Sunday, December 9, 2012

Yakin berdikari, semua buat sendiri

Sejak akhir-akhir ni aku perasan dua tiga perubahan pada Hanif bila dah nak masuk 4 tahun. Salah satunya ialah semua benda dia nak buat sendiri. Nak mandi sendiri, pakai baju, nak pasang kipas, cuci pinggan, cuci sinki dan banyak lagi la. Sepatutnya sebagai seorang ibu aku happy lah kan sebab dia dah pandai berdikari. Semua buat sendiri. Akan tetapi dari satu sudut hati aku rasa sedih sebab tak lama lagi mesti dia tak perlukan mak dia untuk buat semua benda remeh temeh tu. Huwaaa sedih...

Makin lama makin terasa kurang kerja kalau nak dibandingkan masa dia masih baby dulu. Sekarang, kalau dia lapar dia mintak dan kalau haus pun mintak. Tak ada la nangis nangis macam dulu. Aku rindu sebenarnya time dia nangis-nangis huhu.

Dulu dia asyik demam dan sakit je. Aku yang bersengkang mata tak tido malam jaga dia. Tapi lepas operation "buang tonsil" tahun lepas Alhamdulillah dia dah sihat sehingga sekarang. Akan tetapi malam tadi aku tengok dia tak boleh tido rupa-rupanya hidung dia tersumbat. Nak kena flu. Sikit je pun tapi aku yang resah sepanjang malam.

Adakah semua ibu-ibu kat dunia ni sama dengan perasaan aku sekarang ni? Dari satu segi aku seronok tengok dia dah pandai dan bijak di samping selalu menunjuk kepandaian dia. Tapi jauh di lubuk hati aku tersentuh...

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau berkatilah hidup anakku sehingga ke akhir hayatnya"



Keikhlasan seorang kawan - Penjual Insurance

Masa tengah mencari bahan-bahan rujukan untuk blog tiba-tiba saya terjumpa satu blog ni http://adiharriman.com bercerita diri dia yang hampa dengan kawan dia yang merupakan seorang agen insurans.

"Saja nak kongsi, so semua boleh evaluate sendiri.

 Aku ada sorang member penjual insurance prudential yang mana merupakan geng golf aku. Hampir setiap minggu main golf dengan dia. Selalunya dia yang call ajak. Yang cerdiknya penjual insurance ni, dia tak approach direct. Lepas berkawan hampir setengah tahun baru dia sembang pasai insurance. Aku kata tak nak involve anything yang tak Islamic.


Dua tiga bulan kemudian dia cakap yang Prudential dan keluarkan Islamic insurance team up dengan BSN dengan nama Predential BSN Takaful. Lepas fikir panjang, akupun ambil satu famili. Lepas sign semua, dia masih main golf dengan aku. Lepas tu melalui aku, dia approach boss aku. Lepas sebulan, boss aku pun ambil insurance dengan dia. Lepas tu aku sibuk main golf dengan geng lain. Tapi bila aku tak cukup orang, aku call dia, dia kata dia sibuk dengan produk baru. Aku tak syak apa2.

Sebulan kemudian, aku call lagi – ada conference pulak. Dan macam-macam alasan. Dah hampir 2 tahun aku tak main dengan dia. Tapi kerap juga nampak dia main dengan orang lain. Aku tak marah cuma kecewa. Kita ikhlas berkawan tapi dia berkawan ada sebab.

Moral of the story: Berhati-hati bila berkawan. Keikhlasan adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat tapi akan terserlah juga bila tiba masanya."

p/s: kawan ada makna, semoga saya tidak begitu. In Sha Allah...

Friday, December 7, 2012

aleyanazuriq.com to sitizulaikha.com



Assalammualaikum & salam sejahtera semua. Blog ini telah menjalani proses penjenamaan semula atau lebih dikenali sebgai "re-branding".

Sebenarnya dah lama nak buat penjenamaan semula ni tp masa tidak begitu mengizinkan. Oleh kerana, malam tadi "blackout" satu taman tiba-tiba idea tu dtg. Bukan senang nak jenama semula blog ni. Byk yg perlu diambilkira. Risau tu mmg ada takut rakan bloggers dan pembaca setia tak jumpa blog sy hehe.

