Thursday, November 15, 2012

Penyakit Chikungunya

Selalu je dengar tentang penyakit ni kan. Nak sebut pun terbelit-belit lidah punya susah. Chikungunya ni merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Chikungunya yang berjangkit melalui nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes ni jugaklah menyebarkan virus penyakit demam denggi.

Di negara kita Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Kebanyakan pesakit mengalami gejala yang tidak berlarutan dan sembuh sepenuhnya. tetapi sebahagian pesakit terutama yang berumur boleh mengalami gejala sakit sendi yang berpanjangan lebih lama dari biasa dan kebiasaanya pesakit yang dijangkiti akan mendapat imuniti sepanjang hayat.


Masa pengeraman
Boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.

Tanda dan Gejala
Gejala Utama
- demam panas yang mendadak (suhu 38 darjah celcius atau lebih)
- sakit sendi terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang
- ruam pada tangan, kaki dan badan

Gejala lain
- sakit kepala
- mata merah
- loya dan muntah

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (biasanya 5 hari) dan boleh disalah anggap sebagai penyakit demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Rawatan
Seperti penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar dan tiada vaksin untuk penyakit ini.

Cara pencegahan Penyakit Chikungunya
- bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasanm-kawasan yang telah melakukan gotong royong.

- Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

- Pastikan semua bekas terpakai yang boleh menakung air dibuang dengan betul.

- Tutp semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan membunuh jentik-jentik seperti temephos dan Bacillus thuringieusis israelensis (Bti)

- Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.

- Cuci dan sental hingga bersih piring pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.

- Periksa palong hujan (roof gutter) dan pastikan air tidak bertakung.

- Elakkan gigitan nyamuk dengan cara; memakai pakaian menutup anggota, pasang jejaring pada tingkap rumah, menggunakan 'repellant' (lingkaran ubat nyamuk, semburan aerosol, losyen/krim).


Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM

Wednesday, November 14, 2012

SALAM MA'AL HIJRAH 1434, 2012/2013 MASIHI

SALAM MA'AL HIJRAH 1434, 2012/2013 MASIHI kepada rakan-rakan blogger, rakan-rakan Facebook di luar sana, serta rakan-rakan seperjuangan saya. Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan diri saya. Azam saya supaya dapat memperkembangkan lagi ilmu dalam bidang insurans dan takaful dan juga dapat memberi service terbaik untuk clients saya, menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak-anak. Marilah kita bersama-sama berhijrah.

Lagu yang berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan.Saya pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah saya lagi lagu ni dah popular.Versi yang ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Al-Ajiba (Akademi Seni Kebangsaan). Lagu ini terkandung dalam koleksi nasyid terbitan JAKIM 2002.Saya tak pasti siapa pencipta dan penulis lirik asal lagu ini. Dah cuba cari tapi tak jumpa. Siapa yang tau tolong kongsi bersama ya.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Sunday, November 4, 2012

Menderma Darah & Maklumat Yang Perlu Kita Tahu

Salam semua. Taddaaaa... Saya rindu kamu semua wahai rakan-rakan bloggerku hehe. Baru je bersihkan sawang kat blog ni. Lama tak update entri baru. Sekarang agak sibuk dengan kerja dan kehidupan seharian walaupun anak baru sorang. Bukan senang nak jadi seorang isteri dan ibu yang perfect untuk family tersayang. Saya hanya insan biasa yang tidak lari dari kesilapan. Apa yang perlu ialah sentiasa memperbaiki kesilapan diri.


Okey. Berbalik kepada tajuk entri di atas. Mesti ramai yang takut untuk menderma darah disebabkan khabar angin yang mengarut. Antaranya berat badan akan naik mendadak selepas menderma darah. Tau semua orang takut gemuk. Tapi ini hanyalah mitos semata-mata. Tak derma darah pun gemuk jugak kan. Apa kes? Jawablah sendiri.

Belajarlah untuk menderma darah. Ini adalah cara yang termurah untuk menderma dan merupakan sifat murni. Tak ada modal pun. Jangan lupa, kita menderma darah untuk selamatkan nyawa ye. Bayangkan betapa besarnya pahala anda bila dapat menyelamatkan seseorang yang bertarung antara hidup dan mati. Derma duit pun takkan dapat pahala besar macam tu.

