Kelahiran anak akan mengubah kehidupan pasangan suami isteri. Apabila terdengar sahaja tangisan anak pada kali pertama, kita sudah menjadi ibu bapa serta mempunyai keluarga sendiri. Ini bermakna apa yang akan kita lakukan atau fikirkan akan dipengaruhi oleh keadaan yang baru ini.
Walaubagaimanapun, apabila kita telah dapat membiasakan diri dengan tugasan seharian dan bayi pula sudah dapat membiasakan diri dengan alam baru, tugas kita akan menjadi bertambah ringan dan tenaga kita juga akan pulih. Seperti juga saya pada permulaannya memang sungguh tak terurus dibuatnya. Setiap waktu sentiasa cuba untuk membahagikan masa dengan bijaknya supaya segalanya berjalan dengan lancar. Selama 9 bulan asyik memikirkan "bagaimana aku hendak membahagikan masa nanti?". Tetapi apabila kita sudah menghadapinya, kita akan tahu bagaimana cara untuk mengatasi segala cabaran serta perubahan itu. Walaupun terkadang tu kantoi la jugak hehe...
Pertama kali menjadi ibu bapa akan membuatkan kita berasa kekok untuk menjaga anak. Tugas-tugas seperti menyusukannya, memberi makan, menyalin lampin atau memandikannya memakan masa yang banyak. Kita janganlah terlalu mengharap yang kita akan dapat melakukan tugas ini dengan sempurna.
Banyak tugasan yang tidak akan dapat kita lakukan dengan baik pada pertama kalinya. Beberapa perkara lain yang tidak dapat kita lakukan contohnya seperti berehat sampaii waktu tengahari pun ada kemungkinannya tidak dapat dilakaukan dan sudah tentu juga tidur malam kita akan terganggu kerana anda akan bangun malam untuk menyusukan dan menukar lampinnya. Jika anak meragam dan menangis, tentu tidur malam ibu bapa akan turut terganggu.
Sebagai seorang yang beranak kecil juga masa untuk kita berbual dengan jiran atau bergayut di telefon akan berkurangan. Kerja seharian kita perlu disesuaikan dengan rutin anak. Tidak hairanlah kalau kita ketinggalan daripada mendengar cerita-cerita semasa kerana kita tidak lagi dapat mengikutinya.
Untuk mencapai keseimbangan agar kita tidak merasa tertekan dengan kehidupan baru, kita perlu menyusun semula tugasan dalam beberapa bulan yang pertama selepas kelahiran supaya kita mempunyai masa untuk diri sendiri serta keluarga terutamanya suami.
(b) Hubungan Dengan Rakan
Ibu-ibu lain yang mempunyai anak kecil merupakan sokongan yang paling praktikal bagi kita yang baru bergelar ibu. Mereka dapat membantu kita dalam menghadapi masalah melayan anak kecil. Keadaan ini dapat meringankan masalah yang kita hadapi. Jika ada di antara kita yang masih bekerja, kemungkinan besar rakan sekerja akan dapat membantu dengan berkongsi pengalaman mereka dengan kita. Bagi yang tinggal di rumah sepenuh masa (surirumah) bolehlah bertanya kepada jiran-jiran atau rakan-rakan yang kita temui masa di taman permainan ke atau semasa membeli sayur. Erk akan tetapi, boleh ke? Tapi, zaman sekarang tak perlulah nak keluar rumah. Tak kira samada di pejabat atau di rumah pun kita boleh mendapat maklumat melalui internet. Sekarang kita boleh dapati banyak website tentang "parenting". Di Facebook pun maklumat sebegini boleh didapati. Ada banyak "Facebook Group" tentang keibubapaan ni yang korang boleh "join". Antaranya ialah Mommies Club yang mana saya pun join hehe. Hanya dengan menaip dan menekan butang "search" je kita dah boleh jumpa "Parenting Group" ni. Occay?!
