Assalamualaikum & selamat sejahtera
Sambil-sambil baca buku yang kononnya nak buat revision untuk Final Exam untuk semester terakhir 2010, tiba-tiba teringat tentang Hanif. Rasa-rasanya dah lama mama tak cerita tentang anak bujang sorang nie hehe. Bukan tak nak share kat sini, tapi terlalu banyak yang nak diceritakan tentang perkembangan si kenit ni.
Kalau nak ikut tahun umurnya memang dah 3 tahun. Tapi disebabkan anak mama ni lahir pada 19/12/2008, kira sekarang ni baru umur 2 tahun je la. Terasa cepat je masa berlalu. Rasa macam semalam je baru bersalin.
Dari baby sehingga sekarang memang saya nampak perkembangan dalam dirinya. Boleh dikatakan Hanif cepat berkembang. Meniarap cepat, merangkak cepat, bertatih cepat dan berjalan pun cepat. Hanif dah mula berjalan seusia 9 bulan. Hmmmm...kira cepat jugak la kan. Alhamdulillah saya dapat melihat perkembangan Hanif dari hari ke sehari. Memang puas rasanya bila dapat jaga baby sendiri, fully breastfeed sehingga umur Hanif 2 tahun, jaga masa dia sakit, masa tidur, masa bermain...semuanya seronok dilakukan. Terasa macam kita sebagai ibu ni penting sangat dalam hidup dia.
Bila usia dah mencecah 1 tahun 3 bulan Hanif dah mula bercakap. Walaupun perkataan yang keluar tu satu patah tapi Alhamdulillah tak pelat sebab kami sekeluarga tak ajar Encik Hanif ni cakap pendek-pendek heee~ Semakin meningkat umur, semakin pandai pulak dia bercakap. Sekarang ni dah macam orang tua dah cakap. Macam-macam. Sampai pening kepala dibuatnya. Mana taknya kalau dah asyik membebel jer hehe...Mama dia pon kalah. "Mama, bangunlah...jom jalan", "Papa, bangunlah minum", "Mama, nak nasik, nak susu, nak air bla bla bla..." Bila nak tidur je "Mama, nak buai, nak pillow dan macam-macam lagi". Banyak lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut si kenit mama ni dengan petah sekali. Bila kena marah pandai mengadu kat papa dia kata "mama marah!!", lepas tu siap membebel-bebel lagi. Itu tak termasuk aktiviti "curiosity" - suka godek-godek barang, main telefon, baca buku, menulis conteng-conteng dan sebagainya.
Saya rasa inilah perasaan yang paling seronok dan istimewa sekali bila dapat jadi seorang ibu nie. Dapat melihat dengan mata dan kepala sendiri perkembangan demi perkembangan pada anak-anak kita. Sebab tu saya suka jadi surirumah. Dapat jaga hubby dan anak. Tapi bagi yang terpaksa kerja tu, memang tak ada pilihan selain menghantar anak ke Nursery ataupun Babysitter. Nak buat macam mana sebab sekarang ni kos perbelanjaan dah tinggi. Bukan setakat dok KL je. Semua negeri, negara, dunia pun sama. Sekiranya dikurniakan rezeki yang lebih, Alhamdulillah, Syukur Kepada Allah.
Sambil-sambil baca buku yang kononnya nak buat revision untuk Final Exam untuk semester terakhir 2010, tiba-tiba teringat tentang Hanif. Rasa-rasanya dah lama mama tak cerita tentang anak bujang sorang nie hehe. Bukan tak nak share kat sini, tapi terlalu banyak yang nak diceritakan tentang perkembangan si kenit ni.
Kalau nak ikut tahun umurnya memang dah 3 tahun. Tapi disebabkan anak mama ni lahir pada 19/12/2008, kira sekarang ni baru umur 2 tahun je la. Terasa cepat je masa berlalu. Rasa macam semalam je baru bersalin.
19/12/2010 2nd Birthday
Bila usia dah mencecah 1 tahun 3 bulan Hanif dah mula bercakap. Walaupun perkataan yang keluar tu satu patah tapi Alhamdulillah tak pelat sebab kami sekeluarga tak ajar Encik Hanif ni cakap pendek-pendek heee~ Semakin meningkat umur, semakin pandai pulak dia bercakap. Sekarang ni dah macam orang tua dah cakap. Macam-macam. Sampai pening kepala dibuatnya. Mana taknya kalau dah asyik membebel jer hehe...Mama dia pon kalah. "Mama, bangunlah...jom jalan", "Papa, bangunlah minum", "Mama, nak nasik, nak susu, nak air bla bla bla..." Bila nak tidur je "Mama, nak buai, nak pillow dan macam-macam lagi". Banyak lagi ayat-ayat yang keluar dari mulut si kenit mama ni dengan petah sekali. Bila kena marah pandai mengadu kat papa dia kata "mama marah!!", lepas tu siap membebel-bebel lagi. Itu tak termasuk aktiviti "curiosity" - suka godek-godek barang, main telefon, baca buku, menulis conteng-conteng dan sebagainya.
Mama & Hanif
No comments:
Post a Comment