Wednesday, April 3, 2013

Sinopsis Drama Sedetik Cinta Slot Akasia TV3


Dah habis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, hari ni layan pulak drama baru Sedetik Cinta. So far, so good, tp hubby tak minat sangat. Ye la, mula-mula memang la ala-ala boring sikit, tapi nanti lama-lama best pulak layan.

Drama ini ibintangi oleh Hanez Suraya, Awal Ashari, Zarynn Min, Tunku Hanis, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama ini diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh MP Roslin Md Sharif serta skrip ditulis Mazelan Manan.

Sinopsis Drama Sedetik Cinta

Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga.

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya.

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi.

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Sumber: adamya.blogspot.com

Parlimen Dah Bubar!! Tiba Sudah PRU-13

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Awal pagi tadi, Datuk Seri Najib telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di istana negara sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya. Datuk Seri Najib sampai di istana negara tepat pada pukul 8.25 pagi tadi.

Selepas itu Datuk Seri Najib membuat pengumuman secara langsung pada jam 11.35 pagi. Berikutan itu beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan rajadan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya umum dapat diadakan secara serentak.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetap ia mesti dibuat dalam tempoh 30 hari.

PEMBUBARAN PARLIMEN: 03.04.2013
PENAMAAN CALON: Selepas 14 hari, tarikh yang diramalkan (14.04.2013)
PILIHAN RAYA UMUM KE-13: Tarikh yang diramalkan (27.04.2013)

Jom kita sama-sama turun mengundi pada PRU Ke-13 nanti. 

Friday, March 22, 2013

Epidural Anesthesia

Siapa pernah menggunakan bagi mengurangkan sakit bersalin? Saya Alhamdulillah, sebab anak baru seorang tak pernah guna Epidural. Masa bersalin Hanif dulu pun saya dah pesan kat suami awal-awal tak kira macam mana dia tengok saya sakit bersalin pun katakan tidak kepada Epidural hehe...

Penggunaan Epidural merupakan salah satu cara bersalin yang agak popular pada ketika ini kerana ia adalah proses pembiusan mengurangkan rasa sakit semasanbersalin paling berkesan dan selamat untuk ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Teknik ini terbukti selamat dan telah digunakan di Barat sejak 30 tahun yang lalu. Pakar bius (Anesthesiologist) yang akan melakukannya kerana mereka merupakan doktor terlatih dalam penggunaan ubat-ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Kesan Epidural akan bermula dalam 10 minit dan kesan maksimum dalam 30 minit. Kesan pengurangan sakit berterusan sehingga kelahiran bayi tanpa perlu mencucuk jarumbepidural di belakang badan. Ubat boleh ditambah selagi diperlukan di sepanjang proses bersalin.

Setiap ibu bertindak secara berbeza-beza kepada ubat Epidural. Kebanyakan ibu akan berasa gembira kerana ubat Epidural membuatkan mereka lebih tenang dan selesa. Ini boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.

Komplikasi jarang berlaku akibat dari pembiusan Epidural semasa bersalin. Kalaupun terjadi, biasanya tidak membimbangkan dan dapat diatasi. Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuklah penurunan tekanan darah, badan menggigil, sakit kepala dan sakit belakang.

Epidural analgesia memberi peluang kepada ibu berehat semasa proses bersalin yang agak lama iaitu ketika pembukaan pintu rahim berlaku. Epidural analgesia akan mengurangkan kesakitan dan membenarkan ibu meneran bila perlu sahaja. Jadi ibu mempunyai lebih banyak tenaga. Sekiranya ibu tiada rasa untuk meneran, kakitangan bilik bersalin akan memastikan ibu meneran apabila berlaku "contraction". Jadi tiada masalah sekiranya rasa meneran itu tidak ada.

Terdapat juga kaedah lain untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin iaitu suntikan pethedine yang perlu diberi 4-6 jam sekali. Kesan penahanan sakit biasanya kurang berbanding epidural, lagipun ia boleh memasuki darah bayi dan menyebabkan kesan sedatif kepada bayi. Bayi mungkin perlu mendapat bantuan pernafasan selepas lahir. Menyedut gas Entonox (campuran oksigen dan nitrous oxide). Kaedah ini memerlukan ibu menyedut gas ini sebelum sakit datang. Selain pengurangan sakit yang tidak begitu kuat, ramai ibu tidak dapat menggunakan cara ini dengan betul menjadikannya kurang berkesan. Cara-cara lain seperti akupuntur dan latihan pernafasan dan meneran semasa bersalin.