(c) Cara Menetapkan Jadual Harian
Bayi yang baru lahir memang belum mempunyai rutin yang tetap. Ada masa dia tidur dengan nyenyak, ada masa pula dia akan menangis dan meragam. Waktu tidur dan menyusunya juga tidak tetap. Keadaan ini akan menjadi mudah sekiranya kita menyusukan bayi dengan susu badan. Ini kerana, kita akan bersedia bila-bila masa apabila si comel memerlukannya. Ini tidak akan menjejaskan tugas yang lain sekiranya kita terbangun lebih cepat atau lambat.
Walau bagaimanapun, dalam masa dua atau tiga minggu kemudian, bayi biasanya sudah dapat mengikut jadual tertentu, contohnya waktu tidur, waktu menyusu dan waktu bermain yang tetap. Apabila bayi berada di peringkat ini, rutin harian kita akan kembali.
(d) Cara Mengendalikan Diri Minggu Pertama
1. Belajar menerima keadaan rumah yang tidak berapa kemas. Jika kita dapat relaks menerima keadaan rumah yang tidak beberapa teratur sehingga anak menyesuaikan diri, kehidupan kita akan menjadi mudah.
2. Ikut keperluan anak. Sekiranya kita dapat mengikut kemahuan anak ia akan menjadi lebih mudah. Jangan khuatir anak akan menjadi lebih manja.
3. Berilah anak menyusu apabila diperlukan. Bermain-mainlah dengannya apabila dia terjaga dan pujuk bila dia menangis. Lebih cepat anak menyesuaikan diri lebih mudah bagi kita sebenarnya.
4. Cuba aturkan masa untuk keluar bersiar di luar rumah. Tetapkan satu hari bertemu doktor, satu hari yang lain bertemu rakan dan sebagainya. Dengan cara ini kita akan menjadi tidak bosan. Ajaklah teman bertandang ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan contohnya pada waktu petang. Sekiranya banyak aktiviti bersama anak sudah tentu kita akan "enjoy the moment when we become a parent" ;)
p/s: Wish i had twins ;)
Walaubagaimanapun, apabila kita telah dapat membiasakan diri dengan tugasan seharian dan bayi pula sudah dapat membiasakan diri dengan alam baru, tugas kita akan menjadi bertambah ringan dan tenaga kita juga akan pulih. Seperti juga saya pada permulaannya memang sungguh tak terurus dibuatnya. Setiap waktu sentiasa cuba untuk membahagikan masa dengan bijaknya supaya segalanya berjalan dengan lancar. Selama 9 bulan asyik memikirkan "bagaimana aku hendak membahagikan masa nanti?". Tetapi apabila kita sudah menghadapinya, kita akan tahu bagaimana cara untuk mengatasi segala cabaran serta perubahan itu. Walaupun terkadang tu kantoi la jugak hehe...
picture from uncle google
(a) Cara Melayan AnakPertama kali menjadi ibu bapa akan membuatkan kita berasa kekok untuk menjaga anak. Tugas-tugas seperti menyusukannya, memberi makan, menyalin lampin atau memandikannya memakan masa yang banyak. Kita janganlah terlalu mengharap yang kita akan dapat melakukan tugas ini dengan sempurna.
Banyak tugasan yang tidak akan dapat kita lakukan dengan baik pada pertama kalinya. Beberapa perkara lain yang tidak dapat kita lakukan contohnya seperti berehat sampaii waktu tengahari pun ada kemungkinannya tidak dapat dilakaukan dan sudah tentu juga tidur malam kita akan terganggu kerana anda akan bangun malam untuk menyusukan dan menukar lampinnya. Jika anak meragam dan menangis, tentu tidur malam ibu bapa akan turut terganggu.
Sebagai seorang yang beranak kecil juga masa untuk kita berbual dengan jiran atau bergayut di telefon akan berkurangan. Kerja seharian kita perlu disesuaikan dengan rutin anak. Tidak hairanlah kalau kita ketinggalan daripada mendengar cerita-cerita semasa kerana kita tidak lagi dapat mengikutinya.
