Assalamualaikum dan Salam Satu Malaya...
Perghh... 9 hari balik beraya di Sarawak. Maklumlah balik kampung katakan. Rugi kalau balik sekejap. Ini kira balik sampai lebam punya bosan. Cukup 9 hari memang rindu rumah walaupun rumah macam tongkang pecah. Rindu blog. Rindu kereta. Rindu kawan-kawan. Rindu Kuala Lumpur. Kawan-kawan ni apalah sangat bukannya jumpa hari-hari pun. Dalam whatsapp pun boleh borak. Tapi rindu nak dekat. Mengada kan.
Kali ini kita cerita secara ringkas tentang Promoting dan Networking. Ini kerana ramai di antara kita ini ingat apa yang kita buat itu networking akan tetapi rupa-rupanya promoting. Ini selalu kita lakukan tanpa sedar sebab kita ingat kita buat betul.
NETWORKING
Networking sangat penting apabila menjejak ke dalam dunia bisnes. Tak kira anda bisnes apa yang penting anda mesti ada networking. Networking ini bukannya menjual. Bila kita bina hubungan networking sesama rakan perniagaan ia bukan bermaksud kita menjual. Buat networking ni tak perlu menjual pun tak apa. Tak rugi pun. Pasanglah seberapa ramai jaringan perniagaan anda dengan tanpa menjual. Haah...boleh ke? Mestilah boleh. Tak susah pun. Lepak-lepak minum ngeteh ngopi je kat kedai mamak. Bila kita bernetworking tak semestinya kita kena cakap pasal bisnes. Tapi kita kena korek ilmu ehehe... Terutamanya bagi kita yang baru bermula.
Mulakan secara kecil-kecilan dengan "membina jaringan" atau "build network" sebelum kita pergi lebih jauh. Ini kerana setiap pernigaaan memerlukan rangkaian jaringan. Jadi dengan ini kita boleh berhubung dengan usahawan-usahawan yang lain tidak kira apa bidang mereka. Jangan terkejut andai rezeki anda lebih banyak datang dari jaringan perniagaan sekeliling anda walaupun anda tidak menjual...
PROMOTING
Kita selalu nampak orang bagi business card. Terutamanya di majlis-majlis ilmu atau seminar ke kursus ke. Ada tu satu barisan tempat duduk tu semua dia bagi business card dia. Ada seseorang ni pernah berkata kepada saya "saya ni kalau orang bagi business card macam tu je saya buang...!" Hah... buang? Saya tanya... Dia sambung "ye lah saya bukan kenal dia pun, main bagi je..." hmmm... rugi tak? Off course lah rugi sebab kos satu kad tu je dah berapa? Walaupun seposen ke lima belas sen ke. Duit tetap duit. Dalam bisnes seposen tu nilai dia sebesar tayar lori tau. Itu satu, kalau 10 keping? Dah seringgit. Free gitu je buang. Jadi itu bukan cara networking. Itu PROMOTING!
Jadi nampak kan perbezaan di antara kedua-dua konsep ini. Nak bisnes tahan lama nak luaskan perniagaan kena bina jaringan perniagaan yang kukuh. Orang kata networking mesti mantap. Bila networking kita luas, ilmu perniagaan kita juga meluas. Kita boleh belajar dari ramai usahawan-usahawan terutamanya yang sudah berjaya. Kita belajar dari kesilapan mereka. Jadi dengan itu kita pun akan kurang buat silap. Betul betul?
Akhir sekali, All the best kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang bersama-sama merangkak dalam dunia bisnes ini bersama. Jangan putus asa. Jangan cepat mengalah. Emosi tak stabil cepat cepat carik rakan seperjuangan untuk up balik emosi yang merudum tu...
Sekian.. Semoga berjumpa lagi di lain entri =)
kipidap!!

No comments:
Post a Comment