Sumber: Majalah Nur

Wednesday, March 20, 2013

Secret Club For Mommies On The Media

Ok, first thing first. Pernah dengar tentang Secret Club For Mommies? Mungkin ya sekiranya anda merupakan ahli dalam group ini atau tidak sebab bukan ahli. Sebenarnya kumpulan ini khas untuk ibu-ibu, wanita yang dah berkahwin dan yang bakal menjadi ibu sahaja. Anak dara tiada ye. Bapak-bapak pun tak ada dalam ni. Kalau berangan nak masuk pun takkan dapat punya.

Sebelum ni kalau nak cari dalam blog saya ni pun memang saya tak pernah menceritakan tentang SCFM ini. Bukan sebab tak suka sebab ia merupakan Secret Group. Nama pun dah secret so takkan cheq nak dedahkan ye dak. Tapi, since dah keluar Metro 20/03/2013 saya rasa ok la sekiranya saya bercerita sikit tentang SCFM ni sebab satu Malaysia dah tau. 

Bercerita tentang SCFM, sebenarnya best join group ni haha saya promote lebih dari Metro pulak. Ok back to the topic, SCFM is all about sharing is caring. Anda boleh share pengalaman anda sebagai seorang ibu atau boleh bertanyakan soalan tentang kehamilan, bayi, penyusuan susu ibu, bersalin dan berpantang, keagamaan, perihal keibuan dan perihal kewanitaan. Skopnya agak meluas sekiranya nak dibandingkan dengan kumpulan yang lain. Boleh dikatakan semua boleh dikongsikan di sini asalkan memenuhi matlamat dan objektif SCFM. Tiada istilah aku lebih pandai sebab aku ramai anak, nope... Setiap ibu mempunyai pengalaman lain-lain. Tak semua cara kita membesarkan anak adalah sama. Kalau anda sedar bahawa cara kita membesarkan anak zaman dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Jadi, untuk kita sebagai ibu zaman moden perkongsian ilmu sangat penting. Mungkin saya lebih sesuai ikut cara A, atau saya boleh cuba ikut cara C. Kita tak pernah kata "eh, awak tak boleh buat macam tu sebab nanti..bla..bla..bla.." so far sepanjang saya di dalam group ini tak pernah lagi jumpa ayat yang sedemikian rupa. Semua komen yang diberikan untuk setiap soalan merupakan komen positif.


Mungkin anda banyak menyertai kumpulan wanita atau ibu di Facebook, tapi bagi saya SCFM merupakan kumpulan yang terbaik yang pernah saya sertai. Kumpulan ini tidak terhad kepada surirumah sahaja, malahan sekiranya anda seorang wanita sekalipun anda juga tetap seorang ibu, isteri dan wanita. Kadang-kadang dalam tempoh kita membesar dan mendidik anak sedari mereka lahir akan ada cabaran yang perlu kita tempuhi sehingga boleh menyebabkan stress bagi sesetengah ibu. Percayalah, pada ketika ini kita amat memerlukan sokongan dari seseorang yang juga sebagai seorang ibu. Di sinilah, berfungsinya ahli SCFM kerana ramai ibu yang akan memberi kata-kata semangat dan yang memberangsangkan. Sangat professional. Hah...dalam komen pun boleh professional apa.

SCFM 8th Gathering, 09th March 2013

Saya menyertai SCFM pada Februari 201. Pada masa itu ahli-ahlinya cuma dalam seratus lebih sahaja. Memang seronok sebab banyak topik yang dibincangkan. Boleh bergelak ketawa di dalam tu. Walaupun tak kenal tapi boleh story banyak benda terutamanya yang berkaitan dengan pengalaman sebagai seorang ibu. Semakin lama semakin ramai ahlinya dan sehingga kini SCFM mempunyai hampir 4000 ahli. Selain dari itu, SCFM juga banyak mengadakan perjumpaan di antara ahli-ahli dengan konsep "port-luck". Tujuannya, adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan sesama ahli. Sehingga 9 March 2013 sebanyak lapan kali perjumpaan telah diadakan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. InsyaAllah selepas ini, saya akan cuba update aktiviti SCFM dari semasa ke semasa dan akan buat ruangan khas untuk SCFM di dalam blog ini. 

