Thursday, August 16, 2018

Infaq Jumaat. Melawat Rumah Bakti Al-Kausar Bangi tempoh hari




Beberapa minggu lepas kami telah buat satu program Projek Infaq Jumaat bersama dengan Jajan Borong di mana setiap minggu kita akan kumpul seorang RM5 dan hasil sumbangan tersebut kita akan tukarkan kepada makanan dan kami akan hantar ke rumah anak anak yatim yang terpilih. Alhamdulillah, terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan.

Rumah Bakti Al Kausar ini diilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-anak yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.


Jadi, Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi merupakan rumah pertama yang kami lawati. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dengan sumbangan yang terkumpul kita dapat menyumbangkan 8 tin biskut untuk anak anak yatim di Rumah Bakti Al-Kausar.


Rumah Anak Yatim ni luas sebab bersambung dua rumah. Kawasan pun selesa dan bagi aku agak luas. Mereka menjaga 25 anak anak termasuk anak anak yatim, yatim piatu serta golongan anak anak asnaf atau kurang mampu.

Yang ada ibu bapa akan balik ke rumah mereka sendiri pada hujung minggu. Manakala anak anak yatim piatu yang tidak ada waris akan tinggal di rumah ini.

Tuan Rumah Bakti Al-Kausar Bangi
Matlamat utama penubuhan Rumah Bakti ini adalah untuk membantu anak2 yatim/piatu daif dan fakir miskin serta tiada keluarga dan bersedia untuk menanggung mereka di dalam perkara-perkara berikut:-

1. Memberi pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna.

2. Menyediakan tempat penginapan yang selamat dan selesa.

3. Menyediakan makan / minum dan pakaian yang secukupnya.

4. Memberi kasih sayang, asuhan, bimbingan dan juga keselamatan ke atas mereka.

5. Menentukan anak2 yatim/piatu dan fakir miskin ini dapat berfungsi dan hidup berdikari didalam arus pembangunan dan masyarakat semasa yang semakin mencabar.

6. Menyediakan peluang2 melanjutkan pelajaran setinggi mana yang layak untuk anak-anak berkenaan
Dapur

Tempat makan, bersih kan.

Pertubuhan

Asrama Lelaki

Asrama Perempuan

Pejabat Pengurusan 

Add caption

Van Rumah Bakti Al-Kausar Bangi

Mengikut apa yang dinyatakan oleh Tuan Rumah Bakti (maaflah nama dah lupa) rumah ini berbelanja lebih kurang RM24,000 setiap bulan. Mereka masih memerlukan dana dari orang ramai untuk terus beroperasi. Akan tetapi, apa apa jenis bantuan sama ada dalam bentuk makanan, barang keperluan dan sumbangan wang ringgit juga akan diterima dengan hati yang terbuka.

Untuk lebih lanjut boleh hubungi Rumah Bakti melalui:

Email rbakbbb@gmail.com 

Phone +60389222061 

Address:

RUMAH BAKTI AL-KAUSAR 
NO. 17, JALAN 4/12C 
FASA 4 TAMBAHAN 
43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR

Atau boleh terus ke website RUMAH BAKTI AL-KAUSAR, BANGI

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...