Seingat sy blog ini telah bertakhta di arena blogger selama 2 tahun. Berblogging bukan kerana nama, porpulariti atau nak kejar page rank. sy pun br belajar sikit2 tip-tip SEO ni. Tu pun masih tak faham jugak. Saya suka berblogging. Suka share topik2 yang berkaitan yg sy rasa boleh memberi manfaat kpd org lain. Lebih2 lg bila skg entri tentang insurans pun ada jadi, saya rasa memang patut penjenamaan semula ini dibuat. Alhamdulillah masih ada yg sudi menjengah ke sini walau hanya sebentar.

Tiada perubahan yang ketara dalam blog ini cuma dr aleyanazuriq.com akan bertukar ke sitizulaikha.com. Lgpun dah hujung tahun, alang2 nak renew domain tukar la skali. Nak guna wordpress? Sehingga ni tk terfikir lg. Pernah try tapi tak menjadi. Sanggup tukar dan baca coding one by one daripada hanya plug-in je huhu...

Diharap dgn penjenamaan semula ni sy akan dpt berkongsi lebih banyak cerita dan info dgn korg semua. Mintak bantuan kpd yg sudi bg idea utk blog ini. Idea korg sgt dihargai memandangkan tuan punya belog pun dah ketandusan fikiran.

Terima kasih kpd yg rajin dtg jengah. Tanpa anda siapalah saya. Mungkin ada yg tersesat tapi saya tetap menghargai atas kesudian anda utk singgah di teratak blog yg x seberapa ini. Nampaknya selepas ini memang trafik blog akan merundum gila. Bukan la nak kata banyak tapi adalah sikit sikit. Kena buat balik semua dari A to Z.

Lepas ni baca pulak tentang risiko yang perlu ditanggung oleh blogger especially saya selepas proses penjenamaan semula blog.

p/s: maaf kucar kacir lagi blog


Thursday, December 6, 2012

Dicky Jurusolek artis diliwat dan dibunuh!

 Seawal pagi tadi saya mendapat sms dari seorang kawan yang berbunyi begini "Dicky dah meninggal semalam. Kena bunuh. Ada berita kat Kosmo". Innalillahiwainnailaihirojiun... Masa tu jantung saya memang macam nak jatuh pun ada. Rasa sedih yang amat sangat. Mana taknya sebab Dicky merupakan antara saya punya "personal make-up artist" if ada function especially untuk Annual Dinner & Costume Contest. Even my previous employer British American Tobacco Sports Club memang setiap tahun sewa costume kat dia dan saya sendiri akan sewa costume dari dia dan Alhamdulillah memang setiap tahun saya menang untuk costume contest. Bagi saya Dicky Costume adalah tempat terbaik untuk sewa costume sebab boleh dikatakan bila kita sewa costume dia, everything complete. Semua ada.


Walaupun dia seorang yang mulut laser tapi hati dia sangat baik. Tak kering gusi dibuatnya. Hasil kerjanya sangat memang TIP TOP bagi saya. Tak tahulah macam mana saya nak gambarkan perasaan pada ketika ini. Kalau tak ada aral melintang tadi memang saya nak pergi je ke rumah arwah tadi. Tapi pada masa yang sama ada pulak urusan yang penting.

Nama Dicky yang sebenarnya ialah Othman Hassan, umur 52 tahun. Dikalangan wartawan hiburan dan artis nama glamour dia memang Dicky. Mayat dia ditemui sendiri oleh abangnya Why yang berumur dalam lingkungan 50-an pada kira-kira pukul 8 malam kelmarin setelah gagal dihubungi. Rumah arwah, di Jalan Mangga, Kampung Kassipillay, Jalan Ipoh.

Disinilah rumah dan tempat mencari Arwah Dicky

Dicky pernah menjadi jurusolek kepada Amy Mastura, Ziana Zain, Erra Fazira dan Nasha Aziz pada tahun 1990-an. Yang paling menyedihkan ialah mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat menggunakan tali langsir dalam bilik dia. Tak cukup dengan itu, hasil pemeriksaan polis mendapati ada kesan jerut di leher dan kakinya pun turut berdarah dan polis percaya Dicky diliwat sebelum dibunuh. Masa mayat ditemui, badannya telah kembung. Maknanya dia memang dah dibunuh dan meninggal dalam tempoh 24jam macam tu. 

