Saturday, January 15, 2011

Lawatan pertama

Lawatan pertama ke doktor seharunya dilakukan kira-kira pada masa haid tidak datang pada kali keduanya. Sama ada pesakit itu memilih seorang pakar yang mengkhususkan dalam bidang tersebut, seorang doktor umum atau seorang doktor dalam klinik sebelum bersalin, tidaklah penting. Apa yang penting ialah keyakinan wanita berkenaan terhadap doktornya dan doktor tersebut pula haruslah bersedia mendapatkan pandangan seorang pakar seandainya ini yang diperlukan. Sekiranya pesakit memilih seorang doktor umum, doktor tersebut pasti telah banyak mengetahui tentang keadaan kesihatan amnya dan kebanyakkannya dari pemeriksaan yang telah diterangkan dalam bab ini tidak akan diperlukan.


Ramai wanita yang gentar pada lawatan pertama dan berasa malu apabila
doktor mengemukakan soalan-soalan "peribadi" dan bila farajnya diperiksa. Segala pertanyaan serta pemeriksaan itu adalah perlu dan kita tidak harus berasa malu. Doktor akan cuba sedaya upayanya untuk mengurangkan perasaan malu si pesakit. Pesakit tidak perlu bimbang kerana pemeriksaan tersebut tidaklah begitu menyakitkan.

No comments:

Post a Comment

Kisah Puan Zuraini, ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak

Ada seorang ibu tunggal. Mempunyai empat orang anak. Tiga dari empat anaknya tercicir dalam pelajaran. Ibu tunggal ini juga ada masalah kesi...