Koleksi gambar-gambar perjumpaan ahli
Rasanya tak perlu lagi nak cerita panjang sebab anda boleh ketahui semuanya dalam Suratkhabar Metro hari ini. Tapi sebagai salah seorang dari ahli SCFM saya amat berbangga kerana saya berFacebook dengan tujuan, Bukan setakat update status yang kadang-kadang tak relevan. Lebih baik dimanfaatkan untuk membantu dan educate ibu dan bakal ibu di luar sana. Yang belum berkahwin, mintak maaf banyak-banyak anda belum boleh lagi menyertai SCFM ni. Sebelum anda layak menjadi ahli, admin akan scan anda from A to Z, tak boleh sesuka hati nak approve. Amat digalakkan sekiranya anda direkemenkan oleh ahli SCFM sendiri InsyaAllah admin SCFM akan terus approve anda. Tercari-cari link Secret Club For Mommies? Boleh klik kat SINI.

"That is what friendship means. Sharing the prejudice of experience - Bukowski"


Tuesday, March 19, 2013

Bukan sebab tahun baru ye, hi semua...


Assalammualaikum semua, Alhamdulillah akhirnya dapat jugak corat coret kat blog yang dah bersawang ni. Tak lama sangat kot kan. Tahun yang sungguh sibuk pada awalnya dan menjadi tahun yang amat memenatkan untuk dua bulan berikutnya. Bukan bermaksud nak tahun baru. Nope...

Dengan domain baru memang banyak usaha yang perlu dilakukan untuk upkan trafik seperti sebelum ni. Rasa tension jugak sebab mana nak bahagikan masa untuk godek blog, untuk blogwalking, buat kerja lain lagi. Mak bukan dok ofis je. Mak travel ke sana ke mari. Bila balik petang layan anak bujang kesayangan sorang tu sampai ke malam. Tengok trafik sejak akhir-akhir ni pun sedih. Tapi apakan daya. So, I just let it go with the flow. Respect dengan blogger yang sangat rajin blogwalking. Gua memang surrender.

Entah, rasa macam tak ada idea sangat nak berceloteh ni di tengahari panas terik menantikan hujan turun. Banyak nak story tapi nak rehat dulu. Mak kepala takleh beban sangat sekarang. Nanti kang ada yang tak bangun pulak sebab terbaring menahan rasa. See ya!! ;)

Thursday, January 10, 2013

Selamat tinggal 2013, hello 2012!


Sedar tak sedar dah 31 Desember 2012. Terasa cepat sangat masa berlalu especially jika anda seorang agen insurans macam saya atau mana-mana agen di Malaysia ini yang buat sales hehe. Rasa masa yang telah berlalu terbuang begitu saja. Banyak lagi yang tak dapat dicapai untuk 2012 ni. Jadi azam 2012 terpaksa postponed ke 2013 malah rasa lebih "clean & clear."

Semalam, Agent Planning Workshop untuk Al-Isra' Associates Level 8, Jaya 33. Haaa...untuk pengetahuan semua Al-Isra' dah ada banyak cawangan. Kita ada di Kajang, Klang, Kelantan, Kuala Terenganu, Penang, Seremban, Melaka, Ipoh Perak, Kuching Sarawak dan Kota Kinabalu Sabah. Di Jaya 33 ada dua, satu
di Level 8 dan satu lagi di Level 7. Bila buat APW & Quarterly Review pun dah kena asing sebab agent dah terlalu ramai. Sehingga 31 December 2012 agen Al-Isra' Associates ada dalam lebih kurang 1100 agen.

Ok berbalik kepada Visi 2013, haru tu dah present Vision Board 2013 kat semua group members. Lama tau pikir apa yang mahu dicapai untuk 2013 nanti. Bukan takat tu je. Visi yang SMART Goal. Goal yang ingin dicapai haruslah Specific, Measureable, Archivable, Realistic dan Timely. Barulah kita boleh capai goal kita. Alhamdulillah setelah berfikir selama beberapa hari saya rasa saya jelas dengan visi diri sendiri. 


Cuma kena korban masa lebih sikit. Fully utilised masa yang ada. Pengorbanan demi untuk anak dan suami serta masa depan. Bukan setahun, mungkin akan mengambil masa lebih kurang 10 tahun. Maknanya by the age of 43 yrs barulah boleh dikatakan dapat hidup dengan selesa sekiranya bekerja keras. Sebolehnya target pada umur 40 tahun dapat hidup dalam keadaan selesa. Bila difikirkan balik memang terasa betapa emasnya masa yang terbuang. So, mulai dari sekarang kita janganlah membuang masa kerana umur kita sudah tidak panjang. Mungkin esok, atau lusa maut akan menjemput kita, kita tak tahu. Apa yang perlu kita lakukan "do the best as we can, InsyaAllah Allah akan bantu orang-orang yang sentiasa berusaha ini.

Semoga kita semua mencapai apa yang kita azamkan untuk tahun 2013 ini. Amin...

SelamatnTahun 2013.

