Ini merupakan salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh segelintir ibu. Contoh, bayi lazimnya disusukan dengan menggunakan posis Cradle Hold(mendukung) di payu dara kanan namun apabila diubah ke payu dara kiri dalam posisi yang sama, dia menolak payu dara kiri. Berkemungkinan bayi selesa dengan posisi Cradle Hold di mana bahagian kiri badannya menghadap ke kulit si ibu.
Bagi menghindar perubahan posisi yang ketara, kita boleh mengalihkan bayi yang ketika itu berada dalam posisi Cradle Hold ke Football Hold(mendakap). Dengan yang demikian, bahagian kiri bayi masih bersentuhan dengan anda sama seperti di posisi Cradle Hold. Pada masa yang sama, dia masih kekal di kedudukan asal.
Terdapat juga pelbagai faktor yang menyebabkan bayi mempunyai kecenderungan menyusu hanya di sebelah payu dara.
1. Keadaan bayi:
Bayi baru lahir biasanya cenderung menyusu dari sebelah payu dara. Berkemungkinan bayi mengalami masalah kesihatan seperti jangkitan kuman di telinga atau hidung tersumbat sehingga mempengaruhi posisi penyusuan. Malah bayi yang sihat turut boleh menghadapi masalah yang sama. Hal ini mungkin disebabkan oleh posisinya di dalam rahim mempengaruhi keadaan itu.
2. Fizikal Payu Dara:
Payu dara yang terlalu penuh atau bengkak menyebabkannya menjadi padat dan keras. Ini secara tidak langsung menyukarkan lekapan bayi terhadap payu dara sekaligus menyebabkan dia menolak payu dara berkenaan. Apatah lagi, payu dara yang bengkak biasanya menjadi punca susu sukar dirembeskan dengan lancar akibat liang-liang susu tersumbat sehingga melambatkan proses pengeluarannya.
Rentetan daripada masalah payu dara bengkak dan kurang rangsangan daripada bayi boleh menyebabkan kita menghasilkan susu yang amat sedikit. Kesannya, bayi akan menjadi cerewet dan meragam apabila aliran susu perlahan daripada biasa. Itulah sebabnya bayi menolak untuk menyusu dari payu dara tersebut.
Payu dara yang bengkak turut mengandungi kandungan garam yang agak tinggi sehingga menyebabkannya berasa lebih masin. Jika bayi cerewet, dia akan menolak untuk menyusu menerusi payu dara yang bengkak bukan semata-mata tidak mahu tetapi mungkin kerana rasa susu itu sendiri.
3. Puting:
Setiap wanita dikurnikan dengan sepasang payu dara dan puting tetapi rupa bentuknya antara satu sama lain tidak sama. Ada yang besar, ada yang kecil. Malah ada juga yang rata, pendek atau tenggelam. Apa pun keadaannya, ia bukanlah faktor penghalang untuk kita menyusukan bayi. Hanya dengan teknik pelekapan yang betul kita boleh melakukannya.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)
RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022) (Filem India paling mahal) HINDI MOVIES Genre: Action, Adventure, Drama, Historical. Stars: N.T Rama Rao...
-
Selalu nak buat biskut takut tak jadi, Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat bisku dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun ki...
-
Pertama tama sekali sebelum nak mula buat kek atau biskut kita kena fikir nak makan sedap ke tak sedap.Off course la nak sedap. Rugi buat p...
-
Seperti kebiasaannya, sebelum tidur malam super rajin membaca. Terbaca pula kesan dari anemia semasa hamil. Selama ni tak ambik tau sangat ...
No comments:
Post a Comment