Wednesday, April 13, 2011

Pengenalan tentang Insurans

Serba  ringkas tentang insurans: 

Insurans ni merujuk kepada suatu kontrak perjanjian ganti rugi antara penginsurans dan yang diinsuranskan. Dokumen perjanjian ini dinamakan polisi insurans yang menyatakan dengan terperinci syarat perjanjian serta tanggungjawab dan hak.

Si diinsuranskan ialah orang atau syarikat atau pemegang polisi yang mendapat perlindungan insurans iaitu yang akan mendapat ganti rugi sekiranya mengalami kerugian akibat risiko yang telah diinsuranskan. Ia haruslah membuat pembayaran berkala atau premium.

Penginsurans pula merupakan syarikat insurans yang menawarkan perlindungan insurans kepada si diinsurans. Penginsurans juga akan menerima bayaran premium dan membuat bayaran ganti rugi sekiranya berlaku kerugian.

No comments:

Post a Comment

Kisah Puan Zuraini, ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak

Ada seorang ibu tunggal. Mempunyai empat orang anak. Tiga dari empat anaknya tercicir dalam pelajaran. Ibu tunggal ini juga ada masalah kesi...