Tuesday, January 4, 2011

Bagaimana menjaga DIET?

Bagaimana kita henddak menjaga DIET seharian kita. Biasanya kalau orang yang jaga badan ni mesti skip  nasi, atau pun tak nak makan langsung. Tapi bila sampai satu tahap kebulur bedal tak ingat punya. Agak-agak betul ke DIET yang kita amalkan tu?

Pertama sekali dengan mengurangkan memakan makanan segera dan yang diproses. Ini kerana kebanyakan makanan segera mempunyai kalori, gula, garam dan lemak yang tinggi di mana lebih 30% kalorinya datang dari lemak. Selain itu, kalau boleh hindarilah makanan yang diawet atau diproses seperti makanan dalam tin kerana ia juga mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi. Sebaiknya, makanlah makanan dari bahan semulajadi atau yang disediakan segar.

Kedua, gunakan garam dan gula secara sederhana dalam makanan yang mana kebanyakan bahan-bahan seperti sos tomato dan kicap mengandungi kandungan garam yang tinggi. Bahan-bahan lain seperti susu pekat manis, gula merah dan madu boleh menambahkan kandungan gula dalam makanan. Selain memudaratkan kesihatan, ia juga penyumbang kepada faktor obesiti.

Ketiga, dengan mengurangkan snek yang berlebihan garam, gula dan mono sodium glutamat (MSG) yang biasa terkandung dalam makanan ringan seperti keropok. Makanlah snek yang sihat seperti sandwich, buah-buahan segar, bertih jagung (popcorn) kosong tanpa gula atau ubi rebus. Hindari makanan ringan yang mengandungi kandungan MSG yang tinggi.


Apakah risiko jika tidak amalkan DIET seimbang?
>>Sama ada kurang atau berlebihan dalam pengambilan makanan, setiap individu bakal berdepan dengan pelbagai risiko penyakit.

KURANG MAKAN: 
Boleh menyebabkan beberapa faktor lain seperti tekanan darah rendah, tiada tenaga dan tidak cergas.

TERLEBIH MAKAN:
Berlakunya pelbagai risiko yang boleh membawa maut seperti obesiti, Hipertensi, Diabetes, Sakit jantung dan Strok.

No comments:

Post a Comment

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...