Monday, December 31, 2012

"Google Code Subversion Repository"

Tension beb, bila bukak blog. Tetiba je keluar macam ni:


Mana taknya, sebab bila asyik keluar je orang pun akan malas nak visit blog & automatically traffic akan drop. Dah la tukar domain, pastu ada pulak macam ni memang tak de sape nak datang jenguk. Orang malas nak "click2".

Alhamdulillah cari punya cari, godek punya godek barulah
tahu sebab apa jadi begitu. Rupanya saya ada add RECENT COMMENT gadget. The problem is coding kat situ dah rosak aka ada error. Tu yang menyebabkan asyik keluar je benda alah tu. Ingat saya seorang je yang kena. Rupa-rupanya semua visitor yang datang menjengah ke blog ni akan face the same thing.

Bahaya tau sebab nanti orang tak nak datang dah blog kita sebab mesti depa kata ada virus huhuhu...

How to solve is, saya just delete je gadget RECENT COMMENT tu tadi. Alhamdulillah semua dah ok.

;)


Saturday, December 22, 2012

Happy 6th Anniversary My Dear

I never can find the right words to say, I just go with the flow each & everyday.

My love for you is Indescribable
Growing by the day,
Immeasurable
Sometimes love is Speakable,
Utterable


Alhamdulillah after 6th years
Without a doubt we are Compatible & this bond so strong, InshaAllah
Unbreakable

Indeed your a handsome man
One who is Respectful,
A Dutiful Husband, Loyal, and Faithful, The way you teach me, with kind words

You see even with the little you have, MashaAllah you are so Humble, Always Thankful,
And help me realize how anythings Possible
When ever I'm in Trouble,
Or when I Stumble and Ramble
Your always so caring,

If there was one thing I could ask Allah for, I would tell him that its you i adore

Tell him Ya Allah, that my whispers mean a lot;
Cover him up Ya Allah, with my warm caress and tenderness..
Only affordable through your everlasting Grace upon

I will make doa for you and me,
that we can be in Jennah and always be.

I will love you forever, you have the key to my heart, you unlocked it so now we can never be apart.

"Happy Anniversary to you & us sayang & Hanif completed us with every moments we have"

Wednesday, December 19, 2012

Selamat Hari Lahir Muhammad Hanif Iqbal

Hari2 terakhir, setiap 2 minggu pegi scan to make sure the EDD dan gender. If x sama pun tak apa. as long as baby aku sihat. When the time comes rs hati bercampur baur. One week earlier berkampung at hospital. Tak kisah asal baby selamat. Tiba hari bersejarah, tanpa pengalaman yg pasti sesungguhnya aku berkata di dalam hati, mama hilang nyawa takpe yg penting ank mama selamat dilahirkan. Dengan suami tersayang yg berada di sebelah memberi kata2 semangat, dgn dikelilingi 10 org termasuk bidan, doktor dan jururawat yg mendesak. Aku rs tersesak. Hampir putus harapan. Kudrat makin lemah. 15 minit terakhir dgn sisa tenaga yg tinggal, ku tarik nafas dalam2 sambil berkata, apa nk jadi, jadilah. Aku push sekuat hati utk terakhir kalinya.

Tanpa sedar aku rs lega. "Alhamdulillah...puan dah selamat bersalin baby-boy dgn berat 3.8kg" Pengalaman yang tak dapat ku lupakan sampai bila-bila. Tak terasa airmataku mengalir. Beradanya dia di sisiku telah menghilangkan segala sakit perit yg ku lalui. Kini sudah 4 tahun berlalu. Anak mama dah bsr, dah pandai berckp tanpa henti. Melasak tak tentu pasal. Manja yg terlebih. Dialah penghibur hatiku dan dialah penawar dukaku.

Merenungnya setiap mlm lena diulit mimpi sentiasa mengundang rasa keresahan hatiku sbg seorg ibu. Seandainya dia dewasa dan tahu hala tujunya. Adakah dia akan berlari-lari lg kearahku utk meminta sesuatu yang tak dapat dicapai? Adakah dia, sentiasa meminta tunjuk ajarku untuk sesuatu yg dia tidak pasti? Adakah dia akn selalu berkata "sayang mama" dgn sepenuh hatinya? Adakah nanti dia akn dtg bertanya "knp mama nangis"? Adakah setiap kali bangun dari tidur dia akn menangis mencari aku sambil memanggil "mama"?Adakah dia sentiasa berada dipelukkan ku setiap masa? Adakah aku akn menjadi penawar hatinya seperti dia yg selalu menjadi penawar duka hatiku? Haihhh...too high ecpectation maybe.

