Saturday, October 8, 2011

Sentuhan Pertama dengan Susu Ibu

Cerita tentang susu ibu ni. Untuk pengetahuan mommies and moms to be, yang tak tahu lagi saya boleh terangkan sikit kat sini ye. Air susu ibu ni dihasilkan oleh kelenjar air susu, bukan daripada tisu lemak buah dada occay! Oleh itu, kepada para ibu yang mempunyai buah dada yang agak kecil, jangan terlalu bimbang kerana buah dada kamu itu memang boleh menghasilkan susu yang banyak :p

Sebaik sahaja bayi dilahir dan dibersihkanm adalah baik jika anak itu ditemukan dengan ibunya. Pertemuan ini dilakukan dengan memberi susu ibu kepada anak walaupun pada masa tu susu korang tak banyak lagi ya sebab menghisap buah dada itu penting untuk beberapa tujuan. Salah satu daripadanya ialah dengan membenarkan bayi menghisap buah dada boleh meransang pengeluaran hormon "oxytocin" yang boleh mengecutkan rahim dan mewujudkan perasaan kasih sayang antara ibu dan anak selepas lahir.

Gambar dari Uncle Google
Sememangnya semua ibu dilengkapkan secara natomi untuk menyusukan anak apabila tiba masanya. Tidak ada sebab mengapa air susu ibu tiada, tidak sesuai dengan bayi yang tidak mahu menghisapnya. Susu yang dikeluarkan oleh ibu adalah semulajadi dan tidak ada bayi yang tidak menyukainya. Begitu juga tidak ada ibu yang secara fizikal tidak boleh menyusukan anak. Sama ada buah dada besar atau kecil, ia tidak ada kaitan dengan pengeluaran air susu.

Penghasilan air susu bergantung kepada banyak mana anak menghisapnya. Jika anak kerap menghisapnya maka akan banyaklah air susu yang dihasilkan oleh buah dada.

Sekiranya anak jenis yang kurang atau tidak kuat menyusu, maka susu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk keperluan anak. Begitu juga andai kata anak kuat menyusu, pengeluaran susu akan terhasil sesuai dengan keperluan anak kita walaupun jika sesetengah waktu tu anak terasa lapar kita masih dapat menampung keperluan anak kita, jangan risau ok.

Bayi baru lahir perlu minum susu antara dua atau tiga auns susu setiap satu paun berat anak.  Jadi bagi bayi yang beratnya 7 paun memerlukan antara 14 hingga 21 auns sehari. Buah dada boleh menghasilkan susu sekitar 24 hingga 32 auns sehari dengan mudah.

~ Teringat cium Hanif 4 jam selepas lahir, berbau harum walaupun tak letak bedak...

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...