Tuesday, January 18, 2011

Bilakah bayi dijangka lahir?

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Bagaimana nak menjangka bila kelahiran bayi? Pada awal lawatan kebiasaannya kita perlu berjumpa doktor. Jadi, pada mulanya doktor akan bertanya tentang tarikh kedatangan haid yang terakhir dan tempoh purata edaran haid kita. Ini dikira dari hari pertama kedatangan haid (yang disebut hari pertama) hinggalah ke hari pertama kedatangan haid yang berikutnya. Doktor juga perlu mengetahui tempoh kedatangan haid dan sama ada sifat-sifat pendarahannya telah berubah. Dari maklumat ini doktor boleh memberitahu pesakitnya tarikh dianggarkan bersalin. 

Kita boleh membuat kiraan sendiri dengan cara ini:-
- Tambah 10 hari kepada tarikh pertama kedatangan haid yang terakhir (dengan mengira setiap bulan sebagai mengandung 30 hari), tolak 3 bulan dari bulan berlakunya kedatangan haid itu dicampur 1 tahun. Contohnya bagi para wanita yang edaran haidnya normal telah mula kedatangan haidnya yang terakhir pada 12 September 1997. Bilakah bayinya dijangka akan lahir?

Kedatangan haid terakhir
12
/9
/97
Kiraan
+10
-3
+1
Tarikh bersalin yang dianggarkan
22
/6
/98
Bayi itu dijangka lahir pada
22
Jun
1998

Contoh yang kedua:-
Kedatangan haid yang terakhir seorang ibu yang mengandung ialah pada 24 April 1997. Bilakah bayinya dijangka akan lahir? Di sini kiraannya agak rumit sedikit kerana tambahan 10 hari menyebabkan tarikh itu jatuh ke bulan lain.

Kedatangan haid terakhir
24
/4
/97

Tambah 10 hari
+10
=4
/5
+1
Tolak 3 bulan, campur 1 tahun


-3
+1
Tarikh bersalin dianggarkan

4
/2
/98
Bayi itu dijangka lahir pada
4 Februari 1998



Tarikh bersalin yang dianggarkan itu adalah tepat dalam lingkungan 14 hari pada lebih dari 80 peratus wanita (empat dari setiap lima orang wanita), dan memberi bantuan yang besar untuk seseorang wanita itu merancang kelahiran anaknya.

Setelah memberitahu bakal ibu tarikh bayi dijangka lahir, doktor akan bertanya tentang sebarang perkembangan dan sebarang aduan dari bakal ibu yang mengandung. Kemudian doktor akan bertanya tentang kesihatannya pada masa lalu dan menyenaraikan jenis-jenis penyakit dan pembedahan  yang pernah dialaminya dulu. Tujuan pertanyaan ini adalah untuk mengetahui sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pproses kehamilan supaya rawatan boleh diberikan. Jika bakal ibu berkenaan pernah hamil sebelum itu (termasuk keguguran), doktor haruslah diberitahu mengenainya supaya ia dapat menjangka sebarang komplikasi dan mengetahui setakat mana kita berupaya menghadapi pengalaman hamil kita pada masa lalu.

2 comments:

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...