Bagi yang ada niat nak derma darah meh baca kat sini sebelum pergi menderma:-

Kita perlu tangguhkan niat untuk menderma darah ke suatu masa yang lain atau ke masa yang lebih sesuai sekiranya

- Demam
- Berat badan kurang daripada 45kg
- Mengambil antibiotik
- Tidur kurang dari 5 jam
- Telah mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam sebelum menderma darah
- Telah menjalani pembedahan dalam masa 6 bulan sebelum menderma darah
- Telah mendapat rawatan gigi dalam masa 24 jam sebelum menderma darah
- Telah mendapat vaksinasi dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah
- Telah menindik telinga, bertattoo atau akupuntur dalam masa satu tahun sebelum menderma darah


Dan perlu mengecualikan diri daripada menderma darah sekiranya menghidapi

- Penyakit Darah Tinggi
- Penyakit Diabetes
- Penyakit Jantung
- Penyakit Sawan
- Penyakit Asma (Lelah)
- Penyakit Tibi
- Penyakit Berjangkit (cth: Siflis, Hepatitis, HIV)

Serta dilarang menderma darah sekiranya PERNAH terlibat, walaupun sekali di dalam aktiviti-aktiviti seperti

- Bertukar-tukar pasangan seks atau mengamalkan aktiviti seks rambang
- Melanggani pekerja seks/pelacur
- Hubungan sejenis (homoseksual)
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Menyalahguna dadah secara suntikan

INGAT MENDERMA DARAH MENYELAMATKAN NYAWA!


Sumber: Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak

Friday, September 7, 2012

Nuffnang Check Out??

Masalah lagi dengan Nuffnang. Rasa macam dah lama bersabar. Tak tau pun amount ada kat dalam akaun tu. Mungkin tak banyak tapi berbaloilah dengan segala penat lelah tulis blog ni kan walaupun kejap update kejap tak hehe. Sedih pun ada ni. Kalau dulu hari-hari boleh check. Tapi sekarang... Menangissss tak boleh log in.

Apalagi yang perlu dibuat? Dah call customer service tapi dorang kata ada masalah dengan browser. Hmmm...berbulan dah tunggu. Ingat aku sorang je kena rupanya ramai lagi. Tak apa tunggu lagi beberapa minggu. Manalah tau tiba-tiba beribu amount kat dalam tu. Rezeki lagi. Aminnnn... ;)


Thursday, September 6, 2012

Nurul Syuhada TV3 letak jawatan


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Sumber Mynewshub

Meroyan time

Nasiblah minggu ni entri entah apa-apa. Nak tulis secara skema aku tak ada mood. Tengah muhasabah diri. Apa yang ditulis adalah tak semestinya dari hati dan apa yang difikirkan tak semestinya ditulis. Tak faham pun tak apa.

Aku tak adalah meroyan tapi cuma pelik dengan sesetengah manusia yang sikit-sikit nak meroyan. Nak kata lepas beranak tak jugak. Orang kata "taching" sorang-sorang. Letak status meroyan kat Facebook dengan harapan orang akan komen dengan nasib yang sama. Itulah "mangsa toksik". Malas nak explain maksud "mangsa toksik" ni. Kalau rajin esok lusa aku terangkan. Sepatutnya bila time nak meroyan tu cepat-cepatlah carik pembimbing. Bukan pamer di wall facebook. Kononnya "sharing is caring" hehe...

Kadang kala kita ingat orang yang bermasalah dengan kita tapi adakah kita buat analisis kepada diri sendiri?? Mungkinkah kita yang bermasalah... Hanya diri kita sendiri yang tahu. Sekian.

Bahasa short cut

Alamak... Tak perasan semalam Punya entri guna ayat "short cut". So far tak pernah lagi buat entri dengan menggunakan perkataan "short cut". Harap dimaafkan ye. Mungkin entri dua tiga hari ni agak berpasar-pasar kalau nak dibandingkan dengan entri-entri sebelum ni yang guna bahasa secara teratur.

Sebenarnya, orang kata kalau blog kita banyak guna perkataan "short cut" kira dalam kategori blog yang tak berkualiti. Lagi pun susah kita nak dapat trafik dari "google search". Ye la dalam mana korang boleh search "anak ayam" jadi "ank aym" kan. Mesti lain jadinya.

Okey sesingkat itu je entri kali ini. Nak taip panjang-panjang tak sempat. Masa terhad. Semoga berjumpa lagi.

Life is about coloring

Malam ni sungguh bosan. Hanif pun tido awal sikit malam ni. Pukul 11 dah tidur. Hmm ok la tu. Esok tak ada lambat bangun. Mood pun baik je. Klu kena bangun awal tu mula la muka tension je. Sian dia tiba- tiba mencari-cari pencil colors yg tah mana hilang.