Antara hasil kerja Dicky - from my private collections
Memang sampai sekarang saya terkenang-kenangkan arwah. Terkenangkan bila waktunya dia mekapkan saya sambil bercakap tanpa henti. Ya Allah, Kau tempatkanlah arwah dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Agak-agak sape yang akan handle bisnes dia nanti. Selain dari Dicky, anak didik dia Lisa (Tini Sri Andam) yang bertempat di kawasan R&R Awan Besar juga merupakan Jurusolek yang sangat bagus. Kerjanya juga setanding Dicky. Masa kahwin dulu saya memang guna khidmat Lisa. Lisa pun sangat baik, mekap pun cantik, very soft spoken kalau nak compare dengan Dicky yang semanjang laser. Selalu saya panggil Reza je .

Thursday, November 22, 2012

1. Serangan Penyakit Jantung

Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah sesaorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.

Sesaorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital. Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.


Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasnya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa. Mujurlah dengan adanya kesedaran yang lebih baik, lebih ramai pesakit boleh mengesan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada tanda-tanda atau gejala sakit jantung dan mendapatkan rawatan sewajarnya. Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung. Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda

Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalkan darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis. Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah.

Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri. Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung. Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.

Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.

Ia juga digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari 

Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
Jika anda merokok.
Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
Jika anda kurang bersenam.
Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Faktor Penyebab:-

Asap Rokok
Mempercepatkan pembekuan darah Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah. Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Tekanan Perasaan
Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat.

Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah.

Darah Tinggi 
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

Kencing Manis 
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung

Tanda Serangan Jantung:- 

- Sesak nafas.
- Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
- Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
- Berpeluh dingin.
- Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
- Pening kepala dan loya.

Cara mencegah serangan jantung:-

- Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit setiap kali senaman.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Makan secara sihat.
- Berhenti merokok.
- Belajar menangani tekanan perasaan.
- Periksa tekanan darah.
- Periksa glukosa darah.
- Awasi paras kolesterol.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala



Sumber: Kementerian Kesihatan & Utusan Malaysia, www.familiazam.com, www.sitik.wordpress.com

Thursday, November 15, 2012

Penyakit Chikungunya

Selalu je dengar tentang penyakit ni kan. Nak sebut pun terbelit-belit lidah punya susah. Chikungunya ni merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Chikungunya yang berjangkit melalui nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes ni jugaklah menyebarkan virus penyakit demam denggi.

Di negara kita Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Kebanyakan pesakit mengalami gejala yang tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya. tetapi sebahagian pesakit terutama yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama dari biasa dan kebiasaanya pesakit yang dijangkiti akan mendapat imuniti sepanjang hayat.


Masa pengeraman
Boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.

Tanda dan Gejala
Gejala Utama
- demam panas yang mendadak (suhu 38 darjah celcius atau lebih)
- sakit sendi terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang
- ruam pada tangan, kaki dan badan

Gejala lain
- sakit kepala
- mata merah
- loya dan muntah

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (biasanya 5 hari) dan boleh disalah anggap sebagai penyakit demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Rawatan
Seperti penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar dan tiada vaksin untuk penyakit ini.

Cara pencegahan Penyakit Chikungunya
- bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasanm-kawasan yang telah melakukan gotong royong.

- Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

- Pastikan semua bekas terpakai yang boleh menakung air dibuang dengan betul.

- Tutp semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan membunuh jentik-jentik seperti temephos dan Bacillus thuringieusis israelensis (Bti)

- Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.

- Cuci dan sental hingga bersih piring pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.

- Periksa palong hujan (roof gutter) dan pastikan air tidak bertakung.

- Elakkan gigitan nyamuk dengan cara; memakai pakaian menutup anggota, pasang jejaring pada tingkap rumah, menggunakan 'repellant' (lingkaran ubat nyamuk, semburan aerosol, losyen/krim).


Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434, 2012/2013 MASIHI

SALAM MA'AL HIJRAH 1434, 2012/2013 MASIHI kepada rakan-rakan blogger, rakan-rakan Facebook di luar sana, serta rakan-rakan seperjuangan saya. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan diri saya. Azam saya supaya dapat memperkembangkan lagi ilmu dalam bidang insurans dan takaful dan juga dapat memberi service terbaik untuk clients saya, menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak-anak. Marilah kita bersama-sama berhijrah.

