Wednesday, March 11, 2020

Langkah berjaga jaga COVID 19 (CORONAVIRUS DISEASE 2019)


Ingat lagi kisah minggu lepas di mana viralnya salah seorang dari Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif COVID 19 (CORONAVIRUS DISEASE 2019).

Selepas tularnya kes itu, semua staf UDA diarahkan balik pada pukul 3 petang hari yang sama. Bangunan UDA Holdings pula dibawah pemantauan pihak Kementeria Kesihatan Malaysia. Staff pula diberikan kelonggaran untuk bekerja dari rumah. Ye lah nanti kalau kata cuti kena tolak cuti tahunan atau potong gaji lah pulak kan haha.

Kemudian, mana mana staff yang pernah ada direct contact dengan ALP tersebut semua diarahkan untuk buat screening test.

Syukur pada masa meeting dengan boss laki den tak datang time tu. Cuti Sakit dua hari. Sebab demam dengan flu jugak. Jadi kira clear. Tapi, dia ada berjumpa dengan kawan yang ada direct contact dengan ALP tu dan positif COVID 19.

Tak boleh tidur laki aku time tu. Susah hati. Sepatutnya Isnin lepas ni dah boleh masuk kerja. Tapi sebab kawan dia admitted atas sebab positif COVID 19 dia pun risau. Pergi Hospital Ampang, mereka kata tak buat screening test. Suruh pulak suami aku pergi klinik lain. Sudahnya dia balik rumah terus buat call.

Alih alih Isnin baru boleh buat test itu pun kena buat kat Klinik are Bandar Tun Hussein Onn sebab dia ada direct contact dengan pesakit masa tu kat Kajang. Dorang akan interview dulu, kena kat mana, pukul berapa, buat apa, makan apa, dan lepas tu ada pergi mana. Dah selesai baru depa akan bagitau kat klinik mana kita boleh buat Screening Test.

Dan Alhamdulillah, harini selepas 48 jam keputusannya adalah negatif dari COVID 19. Terus aku tarik nafas selega leganya. Ada lagi 2 hari tempoh kuarantin. Kalau suami positif maknanya aku dengan anak anak pun kena buat Screening Test jugak. Kena kuarantin pulak. Dah minggu depan ada Roadshow 10 hari. Aduhhh. Bayangkan kalau kena kuarantin. Menangis tak berlagu aku.

Masa viral kes COVID 19, aku dah mula jadi panik WALAUPUN doktor kata jangan panik tapi sebagai mak mak kiasu aku tetap gak risau hehe.

Kalau nak ikut berita harini dah ada 10 kes terbaru yang melibatkan COVID 19. Link dibawah:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/10/malaysia-records-12-new-covid-19-cases-bringing-tally-to-129

Yelah, kita ada anak anak. Anak anak ni mudah sangat terjangkit sebab mereka lagi terdedah dengan kuman terutamanya bila kat sekolah. Kekadang makan pun malas nak cuci tangan. Tandas jauh kan.

Aku pulak jenis sensitif sejak dah veteran ni kan.

Jadi ambil langkah langkah kebersihan sendiri.

- Baju semua cuci guna dettol. 
- Mandi guna dettol. (kekadang lupa jugak) 
- Mop rumah setiap hari guna dettol. Lap perabot pun guna dettol. 
- Pastikan anak anak berwudhu. 
- Solat 5 waktu Cuci tangan setiap masa. 
- Jangan kutip makanan yang jatuh kat lantai masuk dalam mulut. 
- Tak keluar bersesak kat mall. 

- JANGAN LUPA HAND SANITIZER. 

- BACA DOA HINDAR WABAK (setiap pagi sebelum pergi ke sekolah) 

Doa Hindar Dari WABAK "Coronavirus" | Ustaz Jafri Abu Bakar - YouTubehttps://youtu.be/Iy2ngHPVy9k(***dah pernah share haritu)

Akhir sekali, kita hanya merancang dan berdoa. Allah yang menentukan. Memohon dan berserah kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...