Assalamualaikum & selamat sejahtera...
Masih lagi membaca Majalah Pa&Ma yang dah lama. Lepas tu terbaca topik nie. Hmmm, memang menarik terutamanya bagi seorang ibu atau bakal ibu yang mana ingin menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif. Malah saya juga ikut panduan ini. Alhamdulillah, memang berkesan.
Sebenarnya prinsip asas penyusuan susu ibu dan konsep asas bagi meningkatkan penghasilan susu ialah merangsang payu dara sekerap mungkin. Oleh yang demikian, kita perlu menyusukan bayi dengan lebih kerap di samping mengamalkan panduan-panduan seperti di bawah agar matlamat menambah kembali bekalan susu dapat dicapai. Ia juga penting untuk memastikan amalan penyusuan ibu beroleh kejayaan.
1. Kosongkan payu dara:-
Pastikan bayi menyusu secara efektif. Kosongkan payu dara dengan sempurna. Jika tidak,
susu akan berkurangan. Perhatikan juga posisi dan cara bayi melekap. Posisi dan cara melekap yang salah boleh menyebabkan bayi tidak berjaya mengosongkan payu dara dengan baik. Oleh itu, amat penting untuk kita mengepam payu dara selepas atau ketika menyusukan bayi agar penghasilan susu lancar.
2. Kerapkan sesi penyusuan:-
Keraplah menyusukan bayi mengikut permintaannya. Jika dia menghadapi masalah berat badan, sasarkan untuk menyusu sekurang-kurangnya 1/2 - 2 jam sekali di siang hari dan 3 jam di waktu malam.
3. Gunakan waktu bercuti sebaik-baiknya:-
Sewaktu bercuti, ambillah 2 hingga 3 hari dan berehatlah sambil menyusukan bayi sekerap mungkin tanpa melakukan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin boleh mengganggu sesi penyusuan efektif.
4. Susukan menggunakan kedua-dua belah payu dara:-
Biarkan bayi menyusu sehingga puas di sebelah payu dara kemudian tawarkan ebelah payu dara lagi.
5. Kerap beralih payu dara:-
Lakukan amalan ini tiga kali atau lebih bagi setiap sesi penyusuan, ketika bayi mengantuk atau hilang minat. Susukan dia dengan setiap sebelah payu dara sekurang-kurangnya dua kali setiap sesi penyusuan. Lakukan breast compression untuk memastikan dia menyusu lebih lama. Untuk panduan lebih lengkap, layarilah www.drjacknewman.com
6. Gunakan alternatif:-
Elakkan puting kosong dan botol susu. Jika masalah timbul ketika sesi penyusuan berlangsung, gunakan alternatif seperti sudu, cawan atau penitis.
7. Elakkan supplemen:-
Berikan bayi hanya susu ibu. Hindari makanan pejal (bayi kurang 6 bulan), air dan susu formula. Bagi bayi 6 bulan ke atas, tingkatkan pemberian makanan pejal kepadanya. Pemberian beberapa auns susu formula sehari kepada bayi sekalipun boleh mengganggu penghasilan susu.
8. Berehatlah:-
Tidur ketika bayi tidur. Minum ketika dahaga, (jangan paksa diri). Minum air yang banyak tidak membantu meningkatkan penghasilan susu dan makan makanan seimbang.
9. Kerap mengepam:-
Menambah sesi pengepaman selepas atau antara waktu penyusuan dapat membantu. Pengepaman sangat penting apabila bayi tidak menyusu dengan efisyen atau kurang menyusu. matlamat kita mengepam adalah untuk mengeluarkan susu dari payu dara dan/atau meningkatkan kekerapan payu dara menjadi kosong.
Jika kita mahu meningkatkan bekalan susu, pastikan pam mampu mengeluarkan susu pada tahap paling optimum. Jadi teruskan mengepam untuk 2-5 minit selepas titisan susu terakhir. Namun menambah sesi pengepaman dalam tempoh yang singkat juga dapat membantu.
10. Bahan perangsang penambah susu:-
Pertimbangkan untuk menggunakan galactagogue. Contohnya, herba atau ubat-ubatan untuk menambah penghasilan susu. Perlu diingat, galactagogue hanya berkesan jika amalan dan teknik penyusuan kita betul. Ia bukan jalan pintas untuk menambahkan penghasilan susu.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)
RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) (Filem India paling mahal) HINDI MOVIES Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. Stars: N.T Rama Rao...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat ...
No comments:
Post a Comment