Lagu yang berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan.Saya pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah saya lagi lagu ni dah popular.Versi yang ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Al-Ajiba (Akademi Seni Kebangsaan). Lagu ini terkandung dalam koleksi nasyid terbitan JAKIM 2002.Saya tak pasti siapa pencipta dan penulis lirik asal lagu ini. Dah cuba cari tapi tak jumpa. Siapa yang tau tolong kongsi bersama ya.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Sunday, November 4, 2012

Menderma Darah & Maklumat Yang Perlu Kita Tahu

Salam semua. Taddaaaa... Saya rindu kamu semua wahai rakan-rakan bloggerku hehe. Baru je bersihkan sawang kat blog ni. Lama tak update entri baru. Sekarang agak sibuk dengan kerja dan kehidupan seharian walaupun anak baru sorang. Bukan senang nak jadi seorang isteri dan ibu yang perfect untuk family tersayang. Saya hanya insan biasa yang tidak lari dari kesilapan. Apa yang perlu ialah sentiasa memperbaiki kesilapan diri.


Okey. Berbalik kepada tajuk entri di atas. Mesti ramai yang takut untuk menderma darah disebabkan khabar angin yang mengarut. Antaranya berat badan akan naik mendadak selepas menderma darah. Tau semua orang takut gemuk. Tapi ini hanyalah mitos semata-mata. Tak derma darah pun gemuk jugak kan. Apa kes? Jawablah sendiri.

Belajarlah untuk menderma darah. Ini adalah cara yang termurah untuk menderma dan merupakan sifat murni. Tak ada modal pun. Jangan lupa, kita menderma darah untuk selamatkan nyawa ye. Bayangkan betapa besarnya pahala anda bila dapat menyelamatkan seseorang yang bertarung antara hidup dan mati. Derma duit pun takkan dapat pahala besar macam tu.

Bagi yang ada niat nak derma darah meh baca kat sini sebelum pergi menderma:-

Kita perlu tangguhkan niat untuk menderma darah ke suatu masa yang lain atau ke masa yang lebih sesuai sekiranya

- Demam
- Berat badan kurang daripada 45kg
- Mengambil antibiotik
- Tidur kurang dari 5 jam
- Telah mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam sebelum menderma darah
- Telah menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah
- Telah mendapat rawatan gigi dalam masa 24 jam sebelum menderma darah
- Telah mendapat vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah
- Telah menindik telinga, bertattoo atau akupuntur dalam masa satu tahun sebelum menderma darah


Dan perlu mengecualikan diri daripada menderma darah sekiranya menghidapi

- Penyakit Darah Tinggi
- Penyakit Diabetes
- Penyakit Jantung
- Penyakit Sawan
- Penyakit Asma (Lelah)
- Penyakit Tibi
- Penyakit Berjangkit (cth: Siflis, Hepatitis, HIV)

Serta dilarang menderma darah sekiranya PERNAH terlibat, walaupun sekali di dalam aktiviti-aktiviti seperti

- Bertukar-tukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang
- Melanggani pekerja seks/pelacur
- Hubungan sejenis (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Menyalahguna dadah secara suntikan

INGAT MENDERMA DARAH MENYELAMATKAN NYAWA!


Sumber: Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak

Friday, September 7, 2012

Nuffnang Check Out??

Masalah lagi dengan Nuffnang. Rasa macam dah lama bersabar. Tak tau pun amount ada kat dalam akaun tu. Mungkin tak banyak tapi berbaloilah dengan segala penat lelah tulis blog ni kan walaupun kejap update kejap tak hehe. Sedih pun ada ni. Kalau dulu hari-hari boleh check. Tapi sekarang... Menangissss tak boleh log in.

Apalagi yang perlu dibuat? Dah call customer service tapi dorang kata ada masalah dengan browser. Hmmm...berbulan dah tunggu. Ingat aku sorang je kena rupanya ramai lagi. Tak apa tunggu lagi beberapa minggu. Manalah tau tiba-tiba beribu amount kat dalam tu. Rezeki lagi. Aminnnn... ;)


Thursday, September 6, 2012

Nurul Syuhada TV3 letak jawatan


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Sumber Mynewshub