7 pagi tepat dah bertolak ke Kuantan. Baju pun packing pagi tadi. Bukan banyak sangat nak bawak. Cuma untuk satu malam je. Initial plan bertolak semalam dan tidur di rumah kawan pak Iqbal. Tapi last minute kawan tu ada emergency kena balik kampung.
Pandai Teluk Cempedak |
Jumpa biawak di Pantai Teluk Cempedak |
Posing laa... |
Sementara tunggu mama beli chocotop |
Cendol biasa, Cendol Jagung, Cendol kacang |
Kuew Teow Goreng Mamak. Tak pedas! |
Dah tu kita terus ke Pekan nak check-in Hotel Ancasa Royale. Papa kata Hotel ni baru jadi tak ramai sangat orang. Best jugak. Dapat bilik besar. Masuk je budak-budak menjerit happy terus bukak langsir tengok pool. Anak village people kan. Biasalah... Itu normal...
Pilih katil masing-masing lepas tu tunggu nak snap gambar |
Pemandangan Sungai Pahang dari bilik |
Pemandangan dari pool |
Tepat 5.30ptg bawak budak-budak ni mandi pool. Heaven dorang ni. Yang besar kalau tak dipanggil langsung tak naik. Sampai malam pun xpe. Hadif pulak fobia tetiba lepas kes terapung tenggelam di rumah kawan tempoh hari. Jadi penakut. Jerit-jerit kata jatuh. Sudahnya duduk tepi main air. Memang mood tak baik. Nak bawak main kat playground pun tak nak. Nak dukung je. Patahlah pinggang. Sudahnya kita dua beranak naik atas lepak bilik huhu...
anak gitu lee peel nya... pelbagai ragam , sudah nya mama yang mandi bukan anak wakakakakaka.....
ReplyDeleteNaik atas menggigil2...kesian pulak tgk haha
Delete