Wednesday, January 19, 2011

Lawatan pemeriksaan semasa mengandung

Pemeriksaan semasa mengandung merupakan perkara biasa. Ini adalah penting bagi membolehkan doktor memastikan kesihatan am bakal ibu.  Pada mulanya doktor akan mencatat tinggi dan merekodkan berat badan. Kemudian doktor akan memeriksa buah dada daan memastikan sama ada puting susu dalam keadaan normal jika bakal ibu tersebut bercadang untuk menyusukan bayinya nanti dan doktor mungkin akan mengesyorkan perlakuan tertentu yang dilakukan oleh bakal ibu itu sendiri semasa hamil. Perlakuan ini menggalakkan pengeluaran susu dan menjadikan tugas penyusuan lebih senang.

Selepas itu, doktor akan mendengar jantung pesakit dengan menggunakan stetoskop, meraba abdomennya dengan lembut dan memeriksa kakinya kalau-kalau terdapt sebarang vena varikos. Dalam hamil peringkat awal rabaan pada abdomen hanyalah untuk mengetahui sebarang pembesaran hati atau limpa. Selepas minggu ke-12 hamil, doktor juga akan meraba uterus yang sedang membesar itu untuk menentukan sama ada bayi tersebut membesar secara normal dan selepas minggu ke-28 untuk memeriksa kedudukan bayi di dalam rahim.



Selepas pemeriksaan ini dan sebelum pemeriksaan pelvis, doktor mencatat tekanan darah pesakit. Ia hanya dilakukan pada peringkat ini memandangkan emosi seringkali boleh menyebabkan bertambahnya tekanan darah dan doktor cuba mendapatkan tekanan darah garis asal untuk dijadikan panduan mengukur sebarang perubahan.
Gambar Hiasan
Anggaran tekanan darah merupakan pemeriksaan yang terpenting dan dibuat pada setiap kali lawatan memandangkan bertambahnya tekanan darah ketika hamil, memberi isyarat kepada doktor "toksemia hamil" mungkin sedang bermula. Puncanya yang sebenarnya tidaklah diketahui, tetapi adalah diketahui bahawa arteri yang membekalkan darah pada uterus dan ginjal mengalami kekejangan. Jika kekejangan itu menjadi serius bekalan darah pada plasenta akan berkurangan dan bayi mungkin tidak dapat membesar dengan sempurna atau mungkin mati dalam rahim. Keadaan kekejangan yang serius ini boleh dikurangkan jika "toksemia hamil" dikesan pada peringkat awal. Rawatan yang sesuai pada ketika ini dapat mengawal penyakit tersebut sebelum ia dapat membahayakan kehidupan bayi.

Akhir sekali, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis. Pemeriksaan ini tidak menimbulkan rasa sakit atau malu jika pesakit memberikan kerjasama. Mula-mula doktor memasukkan spekulum ke dalam faraj untuk memeriksa serviks dan untuk mendapatkan calit selviks. Kemudian dengan perlahan ia akan melakukan pemeriksaan pelvis dengan memasukkan dua jari ke dalam faraj.

2 comments:

  1. wife peja xpreg lg... dah dkt sthn kitorang kahwin.. ade tips x?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan tanah untuk boleh iklan sedikit, semoga maksud saya yang baik ini juga menjadi amal ibadah untuk Tuan/Puan hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

RRR - RISE ROAR REVOLT (2022)

RRR - RISE, ROAR, REVOLT (2022)  (Filem India paling mahal)  HINDI MOVIES  Genre: Action, Adventure, Drama, Historical.  Stars: N.T Rama Rao...