Untuk mencapai keseimbangan agar kita tidak merasa tertekan dengan kehidupan baru, kita perlu menyusun semula tugasan dalam beberapa bulan yang pertama selepas kelahiran supaya kita mempunyai masa untuk diri sendiri serta keluarga terutamanya suami.
(b) Hubungan Dengan Rakan
Ibu-ibu lain yang mempunyai anak kecil merupakan sokongan yang paling praktikal bagi kita yang baru bergelar ibu. Mereka dapat membantu kita dalam menghadapi masalah melayan anak kecil. Keadaan ini dapat meringankan masalah yang kita hadapi. Jika ada di antara kita yang masih bekerja, kemungkinan besar rakan sekerja akan dapat membantu dengan berkongsi pengalaman mereka dengan kita. Bagi yang tinggal di rumah sepenuh masa (surirumah) bolehlah bertanya kepada jiran-jiran atau rakan-rakan yang kita temui masa di taman permainan ke atau semasa membeli sayur. Erk akan tetapi, boleh ke? Tapi, zaman sekarang tak perlulah nak keluar rumah. Tak kira samada di pejabat atau di rumah pun kita boleh mendapat maklumat melalui internet. Sekarang kita boleh dapati banyak website tentang "parenting". Di Facebook pun maklumat sebegini boleh didapati. Ada banyak "Facebook Group" tentang keibubapaan ni yang korang boleh "join". Antaranya ialah Mommies Club yang mana saya pun join hehe. Hanya dengan menaip dan menekan butang "search" je kita dah boleh jumpa "Parenting Group" ni. Occay?!
(c) Cara Menetapkan Jadual Harian
Bayi yang baru lahir memang belum mempunyai rutin yang tetap. Ada masa dia tidur dengan nyenyak, ada masa pula dia akan menangis dan meragam. Waktu tidur dan menyusunya juga tidak tetap. Keadaan ini akan menjadi mudah sekiranya kita menyusukan bayi dengan susu badan. Ini kerana, kita akan bersedia bila-bila masa apabila si comel memerlukannya. Ini tidak akan menjejaskan tugas yang lain sekiranya kita terbangun lebih cepat atau lambat.
Walau bagaimanapun, dalam masa dua atau tiga minggu kemudian, bayi biasanya sudah dapat mengikut jadual tertentu, contohnya waktu tidur, waktu menyusu dan waktu bermain yang tetap. Apabila bayi berada di peringkat ini, rutin harian kita akan kembali.
(d) Cara Mengendalikan Diri Minggu Pertama
1. Belajar menerima keadaan rumah yang tidak berapa kemas. Jika kita dapat relaks menerima keadaan rumah yang tidak beberapa teratur sehingga anak menyesuaikan diri, kehidupan kita akan menjadi mudah.
2. Ikut keperluan anak. Sekiranya kita dapat mengikut kemahuan anak ia akan menjadi lebih mudah. Jangan khuatir anak akan menjadi lebih manja.
3. Berilah anak menyusu apabila diperlukan. Bermain-mainlah dengannya apabila dia terjaga dan pujuk bila dia menangis. Lebih cepat anak menyesuaikan diri lebih mudah bagi kita sebenarnya.
4. Cuba aturkan masa untuk keluar bersiar di luar rumah. Tetapkan satu hari bertemu doktor, satu hari yang lain bertemu rakan dan sebagainya. Dengan cara ini kita akan menjadi tidak bosan. Ajaklah teman bertandang ke rumah pada waktu yang telah ditetapkan contohnya pada waktu petang. Sekiranya banyak aktiviti bersama anak sudah tentu kita akan "enjoy the moment when we become a parent" ;)
p/s: Wish i had twins ;)
No comments:
Post a Comment