Thursday, August 13, 2015

Bagaimana anda memulakan hari anda?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaya!

Bak kata orang putih, "how you start your day is how you start everything..."

Kalau anda mulakan hari anda dengan keceriaan maka cerialah anda.

Kalau anda mulakan hari anda dengan stress, kesedihan, kecelaruan maka bercelarulah hari anda. Nanti ada je yang tak kena. Ada je masalah yang timbul. Ada je halangan.

Bagaimana mahu memulakan hari kita dengan baik?

Bangun Awal


Tidur awal di waktu malam supaya boleh bangun awal di waktu pagi. Waktu terbaik ialah selepas Isyak iaitu pada pukul 9.00 - 9.30 malam. InsyaAllah anda akan terbangun dalam 2 pagi macam tu. Tak perlu set jam pun. Paling lambat pun anda akan tersedar 2.30 pagi. Selepas tu memang takkan tidur sampai siang. Pada ketika ini satu jam tidur bersamaan dengan 3 jam tidur. Kalau anda sibuk dengan urusan anak-anak seperti saya anak balik tusyen pada pukul 9 malam. Jadi untuk malam yang ada tusyen itu saya akan tidur paling lambat 10.30 malam. Esoknya akan terbangun pada pukul 4 atau 4.30 pagi.

Bila bangun awal cuba hidupkan awal malam kita. Buat solat sunat seperti Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Istikharah, Solat Hajat dan lain-lain.

Menunaikan solat dua rakaat pada waktu malam ialah satu persediaan untuk menghadapi kesunyian di dalam kubur kelak. 

Sabda Rasul junjungan mulia: "Tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di dalam kubur" 


Sembahyang malam hebat kesannya kerana ia membekalkan potensi dan daya juang yang tinggi dalam jiwa orang mukmin. 


Benarlah firman Allah S.W.T: " Sesungguhnya jiwa ( orang ) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya "


Al-Muzzammil - 6




Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan.

Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.
"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." 

Al-Furqan – 64 


 "Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar." Al-Dzaariyat – 17,18

Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:

Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit

Jadi, banyak kebaikan bangun awal ni selain kita akan lebih bersedia untuk menghadapi tugasan harian kita.

Mari kita praktis dari sekarang.

Yang dah buat tahniah!

Yang belum cuba-cuba untuk buat. InsyaAllah banyak manfaatnya.

Mulakan hari kita dengan perkara yang best best. InsyaAllah banyak perkara yang best best akan datang dalam hidup.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...