Seperti jugak smua ibu di dunia ini. Tiada yg berdoa utk kehancuran ank sendiri.

Selamat hari lahir anakku Muhammad Hanif Iqbal,

Mama berdoa semoga hidupmu sentiasa diberkati oleh Allah SWT, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki, menjadi ank yg soleh & sentiasa taat kepada org tua. Jadilah insan yg baik & berguna pada masa akn dtg kelak. Mama & papa akan sentiasa berdoa utk Hanif. Amin...

Thursday, December 13, 2012

Datuk K Accident di Queenstown!

KL, 13 DIS 2012: Kakak ipar Dato' Siti Nurhaliza, Datin Zaiton Muhd Jiwa memberitahu bahawa penarikan diri penyanyi popular tanahair itu daripada menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang sepatutnya dijadual berlangsung di Banjarmasin pada malam ini adalah disebabkan kemalangan yang menimpa suaminya, Dato` Khalid Mohd Jiwa sewaktu dia menunggang motorsikal berkuasan tinggi bersama rakannya di Queenstown, New Zealand, hari ini.

Kata Zaiton, dia mendapat tahu mengenai kemalangan tersebut daripada rakan Dato` Khalid sendiri.

"Dia beritahu bahawa Khalid telah cedera teruk selepas ditimpa kemalangan dan telah pun dimasukkan ke hospital," katanya.

Menurut Zaiton lagi, dia kemudian berusaha untuk menghubungi pihak hospital terbabit untuk mengetahui keadaan adiknhya itu dengan lebih lanjut.

"Kata salah seorang kakitangan hospital tersebut, Khalid berada di dalam keadaan stabil. Namun, mereka terpaksa merawatnya dengan lebih lanjut kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah termasuk di bahu dan mereka bimbang kalau-kalau ada berlakunya kecederaan dalaman.

"Buat masa ini, itu sajalah yang mampu Kak Tun beritahu. Sebab, Khalid masih belum boleh bercakap lagi. Mungkin kesan daripada ubat yang diberikan.

"Hendak cakap lebih-lebih pun susah, sebab Kak Tun tak tengok lagi keadaan diri dia. Apatah lagi bercakap. Tuhan sajalah yang tahu macamana perasaan Kak Tun pada waktu ni. Ibu Kak Tun pula dari tadi asyik break down saja. Kalau boleh, hari ni jugak Kak Tun hendak terbang ke Queenstown melawat dia di sana. Malangnya, semua flight telah pun habis ditempah. Maklumlah cuti sekolah," katanya.

Pun begitu, Zaiton berkata, dia berhasil mendapatkan tiket ke Queenstown pada 12 tengahari esok.

"Kak Tun akan ke sana bersama Siti dan seorang ahli keluara angkat iaitu Datuk Yahya. Dialah yang uruskan tempahan tiket kami semua," katanya.

Jelas Zaiton lagi, sebaik saja mengetahui tentang berita kemalangan Khalid itu, dia cepat-cepat cuba untuk menghubungi adik iparnya, Siti.

"Tapi mungkin waktu itu dia sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Banjarmasin, jadi Kak Tun tidak dapat berhubung dengannya dan kebetulan pula telefon bimbitnya rosak.

"Tapi, akhirnya Kak Tun dapat juga cakap dengan dia. Dia juga terkejut dengar berita itu dan cepat-cepat membatalkan konsertnya di Banjarmasin. Yalah, macam mana dia nak buat persembahan sedangkan suaminya kemalangan.

"Dia kemudian beritahu kak Tun supaya menempah tiket cepat-cepat untuk ke Queenstwon. Kini dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia bersama pengrusnya Rozi Abdul Razak. Mereka dijangka tiba di tanah air kira-kira jam 6 petang hari ini.

"Kak Tun pun tak tahu berapa lama Kak Tun akan berada di sana (Queenstown) nanti. Semuanya bergantung kepada keadaan diri Khalid. Apapun, Kak Tun harap ramai yang akan doakan yang terbaik untuk adik Kak Tun itu," katanya.

Sementara itu, Zaiton turut memberitahu bahawa ramai peminat di Banjarmasin yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa Siti terpaksa membatalkan konsertnya di wilayah itu.

Konsert di Banjarmasin adalah konsert Ekspresi Karya Gemilang untuk siri yang ketiga. Ia turut dijayakan artis-artis Malaysia dan Indonesia yang lain seperti Rossa, Amy Search, Shila Amzah, Ungu, Armada, Inka Christie dan Titi DJ.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Datuk K cepat sihat. Amin.


Sumber: murai.com.my