Sunday, January 16, 2011

Panduan Pemakanan

Panduan pemakanan yang akan saya nyatakan di bawah tidak disarankan kepada kanak-kanak di bawah usia 5 tahun atau jika anda di bawah pengawasan doktor akibat penyakit tertentu:-

Kumpulan 1 (Roti, Bijirin & Ubi)
Contoh makanan
Semua jenis bijirin sarapan terutamanya emping jagung, pasta, nasi (beras perang), oat, mihun, mi.
Kandungan nutrisi
Karbohidrat, serat, kalsium, zat besi, Vitamin B.
Kuantiti
Kuantiti yang banyak bagi yang aktif terutamanya bagi remaja lelaki yang lasak bersukan.
Anda patut cuba
Roti gandum, beras perang, bijirin gandum
Anda patut elak
  • Elak makan ubi kentang yang digoreng (mengandungi banyak minyak tersembunyi)
  • Makan roti bersama jem mentega, mentega kacang, keju yang tinggi kandungan lemak.
  • Makan pasta bersama terlalu banyak sos keju atau krim.



Kumpulan 2 (Buah-buahan & sayur-sayuran)
Contoh makanan
Semua sayuran dan buah-buahan segar atau kering. Jus buah-buahan juga amat baik bagi anda. Boleh tambahkan kekacang dalam diet anda.
Kandungan nutrisi
Vitamin C, beta-karoten, serat dan ada juga di antaranya yang mengandungi karbohidrat.
Kuantiti
Boleh diambil dalam kuantiti yang banyak. Disarankan diambil semenjak bayi lagi.
Anda patut cuba
Semua jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Anda patut elak
  • Menambah sirap gula atau manisan lain ke atas buah-buahan. Kandungan asli di dalam buah-buahan sudah memadai.
  • Menambahkan mayonis berlebihan, sos krim ke dalam salad.
  • Makan pasta bersama terlalu banyak sos keju atau krim.

Kumpulan 3 (Susu & Produk Tenusu)
Contoh makanan
Susu, keju, Yogurt. Kumpulan pemakanan ini tidak termasuk mentega, telur dank rim.
Kandungan nutrisi
Protein, kalsium, Vitamin B12, Vitamin A dan Vitamin D.
Kuantiti
Sederhana dan disarankan agar memilih yang rendah lemak.
Anda patut cuba
Jenis rendah lemak.
Anda patut elak
  • Tinggi lemak
  • Dicampur satu atau dua jenis makanan dari kumpulan ini menjadi makanan proses yang lain seperti “cheese cake”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...