Rasanya taun ni byk kali beli dah. So pegi tesco. Beli la color pencils, crayon, set pensel yg boleh cabut dgn coloring book. Sbnrnye pilih buku yg bsr (tom n jerry yg ala2 drawing book) kat tesco tppppp...tah mcm mana dia letak dalam bakul boleh tcicir. Spi kaunter nk byr tgk buku tu xde hmmmm.... Mula muka moyok.

Terpaksa lah singgah popular carik buku. Kecik pun kecik lah yg penting boleh color hihi...

Wednesday, August 1, 2012

Hanya mengenang secebis rasa pilu dihati

Ini anak arwah yg tinggal dgn pengasuh

Entah kenapa rasa pilu sangat hati. Mengenangkan anak mangsa kemalangan maut di AU3 pagi td yang sekelip mata je menjadi anak yatim piatu. Umur baru 2 tahun. Pagi-pagi mak ayah hantar dan petang tertunggu-tunggu ayah dan mak jemput balik. Hati ibu mana yang tak sedih. Saya pun dari tadi asyik mengalirkan airmata je mengenangkan nasib anak yang tidak tahu apa-apa ini.

Bayangkan bila ayah dan ibu tak datang jemput apa perasaan dia. Mesti dia rasa tak tentu arah. Bagaimana nak terangkan kepadanya apabila bangun dari tidur yang ibu bapanya sudah tiada lagi. Ya Allah...

Sedangkan Hanif yang berumur 3 tahun lebih tu pun dah tak tentu arah kalau saya terlambat jemput dia balik petang. Ini apatah lagi tak datang langsung. Sungguh menyayat hati. Sebagai seorang ibu saya memang tersentuh hati melihatkan keadaan anak kecil ini.

Semoga dia dijaga dengan baik oleh ahli keluarga arwah. AL-FATIHAH untuk arwah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin...

Happy World Breastfeeding Week 2012


Happy Breastfeeding Week kepada semua ibu-ibu yang menyusukan anak. Masih ingat tak zaman dulu mana ada susu formula apa ni semua, atuk nenek moyang kita semua dibesarkan dengan susu ibu sahaja. Akan tetapi entah kenapa tiba-tiba menyusukan anak ini dianggap remeh bagi sesetengah pihak. Mungkin sebab dah ada susu formula yang terdapat banyak di pasaran. Jadi tak kisah yang penting anak dapat susu jugak. Tapi ada juga ibu-ibu yang tidak mampu untuk menyusukan anak mereka atas sebab-sebab tertentu. Jangan pulak kita condemn orang macam ni. Mentang-mentang kita fully breastfeed kan. Tak baik...

Alhamdulillah saya sebagai seorang ibu moden berjaya menyusukan Hanif sehingga umur dia berusia 2 tahun. Memang banyak cabaran menyusukan anak dengan susu ibu ni. Saya tahu dari selepas Hanif lahir hingga umur 2 tahun memang banyak cabarannya. Tapi itu tidak menghalang saya untuk menyusukan dia walaupun saya bekerja.

Saya amat sokong Minggu Penyusuan Ibu Sedunia ini kerana ia boleh membuka luas pengetahuan kita dengan kebaikan betapa pentingnya susu ibu ini kepada anak kita.


Objektif Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010 

Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 Langkah dalam penyusuan eksklusif.

Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.

Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.

Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.

Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.

Rasional 

Kemudahan penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam pewujudan penyusuan ibu.

10 Langkah Ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya memberi laluan sokongan untuk membolehkan wanita mencapai tujuan penyusuan mereka dan sebagai panduan dalam latihan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyokong penyusuan ibu.

Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini memperingati ulang tahun ke 20 Deklarasi Innocenti yang menyeru perlaksanaan 10 Langkah tersebut di semua kemudahan perbidanan. Sepanjang 20 tahun ini, lebih 20,000 pusat perbidanan, atau lebih kurang 28% dari semua pusat perbidanan di seluruh dunia telah melaksanakan kesemua 10 Langkah dan telah diiktiraf oleh Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).

Sepanjang tempoh ini, kadar penyusuan eksklusif juga telah bertambah. Walau bagaimanapun, kemerosotan pemprograman BFHI di seluruh dunia, kekurangan latihan, dan pematuhan 10 Langkah yang lemah di pusat perbidanan yang telah diiktiraf, menyumbang kepada kepegunan dan kemerosotan kadar penyusuan eksklusif di kebanyakan tempat. Telah tiba masanya untuk menyemak semula pendekatan ini dan menentukan hala tuju kita seterusnya.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila layari  www.worldbreasfeedingweek,org