dah dapat meja kita akan turun makan kat kafe barulah mula study. Jadi, masa untuk belajar tu tak terganggu.
Kalau dirumah, sekejap adik panggil, sekejap adik ajak dia bercerita, sekejap adik tanya soalan macam-macam. Bila dia tak respon adik dia merajuk terus mengadu. Nanti dia juga kena tegur dengan papa atau dengan aku terus mood nak study tu akan hilang. Tak termasuk kena angkat baju la, papa panggil laa etc. Nanti perkara yang dia sepatutnya dah faham dia akan jadi tak faham sebab terganggu.
Lebih baik kita keluar. Pakai baju cantik². Smart. Then lepak perpustakaan. Itu dinamakan "enclothed cognition". Otak kita akan dapat signal dan baca sebagai "oh dah sedia untuk belajar" dan automatik otak akan jadi lebih fokus.
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Semalam, Pergi Kedai Kim Kee Nasi Ayam Hailam kat Ampang Jaya. Dinner dengan kawan kawan. Lama tak jumpa kan. Ya Allah, betul betul gen...
-
Sebenarnya untuk membuat blog dengan menggunakan blogspot bukanlah sesusah yang disangka. Hanya dengan beberapa langkah asas sahaja anda su...

