Monday, January 3, 2011

Azam baru Tahun 2011

Assalamualaikum & Selamat sejahtera

Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua kengkawan di luar sana, samada yang mengenali diri saya ataupun tidak. Salam untuk semua. Semoga di tahun ini juga kita akan beroleh keberkatan di samping berusaha untuk mencapai azam yang belum terlaksana.

gambar dari papadanmama.com
Untuk Blog Saya
Ini merupakan Ulang tahun pertama blog personal kesayangan saya. Sebenarnya blog ni dah beroperasi sejak Disember 2009 tapi secara rasminya pada awal Januari 2010. Saya rasa gembira sangat sebab dapat berkongsi dengan anda semua tentang diri saya, keluarga dan juga dengan apa yang saya baca samada dari majalah atau sumber-sumber lain. Azam saya tahun ni nak tingkatkan operasi blogwalking ngee~ sebab sebelum ni masa terluang yang ada tidak sebegitu banyak. Insyaallah saya akan cuba lagi untuk tahun ini.

Untuk Diri Sendiri
Bila sebut tentang azam nie membuatkan saya terfikir-fikir, apakah azam saya untuk tahun ini. Banyak sebenarnya yang tak tercapai tapi bagi saya "first thing, first". Asyik postpone jer azam tu heee~ Mendahulukan yang penting dengan menolak ke tepi kemahuan yang tidak terbatas. Untuk tahun ni rasanya azam saya adalah untuk lebih maju dalam kerjaya, keluarga, suami dan anak. Nak tambah baby lagi kot hehehe... Insyaallah kalau ada rezeki.

Kepada kawan-kawan,
tidak kira apa azam anda saya doakan semoga anda berjaya dengan azam baru anda semua. Marilah kita sama-sama memajukan diri sendiri, bangsa, agama dan negara....

p/s: Sharing is Caring

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...