Thursday, January 13, 2011

DIET...Jumlah keperluan, Apa perlu dimakan

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Biasa, malam-malam macam ni baru dapat nak update blog. Dari siang memang sibuk. Sibuk dengan anak, hubby, kemas itu ini, masak dan macam-macam lagi. Bila petang pulak ada aktiviti lain jadi memang lewat malam baru dapat nak jenguk blog, Facebook dan jawab soalan-soalan kengkawan semua. Terima kasih di atas sokongan anda semua walaupun baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging ini.

Untuk kali ini, kita akan berbincang bagaimana nak tahu apa yang perlu kita makan dan jumlah yang diperlukan. Ini kerana, kebanyakan daripada kita ni makan mengikut nafsu. Semua main belasah jer. Saya pun kekadang tu belasah jugak hehe. Tapi, sebenarnya kita perlu makan mengikut keperluan tenaga harian. Walaubagaimanapun, bilangan yang pelru bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup, kompisisi badan dan keturunan. Jadual di bawah adalah panduan contoh keperluan kalori mengikut usia.




PERINGKAT USIA
UMUR
BERAT (KG)
KEPERLUAN TENAGA/KALORI
Remaja Lelaki

Remaja Perempuan
10 - 19  tahun

10 – 19 tahun
48 – 55

50 - 55
2600 – 2580

2300 – 2100
Dewasa Lelaki
(SEderhana AKtif)
20 -  39 tahun

40 – 49 tahun

50 – 59 tahun

> 60 tahun
55

55

55

55
2530

2400

2280

2020
Dewasa Perempuan
(Sederhana Aktif)
20 -  39 tahun

40 – 49 tahun

50 – 59 tahun

> 60 tahun
50

50

50

50

2000

1900

1800

1600

Bagi memenuhi tuntutan kalori ini, kita harus bijak mencampurkan satu makanan dengan yang lain bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan. Tidak semua nutrisi iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan sebagainya boleh didapati lengkap dalam satu makanan. Makanan boleh dibahagikan mengikut lima komponen utama iaitu:-

1. Roti, bijirin, ubi
2. Sayuran dan buah-buahan
3. Susu, dan produk tenusu
4. Daging merah, ikan dan lain-lain
5. Makanan berlemak dan bergula

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...